You are on page 1of 11

MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

TARIKH PERJUMPAAN: 23 MAC 2022


DISEDIAKAN OLEH : PN. NUR SYAZWANI BINTI BAHARIN

ISTILAH/ DEFINISI CATUR:


Catur (Jawi: ‫ )چاتور‬adalah sejenis permainan berpapan, rekreasi dan berdaya saing yang
dimainkan di antara dua pemain. Permainan catur berasal dari India dan tersebar ke
Eropah dimana peraturannya diubahsuaikan dalam keadaan terkini. Sekarang,
permainan catur merupakan permainan yang paling popular di dunia, dimainkan oleh
jutaan manusia di seluruh dunia sama ada di rumah, di kelab-kelab catur, dalam talian,
surat menyurat, dan di dalam pertandingan.

Catur dimainkan pada papan bersaiz 8x8 petak, memberikannya 64 petak yang silih
berganti warna, terang dan gelap, dengan setiap pemain mempunyai petak terang pada
dekat-lapan sudut apabila berdepan pada papan. Setiap pemain mulakan permainan
dengan 16 catur di mana boleh gerak dalam hala kemas (dan dalam setengah misalan,
jarak terhad) dan boleh mengeluarkan lain-lain kepingan dari papan: setiap kepingan
pemain terdiri daripada lapan bidak/askar (pawn), dua satria/kuda (knight), dua gajah
(bishop), dua tir/ benteng (castle/ rook), satu ratu/ menteri (queen) dan satu raja (king).

KEDUDUKAN BUAH CATUR:


MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

SIMBOL BUAH CATUR:


MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

ISTILAH UTAMA:
Castle/Castling = Suatu gerakan istimewa sekali sahaja di mana King dan Rook saling
bertukar-silang kedudukan sama ada di bahagian castling sebelah raja (Kingside
castling) (notasi: O-O) atau castling sebelah ratu/ menteri (Queenside castling) (notasi:
O-O-O). Tujuan utama castling ialah untuk menguatkan pertahanan raja dari serangan
musuh.
Tertakluk kepada sekatan yang diterangkan di bawah, seorang pemain boleh
melakukan castling dengan menggerakkan rajanya dua petak ke arah castle, dan
kemudian dalam giliran yang sama menggerakkan castle tersebut ke sebelah raja yang
lebih jauh (dengan melompat raja).
Perhatikan bahawa raja mestilah digerakkan dahulu, diikuti dengan castle. Jika castle
digerakkan dahulu, ia dianggap sebagai pergerakan castle biasa, dan raja tidak boleh
bergerak. Sekatan yang dikenakan terhadap castling adalah seperti berikut:

a. King tidak berada dalam keadaan Check,


b. Petak yang dilalui oleh King tidak Check oleh lawan,
c. Petak letaknya King selepas Castling dilakukan tidak dalam keadaan Check,
d. Antara King dan Rook tersebut tiada buah lain yang menghalang,
e. King dan Rook tersebut tidak pernah bergerak.

Castling sebelah raja: O-O Castling sebelah menteri: O-O-O


MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

En passant = Salah satu keistimewaan askar (Pawn). Gerakan 'makan silang' dengan
syarat tertentu.
En passant ialah perkataan Perancis yang bermaksud "sambil lalu". Pada asasnya,
pemain boleh memakan askar lawan semasa ia sedang melintas lalu askar sendiri.
Apabila askar musuh mara dua petak ke hadapan ke baris (rank) yang sama dengan
askar sendiri yang berada lajur (file) bersebelahan, pemain boleh, pada pusingan yang
berikutnya sahaja, memakan askar tersebut seolah-olah ia cuma bergerak satu petak.
Kebolehan askar untuk bergerak dua petak pada gerakan pertamanya merupakan
tambahan yang agak lambat. En passant diperkenalkan untuk mengelakkan
penyalahgunaan peraturan baru ini.
Dalam contoh berikut, askar Hitam mara dua petak dan ditangkap oleh askar Putih yang
bergerak secara pepenjuru ke hadapan dan ke kanan (seolah-olah askar Hitam berada
di situ). Gerakan ini cuma boleh digunakan pada pusingan pertama pilihan ini diberikan.
MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

Check = King sedang diserang. Dalam notasi, ia ditulis '+'


Check adalah situasi dimana salah satu raja diserang oleh salah satu buah lawan. Raja
yang diserang ini harus melarikan diri, menghalang serangan dengan cara menempatkan
salah satu buah miliknya, atau menangkap buah yang melakukan serangan.

Dalam contoh diatas, raja hitam sedang diserang. Pemain Hitam dapat melakukan
salah satu dari tiga cara diatas, iaitu:
 Pemain Hitam dapat melarikan rajanya ke petak g8
 Pemain Hitam dapat memblok serangan dengan memainkan Ne7 atau Re7
 Pemain Hitam dapat menangkap gajah yang melakukan serangan dengan
memainkan Nxb4
MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

Checkmate = King telah dikepung dan tidak dapat diselamatkan lagi. Dalam notasi ia
ditulis '#' atau '++'
Checkmate adalah keadaan dimana salah satu raja sedang diserang oleh buah lawannya
dan raja tersebut tidak dapat meneutralkan ancaman tersebut. Raja tersebut tidak dapat
melarikan dirinya, memblok ancaman serangan dengan buah caturnya, dan tidak dapat
memakan buah yang mengancamnya. Pemain yang membuat checkmate kepada pihak
lawan dinyatakan menang. Jumlah buah catur lawan yang masih ada atau ditangkap atau
faktor lainnya tidak mempengaruhi checkmate yang dihasilkan, yang penting checkmate.

Gambar diatas merupakan contoh checkmate pada barisan akhir. Pemain putih tidak
dapat melarikan rajanya, tidak dapat memakan buah castle yang mengancam raja, dan
tidak dapat memblok ancaman yang ditujukan kepada raja putih tersebut. Permainan ini
dinyatakan kemenangan bagi pemain hitam.
MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

Stalemate = Salah satu situasi seri iaitu King telah terkepung/ tidak dapat bergerak lagi
tetapi tidak berada dalam keadaan Check.
Stalemate adalah situasi dimana raja tidak diserang, tidak dapat bergerak sama sekali
dan tidak memiliki gerakan lain selain raja. Jika masih ada buah lain yang dapat bergerak,
stalemate tidak berlaku, kerana pemain tersebut mempunyai langkah lain selain
raja. Dibawah ini adalah contoh posisi stalemate:

Giliran Hitam bergerak

Pada gambar diatas, situasi stalemate telah terjadi. Pemain Hitam tidak dapat bergerak,
kerana petak h7, g7, dan g8 sudah dikuasai oleh raja dan ratu. Pemain Hitam tidak boleh
mengerakkan raja ke petak tersebut, kerana menurut peraturan, raja tidak boleh bergerak
ke petak yang diserang lawan. Jika giliran putih yang bergerak, maka checkmate akan
terjadi. Sayangnya, sekarang giliran hitam yang bergerak.
MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

Dibawah ini ada 3 contoh keadaan stalemate:


MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

MODUL PEMBELAJARAN TAMAT


MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

JAWAB SEMUA SOALAN

1. Nyatakan definisi catur.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Lengkapkan nama buah catur di bawah:

LAMBANG NAMA BUAH CATUR


MODUL KELAB CATUR SESI 2 TAHUN 2021/2022

3. Jelaskan lima sekatan yang dikenakan terhadap castling.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

4. Nyatakan definisi stalemate.


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

5. Berdasarkan rajah dibawah;

Nyatakan istilah yang paling sesuai menggambarkan situasi buah catur tersebut.
___________________________________________________________________

SOALAN TAMAT

You might also like