You are on page 1of 3

SI QARUN YANG SOMBONG

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatu


Firman Allah SWT,
ۡ ‫وز َمآ ِإنَّ َم َفات َِح ُه ۥ َل َت ُن ٓوُأ ِب ۡٱلع‬
‫ُص َب ِة‬ ۡ
ِ ‫ُوس ٰى َف َب َغ ٰى َع َل ۡي ِه ۖمۡ‌ َو َءا َت ۡي َن ٰـ ُه م َِن ٱل ُك ُن‬
َ ‫ان مِن َق ۡو ِم م‬ َ ‫ڪ‬ َ ‫ُون‬ َ ‫ِإنَّ َق ٰـر‬
َ ‫ح ِإنَّ ٱهَّلل َ اَل ُيحِبُّ ۡٱل َف ِرح‬
‫ِين‬ ‌ۖۡ ‫ُأ ْولِى ۡٱلقُوَّ ِة ِإ ۡذ َقا َل َل ُه ۥ َق ۡو ُم ُه ۥ اَل َت ۡف َر‬
Maksudnya :
“Sesungguhnya Qarun termasuk daripada kaum Musa, tetapi dia berlaku zalim
terhadap mereka dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan
harta dan kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat.
Ingatlah ketika kaumnya berkata kepadanya, ‘Janganlah engkau terlalu bangga.
Allah Taala tidak menyukai orang yang membanggakan diri.’ (Surah Al-qasas ayat
76)
Yang dihormati tuan pengerusi majlis,
Yang adil lagi bijaksana para hakim yang bertauliah,
Barisan guru-guru yang senantiasa berbakti manabur ilmu,
Seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Guru - guru dan rakan – rakan sekalian,


Pergi ke pekan menaiki kereta,
Kereta dipandu oleh Cik Harun,
Mari kawan saya nak bercerita,
Cerita saya Si Sombong Qarun.

Istilah “harta karun” yang biasa menjadi ungkapan dibibir kita sebenarnya lahir
daripada ketamakan manusia bernama “Qarun” di atas kekayaannya dan perihal
keadaan tersebut menjadikan dia sombong dan angkuh kepada Allah Taala.
Kisah Qarun adalah kisah seorang manusia yang hidup di zaman Nabi Musa a.s
yang mana Allah Taala mengurniakan kekayaan dan keluasan harta, namun dia
beranggapan bahawa kekayaan yang dimilikinya itu adalah hasil usahanya sendiri
bukan anugerah dari Allah s.w.t.
Kisah ini menjadi saksi bahawa kesombongan melalui harta tidak akan kekal lama
jika umat Islam tidak memahami konsep kekayaan di dalam hidup ini. Perkara ini
telah diberitahu oleh Allah dalam surah Al-Qasas ayat 78 yang bermaksud :Qarun

1
berkata, sesungguhnya aku hanya diberi harta itu adalah kerana ilmu yang ada
padaku.
Menurut Imam Qurtubi,Qarun ini kaya disebabkan oleh beliau merupakan orang
kanan Firaun, ada juga berpendapat yang Qarun ini telah mewarisi khazanah
kekayaan yang dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s, dan ada juga yang mengatakan
bahawa Qarun ini kaya disebabkan kemahirannya menguasai ilmu kimia.
Wallahulam.
Kekayaan yang dimiliki Qarun ini, bukanlah digunakan untuk membantu dan
menolong orang yang hidup susah di zamannya, sebaliknya menjadikan Qarun
semakin sombong dan bongkak kepada manusia dan menolak serta
memperlekehkan ajaran Nabi Musa a.s.
Sementara di sekelilingnya merupakan orang yang miskin dan sering ditindas, dia
hanya memakai baju-baju yang mahal serta mempunyai ramai orang suruhan di
bawahnya dan mempamerkan kekayaan yang dimilikinya untuk tontonan umum
dan melayan orang miskin dengan penghinaan.
Dia memberitahu kepada mereka bahawa kemiskinan mereka adalah disebabkan
mereka tidak mempunyai ilmu serta kebijaksanaan. Selain itu, dia juga percaya
bahawa apa yang dimilikinya itu disebabkan kebijaksanaannya serta keupayaannya
dan bongkaknya tidak mengaku bahawa kekayaannya itu merupakan rahmat dari
Allah SWT.
Nabi Musa a.s mengingatkan Qarun bahawa dia perlu mengeluarkan zakat
hartanya, sebahagian harta itu merupakan hak orang yang miskin. Qarun berasa
sakit hati akan nasihat yang diberi oleh Nabi Musa a.s dan memberitahu bahawa
kekayaan yang dimilikinya itu bukti dia dikasihi oleh Allah SWT, yang telah
memperkenankan gaya hidup serta meningkatkan kekayaannya. Nabi Musa a.s
memberi amaran kepada Qarun akan kesombongannya itu.
Ketika Qarun mengira jumlah zakat yang perlu dikeluarkan, dia terkejut kerana
jumlah itu begitu banyak. Dia bukan sahaja enggan mengeluarkan zakat, tetapi
juga juga menyebarkan khabar angin tentang Nabi Musa a.s memperkenalkan
zakat untuk keuntungan dirinya sendiri. Malahan dia juga merasuah penduduk
Mesir untuk menentang Nabi Musa a.s dan menyebarkan khabar angin yang palsu
tentang Nabi Musa a.s.
Allah SWT memberi peringatan kepada Nabi Musa a.s mengenai rancangan Qarun
lalu Nabi Musa a.s memohon kepada Allah SWT supaya menghukum Qarun
2
kerana sifat bakhilnya serta menentang hukum Allah SWT. Firman Allah
bermaksud:
“Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka
tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia
tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.” (Surah al-Qasas ayat 81).
Allah SWT murka akan Qarun lalu memerintahkan bumi supaya menelan Qarun,
rumah serta semua harta kekayaannya seolah-olah dia tidak pernh wujud di muka
bumi.
Pengajaran yang boleh diambil dari kisah ini, adalah manusia mempunyai sikap
gopoh dan tamak apabila direzekikan dengan sesuatu perkara. Mereka tidak
bersyukur di atas kurniaan yang dilimpahkan kepada dirinya lalu harta itu tidak
diinfakkan kepada mereka yang sepatutnya menerima hak. Begitulah Allah
mendidik umat Islam di muka bumi ini untuk mengeluarkan zakat apabila tiba
waktu dan haulnya.
Sikap mendabik dada ini mengingatkan kepada manusia agar berhati-hati dengan
jawatan, pangkat dan kedudukan yang mulia diberikan Allah kepada kita. Manusia
seringkali diuji dengan kedudukan yang baik malah memberikan gambaran bahawa
kehidupan yang senang itu adalah anugerah sedangkan mereka tidak memahami
setiap kelebihan itu juga adalah ujian untuk mereka.
Saya akhiri dengan serangkap pantun,
Berwajah tampan rajin berusaha,
Qarun menjadi semakin kaya,
Siang dan malam menghitung harta,
Timbul sifat sombong dan bangga
Sehingga lupa Allah yang Esa.

Sekian, terima kasih.

You might also like