You are on page 1of 7

BAB 3

Praktis Soalan Objektif

1 Apakah matlamat perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh, Kelantan

I Mempertahankan agama Islam


II Mempertahankan hak penduduk tempatan
III Mendapatkan sokongan sebagai pemimpin
IV Mempertahankan hak sebagai pemungut cukai

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2 Peristiwa pembunuhan Archduke Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria Hungary oleh
orang Serbia merupakan kemuncak kepada krisis di rantau Balkan. Apakah kesan
daripada peristiwa tersebut?

A Pembentukan pakatan ketenteraan


B Memulakan Perang Dunia Pertama
C Kebangkitan imperialisme Barat di Asia
D Mencetuskan perang saudara di rantau Balkan

3 Rajah berikut menunjukkan anggota Pakatan Bertiga sebelum meletusnya Perang Dunia
Pertama 1914

Britain

Pakatan Bertiga Perancis

Rusia

Apakah implikasi kewujudan pakatan ketenteraan tersebut?

A ketidakstabilan politik di Eropah dibendung


B Peningkatan pembekalan senjata peperangan
C Pembahagian wilayah jajahan antara negara Eropah
D Berlaku persaingan kuasa dalam kalangan negara Eropah

4 Perjanjian berikut ditandatangani antara Pakatan Bertiga dengan Jerman telah membawa
kepada penubuhan Liga Bangsa-bangsa.

Perjanjian Versailles
Apakah matlamat penubuhan liga tersebut?

A Mewujudkan perpaduan di rantau yang bergolak


B Mengawal aktiviti pakatan ketenteraan di Eropah
C Menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa
D Membincangkan syarat perdamaian bagi menamatkan perang
5 Kemunculan ideologi berikut adalah antara faktor yang mencetuskan Perang Dunia
Kedua di Eropah

Ideologi Negara
Fasisme Itali
Nazisme Jerman

Apakah yang diharapkan oleh Itali dan Jerman daripada pencetusan ideologi tersebut?

A Menangani krisis kemelesetan ekonomi


B Mengembalikan maruah bangsa dan negara
C Menyekat kemaraan Pakatan Bertiga di Eropah
D Menamatkan perjanjian pasca perang yang berat sebelah

6 Kegagalan liga Bangsa-Bangsa menjalankan tanggungjawabnya dalam memastikan


keamanan dunia mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua. Apakah krisis-
krisis yang gagal ditangani oleh liga tersebut?

I Penaklukan Jepun keatas Manchuria


II Pencerobohan Itali di wilayah Poland
III Kemunculan negara bahru yang tidak terkawal
IV Keingkaran Jerman mematuhi Perjanjian Versailles

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7 Jepun mewujudkan orde baharu Asia di Asia Timur yang merangkumi beberapa buah
negara yang disatukan ke dalam satu blok ekonomi yang akan dikembangkan keseluruh
Asia. Apakah matlamat utama perlaksanaan orde tersebut?

A Membebaskan Asia daripada sekatan ekonomi


B Membawa pembaharuan ke wilayah yang di kuasai
C Menbantu negara Asia mendapatkan kemerdekaan
D Menguasai wilayah yang kaya dengan bahan mentah

8 Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi terhadap Jepun bagi menghalang
Jepun daripada memperoleh bahan mentah yang diperlukan untuk operasi perangnya.
Bagaimanakah Jepun menangani tindakan Amerika Syarikat tersebut?

A Jepun menyerang wilayah jajahan pihak Bersekutu


B Jepun mewujudkan pakatan ketenteraan dengan Jerman
C Jepun melancarkan imperialisme diseluruh rantau Asia Pasifik
D Jepun mengukuhkan kuasa ketenteraannya setaraf dengan kuasa Barat
9 Apakah faktor yang mendorong kedatangan Jepun ke negara kita?

I Menguji kekuatan dan keberanian tentera Jepun


II Mencari pasaran baharu untuk mengembangkan perindustrian Jepun
III Memonopoli sumber ekonomi tempatan untuk mengukuhkan ekonomi Jepun
IV Membebaskan negara di rantau Asia Tenggara daripada cengkaman penjajah.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10. Penguasaan pangkalan tentera laut di Singapura penting bagi ketenteraan Jepun. Apakah
yang mendorong Jepun untuk menguasai pangkalan tersebut?

A Melumpuhkan pertahanan Semenanjung Tanah Melayu


B Membuka pasaran baharu bagi perindustrian Jepun
C Menubuhkan pangkalan tentera Jepun di Asia Tenggara
D Membuka laluan untuk Jepun menguasai sumber minyak di Sumatera.

11. Berikut ialah peristiwa serangan Jepun terhadap negara kita

Penenggelaman Kapal Repulse dan Prince of


Wales di perairan Kuantan

Apakah misi pihak Jepun menenggelamkan kedua-dua kapal milik British?

A Melabuhkan kapal laut milik Jepun


B Membina pangkalan tentera laut Jepun
C Melumpuhkan pertahanan tentera British
D Memberi peluang kepada kapal-kapal asing untuk berlabuh

12. Apakah dasar pentadbiran yang dilaksanakan oleh Jepun untuk mendapatkan sokongan
orang Melayu?

I Mengiktiraf kedudukan Raja-raja Melayu


II Menyerap pemimpin tempatan ke dalam pentadbiran Jepun
III Mempersiapkan pemimpin tempatan ke arah berkerajaan sendiri
IV Melantik pemimpin tempatan mengetuai pasukan keselamatan Jepun.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
13. Berikut ialah dasar sosial yang telah diperkenalkan oleh Jepun semasa menduduki negara
kita.

Kempen “ Tambah Lebih Banyak Makanan”

Bagaimanakanh Jepun melaksanakan kempen ini?

A Mengawal penjualan barangan makanan asas


B Mengadakan catuan makanan secara berperingkat
C Mengurangkan pengimportan barangan keperluan
D Menggalakkan penduduk menanam bahan makanan sendiri.

14. Jepun berazam untuk menghapuskan pengaruh Barat di negara-negara Asia Tenggara
dan menerapkan nilai-nilai Jepun dalam pendidikan

Bagaimanakah Jepun memastikan pelaksanaan rancangan penjepunan ini berjaya?

I Kakitangan dalam pendidikan digantikan dengan orang Jepun


II Penggunaan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah
III Nyanyian lagu kebangsaan Jepun “Kimigayu” setiap hari di sekolah
IV Mengutamakan penonjolan budaya Jepun dalam setiap acara perayaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

15. Keperitan hidup semasa pemerintahan Jepun telah berjaya menyemat sifat rajin dan
kreatif dalam kalangan masyarakat tempatan. Bagaimanakah situasi ini dapat membantu
penduduk tempatan?

A Menghasilkan ciptaan baharu berasaskan bahan tempatan


B Membangunkan sistem perdagangan yang tidak dikawal oleh Jepun
C Mewujudkan kerjasama ekonomi yang menyatupadukan semua kaum
D Mencipta peralatan untuk mengurangkan kebergantungan kepada Jepun

16 Mengapakah layanan Jepun terhadap kaum Cina di negara ini berbeza dengan kaum-
kaum lain semasa pendudukan Jepun?

A Kaum Cina suka membantah arahan Jepun


B Enggan bekerjasama dengan Jepun menentang British
C Menyokong kerajaan China dalam Perang China-Jepun
D Bersaing dengan Jepun dalam mendapatkan tanah jajahan
17 Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) adalah gerakan anti-Jepun yang paling
agresif menentang pendudukan Jepun. Peningkatan gerakan ini menyebabkan Jepun
menubuhkan pasukan tentera yang dianggotai oleh orang Melayu untuk menentang
MPAJA.
Apakah kesan tindakan Jepun tersebut?

A Berlaku ketegangan kaum


B Gerakan MPAJA berjaya dikawal
C MPAJA mendapatkan bantuan British
D MPAJA melancarkan serangan besar-besaran

18. Bagaimanakah Pasukan Force 136 menentang pendudukan Jepun di negara ini?

I Mendapat bantuan daripada MPAJA


II Menubuhkan pasukan gerila anti-Jepun
III Bekerjasama dengan Wataniah Pahang
IV Mendapat bantuan daripada tentera Bintang Tiga

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19 Jepun menggunakan propaganda untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan


melalui penggunaan slogan-slogan berikut.

 Asia untuk Orang Asia


 Semangat Asia

Apakah yang ditekankan oleh slogan tersebut?

A Memupuk semangat cintakan tanah air


B Menanamkan semangat anti-penjajah asing
C Mewujudkan negara-negara yang bebas penjajah
D Mewujudkan kerjasama antara Jepun dengan penduduk tempatan

20 Kejayaan Jepun menewaskan kuasa barat dalam Perang Dunia Kedua memberi
keyakinan kepada masyarakat Asia. Apakah keyakinan yang dimaksudkan?

A Masyarakat Asia mahir menggunakan taktik perang gerila


B Kemampuan sebenar bukan terletak pada kekuatan tentera
C Masyarakat Asia mampu membebaskan negara daripada penjajahan
D Masyarakat Asia boleh bergantung kepada Jepun untuk menuntut kemerdekaan
daripada penjajah.
21 Semasa pendudukan Jepun, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah memberi kerjasama
dalam menyebarkan propaganda Jepun. Mengapakah KMM bertindak sedemikian?

A Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu


B Perjuangan KMM mendapat persetujuan Jepun
C Mewujudkan kerjasama untuk memajukan negara
D Mendapatkan pengiktirafan Jepun sebagai parti politik yang sah

22 Apakah yang mendorong perkembangan gerakan nasionalisme semasa pendudukan


Jepun di negara kita?

I Kejayaan Jepun mengalahkan kuasa besar


II Penahanan beberapa pemimpin gerakan radikal
III Kegagalan British menangani penaklukan Jepun
IV Keengganan Jepun memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23 Penubuhan pertubuhan berikut dipersetujui oleh Jepun demi memenangi hati nasionalis
Melayu.

Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)

Apakah matlamat utama penubuhan KRIS?

A Memupuk perpaduan penduduk Tanah Melayu dan Indonesia


B Mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu bersama Indonesia
C Menjalin kerjasama antara pemerintah Indonesia dan Tanah Melayu
D Memupuk kerjasama menentang Jepun di Tanah Melayu dan Indonesia

24 Taktik serangan Jepun ke atas Pearl Harbour yang bertujuan untuk melumpuhkan
armada laut Amerika Syarikat telah memprovokasi Amerika Syarikat untuk berperang.
Apakah tindakan Amerika untuk menamatkan kemaraan Jepun?

A Mengebom Nagasaki dan Hiroshima


B Mengisytiharkan dasar bumi hangus
C Melancarkan serangan gerila besar-besaran
D Membentuk pakatan ketenteraan yang melibatkan kuasa besar
25 Kekejaman tentera Jepun terhadap komuniti Cina telah menyebabkan orang Cina
mendapatkan perlindungan daripada Malayan Peoples’ Anti Japanese Army (MPAJA)
atau menyertai MPAJA. Apakah kesan penting daripada situasi ini selepas pengunduran
Jepun dari negara ini?

I Kebangkitan komunis
II Kemunculan parti politik mengikut kaum
III Pengiktirafan MPAJA sebagai parti politik yang sah
IV Konflik kaum antara orang cina dengan orang Melayu

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

You might also like