You are on page 1of 3

NAMA : NURUL AFIQAH BINTI MOHD BASRI

NOMBOR MATRIK : 20172DEC0196

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Unisel

Dalam meniti arus kemodenan dewasa ini, pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan
yang dibina untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan
setiap kanak-kanak adalah berbeza, pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam
amalan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Murid berkeperluan khas yang berada dalam
program Pendidikan Khas di Malaysia seperti Sindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme,
Hiperaktif,Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan.

Pada tarikh 4 September 2019, fakulti Pendidikan telah mengadakan program lawatan
sambil belajar ke Unisel bagi mengikuti perkongsian ilmiah daripada Dr. Muhammad Bin Daoh,
En. Muhammad Hilmi bin Abdul Rashid, Prof. Madya Dr. Gunasegaran a/l Karuppanan, dan Dr.
Rina bt Abdul Shukor. Pelajar yang terdiri daripada semester 4 dan 5 telah bergerak ke Unisel
pada pukul 6:30 pagi dan tiba di Unisel pada pukul 9 pagi. Perkongsian ilmiah ini diadakan di
Perpustakaan Unisel dan dirasmikan oleh Dr. Muhammad Bin Daoh selaku Dekan, Fakulti
Pendidikan & Sains Sosial.

Perkara yang saya dapati daripada perkongsian ilmiah yang disampaikan oleh Dr.
Muhammad bin Daoh selaku Dekan Fakulti Pendidikan & Sains Sosial ialah ilmu ialah penting
dalam proses pembetukan insan. Ini kerana, setiap kanak-kanak, bayi dilahirkan dalam keadaan
suci bersih. Jadi, tanggungjawab ibubapa membentuk dan mengasuh anak mereka menjadi insan
yang berguna. Apabila seorang manusia itu berniat yang baik, dapat satu pahala. Jadi,
pelbagaikan niat untuk menjadi pewaris Rasulullah S.A.W. Setiap benda dan perbuatan kena
dimulakan niat dengan betul. Dengan niat dapat membentuk amanalan-amalan kita. Dalam
pendidikan ada 3 unsur iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Orang yang berjaya dalam
pendidikan dapat ilmu, kemahiran dan budaya siri yang baik. Maka dengan niat proses yang
baik, dan sikap elok akan hasilkan insan yang mulia.
Selain itu, perkara yang saya daripada perkongsian ilmiah yang disampaikan oleh Prof.
Madya Dr. Gunasegaran Karuppanan selaku Timb. Dekan Pusat Pengajian Siswazah berkata
bahawa autism tidak ada ubat. Semasa seorang kanak-kanak umur 3 tahun berjalan dalam
keadaan berjengket, risiko autism yang dihadapi adalah tinggi. Kanak-kanak yang mempunyai
autism tidak dapat menerima perubahan seperti tukar posisi sofa dan meja. Bagi kanak-kanak
jadi hyper, dia akan mengoyakkan langsir kerana tidak dapat menerima perubahan. Kadang-
kadang tahap IQ jadi tinggi. Mereka juga takut mendengar bunyi yang kuat seperti mercun, suka
tempat yang padat. Bagi disleksia pula, bagi kanak-kanak lelaki dia aan jadi kemas dan segak.
Kalau kanak-kanak perempuan pula, dia akan cantik tetapi kena ada kad oku. Hanya keluarga
yang boleh kawal perilaku anak-anak. Kanak-kanak juga sukar kawal tekanan, sukar imbang
badan dan sukar naik tangga dengan betul.

Tambahan pula, perkara yang saya dapati daripada perkongsian ilmiah yang disampaikan
oleh En. Muhammad Hilmi Abd Rashid selaku Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Awal Kanak-
kanak berkata satu dunia mempunyai 7.6 billion. Terdapat 5.1 billion orang yang menggunakan
telifon. Daripada 4.3 billion menggunakan rangkaian internet. Terdapat 3.4 billion menggunakan
media sosial. Pengguna media sosial sudah separuh daripada muka bumi. Kemudian,
pertumbuhan setiap tahun 1.1% meningkat. Pertambahan kelahiran bayi baru merupakan
sebanyak 84 juta dan seterusnya penggunaan internet meningkat 9.1 % setiap tahun. Malaysia
menggunakan internet sebanyak 63%. Generasi kanak-kanak lahir mengikut enam generasi iaitu
Pre Baby Boom yang lahir sebelum kemerdekaan. The Baby Boom iaitu 1946 hingga 1964 yang
lahir semasa pembetukan Malaysia. The Baby Bust (Generasi x) yang lahir pada 1965 hingga
1976. The Echo Of The Baby Boom yang lahir pada 1977 hingga 1997. Generation Net (Generasi
Z) lahir pada 1988 hingga 2009. Generasi Alpha lahir pada tahun 2010 hingga sekarang.

Perkara yang saya dapati daripada perkongsian ilmiah yang disampaikan oleh Dr Rina Bt
Abd Shukor selaku Pensyarah Kanan Jabatan Seni Visual berkata bahawa terapi seni merupakan
minda dibawah tahap sedar. Seni merupakan cara seseorang itu bertindak balas melalui melukis.
Seni ini membantu dari segi fizikal dan koordinasi. Asas aktiviti bagi mild disleksia ialah
membuat potret. Psikologi seni merupakan membaca lukisan, membawa warna disebalik sebuat
potret. Sesorang yang mengalami highly functioning mampu menangkap lukisan dalam penuh
satu muka surat. Hasilnya, sesorang ini ingin kasih sayang daripada ibu bapanya.
Akhir kata dari saya, ibu bapa perlulah memberi perhatian dan kasih sayang kepada anak-
anak mereka. Ini kerana, jika ibu bapa rapat dengan anak, mereka dapat mengenal pasti masalah
yang dihadapi oleh anak mereka dari segi pendidikan dan kecelaruan otak yang boleh
menyebabkan anak mereka tidak mahu bersosial dan tantrum. Ibu bapa juga perlu berfikiran
terbuka dan mengambil berat terhadap perkara yang berlaku terhadap anak mereka disamping
memberi kerjasama dengan pihak pakar kanak-kanak semasa anak mereka menjalani rawatan.

You might also like