You are on page 1of 1

NURUL AFIQAH BINTI MOHD BASRI (20172DEC0196)

JEAN PIAGET

Jean Piaget merupakan seorang tokoh psikologi yang amat berpengaruh dalam kajian
perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak. Beliau (1896-1980) yang berasal dari
Switzerland memulakan profesionnya dalam bidang biologi. Penulisan beliau tentang psikologi
pembelajaran banyak menggunakan idea berdasarkan konsep biologi. Piaget amat berminat
dengan perubahan struktur dan evolusi pengetahuan dalam pemikiran kanak-kanak.

Teori pembelajaran Piaget adalah berlandaskan premis bahawa setiap kanak-kanak


umpama sainstis yang sentiasa aktif meneroka dunianya untuk mencapai kefahaman. Empat
konsep utama yang dicadangkan oleh beliau dalam penyelidikan tentang proses pembelajaran
yang terdiri daripada skema, asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi.

Seterusnya, skema merupakan struktur kognitif asas yang mewakili pengetahuan mental
seseorang untuk memahami dan menyusun maklumat baharu. Asimilasi merupakan proses
kognitif, dimana individu mengintegrasikan maklumat atau pengalaman baharu ke dalam skema
sedia ada. Akomodasi ialah semasa proses pembelajaran, seseorang individu akan cuba
mengasimilasikan maklumat baharu ke dalam skema yang sedia ada tetapi sekiranya perkara
tersebut tidak berjaya, dua perkara akan berlaku iaitu mengubah suai skema sedia ada untuk
terima maklumat baharu atau membentuk skema baharu untuk menerima maklumat yang baharu.
Ekuiliberasi merupakan antara asimilasi dan akomodasi yang menentukan interaksi individu
dengan persekitaran untuk memahaminya.

Akhir sekali, Piaget percaya bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang mengikut satu
siri urutan berperingkat yang bergerak sehala yang terdiri daripada empat peringkat iaitu
Peringkat Sensori Motor (lahir hingga 2 tahun) dimana bayi dapat membina kefahaman tentang
dunia melalui pengalaman sensorinya berdasarkan tindakan fizikalnya, Peringkat Praoperasi (2
hingga 7 tahun) dimana kanak-kanak mula menggunakan bahasa dan imej mewakili
kefahamannya tentang dunia, Peringkat Operasi Konkrit (7 hingga 11 tahun) dimana kanak-
kanak membuat penaakulan logik tetapi masih terikat kepada objek/peristiwa dan Peringkat
Operasi Formal (12 tahun sehingga dewasa) dimana kanak-kanak berfikir secara saintifik, dapat
menaakul secara abstrak, idealistik dan logikal.

You might also like