You are on page 1of 10

BAHAGIAN 1

1.0 PENGENALAN

Perkembangan afektif kanak-kanak merupakan perkaitan nilai, sikap, minat, keprihatinan,


mempunyai pertimbangan, menghargai warisan, dan mempunyai sahsiah yang baik. Ia memberi
satu kesan atau perubahan dalam seseorang atau sesuatu menurut (Putri Zabariah, 2008 ).
Kompenan afektif terdiri daripada perkembangan sosioemosi dan perkembangan kerohanian dan
moral. Keluarga merupakan asas kepada pembentukan perkembangan afektif seseorang kanak-
kanak kerana mereka banyak mempelajari dengan memerhatikan persekitaran dan orang-orang
yang berada dalam persekitaran mereka. Selain itu, kanak-kanak mudah meniru persekitaran
mereka dan pengaruh terbesar mereka adalah manusia di sekeliling mereka, terutama dengan
persekitaran keluarganya sendiri di mana mereka banyak memasa bersama lingkungan keluraga
mereka.

Asas sebuah keluarga merupakan terdiri daripada seorang ibu, seorang ayah dan seorang
atau lebih anak. Penjelasan yang lebih tepat mengenai sebuah keluarga ialah sekumpulan
manusia yang hidup bersama dalam suasana kehidupan yang penyayang. Oleh itu, keluarga
adalah penting bagi memastikan perkembangan afektif kanak-kanak pada tahap yang maksimum.
Justeru itu, dengan berinteraksi dan kekerapan aktiviti keluarga membantu pembentukan rutin
keluarga dan meningkatkan identiti keluarga. Ibu bapa boleh membentuk hubungan yang baik
dalam meningkatkan perkembangan afektif kanak-kanak dengan meluangkan masa bersama
anak- anak mereka.

1.1 OBJEKTIF

Objektif dan tujuan tugasan yang di berikan adalah membantu memberi kefahaman
terhadap fungsi-fungsi keluarga dalam memastikan perkembangan afekatif kanak-kanak dari segi
sosioemosi, akedemik, kerohanian dan moral mereka pada tahap yang maksimum. Selain itu,
objektif tugasan ini adalah mengkaji dan memahami mengenai gaya keibubapaan dan impaknya
terhadap perkembangan afektif kanak-kanak.

2.0 ISI KANDUNGAN

2.1 Fungsi Keluarga dan Kesan Kepada Perkembangan Affektif Kanak-kanak


Fungsi keluarga dalam Sosialisme/Pendidikan

Kanak-kanak memerlukan sosialisme/pendidikan yang sempurna bagi membantu


perkembangan affektif mereka. Justeru itu, keluarga harus memastikan bahawa nilai,
kepercayaan, sikap, pengetahuan, kemahiran dan teknik hidup bermasyarakat akan diajar kepada
kanak-kanak. Oleh itu, keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan pendidikan
anak- anak dan membentuk asas-asas perkembangan diri seseorang anak. Keluarga juga, yang
membantu anak-anak memperolehi pendidikan yang cemerlang dan bermutu. Oleh itu, kesan
terhadap perkembangan afektif ialah menjadikan kanak- kanak membentuk sikap yang positif di
dalam diri seperti ingin belajar, rajin membaca, ingin tahu, suka bergaul dengan orang lain,
sentiasa aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti- aktiviti sekolah. Keluarga harus
menunjukkan contoh sikap ini kepada anak-anak dan membimbing kelakuan mereka. Keluarga
juga bertanggungjawab meletakkan asas-asas nilai murni dan pembentukan konsep diri yang
positif di kalangan anak-anak (Zaleha Sulaiman 1995).

Fungsi Keluarga Membentuk Sahsiah Kanak-kanak (Komponen Kerohanian dan Moral)

Keluarga merupkan individu yang dapat membentuk sahsiah kanak-kanak bagi


menyediakan satu identiti untuk mereka dari segi peranan terhadap bangsa, etnik, agama,
sosioekonomi dan jantina. Sofiah Samsudin dan Mohd. Fuad (2005) menegaskan bahawa ibu
bapa mempunyai tanggungjawab dan boleh memainkan peranan mereka dalam proses
pembinaan sahsiah. Ibubapa merupkan anggota keluarga yang bertanggungjawab membina
sasiah sebagai contoh, ibubapa memberi tahu kanak-kanak bahawa orang Islam mesti
menunaikan solat sebanyak lima kali sehari dan tidak dibenarkan untuk memakan makanan
haram seperti khnizir. Selain itu, kanak-kanak mempelajari moral dan nilai mereka melalui ibu
bapa mereka. Sebagai tunjang utama keluarga, ibubapa harus menerapkan nilai-nilai murni
seperti kebaikan, kejujuran dan kerjasama.keluarga juga merupkan individu yang menyokong
kanak-kanak dalam memberi ransangan perkembangan affektif mereka, sebagai contoh ibubapa
menyokong minat dan bakat seseorang kanak-kanak yang suka menyanyi. Justeru itu, ibubapa
memberi peluang kanak-kanak mengasah bakat mereka dengan membawa kanak-kanak
mengikuti pertandingan menyanyi kanak-kanak.
Fungsi keluarga dengan Sokongan Emosi Kanak-kanak

Perkembangan sosioemosi ialah perkembangan sosial dan emosi di kalangan kanak-


kanak berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Justeru itu, keluarga memainkan
peranan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Keluarga harus persekitaran selamat,
berinterkasi social dan meluangkan masa bersama kanak-kanak mereka bagi membentuk
perkembangan emosi positif kanak-kanak. Hal ini kerana, perkembangan emosi dan sosial yang
sihat penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada
pembelajaran dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam
pembelajaran mereka. Keluarga harus menyediakan pengalaman pertama kanak-kanak dalam
interaksi sosial di mana interaksi dipupuk dan dikekalkan bagi menyediakan jaminan emosi
kepada kanak- kanak. Oleh itu, melalui sokongan keluarga dan motivasi dapat membantu kanak-
kanak menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat berdikari dan sikap
positif terhadap pembelajaran. Sebagai contoh kanak-kanak menangis kerana bergaduh dengan
adik beradik ketika bermain, sebagai ibu bapa kita memberi sokongan dan motivasi kepada
kanak-kanak untuk tidak bergaduh atau mereka tidak mempunyai kawan sekiranya sering gagal
mengawal emosi dan bergaduh. Kajian menunjukkan bahawa penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
persekolahan anak-anak adalah penting dalam membantu perkembangan sosio-emosi kanak-
kanak (Bronfenbrenner, 1979; Vygotsky 1978).

2.1 Gaya keibubapaan dan Kesan Terhadap Perkembangan Affektif Kanak-Kanak

Gaya Keibubapaan Autoritatif

Gaya keibubapaan autoritatif mengasuh anak dengan sikap tegas tapi masih fleksible.
Dalam bentuk asuhan ini, masih wujud peraturan dan hukuman tertentu yang di tetapkan untuk
anak. Tetapi dalam masa yang sama ibu bapa turut membenarkan anak menyatakan pandangan
mereka mengenai perkara tertentu. Gaya keibubapaan autoritatif mempunyai sikap yang mesra
dan rasional serta kerap memberi perhatian kepada anak-anak dan menimbang pendapat mereka
tetapi tahu bagaimana untuk menetapkan garisan sempadan. Mereka juga menggunakan strategi
disiplin positif untuk mengukuhkan tingkah laku yang baik, seperti sistem pujian dan
ganjaran .Impak gaya keibubapaan autoritatif dalam perkembangan affektif ialah kanak-kanak
akan lebih berdikari, terkawal diri, meneroka dan berpuas hati. Selain itu kesan gaya
keibubapaan ini dapat meingkatkan perkembangan affektif mereka dari segi membuat keputusan
dan menilai risiko keselamatan sendiri. Ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini juga, akan
menggalakkan anak belajar melalui pemahaman seperti dari segi perbincangan dan role
modeling. Seperti mana menurut Baumrind (1989), mendapati individu yang dibesarkan dalam
keluarga autoritatif menjadi lebih bertanggungjawab, yakin, adaptif, kreatif, ada daya ingin tahu,
pandai bergaul dan berjaya di sekolah.

Gaya Keibubapaan Autoritarian

Gaya ibu bapa autoritarian adalah sangat tegas percaya anak-anak harus mengikut
peraturan dan menggunakan denda yang keras sekiranya anak-anak tidak mendengar kata. Ibu
bapa Autoritarian mereka tidak berminat untuk berunding dan tumpuan mereka adalah pada
ketaatan. Kajian yang telah dijalankan oleh Chao (1994), yang mendapati bahawa gaya
autoritarian lebih sesuai bagi melatih anak kerana orang-orang Asia lebih kepada mengajar atau
mendidik anak-anak dengan tingkah laku yang sesuai atau yang diharapkan oleh ibu bapa bagi
membentuk peribadi anak. Mereka juga tidak membenarkan kanak-kanak terlibat dalam cabaran
atau halangan pemecahan masalah. Sebaliknya, mereka membuat peraturan dan tanpa
mempertimbangkan pendapat kanak- kanak. Mereka juga, menilai ketaatan, menghormati kuasa
dan tradisi melebihi perasaan anak- anak itu sendiri. Impaknya dalam perkembangan affektif
ialah kanak tidak mempunyai keyakinan diri dan cenderung mengikuti peraturan sepanjang masa
kerana takut di kenakan hukuman oleh ibubapa mereka. Selain itu, kesan terhadap
perkembangan affektif mengubah anak-anak menjadi pembohong yang baik, mereka berbohong
dalam usaha untuk mengelakkan hukuman dan kanak-kanak berada pada risiko yang lebih tinggi
untuk membangunkan masalah harga diri kerana pendapat mereka tidak mempunyai nilai. Akibat
gaya keibubapaan Autoritarian, anak-anak sering tidak berpuas hati, terasing dan tiada
kepercayaan

Gaya keibubapaan Permisif


Gaya keibubapaan permisif merupakan ibu bapa, tidak mengawal dan mendesak anak
mereka serta tidak mengharap lebih daripada seorang anak. Ibu bapa jenis ini juga tidak
mencuba untuk mengawal tingkah laku kanak-kanak mereka. Selain itu, mereka menerima
desakan anak dan berunding tentang peraturan yang sering mendorong anak- anak menjadi
manja dan tidak matang. Selain itu, gaya asuhan ibu bapa terkenal dengan gaya keibubapaan
yang bersifat santai dan hanya akan bertindak jika timbul sebarang masalah kanak-kanak yang
serius. Kesan keibubapaan permisif, kanak-kanak mungkin menunjukkan lebih banyak masalah
tingkah laku kerana kanak-kanak tidak menghargai kuasa dan peraturan. Hasilnya dalam
perkembangan affektif, anak-anak kurang berdikari, kurang meneroka dan kurang pengawalan
diri. Menurut Baumrind (1989) yang mendapati individu yang diasuh dengan gaya keibubapaan
permisif akan menjadi individu yang kurang matang dan bersifat impulsif, kurang berdikari dan
kurang rasa tanggungjawab. Sikap ibu bapa yang terlalu menuruti dan senitasa memberi pujiaan
kepada anak-anak menyebabkan konsep dan efikasi kendiri kanak-kanak menjadi terlalu tinggi
dan tidak realistik. Hal ini menyebabkan sekiranya mereka kalah dalam permainan bersama
rakan-rakan, mereka tidak dapat bertoleransi terhadap kegagalan dan menyebabkan mereka
kemurungan serta terlalu sedih.

3.0 Kesimpulan

Secara ringkasnya tugasan ini membincangkan pengaruh keluaga dalam perkembangan


afektif kanak-kanak. Tugasan ini juga membincangkan bagaimana fungsi keluarga dari segi
sosialisme/pendidikan, membentuk sahsiah kanak-kanak dan perkembangan sosioemosi kanak-
kanak dalam perkembangan yang maksimum. Menurut Ismail (2002), ibubapa harus memastikan
hubungan mereka dan anak dalam keadaan yang baik bagi memudahkan proses mendidik
dilakukan.

Selain itu, gaya keibubapaan tertentu terhadap anak mereka penting untuk mempengaruhi
anak-anaknya dari segi kecekapan sosial, perkembangan kognitif, pembentukan personaliti dan
proses pembelajaran. Serta gaya keibubapaan memberi impak dan kesan terhadap perkembangan
afektif kanak-kanak. Menurut Sidek Baba (2007), sistem pendidikan negara seharusnya
menyediakan asas yang kukuh tentang ilmu keibubapaan kerana keluarga merupakan unit
masyarakat yang menyumbang terhadap proses pembangunan negara.
BAHAGIAN 2

i. Pengalaman Peribadi Budaya Membentuk Personaliti

Nama saya Callvya Binti Sebin berusia 33 Tahun, mempunyai adik-beradik seramai 6
orang anak ke dua dan anak sulung perempuan dalam 6 orang adik beradik. Menetap di negeri
bawah bayu, iaitu Negeri Sabah. Sudah berumah tangga dan mempunyai seoang anak perempuan
berusia 3 tahun. Saya membesar di Kampung Suang Parai Likas Kota Kinabalu, Kampung asal
dari Kg Lingkuan Tenghilan Tuaran. Saya berbangsa Dusun tulin di mana kedua-dua ibubapa
saya merupakan suku kaum Dusun Tindal juga berasal dari Tenghilan Tuaran. Membesar dari
ekonomi keluarga yang sederhana di mana perkerjaan ayah saya sebagai kerani di Lembaga Padi
Beras, dan ibu saya pula merupakan seorang suri rumah tangga. Bahasa pertuturan kami
sekeluarga sejak kecil ialah Bahasa dusun dan Bahasa Malaysia. Saya menerima pendidikan
awal di sekolah rendah Kebangsaan Likas Kota Kinabalu, seterusnya di Sekolah Menengah
Kebangsaan Perempuan Likas. Tamat sekolah menegah saya melanjutkan pelajaran di Universiti
Tun Abdul Razak mengambil Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dan Perniagaan, dan kini sedang
belajar di Univeristi Terbuka Malaysia tahun dua semester 6 Diploma Pendidikan awal Kanak-
kanak.Semasa kecil saya bercita-cita menjadi Doktor tetapi seperti pepatah selalu menyatakan
“Kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukanNya” dan kini kerjaya saya adalah
sebagai guru Tabika Perpaduan. Saya telah berkhidmat sebagai guru Tabika Perpaduan selama 6
Tahun, di mana Tabika Perpaduan ini di bawah seliaan Kementeriaan Perpaduan Negara yang
sebelum ini di kenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integarasi Nasional.

Bagaimana budaya membentuk keperibadian saya di mana sejak kecil saya telah di
dedahkan dengan Bahasa ibunda iaitu Bahasa dusun, adat istiadat, pakaian tardisi, makanan dan
perayaan. Saya amat bersyukur kerana ibubapa saya menerapkan nilai budaya ini, bagi
menjadikan saya mempunyai identiti dan mempunyai jati diri tentang kebudayaan suku kaum
dusun supaya ‘tak lapuk dek zaman’ kata orang. Di mana suku kaum dusun mempunyai
keunikan tersendiri dan patut di pupuk pada generasi kini di mana suku kaum dusun merupakan
suku yang terbesar yang terdapat di negeri Sabah. Semenjak kecil ibubapa saya menerapkan
nilai- nilai budaya suku kaum Dusun kepada kami adik beradik dan bahasa penghantaran kami
sekeluarga ialah Bahasa dusun. Bahasa dusun ini mempunyai dilek yang tersendiri dan berbeza-
beza mengikut daerah di negeri Sabah. Justeru itu, dilek Bahasa dusun Tindal berasal dari
Tenghilan ini mempunyai ciri-ciri lembut dan mempunyai irama tersendiri contohnya satu
pertanyaan seperti kamu hendak ke mana dalam Bahasa dusun tenghilan “ hongo gia ngoyon
dokoyu diee” di mana berbeza dengan dielik dusun di daerah lain , dusun tenghilan banyak
menggunkan suku kata “ee’ di belakang penghabisan ayat. Dari sudut pendidikan pada masa kini
saya melihat banyak perkembangan yang lebih baik bagi memupuk generasi alaf 21 untuk tidak
melupkan identiti mereka sebagai seorang yang berbangsa Dusun, di mana saya lihat sistem
pendidikan di negeri Sabah telah menyeneraikan Bahasa Kadazan-Dusun sebagai salah satu
subjek yang di pelajari di sekolah rendah kebangsaan.

Adat seperti tarian sumayau(menari) merupakan tarian asli suku kaum Dusun dari daerah
Tuaran dan juga dikenali sebagai Madsayau. Tarian Sumayau merupakan tarian khas bagi
menyambut hari Mengaji(arwah) atau dalam erti kata lain disebut Mengahau. Oleh yang
demikian ianya tidak ditarikan dalam majlis-majlis bersukaria seperti menyambut hari keramaian
dan sebagainya. Persembahan tarian diketuai oleh seorang Bobolian(Bomoh) iaitu wanita yang
telah lanjut usianya dan banyak pengetahuannya mengenai upacara-upacara tertentu. Mengahau
adalah suatu majlis yang diadakan besar-besaran dan mengambil masa hingga lima hari lima
malam. Tujuannya adalah untuk mengaji gusi-gusi (sejenis tampian besar) yakni untuk
menghormati atau memuja gusi-gusi. Memndangkan kebanyakan Suku kaum Dusun telah
menganuti Agama Kristian Atau Islam perembahan Madsayau sangat jarang di adakan dan hanya
suku kaum dusun masih pagan(Tidak mempunyai anutan agama) meraihkan. Sebelum saya
menganuti mana-mana agama saya masih sempat melihat bagai mana tarian Madsayau ini di
adakan. Tarian Madsayau ini di tarikan semasa majlis untuk memperingati keluarga yang telah
meninggal dunia iaitu sama seperti kenduri arwah yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat
Melayu Islam. Sebaik sahaja muzik dimainkan penari-penari mula menari dan terus menuju ke
ruang atau gelanggang tari. Gerakkan tangan penari-penari adalah mengikut irama lagu. Gerak
kaki agak perlahan jika dibandingkan dengan gerak tangan. Penari bergerak berinsut-insut dan
perlahan. Gerak tarian akan bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan atau rangsangan
daripada para penonton.

Selain itu, Baju tradisi Dusun Tindal dari Tenghilan yang bernama "Sinulob", berbeza
dengan baju tradisi Dusun Tindal di Tempasuk yang dipanggil "Sinipak". Baju ini baju yang
rasmi dipakai ketika menarikan tarian tradisi "Tigol Kinondi-Kondi". Selain itu, baju tradisi
Sinulob ini di mana boleh di pakai semasa majlis perkhawinan, pesta kamataan, dan semasa
menari tarian “tigol Kinondo-Kondi”. Menurut pengalaman saya sendiri semasa upacara
perkhawianan saya, saya memakai pakaian Sinulob pakaian perempuan yang itu baju berwarna
hitam di hias dengan manik-manik berwarna merah dan campur dengan manik berwarna kuning,
ia di pakai, di hiasi dengan selendang berwarna hitam dan manik-manik berwarna merah, dan
bagi masa moden kini pakaian Sinulob di pakaikan dengan kain sarung berwarna merah dilipat
rapi untuk di jadikan sebagai selendang. Baju Sinulob di pasangkan dengan skirt berwarna hitam
dan mempunyai jalur pelbagai warna yang di sulam menggunakan tangan. Pelbagai warna di
hiasi pada baju Sinulob dan Skrit ini melambangkan kebahagian dan kerhamoinan kepada si
pemakai. Saya sangat berbangga memakai pakaian tradisi, kerana ianya membentuk jati diri saya
sebagai suku kaum berbangsa Dusun Tindal Tenghilan Tuaran. Memandangkan kaum Dusun
Tindal Tenghilan ini merupakan kurang di kenali berbanding suku kaum dusun yang lain-lain
adalah tugasan saya memperkenalkan orang luar tentang pakaian tradisi kami seperti patah
perkata “tak kenal maka tak cinta”.

Pengalaman budaya membentuk personaliti saya di mana sejak kecil saya telah
diterapkan oleh ibubapa dan masyarkat sekiling sebagai seorang berbangsa dusun setiap tahun
iaitu pada hujung bulan mei 30-31 mei kami menyambut perayaan pesta menuai dalam Bahasa
dusun “Tadau Tagyo do Kamtaan “. Pesta menuai di Sabah akan di sambut bersama dengan
bangsa Kadazan, Dusun, Rungus dan Murut di mana bangsa dusun Sabah terdapat sebanyak 81
suku kaum dusun yang pelbagai dan berbeza-beza mengikut daerah di negeri Sabah. Pesta
menuai ini sangat penting kepada suku kaum Dusun, menurut budaya turun temurun, Tadau
Kaamatan diadakan selepas musim menuai padi untuk memuja semangat padi yang juga disebut
sebagai "magavau" dalam bahasa Dusun. Secara detailnya, "magavau" merupakan salah satu
daripada upacara terpenting dalam perayaan Tadau Kaamatan. Hari ini, Kaamatan lebih simbolik
kepada hari bersama keluarga tersayang, dan juga hari untuk berpesta bagi kaum Dusun. Secara
domestiknya, Kaamatan hari ini dirayakan selari dengan tuntutan agama anutan dan juga
kemahuan individu tersendiri, dengan pilihan sama ada mahu atau tidak menghidangkan
makanan dan minuman tidak-halal seperti masakan daging babi dan arak. Pada peringkat negeri
pula, pesta Kaamatan disambut dengan pelbagai warna warni tentatif pesta seperti persembahan
seni tari kebudayaan, jualan tamu, warung minuman keras dan makanan tradisi, persembahan
dan jualan kraftangan di rumah-rumah tradisi, pertandingan menyanyi sugandoi dan juga
pertandingan ratu cantik “Unduk Ngadau atau Runduk Tadau”.
BAHAGIAN 2

ii) Gambar dan Video Budaya Malaysia di gunakan sebagai aktiviti dalam kelas

You might also like