You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TAIPING

JALAN TAMING SARI, 34000 TAIPING


PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel : 05-8074650 / Faks : Fax : 05 - 8054436
Email : ABA6009@moe.edu.my
KOD SEKOLAH : ABA6009
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ruj. Kami : SKT. 700 - 4/3/8 (27 )
Tarikh : 16 Ogos 2022

Pegawai Pendidikan Daerah


Larut Matang Dan Selama
Jalan Taming Sari
Perak

Tuan

JEMPUTAN KE KEJOHANAN OLAHRAGA SEKOLAH KEBANGSAAN TAIPING KALI KE 53, TAHUN 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, Sekolah Kebangsaan Taiping, Jalan Taming Sari 34000 Taiping, Perak akan
mengadakan Kejohanan Olahraga Kali 53 Tahun 2022 seperti ketentuan berikut :

2.1 Tarikh : 02 September 2022


2.2 Hari : Jumaat
2.3 Masa : 8.00 Pagi
2.4 Tempat : Sekolah Kebangsaan Taiping
2.5 Sasaran : 481 Orang Murid
2.6 Perasmi : YB Dato’ Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Fasal

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah berbesar hati dan penuh takzimnya menjemput tuan untuk
memeriahkan Kejohanan Olahraga SK Taiping kali Ke 53.

4. Kesudian dan jasa baik tuan menerima jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan
setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih. Semoga dengan kehadiran tuan dapat melancarkan dan
memeriahkan Kejohanan tersebut.

Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan’ amat dihargai.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

(AZHARUN BIN WANIK)


Guru Besar
s.k
1. Fail Sekolah
2. Fail Kokurikulum

You might also like