You are on page 1of 43

Diterbitkan & Diedar oleh Advanced Business Systems Consultants Sdn. Bhd.

(162056-U)

AMC College, Lot 43-44, 1ST Floor, Likas Square Commercial Centre,

Jalan Istiadat Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tel: +(6) 088 235 218

Fax: +(6) 088 245 955

Website: www.amc.edu.my
Bab Isi Kandungan Muka Surat
Bab 1 Pengenalan Kepada Blogging 1
1.1 Apa Itu Blogging? 1
1.2 Mengapa Membina Blog? 2
1.3 Faktor Mempengaruhi Pembangunan Laman Blog 2
1.4 Email Google Dan Akaun Google 3
1.5 Latihan 6

Bab 2 Memulakan Blog 7


2.1 Bagaimana Memilih Alamat URL Yang Baik? 7
2.2 Pendaftaran Blog Anda 7
2.3 Bagaimana Menulis Entri Yang Baik 9
2.4 Latihan 10

Bab 3 Entri Pertama Anda 11


3.1 Mengenali Persekitaran Blogger 11
3.1.1 Mukadepan Blogger 11
3.1.2 Antaramuka Blogger 12
3.2 Entri Pertama 13
3.3 Tetapan Entri 13
3.4 Tetapan 15
3.4.1 Asas > Permission 15
3.4.2 Pos Dan Komen 17
3.4.3 Mobil Dan E-Mail 18
3.4.4 Tetapan Format 18
3.4.5 Template 19
3.4.6 Pages 19
3.6.7Membina Blog Baru 20
3.5 Latihan 21

Bab 4 Widget Dan Prestasi Blog 22


4.1 Menambah Widget Ke Blog Anda 22
4.2 Melihat Prestasi Blog Anda 26
4.3 Latihan 29

Bab 5 Menjana Pendapatan Melalui Blog 30


5.1 Bagaimana Menjana Pendapatan Dari Blog 30
5.2 Nuffnang 30
5.2.1 Mendaftar Nuffnang 31
5.2.2 Antaramuka Nuffnang 32
5.2.3 Bagaimana Untuk Memulakannya 33
5.3 Mempromosikan Blog Anda 39
5.4 Latihan 39
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 1

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA BLOGGING


Di akhir bab ini, anda akan;

• Memahami aktiviti blogging


• Dapat mengenalpasti tujuan membangunkan laman blog
• Memahami faktor yang menyumbang kepada pembangunan laman blog
• Mendaftar akaun google+ and gmail sendiri

1.1 Apa Itu Blogging?

Blog memberikan anda peluang bersuara di laman web. Ianya satu tempat untuk mengumpul dan
berkongsi perkara menarik - samada pendapat politik, jurnal peribadi, ataupun hubungkait kepada
laman web yang anda ingin kan.

Kebanyakan orang menggunakan blog hanya sebagai ruang untuk memberi buah fikiran, tetapi ada
juga penulisan yang telah memberi impak kepada ribuan pembaca dari serata dunia. Para
wartawan profesional dan amatur menggunakan blog sebagai medan untuk menyiarkan berita
tergempar, ada segelintir yang lain pula sekadar ingin menyuarakan isi hati di blog. Apapun yang
anda ingin suarakan, Blogger membantu anda menyampaikannya. Kebanyakan blogger menulis di
blog untuk suka-suka dan sebagai hobi yang membina, ada juga yang menjadikannya sebagai
karier. Blogging juga adalah satu cara mudah menjana kewangan bagi para usahawan, juga
sebuah gedung maklumat kepada yang baru berjinak-jinak.

Antara penyedia blog lain (percuma)

• Blogger.com : dapat dibangunkan dalam masa singkat, mengamalkan polisi liberal pada
pengiklanan dan sebagainya.
• Wordpress.com : dapat dibangunkan dalam masa singkat, tiada pengiklanan kecuali anda
membayar untuk nya..
• Yahoo! 360 : Produk terbaru, dijangkakan akan mampu ber- integrasi baik dengan khidmat
yahoo lainnya.
• Microsoft Live Spaces : Web menggunakan Microsoft Live Office. Anda juga boleh mendapat
domain name secara percuma dan pelayan web melalui Office Live Basics.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 2

1.2 Mengapa Membina Blog?

Tujuan utama membina blog, ianya percuma. Setiap orang ada sebab untuk memulakan aktiviti
blog. Ianya mudah dibina dan mudah untuk di kendalikan. Jika anda menggunakan teknik yang
betul, aktiviti blogging boleh member kan peluang pendapatan.

Antara tujuan blogging;

• Journal : untuk merekod perjalanan hidup dan dikongsikan bersama rakan


• Expression of Feeling : bertindak sebagai medium untuk menyuarakan pendapat tentang
sekeliling
Promoting Their Product : mampu membantu memasarkan produk secara meluas dan efektif.
Semakin ramai pengunjung ke satu blog, semakin banyak jualan di dapati.
• Sharing Information and Knowledge: untuk berkongsi maklumat seperti resipi, buku terbaru
dibaca, dan lain-lain.
• Work Purpose: Terdapat sesetengah universiti yang membenarkan pelajar mereka membuat
assignment melalui blog. Terutamanya mereka yang berada di bidang media dan
komunikasi.

Selepas membaca tujuan di atas, perkara paling penting ditanyakan pada diri sendiri adalah, apa
tujuan anda membangunkan laman web ini? Dengan mengenalpasti tujuan dan objeftif anda ini
akan dapat memastikan blog anda tidak tersasar dari yang sebetulknya.

1.3 Faktor Mempengaruhi Pembangunan Laman Blog


Sebelum memulakan blog, anda haruslah mengenalpasti perkara berikut;

• Mengapa saya membina laman blog?


• Siapa kah pembaca blog saya? Samada anda ingin memaparkannya kepada pihak awam
agar dapat dibaca oleh semua, atau menyimpannya untuk bacaan sendiri.
• Apakah isi kandungan blog anda? Adakah ianya mengandungi maklumat berguna kepada
orang lain? Adakah terdapat kemungkinan isi kandungan tersebut akan mengaibkan
manamana pihak?

Bagaimana? Sudahkah anda mengenalpasti tujuan anda membina blog? Adakah anda ingin
berkongsi maklumat? Membuat duit? Mengadakan satu tempat agar saudara jauh dapat
mengetahui perkembangan anda? Pos jenaka lucu atau link?

Setelah mengenalpasti objektif anda membina blog, ini akan membantu anda untuk menentukan
platform (hos) dan bagaimana menamakan blog anda. Sebagai contoh laman platform
Wordpress.com; tiada pengiklanan, tiada pendapatan. Juga, apabila anda membina blog untuk
saudara anda, nama blog tidaklah begitu penting. Akan tetapi, jika anda bercadang menjana
pendapatan melalui blog anda, anda perlulah mempunyai nama blog yang berkaitan dengan topik
blog anda.

Selain nama, objektif anda membina blog juga mempengaruhi perkara lain seperti kekerapan
mengemaskini blog dan topik. Jika anda membina blog peribadi, ini bukanlah hal yang besar. Begitu
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 3

juga apabila blog dibina untuk berkongsi maklumay; anda bebas menamakan apa sahaja,
mengemaskini pada bila-bila sahaja yang anda suka.

Jika anda mahukan aliran trafik pengunjung yang tetap, anda haruslah berada di topik yang betul
dan konsisten. Katakan blog anda adalah blog tips, bukannya blog berasaskan wang. Cuba lah
menjadi konsisten untuk pengunjung tetap anda tapi usah memaksa diri jika tidak mampu. Anda
harus pastikan anda konsisten dalam penulisan, dan nama blog haruslah berkaitan rapat dengan
topik pilihan anda.

Jika anda mahu membuat wang, topik adalah penting walaupun blogosphere mempunyai banyak
blog pesaing. Tajuk blog adalah pemenang. Pemilihan blogger sebagai platform bukanlah pilihan
yang mengecewakan memandangkan ianya telah disepadukan bersama Adsense, malah kita
boleh meletakkan pengiklan lain yang kita mahu. Namun, anda haruslah memantau kekerapan
mengemaskini blog.

Jika anda ingin menjana wang, anda juga perlulah membina satu aliran trafik yang berminat pada
topik blog anda. Satu daripada caranya adalah dengan mengemaskini blog setiap hari
(sekurangkurangnya pada permulaan) dan pastikan blog anda mempunyai banyak isi.

Apabila pembaca telah menemui blog anda, sudah tentu anda mahu pembaca tersebut berada
lebih lama di blog anda. Dengan itu, anda perlukan lebih banyak artikel. Lebih cepat anda menjana
isi kandungan blog anda (dengan mengepos beberapa artikel dalam sehari), lebih cepat anda
mampu memngumpul trafik.

1.4 Email Google dan Akaun Google


Langkah pertama sebelum mendaftar kan blog anda ialah anda haruslah mempunya akaun email
yang sah. Jika anda telah mempunyai alamat email, teruskan ke Bab 2.

TIPS : Adalah dinasihatkan memperuntukkan satu email untuk kegunaan blogging sahaja.

Langkah 1 : Lawati laman web Google.


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 4

Langkah 2 : Klik Sign Up berwarna merah pada bahagian kanan di sudut atas.

Langkah 3 : Isikan maklumat seperti diminta. Anda dikehendaki mengisi kan alamat email untuk
menjadi username anda. Anda perlu menyediakan lebih banyak pilihan username sebagai pilihan,
kerana username anda haruslah unik.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 5

Langkah 4 : Halakan kursor ke bawah, penuhkan maklumat seterusnya.

Anda dikehendaki memberikan alamat email yang digunakan sekarang, agar Google dapat
menghantar email apabila seseorang cuba menceroboh akaun blog anda atau apabila anda
terlupa kata laluan anda. Masukkan captchas dan klik pada terms of service. Klik Next Step.

Langkah 5 : Tambahkan gambar profail jika anda ingin dengan menekan ‘add profile photo’. Klik
Next jika ingin langkau langkah ini.

Pendaftaran telah lengkap. Sila hafal alamat email dan kata laluan anda. Jangan dedahkan kata
laluan kepada orang lain untuk keselamatan blog anda.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 6

1.5 Latihan Bab 1


1. Pilih satu blog dan kenalpasti perkara berikut;
Perkara Jawapan

A Nama blog

B URL Blog

C Pemilik Blog

D Bilangan pengikut

E Nombor paparan halaman

F Berapa lama telah


menyertai blogspot?

G Isi kandungan utama blog

H Adakah blog tersebut


menarik? Nyatakan sebab.

2. Kini tiba giliran anda. Kenal pasti dan isikan perkara berikut;
Perkara Jawapan

A Tujuan utama membina blog

B Isi kandungan utama blog anda

C Adakah anda ingin orang lain


membaca blog anda

D Apakah username anda

E Adakah anda telah mempunyai


email? Adakah anda ingin
menggunakan email sekarang
untuk blog atau mendaftar
alamat email yang lain?

F Nyatakan jenis blog anda:


(Peribadi, kedai online, etc)

G Cadangkan nama blog anda


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 7

BAB 2 : MEMULAKAN BLOG


Di akhir bab ini, anda akan dapat :

• Membangunkan blog pada platform blogspot


• Menukar templat dan rekaletak blog

2.1 Bagaimana Memilih Alamat URL Yang Baik?


URL merupakan alamat, dimana terletak lokasi website anda didunia siber. Adalah penting untuk
memilih nama yang baik bagi menggalakkan lebih ramai pengunjung ke blog anda.
• Pilih nama yang ringkas dan mudah diingat seperti redmummy, inibelogsaya,
• Pilih nama yang unik dan bermakna : dangobunny
• Tidak digalakkan menggunakan nama sendiri : nurfarawahidabterazak.blogspot.com
• Jika ingin menggunakan nama sendiri, pastikan ia ringkas seperti hazrey.com,
beautifulnara.com
• Alamat URL haruslah menonjolkan identiti blog, contohnya, masakansedap.com adalah blog
masakan
• Elakkan menggunakan nama yang mempunya huruf bertindih seperti
shoesshoes.blogspot.com (mengelirukan, terdapat dua s di bahagian tengah) Elakkan
menggunakan nama yang sukar dieja seperti mishyaliqa.com

2.2 Pendaftaran Blog Anda


Langkah 1 Lawati www.blogger.com
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 8

Langkah 2 Log masuk jika anda telah mempunyai blog sebelum ini

Langkah 3 Klik “Create Your Blog Now”

Langkah 4 Pilih “Blog Title” dan URL bersesuaian bagi blog anda. Anda boleh menyemak sama ada
URL anda itu masih belum dituntut dengan menekan "Check Availability".

Title

Address

Template

Langkah 5 Masukkan pengesahan perkataan dan teruskan


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 9

2.3 Bagaimana Menulis Entri Yang Baik?


• Gunakan bahasa yang bersesuaian

• Elakkan penggunaan warna Font yang terlalu banyak. Maksimum, 3 warna sahaja.

• Seragamkan abjad, elakkan menggunakan huruf besar pada seluruh ayat

• Tetapkan warna Font kepada hitam , atau putih (sekiranya latar adalah berwarna hitam).
Adalah tidak digalakkan untuk menggunakan warna lain sebagai warna Font.

• Selitkan gambar untuk menarik minat pembaca.

• Elakkan menulis terlalu panjang tanpa isi

• Jadilah diri sendiri, tulislah sesuatu yang asli

• Elakkan menggunakan material orang lain, jika perlu mengguna kan material lain, letakkan
kredit (link) ke laman asal.

• Lakukan banyak penyelidikan berkenaan blogging. Lawatilah seberapa banyak laman blog,
pelajari kekuatan dan elakkan kelemahan mereka.

• Elakkan menulis isu yang sensitif, atau memberi fakta mengelirukan.

• Pilih reka letak blog berdasarkan isi, gaya penulisan dan mesra pembaca.

• Cuba bersikap kreatif. Walaupun anda adalah penulis yang hebat, tulisan dan kata-kata
sahaja tidak mencukupi bagi sebuah blog. Pembaca mahukan laman blog yang kelihatan
menarik perhatian, dan mempunya sekuirang-kurangnya sekeping gambar pada entri.

• Fikir secara teliti tajuk blog anda; ianya mestilah menarik dan jelas. Fikirkan apa yang hendak
dipaparkan pada blog anda. Anda mempunyai maklumat yang menaik, namun orang tidak
akan membaca artikel tersebut kerana tajuk yang dipaparkan membosankan.

• Galakkan pembaca memberikan komen. Mereka membaca tulisan anda tapi mereka tidak
akan memberitahu apa yang mereka fikirkan ( lebih kurang 99%) sehinggalah anda
memintanya. Anda akan mendapat komen dan respon yang banyak sekiranya anda
memintanya.

Tips : Untuk menggalakkan komen diberi, akhiri entri anda dengan pertanyaan atau meminta
pandangan pembaca
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 10

2.4 Latihan Bab 2


1. Bina blog anda sendiri berpandukan jawapan anda pada latihan di Bab 1.

2. Pilih rekaletak dan templat yang sesuai bagi blog anda.

3. Kenalpasti :
• Nama blog anda –
• Alamat URL Blog - http://
Alamat Email :

Tips : Latihan ini harus diselesaikan sendiri oleh pelajar. Ianya akan digunapakai untuk bab-bab
seterusnya.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 11

BAB 3 : ENTRI PERTAMA ANDA


Di akhir bab ini, anda akan dapat:

• Membiasakan diri dengan dashboard blogger dan persekitarannya.

• Meneroka dan menentukan tetapan manakah yang sesuai untuk blog anda

• Menulis entri baru dan menerbitkannya

3.1 Mengenali Persekitaran Blogger


3.1.1 Mukadepan Blogger

Blog’s Title

& more
options
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 12

New Post from the Blog you Blogs that you


followed followed

3.1.2 Papan Pemuka Blogger


Klik pada Create A New Post, papan pemuka akan terpapar.

Menentukan Warna Tetapan entry dan


Jenis dan saiz Masukkan link,
format font dan menyemak ejaan
tulisan video, gambar
tulisan entri highlight
anda
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 13

3.2 Entri Pertama


Dalam Bab 1, kita telah menentukan objektif untuk membina blog. Objektif inilah yang akan menjadi
garis panduan dalam penulisan blog anda secara perlahan-lahan. Sebagai contoh, anda telah
menentukan untuk membina sebuah blog berkonsepkan perkongsian resipi, anda bolehlah menulis
dan menerbitkan entri pertama anda dengan berkongsi resipi masakan, dan anda juga bolehlah
menambah gambar yang bersesuaian.

Sample of writing a post

Cuba tuliskan satu entri dan terbitkan. Lihat bagaimana hasilnya dengan menekan View Blog.

3.3 Tetapan Entri


Anda boleh menentukan beberapa tetapan pada entri anda seperti berikut;

• Labels: Anda boleh melabel entri anda dengan kata kunci yang sesuai. Katakan anda menulis
berkaitan Salad Buah, anda boleh lah melabel tulisan anda itu dengan kata kunci,
‘Buahbuahan’, ‘Makanan’, ataupun ‘Salad’. Apabila pembaca membaca blog anda,
mudah untuk mereka mencari kategori yang indin dibaca.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 14

Schedule: Anda boleh juga menetapkan jadual untuk menerbitkan tulisan anda. Katakan anda
menulisnya pada hari ini, dan ingin ianya di terbitkan ke blog anda pada minggu hadapan, anda
bolehlah menetapkan di tetapan ini.

• Location: Anda juga boleh menyertakan lokasi dimana tulisan itu di hasilkan. Blogger.com
akan mengesan kedudukan anda, dan menyatakan lokasi anda pada hujung entri tadi.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 15

3.4 Tetapan
3.4.1 Asas > Permission
Te

Blog author : Memaparkan pemilik blow dan akaun yang disambung ke blog. Satu blog boleh
mempunyai lebih dari seorang pemilik (penulis).

Blog readers : you can determine who you want to grants access to read the blog, what type of
permission you want to give. There are three types permission; Anda boleh menentukan siapakah
yang diberi kebenaran untuk membaca blog anda. Terdapat 3 jenis kebenaran diberikan;

• Anybody : dibuka untuk bacaan semua orang. Sesiapapun boleh mengakses blog ini.

• Only blog authors : Blog hanya boleh diakses, dan dica oleh pemilik blog sahaja. Pelawat
lain tidak akan dapat mengakses blog ini seterusnya membacanya. Mereka akan
mendapat satu mesej menyatakan bahawa blog ini adalah blog peribadi (private)

• Only these readers : open the blog to selected readers. You can choose who you want to
give access to read the post by click on 'add readers'. You can also select your reader from
your contact. Akses pada blog hanya diberikan kepada pembaca tertentu. Anda boleh
memilih untuk memberikan akses tersebut kepada mana-mana pembaca dengan
menekan 'add readers'. Anda juga boleh memilih pembaca tertentu tersebut melalui
‘contacts’.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 16

Bagaimana Menambah Penulis Lain Ke Blog

Sebagai penulis / pemilik utama laman blog anda, anda juga boleh member kebenaran
kepada tetamu lain untuk menulis ke dalam blog anda dengan cara berikut;

Langkah 1 : Klik 'add authors'

Langkah 2 : Tetingkap Pop-up berikut akan dipaparkan

Langkah 3 : Taipkan alamat e-mail tetamu (orang yang anda ingin tambah sebagai penulis
bersama blog anda) dan klik Invite authors. Satu mesej akan dihantar kepada orang tersebut.
Anda juga boleh menjemput penulis jemputan lain melalui pilihan Choose from Contact .
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 17

3.4.2 Post dan Komen

Dalam dunia blog, anda bukan sahaja boleh menulis dan mem-pos tulisan anda, malah pembaca
boleh memberikan komen ke atas tulisan anda. Bersedialah dengan komen-komen dari pembaca
tersebut, ada yang menulis dengan kasar. Oleh itu, adalah penting untuk anda sebagai pemilik blog
untuk mengawal jenis komen apakah yang anda ingin paparkan kedalam blog anda. Adalah
dinasihatkan untuk sentiasa menyemak komen-komen yang dihantar sebelum memaparkannya di
blog anda.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 18

3.4.3 Mobil dan E-mail

3.4.4 Tetapan Format

Ini untuk menentukan tetapan dari segi bahasa dan format digunapakai untuk blog anda. Bagi yang
baru bermula, dinasihatkan untuk terus menggunakan tetapan default (sedia ada)
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 19

3.4.5 Templat

Templat adalah tema atau rekabentuk untuk sesebuah blog. Ianya haruslah selari dengan isi
kandungan blog dan objektif blog tersebut. Terdapat juga templat yang dihasilkan pihak ketiga,
namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia blog, anda disarankan menggunakan templat
sedia ada bagi memudahkan anda untuk mengurus dan mengawalnya.

3.4.6 Pages

Anda juga boleh menambah beberapa Pages (mukasurat) di blog anda untuk memuatkan
kandungan lain. Laman-laman ini akan dipaparkan pada tabs (selepas tajuk blog) atau anda
bolehlah memilih untuk memaparkannya di bar sisi.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 20

Paparan Pages

3.4.7 Membina Blog Baru

You can have more than 1 blog using the same blogger account. Normally, people create multiple
blogs to serve different purpose of blogging. Anda boleh mempunyai beberapa blog dalam satu
akaun blogger menggunakan akaun gmail yang sama. Biasanya, pelbagai jenis blog dibuat dalam
satu akaun blogger pada memenuhi keperluan pemilik untuk beberapa tujuan.

Pemilik blog ini mempunyai 3 blog di dalam senarai. Walaupun menggunakan akaun blogger yang
sama, rekabentuk dan rekaletak bagi setiap blog boleh ditentukan secara berasingan.

Ikuti langkah-langkah yang sama seperti di Bab 2.


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 21

3.5 Latihan Bab 3


1 . Menggunakan blog yang dibina, tuliskan post anda seperti berikut;

Hello, my name is ________. This is my first blog. I am creating a blog for :

• Reason 1

• Reason 2

• Reason 3

Thanks for reading. I would like to hear your comment.

2. Tuliskan My First Entry sebagai tajuk, label kan di bawah kata kunci ‘blog’, ‘personal’.

3. Tuliskan entri seterusnya, bertajuk AMC-Where I Learn How To Blog . Anda boleh lah meletakkan
sedikit maklumat berkaitan AMC (lawati www.amc.edu.my untuk maklumat). Letakkan
sekurangkurangnya 3 keping foto beserta penerangan yang bersesuaian. Tetapkan agar entri
anda di pos pada jam 1.00 pm. Di akhir entri anda, masukkan link ' Visit Here For Details' dan
sambungkan www.amc.edu.my.

4. Lengkapkan blog anda yang dibina pada aktiviti sebelumnya ( Chapter 3.4.7 : Creating a new
blog). Jadikan ianya sebuah blog peribadi, dimana hanya yang terpilih sahaja yang boleh
mengaksesnya. Berikan akses tersebut kepada beberapa rakan anda.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 22

BAB 4 WIDGET DAN PRESTASI BLOG


Di akhir bab ini, anda seharusnya dapat;

• Menambah wijet ke blog anda

• Melihat analisis atau statistik blog anda

4.1 Menambah Widget ke blog anda


Widget adalah elemen tambahan yang boleh dimasukkan ke blog anda. Ianya menawarkan tips
dan maklumat berguna kepada pemilik blog dan pelawat. Antara contoh Widget yang biasa
digunakani;

• About Me Widget : Memaparkan profail pemilik blog. Anda boleh memilih untuk
memaparkannya atau tidak.

• Followers Widget : Akan memaparkan senarai pengikut anda.

• Statistic Counter Widget: memaparkan jumlah hits (lawatan) diterima blog anda.

Bagaimana Menambah Widget?


Langkah 1: click > Layout > Add Gadget
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 23

Langkah 2 : Pilih Widget dari senarai.

Bagi wijet dari pihak ketiga, ianya mestilah ditambah menggunakan HTML/Java Script method. Anda
haruslah mencari aplikasi tersebut terlebih dahulu, jana kan kod, dan di tampal di sini. Cara ini tidak
digalakkan bagi yang baru berkecimpung dalam blog.

• Chatbox : ruang chat ringkas untuk pembaca berinteraksi

• Facebook badge : menyambung akaun facebook anda ke blog

• Twitter : menyambung akaun twitter anda ke blog

• EntryPing : Pos link entri terbaru anda ke rangkaian social anda yang lain.

Tips : Anda dinasihatkan untuk tidak memuat turun terlalu banyak wijet ke blog anda bagi
mengelakkan blog anda terlalu ‘berat’
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 24

Text

Sidebar Banner

Archive

Chatbox

Follower
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 25

Antara Contoh Wijet


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 26

4.2 Melihat Prestasi Blog Anda


Langkah 1 Klik Stats pada papan pemuka

Langkah 2 Halaman berikut akan dipaparkan. Ianya akan menunjukkan ringkasan prestasi blog anda.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 27

Langkah 3 Klik pada panel kiri untuk mengawalnya.

Langkah 4 Klik pada Posts

Pada pilihan ini, anda dapat melihat jumlah pelawat yang membaca pos anda berdasarkan senarai
pos tersebut seperti di atas.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 28

Langkah 5 Klik pada Traffic Sources. Melalui pilihan ini, anda dapat mengetahui dari manakah
punca trafik anda, sistem operasi yang digunakan dan sebagainya. Referring URL bermaksud dari
mana trafik tersebut datang ke laman anda, samada dari blog lain atau laman web lain.

Langkah 6 Klik pada Audience. Maklumat berkenaan pembaca anda akan dipaparkan.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 29

Langkah 7 Pada sudut bahagian kanan, terdapat tetapan untuk anda meninjau statistik mengikut
jangka masa.

4.3 Latihan Bab 4


1. Dengan menggunakan blog yang anda bina sebelum ini, tambahkan beberpa wijet berikut :
Follower, Labels, Statistic Counter, List of Blogs ( memaparkan blog yang anda Follow ) dan satu lagi
List of Blogs (paparkan blog dengan memasukkan URL).

2. Kini anda mempunyai sebuah blog yang hampir lengkap. Lawati 3 blog, dan tinggalkan komen
serta alamat blog anda, (supaya rakan anda dapat melawat blog anda).
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 30

BAB 5 MENJANA PENDAPATAN MELALUI BLOG


5.1 Bagaimana menjana pendapatan dari blog
Blog bukan sahaja medium mengekpresikan pendapat atau berkongsi pengalaman, kini anda boleh
menjana pendapatan melalui blog anda. Sesetengah syarikat pengiklanan akan memilih blog anda
untuk menjalankan iklan keluaran mereka. Iklan tersebut bertujuan untuk mempromosikan barangan
mereka. Apabila satu klik unik dikesan melalui url anda, anda akan memperoleh keuntungan dari
nya, nilainya bergantung kepada syarikat tersebut. Syarikat seperti Nuffnang dan ChurpChurp akan
mengumpulkan syarikat pengiklanan tersebut, dan akan memilih mana-mana blogger (blog) yang
bersesuaian dengan kriteria iklan tersebut. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meletakkan
banner iklan tersebut di blog anda.

5.2 Nuffnang
(dipetik daripada nuffnang.com.my)

Pertama, terdapat keuntungan kewangan! Kami akan melakukan semua asas mencari pengiklan
dan menghubungkan anda dengan mereka. Setelah iklan disajikan pada blog anda, anda boleh
mula menjana pendapatan!

Ia adalah kepercayaan kami bahawa blog harus berwibawa dan kaya dengan sumber maklumat.
Sejajar dengan itu, Nuffnang akan melakukan yang terbaik sedaya upaya untuk memastikan iklan
yang dihidangkan di blog sepadan dengan kandungan dan pembaca seberapa mungkin.

Ini bermakna bahawa dengan adanya pembaca tawaran terbaik dalam pasaran akan
dipercepatkan. Kami juga mencari penggabungan dengan rakan-rakan strategik seperti syarikat
web hosting untuk membawa blogger manfaat tambahan. Nuffnang.com
mempunyai berdedikasi "Featured Blogger", yang akan memberi perhatian pada beberapa
Bloggers setiap bulan.

Nuffnang sebagai komuniti pengiklanan blog pertama Asia Pasifik sentiasa menganjurkan acara
menyeronokkan dan menarik untuk blogger menghadiri dan dikebanyakan masa, ia adalah
percuma.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 31

5.2.1 Mendaftar Nuffnang

Step 1 : Lawati www.nuffnang.my

Step 2 : Klik pada Sign Up

Step 3 : Isikan borang berikut


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 32

Step 4 : Klik NEXT

5.2.2 AntaraMuka Nuffnang


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 33

5.2.3 Memulakan Iklan?

Langkah 1: Klik Manage Blog dan klik Add a Blog

Add a Blog

Langkah 2 Klik Add Ads pada Dashboard

Note: Jawab semua SURVEY


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 34

Langkah 3: Klik pada kotal dan Copy semua Coding yang diberikan.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 35

Langkah 4 Kembali ke blog anda dan klik pada Layout


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 36

Langkah 5 Klik pada Add A Gadget pada bahagian atas.

Langkah 6 Satu tetingkap baru akan memaparkan senarai gajet. Klik pada HTML / JavaScript seperti
di bawah.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 37

Langkah 7 Tampalkan kod yang telah disalin dalam langkah 3 ke dalam ruang kandungan seperti di
bawah. Tekan Save.
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 38

Langkah 8 : Anda perlu menunggu sementara untuk iklan itu muncul. Apabila Berjaya, ia akan
kelihatan seperti berikut:
KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 39

5.3 Mempromosikan blog anda

1. Iklankan blog anda: Sebarkan perkataan tentang blog anda dan kandungan baru.
Menggunakan media sosial hari ini. Terdapat banyak platform untuk dipilih. Gunakan
salah satu, atau sebaikbaiknya, ramai di antara mereka. Twitter, Facebook, Digg, dan
Tumblr hanya beberapa.

2. Ambil masa untuk melawat blog lain dan meninggalkan komen dengan nama dan link
anda di dalamnya. Dengan ini anda akan meninggalkan persepsi bahawa anda seorang
yang mengambil berat akan blog lain, dengan harapan mereka akan melakukan yang
sama untuk anda.

3. Jemput orang lain menjadi penulis jemputan anda : Penulis jemputan yang berkualiti akan
menarik minat orang lain untuk melawat blog anda dan seterusnya membantu
meningkatkan jumlah pelawat ke blog anda.

5.4 Latihan Bab 5


5.4.1 Latihan 1

Bina akaun nuffnang untuk blog anda. Letakkan iklan di bar sisi, di antara isi kandungan, dan header.
Perhatikan perbezaan antara iklan-iklan tersebut.

5.4.1 Exercise 1

1. Menggunakan akaun yang sama, binakan blog baru untuk jurnal aktiviti anda.

 URL
 Nama Blog

2. Binakan blog mengikut kriteria berikut:

 Template : Simple
 Layout : 3 Panels
 Widget : Statistic o List of Blog o Categories, About Me ,Follower
 Link kepada www.amc.edu.my.
 Install a 3rd-party widgets : Chatbox
 Comment : anyone can comment

3. Kunjungi blog rakan anda dan tinggalkan komen.


KEMAHIRAN BLOG (BLOGGER) 40

You might also like