You are on page 1of 25

OLEH : EN.

MOHD ZI IZANI BIN MOHAMED

PENGENALAN
CATUR ialah sejenis permainan antara dua orang
pemain dan untuk bermain catur seseorang pemain memerlukan peralatan dan kemahiran tertentu

PAPAN CATUR
Mengandungi 64 petak
Petak cerah dan petak gelap/ petak putih dan petak hitam. Diletakkan di atas meja dengan petak putih di penjurunya berada di sebelah kanan.

BUAH CATUR
Terdiri daripada 16 buah catur.
Sebuah raja, sebuah permaisuri, lapan buah pawn, dua buah bishops atau gajah, dua buah kuda dan dua buah bishops. Setiap buah catur mempunyai cara bergerak yang tersendiri, akan tetapi semua buah catur yang sama jenis bergerak dengan cara yang sama.

JAM CATUR
Wajib digunakan dalam pertandingan catur
Sebuah jam catur mempunyai 2 muka jam dan ia dapat digerakkan dengan menekan punat pada bahagian atasnya Pada masa tertentu hanya satu punat sahaja boleh ditekan dan apabila suatu punat ditekan, punat yang lain akan ditolak ke atas

CATATAN GERAKAN BUAH CATUR


Setiap gerakan buah catur boleh direkodkan.
Setiap petak di atas papan catur diberikan satu nama tersendiri. Mempunyai lapan lajur, iaitu lajur a hingga h dan lapan baris, iaitu baris 1 hingga baris 8.

BISHOP/BISKOP
Hanya boleh bergerak sepanjang pepenjurupepenjuru.
Boleh bergerak ke hadapan dan kebelakang seberapa banyak petak, tetapi ia tidak boleh melompat melintasi buah catur yang lain. Hanya boleh bergerak sepanjang petak yang mempunyai warna yang sama sahaja.

ROOK/TIR
Hanya boleh bergerak dalam garisan lurus, sama ada ke atas atau ke bawah papan catur ataupun dari sisi ke sisi.
Boleh bergerak ke hadapan atau ke belakang seberapa banyak petak yang diingini, tetapi ia tidak boleh melompat melintasi buah catur yang lain. Boleh bergerak ke petak sebarang warna

QUEEN
Buah catur yang terkuat.
Boleh bergerak ke atas dan ke bawah papan catur dan dari sisi ke sisi Boleh bergerak sepanjang garisan pepenjuru tetapi tidak boleh melompat melintasi buah catur yang lain.

HORSE
Buah catur tunggal yang tidak bergerak dalam garisan lurus
Bergerak dengan melompat dari petak ke petak melintasi sebarang buah catur yang lain. Gerakannya ialah dua petak ke hadapan atau ke belakang dan satu petak ke sebelah kiri atau kanan, ataupun dua petak ke sisi dan satu petak ke atas atau ke bawah.

PAWN/BIDAK
Askar dalam permainan catur. Boleh bergerak lurus ke hadapan sahaja. Merupakan buah catur tunggal yang tidak bolehbergerak ke belakang Tidak boleh melompat melintasi buah catur yang lain.

Memulakan Satu Permainan Catur


Peringkat permulaan
Berlatih secara individu atau bersama rakan Berlatih dengan menggunakan buah bidak sahaja sehingga betul-betul mahir. Seterusnya menggunakan bishop, castle, queen dan horse. Melakukan sebanyak mungkin latihan tanpa menggunakan king

PETUA
1. Gerakkan buah bishop pada petak d2 @ e2ke tengah papan catur (petak d4 @ e4) pada gerakan pertama dan cuba kekalkan kedudukannya. 2. Jangan lakukan terlalu banyak gerakan dengan buah bidak pada mulanya. 3. Pilih petak yang paling sesuai untuk buah catur anda dan letakkannya di petak berkenaan. 4. Garakkan buah kuda dan biskop anda secepat mungkin,tetapi jangan gerakkan buah yang sama terlalu kerap pada awal permainan 5. Biasanya buah kuda dimajukan terlebih dahulu kerana ia bergerak lebih perlahan daripada buah biskop 6. Lakukan pengetiran secepat mungkin untuk meletakkan buah raja anda pada penjuru yang selamat 7. Jangan menggerakkan buah permaisuri anda terlalu awal dalam permainan. 8. Setelah melakukan pengetiran, jangan gerakkan buah bidak yang mengelilingi buah raja anda tanpa sesuatu alasan yang baik. 9. Apabila menggerakkan sebarang buah catur ke hadapan, cuba gerakkan ke arah bahagian tengah papan supaya lebih banyak petak boleh dikawal. 10. Jangan mengorbankan buah catur anda tanpa sebab yang baik dan jelas.

ANCAMAN RAJA
Buah raja merupakan buah catur yang istimewa. Ia merupakan buah yang terpenting dalam satu permainan catur. Apabila buah raja berada dalam ancaman, iaitu diserang dan diancam untuk ditawan oleh lawannya pada gerakan yang berikutnya, maka buah raja itu mestilah dilepaskan dari ancaman tersebut dengan serta-merta.

CHECKMATE
Permainan catur akan tamat jika salah satu buah raja yang sedang diserang oleh lawannya tidak boleh melepaskan dirinya daripada lawan itu. Buah raja yang menghadapi kedudukan seperti ini dikatakan di dalam keadaan checkmate. Dengan kata lain, keadaan checkmate berlaku apabila sebuah raja tentu akan ditawan oleh lawannya pada gerakan berikutnya. Pemain ini dianggap telah mengalami kekalahan.

OPOSISI
Dua buah raja tidak boleh berada dalam kedudukan bersebelahan kerana ia akan mengancam satu sama lain. Keadaan ini tidak mungkin wujud dalam permainan catur, dimana para pemain tidak dibenarkan menggerakkan buah raja kemana-manapetak yang sedang diserang oleh buah catur lawannya. Ini bermakna dua buah raja yang bertentangan itu mesti dipisahkan oleh satu petak sekurang-kurangnya seperti dinyatakan berikut.

KEADAAN BUNTU(stalemate)
Kadang-kadang wujudnya suatu keadaan apabila sampai ke giliran seorang pemain untuk bergerak, didapati bahawa ia tidak boleh bergerak langsung. Dengan ini permainan ditamatkan dengan keputusan seri

SERANGAN ARAS DAN SERANGAN RANGKAP


Dua senjata khas yang boleh digunakan dalam permainan catur. Serangan aras: jika pemain putih menggerakkan buah biskopnya, buah tirnya akan menyerang buah permaisuri hitam. Serangan rangkap lebih kurang sama dengan serangan aras. Buah catur yang digerakkan ke petaklain juga boleh menyerang buah catur lawannya yang sama.

SERAMPANG
Sebuah catur digunakan untuk menyerang dua buah catur lawannya secara serentak. Serampang adalah satu gerakan yang penting dalam permainan catur. Contoh: buah tir putih sedang menyerang buah raja dan bishops hitam secara serentak melalui serampang dua mata. Setelah pemain hitam menggerakkan buah rajanya untuk melepaskan diri daripada ancaman, pemain putih akan menggunakan buah tirnya untuk menawan buah bishops hitam.

SERANGAN CUCUK
Serangan serentak ke atas beberapa buah catur lawan tetapi tidak semestinya melibatkan serangan ke atas buah raja lawan.

Hanya buah permaisuri, tir dan bishops sahaja dapat melakukan serangan cucuk.

NILAI BUAH CATUR


1 MATA 3 MATA

5 MATA

9 MATA

TANPA NILAI

You might also like