You are on page 1of 1

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SENDERUT (JHEOA)


D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIPIS
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR NO.TEL:011-14527917 (GURU BESAR)
E-MEL: cba3060.sks@gmail.com

______
Ruj.Kami: CBA3060/100-16/1/4(58)
Tarikh : 29 Julai 2022

Kepada,

Pasukan Anggota Rela,


27200 Kuala Lipis,
Pahang Darul Makmur.

Tuan/Puan,

PERMOHONAN KHIDMAT BANTUAN SEMPENA PROGRAM PERASMIAN BULAN


KEBANGSAAN MALAYSIA DAN PERARAKAN KEMERDEKAAN SK SENDERUT 2022

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sekolah kami akan mengadakan Program Perasmian Bulan
Kebangsaan Malaysia Peringkat SK Senderut dan Perarakan Kemerdekaan bagi tahun 2022.

3. Butir-butir mengenai program tersebut adalah seperti berikut :

3.1 Tarikh : 04 Ogos 2022


3.2 Masa : 8.00-10.30 pagi
3.3 Tempat : Kampung Senderut
3.4 Penyertaan : 386 orang murid, 26 orang guru dan 7 orang AKP

4. Oleh yang demikian, bagi melicin dan menjayakan program ini besarlah harapan kami jika pihak
tuan dapat meluluskan khidmat bantuan sepanjang program ini berlangsung.

5. Segala kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Salam hormat.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

……………………………..
(En. Ahma Yusdi Bin Ahmad Yusuf)
Guru Besar,
SK. Senderut

You might also like