You are on page 1of 3

Konsep negara bangsa di Malaysia di masa hadapan

1. Negara Bangsa
 Berdasarkan autoriti Kamus Dewan Edisi Keempat, negara merujuk kepada suatu
komuniti yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh kerajaan
manakala frasa bangsa merujuk kepada suatu komuniti yang mempunyai identiti
budaya, fahaman, agama dan bahasa tersendiri. Oleh itu, konsep negara bangsa
dilihat sebagai bangsa idaman yang diimpikan oleh sesebuah negara melalui
konsep satu bangsa, satu identiti.
 menjurus kepada sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu
padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa,
budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada
perpecahan.
 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA:
• Konsep kenegaraan perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap rakyat negara
itu demi keutuhan negara sebagai kumpulan sosial. Semangat kenegaraan ini
boleh ditanam melalui simbol-simbol yang mewakili keutuhan negara seperti
bendera Malaysia, lagu kebangsaan, Rukun Negara, dan sebagainya.
• Konsep kewarganegaraan pula dapat diperjelaskan bahawa bangsa Melayu,
Cina, India dan lain-lain dapat disatukan melalui kewarganegaraan yang sama
iaitu warganegara Malaysia.

2. Negara bangsa di Malaysia.

 Berakarumbikan semangat perpaduan, konsep negara bangsa cuba direalisasikan


melalui Wawasan 2020 yang mengimpikan Malaysia berstatus negara maju pada
tahun 2020 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam pembentangan kertas kerja
beliau yang bertajuk, Malaysia: Melangkah ke Hadapan, pada tahun 1991.
 Matlamat utama pembinaan negara bangsa adalah mencapai status negara maju
pada tahun 2020.

3. Negara bangsa di Jepun

 Hari ini, Jepun merupakan salah sebuah negara termaju di dunia dan disegani oleh
segenap masyarakat antarabangsa khususnya di benua Asia. Keupayaan yang dimiliki
oleh Jepun pada hari ini adalah hasil kesepaduan masyarakat mereka yang bersedia
dan sanggup berada dalam kelompok satu identiti. Oleh sebab itulah, masyarakat
dunia tidak berasa hairan dengan kekuatan yang dimiliki oleh Jepun khususnya
ketika Jepun menyerang Amerika Syarikat dan British pada Perang Dunia Kedua.
Tanpa berjaya membina negara bangsa, sudah pasti agak mustahil untuk Jepun
berani menyerang negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat dan British dan
mencapai taraf negara maju.

4. Cabaran Malaysia menjadi sebuah negara bangsa

 Isu bahasa

 Cabaran pertama=kedudukan bahasa. Timbul persoalan mengenai kepentingan


bahasa Melayu di dunia moden dengan keperluan bahasa Inggeris sebagai
memenuhi tuntutan antarabangsa
 Hal ini telah menimbulkan pertikaian dan ketidakpuasan hati banyak pihak
khususnya kaum Cina. Persoalan yang dilemparkan adalah mengenai kewajaran
bahasa Inggeris diangkat menjadi bahasa kedua negara yang kini hampir
melampaui batas kedudukan bahasa Kebangsaan dari segi penggunaannya.
Kaum Cina membuat tuntutan supaya bahasa mereka dimartabatkan seampuh
peranan dan fungsi bahasa Inggeris. Rasional yang mereka perjuangkan adalah
bahasa Cina dikatakan lebih relevan dalam konteks negara Malaysia kerana
penduduk berbangsa Cina itu sendiri yang merupakan penduduk kedua paling
ramai di negara ini
 Cabaran ke2=penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan orang Melayu itu
sendiri. Dalam era globalisasi kini, orang Melayu sendiri dilihat kurang
memartabatkan bahasa ibunda sendiri. Hal ini jelas dapat dilihat melalui
perbualan seharian yang lebih cenderung menggunakan campuran bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris atau dikenali sebagai „bahasa rojak‟.
 keadaan sebaliknya berlaku apabila kaum lain terus berusaha memartabatkan
bahasa ibunda mereka tanpa mengambil kira cabaran yang datang. Dalam
keadaan inilah, usaha membina negara bangsa menjadi semakin sukar.

 Isu Kebudayaan
 Namun begitu, setiap budaya yang ada hanya mewakili identiti sesuatu kaum
atau etnik yang wujud di Malaysia. Usaha untuk melambangkan kepelbagaian
budaya di bawah satu identiti seolah-olah sukar dicapai tatkala semua kaum
takut akan kehilangan identiti budaya masing-masing. Terpengaruh dengan
dasar pecah dan perintah.
 Cabaran ke2= sistem pendidikan yang langsung tidak mendokong usaha
mengukuhkan perpaduan melalui perkongsian budaya. Sistem pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan telah mewujudkan kelompangan berkaitan
memartabatkan kebudayaan dalam kalangan pelajar.
 Cabaran ke3=sistem pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah yang masih
dipraktikkan sehingga ke hari ini. Meskipun telah ada pembaharuan dalam
aspek-aspek tertentu, namun, kita tidak boleh menafikan bahawa masih wujud
konsep dan kaedah perlaksanaan yang diteruskan dari zaman penjajahan lagi.
Umpamanya, sehingga hari ini masih wujud sekolah vernacular.

 Isu demokrasi
 berkaitan masalah politik perkauman. Isu ini semakin ketara pada masa kini
apabila parti-parti politik yang wujud dilihat lebih memperjuangkan kaum
masing-masing seolah-olah menidakkan kepentingan nilai perpaduan.MCA kaum
cina,UMNO kaum melayu.

4. Negara bangsa Malaysia di masa hadapan.

 Dapat dicapai jika isu2 ini dpt dselesaikan


 Isu bahasa=satu pendekatan yang wajar sudah mampu untuk menyelesaikan
masalah ini iaitu dengan memberi pendidikan awal kepada generasi muda
tentang kedudukan bahasa yang sebenar dan kepentingan meletakkan satu
bahasa melambangkan satu bangsa.
 Isu kebudayaan=Dasar Kebudayaan Negara yang bertindak sebagai pelindung
kepada identiti semua budaya yang ada di Malaysia, dilihat mampu untuk
menyakinkan semua masyarakat bahawa perkongsian budaya tidak
menghilangkan identiti sebenar sesuatu budaya.
 isu pendidikan=penubuhan Sekolah Wawasan. Walaupun pendekatan ini tidak
mendapat sokongan secara kolektif daripada masyarakat, namun, usaha yang
diambil ini dilihat paling efektif dalam merapatkan jurang pendidikan antara
kaum.
 Isu demokrasi=masyarakat kita mengetahui hakikat sebenar perjalanan sistem
demokrasi di Malaysia kerana salah faham tentang sistem pentadbiran boleh
mencetuskan perpecahan sama ada antara interkaum mahupun intrakaum

You might also like