You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM

PROGRAM : PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

KOD KURSUS : GWCP1042

NAMA KURSUS : PENULISAN AKADEMIK

NAMA : NAZIFA KAMILIA AFDNI BINTI MOHD NADZRI

SEMESTER/TAHUN : SEMESTER 1 TAHUN 1

ANGKA GILIRAN : 2022252310149

NO. KAD PENGENALAN : 040429020714

KUMPULAN/UNIT : F1G SEJARAH

NAMA PENSYARAH : DR. ARTHILETCHEMY A/P SUBERAMANIAM

TARIKH HANTAR : 27 SEPTEMBER 2022

Saya telah menerima maklum balas daripada pensyarah

Tandatangan: Tarikh:

1
IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Borang Maklum Balas Kerja Kursus (Projek / Amali)

Nama : Nazifa Kamilia Afdni binti Angka Giliran Pelajar : 2022252310149


Mohd Nadzri
Tajuk Tugasan : Tugasan 2
Pensyarah : Dr. Arthiletchemy A/P Kursus / Mata Pelajaran : Penulisan Akademik
Suberamaniam
Tarikh Hantar : 27 September 2022 Tarikh Diterima (Diisi oleh :
pensyarah)

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya
jelaskan sumbernya.

Tandatangan : ________________________ Tarikh :27 September 2022


( Nazifa Kamilia Afdni binti Mohd Nadzri)

Perincian Maklum Balas Tugasan

Pemeriksa: Moderator (jika berkaitan):


Kekuatan: Kelemahan:

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

2
Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah:

Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan saya fahami.
(Catatan, jika ada)

Tandatangan pelajar: Tarikh:

Pengenalan

“Membaca jambatan ilmu”, merupakan pepatah yang tidak lagi asing didengar dalam kalangan
masyarakat sejak zaman berzaman. Pepatah ini jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya amalan
membaca dalam kehidupan kita. Kendatipun begitu, pepatah ini kerap kali dipandang enteng oleh
sebahagian besar masyarakat Malaysia khasnya golongan remaja yang akan menerajui pucuk
kepimpinan negara pada suatu masa kelak. Masyarakat Malaysia sering menganggap bahawa amalan

3
membaca hanyalah semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Namun, mereka tidak sedar bahawa
amalan ini akan mengelakkan mereka dari menjadi seperti ‘katak di bawah tempurung’. Hal ini dikatakan
demikian kerana, dengan amalan membaca, kita dapat mengetahui keadaan semasa yang berlaku di
seantero dunia, dapat meluaskan ilmu pengetahuan dan sebagainya. Syed Ameer Ali (1992) menyatakan
bahawa amalan membaca bukan sahaja berupaya meningkatkan tahap keilmuan malahan dapat
memberikan kesedaran kepada kita tentang kebesaran alam pencipta di segenap lorong kehidupan kita.
Masyarakat Malaysia mempunyai mentaliti yang masih berada di kelas bawahan kerana kita kurang
menghargai dan mengamalkan amalan membaca. Amalan membaca ini sering kali diabaikan oleh
masyarakat kerana masyarakat pada era globalisasi ini lebih leka dengan ciptaan-ciptaan gajet teknologi
maklumat yang terkini seperti telefon bimbit dan internet. Jika kita lihat negara Jepun terutamanya
masyarkat di negara itu amat menghargai ilmu serta mengamalkan amalan membaca tanpa mengira di
mana mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Tamsilnya, mereka membaca buku semasa
menunggu kereta api, di kedai makan dan di sekitar kawasan taman rekreasi. Menurut Syed Abu Bakar
Syed Akil (1994) membaca ialah proses bagi memperolehi ilmu serta maklumat menggunakan deria dan
minda sama ada melalui bahan-bahan bercetak seperti buku atau media elektronik.

Kognitif didefinisikan sebagai pemikiran. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan seseorang individu
untuk berfikir, menyatakan pendapat, memahami serta mengingati perkara-perkara yang terjadi di
sekeliling. Teori kognitif menyatakan pembelajaran tertakluk kepada bagaimana seseorang berfikir di
samping mengamati sesuatu seterusnya maklumat tersebut akan diproses dalam minda seseorang
menyebabkan pengalaman dapat disusun dan dibezakan dalam pemikiran serta persepsi.

Abdul Wahab (1955) menyatakan bahawa langkah-langkah untuk menerapkan amalan membaca
amatlah penting bagi meningkatkan minat membaca dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, semua pihak
tidak kira usia dan pangkat mestilah berganding bahu dalam usaha memupuk minat membaca dalam
kalangan masyarakat. Persoalan yang perlu kita tekankan sekarang adalah apakah usaha-usaha yang
boleh dimbil bagi meningkatkan amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia?

USAHA-USAHA KONSTRUKTIF UNTUK MENINGKATKAN AMALAN MEMBACA DALAM KALANGAN


RAKYAT MALAYSIA

Peranan ibu bapa

Ibu bapa merupakan individu yang paling penting dan signifikan dalam usaha memupuk amalan
membaca dalam diri seseorang terutamanya golongan remaja. Ibu bapa ialah individu yang paling

4
hampir dan banyak meluangkan masa bersama-sama mereka serta mereka juga merupakan suri teladan
kepada anak-anak. Sesuai apabila kedudukan tempat tinggal sebagai institusi pendidikan yang pertama
bagi anak-anak, ibu bapalah yang memainkan tanggungjawab yang utama dalam memberikan
pendidikan dari segi agama, akhlak dan iman (Yahaya, 2017). Hal ini termasuklah soal menanam minat
anak-anak terhadap amalan membaca sejak mereka kecik kerana ‘melentur buluh biarlah dari
rebungnya’.

Langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa dalam menanam minat membaca dalam diri anak-anak ialah
menjadi contoh teladan kepada anak-anak. Ibu bapa merupakan individu terpenting yang akan
mempengaruhi pembentukan peribadi dan sahsiah anak-anak pada masa akan datang. Setiap perlakuan
ibu bapa akan menjadi contoh kepada anak-anak dan mereka akan mempraktikkan perlakuan tersebut.
Ibu bapa perlu membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian bagi menyemai perasaan
suka membaca dalam diri anak-anak. Ibu bapa boleh membaca di hadapan anak-anak atau mengajak
mereka membaca bersama-sama. Sesetengah ibu bapa mengambil inisiatif untuk membaca buku
kepada anak-anak sebelum mereka tidur merupakan amalan yang wajar dipuji kerana amalan ini akan
memupuk minat membaca dalam diri anak-anak. Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil alternatif bagi
membentuk kesempurnaan dalam diri mereka serta mempamerkan perlakuan yang terbaik agar diikuti
oleh anak-anak (Azizi Yahya et al, 2005).

Selain itu, Ibu bapa perlu menyediakan bahan-bahan bacaan yang menarik dan berunsur positif. Hal ini
akan dapat memupuk minat membaca dalam diri anak-anak sejak kecil. Ibu bapa boleh membawa anak-
anak ke perpustakaan awam dan ke kedai buku dengan lebih kerap supaya dapat memberi peluang
kepada anak-anak memilih buku yang mereka minati. Ini akan menarik minat anak -anak dalam
membaca kerana mereka membaca buku yang mereka gemari. Ibu bapa haruslah memberikan nasihat
berkenaan dengan kepentingan ilmu pengetahuan serta peranan mereka pada masa hadapan. Ibu bapa
disarankan untuk menyediakan bilik atau sudut bacaan khas kepada anak-anak supaya mereka dapat
membaca dalam keadaan selesa seterusnya dapat menanam minat terhadap amalan membaca dalam
diri anak-anak. Ibu bapa perlu memberikan pendedahan berkenaan dengan amalan membaca kepada
anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Peranan Pihak Kerajaan

Pihak kerajaan merupakan agensi yang paling penting dalam memupuk amalan membaca dalam diri
masyarakat Malaysia. Dalam hal ini, pihak kerajaan wajarlah mengadakan lebih banyak kempen-kempen

5
berkaitan amalan membaca sebagai contoh ‘Kempen Galakan Membaca 2019’. Sebahagian besar
pendapatan yang diperoleh negara perlu digunakan untuk tujuan menanam minat membaca dalam diri
masyarakat Malaysia tamsilnya, memberikan buku secara percuma kepada golongan miskin yang tidak
mampu membeli buku. Hal ini akan mengelakkan tercetusnya masalah ketiadaan bahan bacaan dalam
masyarakat Malaysia. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh mengadakan pesta buku secara besar-
besaran dengan melibatkan agensi kerajaan dan swasta.Sebagai contoh, Pesta Buku Antarabangsa Kuala
Lumpur (PBAKL) 2022 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur ( WTCKL ). Pesta buku ini
menempatkan lebih 700 gerai membabitkan hampir 200 orang penerbit tempatan dan antarabangsa
termasuklah dari Singapura, Indonesia dan Turki. Pesta buku ini bertujuan memberikan peluang kepada
masyarakat untuk mencari buku yang mereka gemari dari hampir keseluruhan penerbit di seantero
dunia. Hal ini dapat menambahkan lagi minat rakyat Malaysia terhadap membaca seterusnya amalan ini
akan terus berkembang di negara ini. Mantan Perdana Menteri Malaysia menyatakan bahawa bangsa
membaca ialah bangsa yang berjaya. Jadi, terbuktilah amalan membaca dapat melahirkan individu yang
celik minda dan tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.

Peranan Pihak Sekolah

Pihak sekolah hendaklah menjalankan usaha yang efektif agar generasi muda hari ini terutamanya
golongan remaja lebih meminati amalan membaca. Pihak sekolah perlulah menyediakan perpustakaan
yang lengkap dengan pelbagai bahan bacaan yang bermutu tinggi. Selain itu, perpustakaan tersebut juga
perlu dihiasi dan diwarnaai dengan corak-corak yang dapat menarik minat pelajar untuk datang dan
membaca buku di perpustakaan. Menurut Mudyana dan Royani (2005:16) perpustakaan sekolah
merupakan sebuah unit kerja yang akan menyediakan koleksi bahan bacaan yang akan diwariskan
kepada generasi muda. S. Krashen (2016) menyatakan bahawa, pelajar pasti akan memilih bahan canan
yang digemari sehingga menjadikan amalan membaca dapat menyumbang kepada kesan yang positif.
Hal ini terbuktilah bahawa pihak sekolah perlu menyediakan perpustakaan yang lengkap dengan
kemudahan asas termasuklah penghawa dingin, buku-buku yang menarik serta ruang yang selesa bagi
pelajar. Buku atau bahan rujukan lain perlulah disusun secara teratur dan sistematik bagi memudahkan
urusan pelajar dalam mencari buku yang mereka inginkan. Langkah ini dapat menarik minat lebih ramai
murid dan pelajar untuk mengunjungi perpustakaan pada waktu lapang bagi tujuan membaca
seterusnya menyemai sikap minat membaca dalam diri generasi muda pada hari ini. Tegasnya, pelajar
atau pembaca dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh melalui amalan membaca dalam apa

6
jua aktiviti yang mereka lakukan setelah mereka berasa seronok membaca bahan bacaan yang digemari
(Tuma & Pratt, 1982).

Peranan Media Massa

Media massa memainkan peranan yang penting sebagai wahana yang berkesan kepada masyarakat
pada hari ini kerana media massa merupakan penyebar utama maklumat. Hal ini dikatakan demikian
kerana, hampir keseluruhan masyarakat di Malaysia ini mempunyai gadjet tidak kira usia sama ada
muda ataupon tua. Syarifah Alwiah Alsagoff, 1979 menyatakan bahawa media massa dapat ditakrifkan
sebagai tempat segala bentuk maklumat atau infirmasi disampaikan antara manusia.Dalam memupuk
minat membaca, media massa perlu memaparkan informasi-informasi berkenaan dengan membaca
melalui internet, surat khabar dan sebagainya. Pihak media massa juga boleh mempromosikan bahan
bacaan terbaru yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan supaya orang awam mengetahui berkenaan
dengan bahan bacaan tersebut dan isi kandungannya. Seperti yang sudah kita ketahui, media massa
semakin hari semakin canggih dek kerana arus pemodenan merancakkan lagi usaha menanam minat
membaca dalam diri masyarakat Malaysia. Terbuktilah bahawa, pihak media massa perlulah lebih kreatif
dan menggunakan pelbagai platform dalam memupuk tabiat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia
agar negara kita terus maju seiring dengan negara-negara berkuasa besar yang lain.

Kesimpulan

Semua pihak mestilah berganding bahu agar amalan membaca ini tersemai dalam jiwa dan sanubari
setiap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Hal ini kerana, dengan membaca kita dapat memperolehi
pelbagai kebaikan termasuklah dapat meluaskan pengetahuan kita serta mengetahui isu-isu semasa dan
peritiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di seantero dunia. Membaca merupakan asas membentuk

7
diri ke arah memperolehi ilmu pengetahuan (Ahmad Mohd Said, 1998). Jelaslah bahawa, amalan
membaca dapat menjadikan diri kita sebagai sumber rujukan khasnya bagi diri sendiri atau kepada
orang lain kerana kita mempunyai ilmu yang luas dalam pelbagai aspek. Amalan membaca merupakan
amalan yang mulia serta wajar diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat agar dapat melahirkan para
cendekiawan yang bijak pandai supaya dapat membantu negara menjadi lebih maju setanding dengan
negara-negara maju yang lain. Ini kerana, apabila kita membaca, kita akan memperoleh banyak ilmu
pengetahuan serta kita akan mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan.

Malaysia, terdapat Dasar Galakan


Membaca Perpustakaan Negara
Malaysia yang telah diluluskan
pada 14 Mac 2013. Dasar ini
bertujuan bagi mewujudkan
pelbagai program terancang
berkaitan
membaca di seluruh negara bagi
memastikan minat membaca

8
dalam kalangan masyarakat
dapat
disemai dan menyokong
pembelajaran sepanjang hayat ke
arah masyarakat yang berilmu
dan
menjadikan membaca sebagai
satu budaya. Selain itu, dasar
ini juga menyahut cabaran
Wawasan
2020, yang ingin menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara
yang mempunyai masyarakat
yang
berilmu dan berpengetahuan
berasaskan sains dan teknologi

9
(Perpustakaan Negara Malaysia,
2013).
Di Malaysia, terdapat Dasar
Galakan Membaca Perpustakaan
Negara Malaysia yang telah
diluluskan
pada 14 Mac 2013. Dasar ini
bertujuan bagi mewujudkan
pelbagai program terancang
berkaitan
membaca di seluruh negara bagi
memastikan minat membaca
dalam kalangan masyarakat
dapat
disemai dan menyokong
pembelajaran sepanjang hayat ke

10
arah masyarakat yang berilmu
dan
menjadikan membaca sebagai
satu budaya. Selain itu, dasar
ini juga menyahut cabaran
Wawasan
2020, yang ingin menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara
yang mempunyai masyarakat
yang
berilmu dan berpengetahuan
berasaskan sains dan teknologi
(Perpustakaan Negara Malaysia,
2013).

11
Ibu bapa perlu memainkan
peranan yang
penting dalam memberikan
keperluan rohani anak-anak
mereka. Sesuai dengan
kedudukan rumah
sebagai institusi pendidikan
pertama, ibu bapalah yang
bertanggungjawab memberikan
pendidikan
agama, iman dan akhlak
(Yahaya, 2017).
Ibu bapa perlu memainkan
peranan yang

12
penting dalam memberikan
keperluan rohani anak-anak
mereka. Sesuai dengan
kedudukan rumah
sebagai institusi pendidikan
pertama, ibu bapalah yang
bertanggungjawab memberikan
pendidikan
agama, iman dan akhlak
(Yahaya, 2017).

Rujukan

13
 Yahya Don, Aziah Ismail, & Yaakob Daud. (2006). Kepimpinan dan pembangunan pelajar sekolah
di Malaysia. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
 Suraya Roslan, (13 Februari 2020). Perluasan Pembudayaan Amalan Membaca. METROTV
 Irwan Shafrizan Ismail, (4 Jun 2022). NSTP sertai Pesta Buku Antarabangsa KL 2022. BH Online
 Tiew Wai Sin. (2010). Tabiat Membaca Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat di SMK Hulu
Klang, Gombak, Selangor. Journal PPM. Vol 4, 75.
 Anis Farhana Mohd Kassim, Azlina Mohd Khir, Mohd Ziyad Afiq Zaharim. (2019). Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 4, Issue 6, (page 92-100), 2019.
 Azizah Arshad, Dahlia Janan. (2022). Pembangunan Modul Bacaan Ekstensif Bagi Murid Sekolah
Rendah: Satu Analisis Keperluan, 3(1.6), (59-74). https://doi.org/10.37134/esss.vol3.1.6.2022
 https://core.ac.uk/download/pdf/42953942.pdf
 http://eprints.utm.my/id/eprint/11547/1/Budaya_Membaca_Dalam_Kalangan_Pelajar_
%E2%80%93_Pelajar_4_SPH_Program_Khas.pdf
 http://eprints.usm.my/33982/1/6Tiew_OK.pdf
 https://www.msocialsciences.com/index.php/mjssh/article/view/268/194
 https://ojs.upsi.edu.my/index.php/ESSS/article/view/6669/3646

14

You might also like