You are on page 1of 7

3.

2 DEB PADA ERA DATO’ HUSSEIN ONN (1976-1981)

Selepas kewafatan Tun Abdul Razak di London pada 15 Januari 1976, Dato’

Hussein Onn telah mengambil alih jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia

yang ketiga. Sepertimana Tun Abdul Razak, beliau juga berpendapat bahawa DEB

adalah sesuatu yang perlu dilakukan bagi mengembangkan ekonomi negara Malaysia.

Dengan itu, Dato’ Hussein Onn telah menyambung dasar-dasar ekonomi yang telah

diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak. Dalam usaha Dato’ Hussein Onn dalam

meneruskan DEB, Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) 1976-1980 telah dibentuk

dan diluluskan oleh Parlimen pada Julai 1976. 1 Rancangan ini disediakan berasaskan

kepada kemajuan penting ekonomi dan sosial pada tahun-tahun kebelakangan,

khususnya semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2) dan seterusnya berpandukan

kepada pengalaman yang telah diperolehi dalam proses mendorongkan pembangunan

ekonomi dan sosial. Tujuan RMK-3 adalah untuk memperkemaskan strategi kerajaan

dalam melaksanakan DEB.

Banyak dasar-dasar dan program-program baru yang telah dilaksanakan

semasa era Dato’ Hussein Onn. Jumlah yang disediakan di bawah RMK-3 ialah RM

18,600 juta dan 88% darinya disediakan untuk pembangunan sosioekonomi

scdangkan sisa sebanyak 12% discdiakan kepada perbelanjaan pertahanan dan

keamanan negara.2 RMK-3 mempunyai matlamat yang sama dengan RMK-2 iaitu

membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Hasil daripada analisis

Banci Pertanian 1977, mendapati bahawa pada tahun 1976, kemiskinan di

Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kira-kira 829,300 isi rumah berada

dalam kemiskinan di mana 78.3% atau 688,300 daripadanya berada di Semenanjung

1
Muhammad, Mokhtar . Dasar Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn dan Dato' Seri Dr. Mahathir
Mohamad dari 1970-1990 : kesinambungan dan perubahan . (1998). Hlm. 246
2
Alfiyah binti Mohd Roslan.. Pemikiran politik dan kebijakan Tun Hussein Onn.(2011). Hlm. 70.
Malaysia, 9.5% atau 83,900 di Sabah dan 12.2% atau 107,100 di Sarawak. 3 Pelbagai

usaha yang telah dilakukan pada era Dato’ Hussein Onn dalam membasmi

kemiskinan dikalangan rakyat. Antaranya ialah dengan menekankan penyediaan

tanah, air, kredit, perkhidmatan sambungan, pemprosesan dan kemudahan pemasaran

kepada golongan miskin luar bandar.

Perluasan sumber pendapatan mereka juga akan digalakkan melalui promosi

pertanian campuran. Elemen utama strategi kerajaan untuk mengatasi kemiskinan

luar bandar terdiri daripada peningkatan pembangunan pertanian di ladang pekebun

kecil tradisional sedia ada; dan pembukaan, pembangunan dan penempatan tanah

baharu. Sistem tali air merupakan sebahagian daripada program keseluruhan untuk

meningkatkan pengeluaran padi di negara ini. Kira-kira 240,000 ekar tanah padi

disediakan dengan kemudahan pengairan baharu atau ditambah baik dan dijangka

keluasan yang mampu ditanam dua kali meningkat daripada 591,300 kepada

686,300.4 Selain itu, untuk tanaman selain padi seperti kelapa selingan dengan koko

dan kopi, kelapa sawit dan nanas, 559,000 ekar akan disediakan dengan kemudahan

saliran baharu.

Selain daripada peningkatan saluran air untuk tanaman, dasar penanaman

semula juga dipertingkatkan. Berdasarkan rancangan, penanaman semula getah akan

terus dilaksanakan pada skala yang besar dengan bantuan diberikan kepada pekebun

kecil untuk menanam getah di tanah baharu yang bersebelahan dengan pegangan

sedia ada dan keutamaan akan diberikan kepada pekebun kecil yang mempunyai

tanah seluas lima ekar atau kurang.5 Anak benih turut disediakan dengan hasil

kerjasama RISDA dan RRIM bagi memastikan mendapat hasil yang tinggi. Bukan

sahaja penanaman getah yang termasuk dalam dasar penanaman semula, malah
3
Rancangan Malaysia Keempat. (1981). Hlm. 43
4
Rancangan Malaysia Ketiga. (1977). Hlm 300
5
Ibid.
penanaman kelapa, koko, nanas, pisang dan kopi turut termasuk dalam rancangan

tersebut. Untuk meningkatkan lagi meningkatkan pemakanan dan pendapatan

pekebun kecil, pertanian campuran komersial digalakkan di bawah Fasa II kempen

Buku Hijau dan melalui pemberian subsidi tanaman.

Selain daripada sektor pertanian, industri penternakan turut diambil berat dan

ditekankan. Satu projek iaitu, Projek berorientasikan komersial MAJUTERNAK

dijalankan bagi menubuhkan lima lagi ladang daging lembu/tenusu di Johor,

Kelantan, Trengganu, Sabah dan Sarawak. Penubuhan ladang-ladang ini adalah untuk

menyediakan lembu jantan bagi dijual untuk disembelih dan lembu betina untuk

meningkatkan stok pembiakan.6 Di samping itu, MAJUTERNAK juga bertujuan

untuk menyelia pembinaan dan penyusunan semula enam rumah penyembelihan bagi

menambah baik kemudahan penyembelihan haiwan secara bersih. Latihan dan

perkhidmatan lanjutan dan kesihatan untuk penternak kecil-kecilan juga diberikan

oleh Bahagian Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan menambahbaik perkhidmatan asas

bagi pembangunan penternakan.

Sektor perikanan turut diberi perhatian memandangkan industri perikanan di

Malaysia pada waktu itu masih lagi perusahaan berskala kecil. Sepertimana di sektor

pertanian, sebahagian besar golongan yang terlibat dalam industri ini adalah orang

Melayu di kawasan pantai timur dan berpendapatan rendah. Dalam usaha kerajaan

meningkatkan sektor perikanan, kerajaan telah memperkenalkan teknik-teknik yang

lebih moden seperti pukat tunda di kawasan-kawasan perikanan yang penting di

seluruh negara. Kemasukan teknik-teknik penangkapan yang lebih cekap ini telah

menonjolkan lagi perbezaan perolehan tangkapan dan pendapatan yang ketara antara

kumpulan-kumpulan nelayan. Kerajaan turut bercadang untuk membina sebanyak

lima pelabuhan perikanan di Geting, Chendering, Kuala Keluang, Kuantan dan Kuala
6
Ibid. Hlm 301.
Sedili, terutamanya untuk pukat tunda.7 Kemudahan-kemudahan untuk para nelayan

seperti bilik sejuk, dewan lelongan dan kemudahan pengasingan dan pembungkusan

juga disediakan oleh pihak kerajaan. Pusat Latihan Perikanan Maritim di Kuala

Terengganu juga telah ditubuhkan untuk memberi pendedahan kepada nelayan

mengenai penyelenggaraan enjin dan mengemudi bot.8

Matlamat DEB bukan sahaja untuk membasmi kemiskinan, malah untuk

merapatkan jurang ekonomi dan sosial antara kaum. Ini adalah untuk mengelakkan

peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali. Oleh sebab itu, penyusunan masyarakat

perlu dilakukan setiap kaum akan mendapat faedah dan pembahagian yang lebih adil

dan tidak merampas hak-hak kaum lain. Seperti mana, sewaktu kepimpinan Tun

Abdul Razak, kepimpinan Dato' Hussein Onn turut berusaha memperbaiki keadaan

ekonomi negara yang tidak seimbang, denagn penghapusan pengenalan kaum

mengikut fungsi-fungsi ekonomi.9 Usaha ini dapat dilihat apabila Dato' Hussein Onn

menyeru golongan bukan Bumiputera dan mendesak mereka memberi peluang kepada

peniaga-peniaga Bumiputera untuk mendapatkan tempat-tempat perniagaan di rumah-

rumah kedai yang dibina oleh mereka. Oleh itu, Dato' Hussein Onn meminta bukan-

Bumiputera menunjukkan sifat keikhlasan yang bersungguh-sungguh dalam usaha

mereka membantu kerajaan dalam penyusunan semula masyarakat dan menolong

peniaga Bumiputera menjadi peniaga yang berjaya.

Untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum, kerajaan cuba menggalakkan

lebih banyak peniaga-peniaga yang berasal daripada kaum Melayu muncul berniaga.

Dengan hasrat itu, kerajaan menyediakan pelbagai jenis bantuan seperti memberi

bantuan kredit, latihan, khidmat rundingan, malah kerajaan juga melibatkan diri

7
Ibid.
8
Norfatiha Othman, Abdul Rahman Abdul Latip & Nor Hayati Sa’at.Fasa Peralihan Nelayan Laut
Dalam serta Kesan ke atas Ekonomi, Sosiobudaya dan Persekitaran. (2019). Hlm. 174
9
Muhammad, Mokhtar . Dasar Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn dan Dato' Seri Dr. Mahathir
Mohamad dari 1970-1990 : kesinambungan dan perubahan.(1998). Hlm. 265
sccara langsung iaitu melalui sektor awam atau institusi. Di samping itu, Lembaga

Kemajuan Perusahaan Persekutuan (FIDA) juga telah mengelolakan banyak seminar

pelaburan di merata negara, dengan bertujuan untuk memaklumkan kepada pelabur-

pelabur Malaysia, khususnya Bumiputera, tentang peluang-peluang pelaburan yang

terdapat di negara ini.

Dalam RMK-3 ini, badan kerajaan bukanlah satu-satunya institusi yang

memainkan peranan dalam meningkatkan sosio-ekonomi di Malaysia. Di bawah

pimpinan Dato' Hussein Onn, sektor swasta dan awam turut mempunyai peranan yang

penting dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Sumbangan

langsung sektor swasta kepada pertumbuhan ekonomi adalah sangat tinggi di mana

mereka akan menyumbang hampir satu pertiga daripada pengembangan dalam

industri pembinaan. Industri lain yang akan mendapat manfaat secara langsung

daripada pelaburan sektor swasta yang tinggi ialah perhutanan, simen, kelengkapan

pengangkutan, jentera perindustrian dan perlombongan (terutamanya kuari).10 Selain

itu, pemprosesan dan pembuatan bahan mentah tempatan turut digalakkan oleh pihak

kerajaan. Dalam industri produk kayu, penekanan utama adalah pengeluaran produk

siap—panel, acuan, lantai, papan serpai, perabot knock-down dan perumahan pasang

siap. Sektor swasta merupakan punca terbesar hasil pengeluaran negara di samping

menampung gunatenaga yang kian bertambah akibat perkembangan ekonomi. Oleh

itu, wajarlah bagi kerajaan memberi galakkan dan sokongan penuh bagi sektor swasta

untuk berkembang maju.

Kesimpulannya, pada era Dato’ Hussein Onn, pelbagai usaha telah dijalankan

dalam mengfokuskan kepada dua matlamat utama iaitu membasmi kemiskinan dan

merapatkan jurang antara kaum. Kedua-dua matlamat ini dapat dicapai dengan

meningkatkan pendapatan dan ekonomi golongan Bumiputera. Bagi mencapai


10
Rancangan Malaysia Ketiga (1977). Hlm 273-274
matlamat ini, pelbagai program telah dijalankan di sektor-sektor dimana golongan

Bumiputera berpendapatan rendah. Misalnya, di sektor pertanian, perikanan, dan

perniagaan. Sumbangan beliau dalam menangani masalah ini hendaklah diambil

direnungi dan dijadikan inspirasi pada generasi kini.


RUJUKAN

Alfiyah binti Mohd Roslan (2011). Pemikiran politik dan kebijakan Tun Hussein Onn.

Bachelor Thesis. Fakultas Syariah dan Hukum. UIN Syarif Hidayatullah

Jakarta

Rancangan Malaysia Keempat (1981). Percetakan Negara. Kuala Lumpur.

Rancangan Malaysia Ketiga (1977). Percetakan Negara. Kuala Lumpur.

Muhammad, Mokhtar (1998) Dasar Tun Abdul Razak, Dato' Hussein Onn dan Dato'

Seri Dr. Mahathir Mohamad dari 1970-1990 : kesinambungan dan perubahan

.  PhD thesis, Universiti Malaya.

Norfatiha Othman, and Abdul Rahman Abdul Latip, and Nor Hayati Sa’at, (2019)

Fasa peralihan nelayan laut dalam serta kesan ke atas ekonomi,sosiobudaya

dan persekitaran. AKADEMIKA, 89 (2). pp. 169-185.

You might also like