You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT

FAKULTI AGROBIOTEKNOLOGI
BIL : 02/17

TARIKH : 07 SEPTEMBER 2017


MASA : 09.00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT KYP INDERA MAHKOTA

AGENDA:

1) UCAPAN PENGERUSI
2) AKADEMIK DAN PEPERIKSAAN
3) HAL EHWAL PELAJAR
4) LAIN-LAIN PERKARA – ISU UTAMA (LAWATAN MQA)
5) PENUTUP

KEHADIRAN

NO NAMA JAWATAN

1. CIK NAZATUL NIZA BINTI NORDIN DEKAN FAB

2. ENCIK HAMDAN BIN ABD LATIF KETUA JABATAN FAB

3 ENCIK MOHD SUHAIMI BIN HASSAN KOORDINATOR FAB

4. ENCIK AR-RAZZI BIN AZMAN PENSYARAH FAB

5. CIK NUR AQILAH BINTI SAUFE PENSYARAH FAB

6. PUAN ROSNA BINTI HUSSEIN PEMBANTU MAKMAL FAB

7. EN. NIK MOHAMAD KAMAL BINTI NIK DIN JURUTEKNIK FAB

8. CIK NURUL NADHIRAH BINTI NASIR PELATIH SL1M

BI PERKARA TINDAKAN STATUS


L

1. Ucapan Pengerusi

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Cik Nazatul Niza Nordin


selaku Dekan Fakulti Agrobioteknologi (FAB). Pengerusi
mengucapkan terima kasih atas kehadiran staf ke mesyuarat ini.
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat rasmi yang pertama diadakan
untuk sesi Jun 2017.

Dekan telah meberi ingatan tentang beberapa perkara berikut:

1) Adab budaya sopan dalam kalangan pelajar

Dekan memohon kepada pensyarah untuk menekankan


kepada pelajar tentang adab budaya sopan ini supaya dapat
diamalkan. Makluman

2) Penggunaan ’Information and Communication


Technology (ICT)’ dalam pengajaran dan
pembelajaran

Dekan berharap pensyarah boleh memberi galakan kepada


para pelajar untuk menggunakan dan menguatkan
pengetahuan ICT dalam pembelajaran. Dekan juga
menggalakkan supaya para pensyarah menggunapakai Makluman
aplikasi atas talian (contohnya KAHOOT dan yang
seumpamanya) bagi menarik perhatian para pelajar
terhadap pembelajaran dan pengajaran.

3) Kehadiran pelajar di dalam kelas

Dekan juga meminta pensyarah untuk memberi perhatian


terhadap kehadiran pelajar. Di samping untuk memastikan
pelajar mengikuti subjek yang diajar, ia juga untuk
memastikan tiada pelajar yang hilang tanpa jejak. Makluman

2. A) Akademik dan Peperiksaan

1) Buku rujukan untuk kegunaan pensyarah dan pelajar.

Sebahagian buku rujukan masih lagi di dalam proses


pembelian. Sekurang-kurangnya pensyarah kursus memiliki
satu buku rujukan dalam simpanan. Tindakan penyelesaian En. Mohamad
jangka pendek, Dekan mencadangkan Koordinator DPI Suhaimi
untuk mendapatkan buku-buku rujukan dengan Hassan Buka
membelinya di kedai Buku Universiti. Memo permohonan (Koordinator
wang tunai perlu dihantar kepada pihak kewangan. FAB)

2) Alat bantuan mengajar/ peralatan amali

Dekan mengucapkan terima kasih kepada Puan Rosna


kerana beliau telah menyediakan senarai alat bantuan
mengajar dan peralatan amali secara terperinci. Sekiranya
masih terdapat peralatan-peralatan yang diperlukan, mohon
pensyarah kursus untuk memohon segera. Makluman

3) Laporan Pengajaran dan Pembelajaran pada minggu


ke-11

Kebanyakan pensyarah masih dapat mengikuti pelan


perancangan pengajaran (Teaching Plan) tanpa ketinggalan
terlalu jauh ke belakang. Jika ada pun, hanya satu/ dua
kursus yang telah pun diambil langkah dengan membuat
kelas tambahan/ gantian pada sebelah malam/ hujung
minggu. Makluman

4) Peperiksaan dan ujian.

Dekan menganjurkan para pensyarah kursus untuk memberi


ujian ulangan (re-test) sekiranya wajar kepada para pelajar
untuk membaiki markah kerja kursus mereka. Cik Aqilah
mengatakan bahawa sesetengah pelajar tidak menunjukkan
prestasi yang baik di dalam ujian kerana masalah tidak
boleh mengulangkaji di asrama. Rakan sebilik pula terdidi
daripada program berbeza. Oleh itu, Dekan mengesyorkan Makluman
agar pelajar program yang sama ditempatkan sebilik. Dekan
juga menggalakkan agar pensyarah dapat merapatkan lagi
hubungan antara mentor dan mentee masing-masing.

5) Ujian Dua

Dekan mengingatkan mengenai ujian dua yang sepatutnya


berlangsung pada minggu ke-12. Dekan meminta setiap
pensyarah untuk memasukkan markah tersebut terus ke
dalam sistem atas talian, dan pelajar-pelajar yang
mempunyai markah kerja kursus yang rendah disarankan
untuk dibantu jika perlu dan wajar melalui ujian ulangan
atau tugasan tambahan.
Makluman
B) Key Performance Indicator (KPI)

Tahap pencapaian KPI untuk akademik telah dibincangkan secara


terperinci oleh ahli mesyuarat.

KPI Akademik:

Sehingga bulan Jun 2017, beberapa KPI telah Berjaya dicapai.


Walaupun begitu masih terdapat beberapa KPI yang belum dapat
dipenuhi dan perlukan perhatian dan tindakan segera ahli
mesyuarat. (Sila rujuk lampiran).
Cik Nazatul
Niza Nordin
(Dekan FAB) Buka

3. Hal Ehwal Pelajar

1) Program Pelajar

Pelajar DPI akan menyertai program modul kemahiran Makluman


ihsaniah dan aktiviti Hari Malaysia.

2) Sijil Kokurikulum dan Aktiviti Luar

Dekan memohon cadangan dari ahli mesyuarat mengenai


cara untuk menambahkan sijil kokurikulum dan sijil En Mohamad
penyertaan bagi para pelajar DPI. Ini bertujuan untuk Suhaimi
memberi nilai tambah kepada diploma yang bakal Hassan Buka
diperolehi. Antara cadangan aktiviti yang perlu dibuat (Koordinator
kajian lanjut adalah seperti sijil pengendalian traktor, sijil FAB)
pembuatan baja dan lain-lain. Koordinator DPI diminta
membuat kajian lanjut.

4. Lain-lain Perkara

A) Persediaan Lawatan MQA

- Ahli mesyuarat diperingatkan tentang lawatan


akreditasi oleh panel MQA yang akan dijalankan pada
28 dan 29 September 2017. Semua kakitangan diminta Makluman
untuk bersedia.

- Sebagai persediaan untuk menghadapi lawatan MQA,


beberapa perkara telah dikenalpasti untuk diberi
perhatian.

1) Ladang Latihan Amali

Panel MQA telah bersetuju untuk melawat ke Stesen


Penyelidikan LGM Bukit Kuantan. Surat permohonan
perlu dihantar segera.
Cik Nazatul
2) Sesi Temubual Bersama Pelajar Niza Nordin Buka
(Dekan FAB)
Semua pelajar DPI dikehendaki bersedia termasuklah
pelajar-pelajar yang sedang menjalani latihan industry.
Ahli mesyuarat bersetuju untuk memanggil 4 orang
pelajar yang sedang menjalani latihan industry sebagai
wakil. Surat memohon kebenaran perlu dihantar.

3) Sesi Perbincangan dengan Penasihat Luar

Ahli mesyuarat bersetuju bahawa satu sesi


perbincangan perlu diadakan dengan penasihat luar
bagi mendapatkan maklum balas tambahan sebagai
persediaan lawatan akreditasi. Penasihat juga perlu
menilai program secara keseluruhan berdasarkan
kepada 9 bidang kerangka.

4) ‘House-keeping’

Dekan mengesyorkan supaya diadakan satu gotong


royong pembersihan makmal dan stor sebelum lawatan
audit MQA. Makluman

B) MOU LGM

Deraf MOU KYP-LGM kini telahpun dihantar dan majlis


menandatangani dijangka akan diadakan di Kuala Lumpur pada
bulan Oktober.

Penutup

Dekan berharap untuk membantu pelajar-pelajar melayu yang


kurang berkemampuan. Dekan juga meminta kerjasama semua staf
supaya berdoa agar FAB berjaya mendapatkan taraf akreditasi nanti
dan berdoa untuk kebaikan semua.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.

Disediakan oleh, Disediakan oleh,


…………………………………………. …………………………………………….
Nurul Nadhirah binti Nasir Nazatul Niza binti Nordin
Pelatih SL1M Dekan
Fakulti Agrobioteknologi Fakulti Agrobioteknologi

You might also like