You are on page 1of 3

TAJUK: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

1) Memerihalkan latar belakang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

- Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948


di King House dan diumumkan oleh kerajaan British.
- Diperkenalkan bagi menggantikan Malayan Union 1946.
- Jawatankuasa Kerja dibentuk untuk merangka Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
- Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara
Komanwel British pada 31 Ogos 1957.

2) Menerangkan faktor penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948

 Penentangan Tanah Melayu terhadap Malayan Union


- Malayan Union dianggap memberi kesan buruk kepada raja dan orang Melayu.
- Melaporkan hasil tinjauan kepada Dewan Parlimen British
- Malayan Union menjadikan keadaan huru-hara.

 Cadangan Raja-raja Melayu dan Umno


- Penubuhan persekutuan bertaraf naungan dan bukannya jajahan
- Perjanjian baharu untuk menggantikan Malayan Union
- Jawatan Pesuruhjaya Tinggi Menggantikan Gabenor
- Raja berkuasa dalam perundangan.

 Sokongan pentadbiran British


- Pentadbir British menyokong konsep persekutuan
- Terdapat pegawai tinggi British yang mendoroang British membentuk
Persekutuan Tanah Melayu.
- Politik stabil
- Pelabur luar akan melabur di negara ini.
3) Menjelaskan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948

 Pentadbiran
- Persekutuan dibentuk melalui gabungan 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri
selat.
- Singapura kekal sebagai tanah jajahan
- Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab dalam hal kewangan.
- Ahli Majlis Perundangan Persekutuan terdiri daripada pelbagai kaum.

 Kuasa raja-raja Melayu


- Majlis Raja-raja dibentuk untuk beri pandangan dalam hal-hal tertentu.
- Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang diluluskan
dalam Dewan Perundangan Negeri.

 Perundangan
- Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi, Majlis
Perundangan Persekutuan mencakupi hal ehwal luar, tentera awam, kehakiman,
perdagangan, komunikasi dan cukai.
- Rang undang-undang perlu dapatkan perkenan Raja-raja Melayu melalui Majlis
Raja-raja.

 Kewarganegaraan
- Secara kuatkuasa undang-undang
- Secara pendaftaran

4) Menilai kesan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

 Kembalikan kedudukan raja-raja Melayu


- Majlis raja-raja dibentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
- Dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu

 Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu


- Mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu

 Membuka ruang kewarganegaraan


- Membuka ruang kepada orang Melayu menjadi warganegara.

 Mewujudkan Kerjasama kaum.


- Kerjasama raja-raja Melayu dan Umno membolehkan Persekutuan Tanah Melayu
1948 dibentuk
- Persekutuan Tanah Melayu mengembalikan semula status raja-raja Melayu dan
orang Melayu
- British iktiraf dasar menaugi negeri Melayu semula seperti sebelun Perang Dunia
Kedua.
- Tolak ansur antara kaum penting bagi mencapai matlamat Persekutuan Tanah
Melayu 1948.

You might also like