You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

TRANSFORMASI SEKOLAH TS25 SK


KEDAWANG.

1.0 PENDAHULUAN
Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Melalui TS25 adalah diharapkan sekolah yang terlibat berupaya mengaplikasikan amalan terbaik
dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pembelajaran dan
pengajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui;
• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Disokong kepimpinan yang berkualiti / berwawasan
• Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi

Komitmen komuniti yang padu

2.0 RASIONAL
Meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

3.0 MATLAMAT
Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga
matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu;
• Memantapkan kepimpinan sekolah
• Memaksimumkan kualiti guru
• Mengukuhkan pelibatan PIBG, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid
• Pdpc bermakna di samping persekitaran yang berkesan

Matlamat Konsep Program Transformasi Sekolah 2025 adalah satu usaha ke arah melahirkan
modal insan unggul yang akan dicapai menerusi transformasi dalam lima teras yang berikut;
• Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
• Penglibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna
• Disokong kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan
• Guru yang kompeten, beraspirasi tinggi
• Komitmen komuniti yang padu.
4.0 OBJEKTIF
Objektif Program Transformasi Sekolah antara lain ialah;
• Mengaplikasi konsep dan amalan PdP terbaik;
• Membangunkan kepakaran dalaman melalui latihan yang komprehensif dan
berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan; dan
• Membangunkan persekitaran pembelajaran yang berkesan dengan mengutamakan

kemenjadian murid.

5.0 KUMPULAN SASARAN


Murid dan guru SK Kedawang.

6.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Pengerusi : En. Amiruddin Bin Hj. Mat,PJK
Naib Pengerusi : Pn. Bibi Binti Ibrahim
Setiausaha : Pn. Nur Shazwani Binti Ahmad
AJK : Pn. Sharifah Ridzoh Binti Syed Ali (KP Bahasa Melayu)
Pn. Halimah Binti Bahari (KP Bahasa Inggeris)

Pn.
Pn. Noor Azrina
Che Intan Binti
Binti Ibrahim
Din (KP Matematik)
(KP Sains)
En. Mohd Izwan Bin Idris (KP Pendidikan Islam)

7.0 PROGRAM-PROGRAM TS25


Antara program-program TS25 yang dianjurkan pihak sekolah antaranya;
• Taklimat kepada guru-guru SK Kedawang
• Taklimat kepada murid-murid dan waris SK Kedawang
• Bengkel Middle Leaders TS25

8.0 PERUNTUKAN PERBELANJAAN

Perbelanjaan yang diperuntukkan untuk program-program TS25 adalah sebanyak RM 5628.00

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat dan objektif yang
dirancang. Dengan adanya program ini, maka akan lahirlah generasi warga sekolah yang
bertransformasi ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.

Disediakan oleh; Diluluskan oleh,


……………………….. ……………………… ................
(NUR SHAZWANI BINTI AHMAD) (AMIRUDDIN B. HJ.MAT,PJK)
Setiausaha Guru Besar
TS25 SK Kedawang SK Kedawang

You might also like