You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK BIL.

2 TAHUN 2022/2023
SEKOLAH KEBANGSAAN LEMBAH SUBANG

Tarikh : 24 Jun 2022


Masa : 8:00pm-9.30pm
Tempat : Kediaman masing-masing ( GoogleMeet )

Hadir :
1. En Mohd Bazli bin Mat Saleh PK Kokurikulum
2. Pn Intan Shuhana binti Othmawi Ketua Panitia Matematik
3. En. Sivasanthiran A/L Kaniappan Setiausaha Matematik
4. Cik Che Ku Nu Syauqina Adlin Guru Matematik
5. Pn Seah Lee tin Guru Matematik
6. Cik Intan Najihah binti Zamani Guru Matematik
7. En Muhammad Al-Afiqq bin Idris Guru Matematik
8. Puan Aina Fadhlin Syahmina binti Abas Guru Matematik
9. Pn Nur Adilah Izzati bt Mohamad Shari Guru Matematik

TIDAK HADIR (BERSEBAB) :


1. -

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Matematik yang
hadir pada hari ini.
Makluman

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah atas usaha dan kerjasama ahli Panitia dalam
memastikan kelancaran proses pengajaran sepanjang 3 bulan sesi 2022/2023
ini.

Makluman

1.3 Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )


1.3.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru atas pengisian
pelaporan PBD kali pertama yang lalu.
Makluman

1.3.2 Pengerusi berharap semua guru akan bertanya sekiranya ada


kesukaran atau masalah berkaitan pelaksanaan PBD di dalam kelas dan perlu
sentiasa merekodkannya dalam rekod perkembangan murid ( RPM ).
Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit mesyuarat panitia Matematik bilangan 1/2022 pada 14 Mac 2022 yang lalu telah
dicadangkan oleh Pn Seah Lee Tin dan disokong Cik Che Ku Nu Syauqina Adlin.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


-Tiada-

4.0 PERKARA-PERKARA BAHARU


4.1 FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN ( RPH )

4.1.1 Pn Intan mengingatkan semua guru Matematik supaya menggunakan


format RPH yang telah dikongsikan dalam kumpulan Whatsapp.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.1.2 Ahli Panitia Matematik diminta supaya sentiasa melengkapkan RPH


termasuk menulis refleksi harian dan perlu menghantarnya kepada Guru Besar
setiap hari Jumaat.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.1.3 Fail RPH yang lengkap perlu dihantar kepada Guru Besar untuk semakan
setiap hari Jumaat.
Makluman

4.2 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN ( DSKP ) DAN


RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN ( RPT )
4.2.1 Pn Intan memaklumkan kepada ahli supaya sentiasa merujuk DSKP dan
RPT yang telah disediakan dalam penulisan RPH guru.

Makluman

4.3 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH ( PBD )


4.3.1 Pn Intan meminta semua ahli Panitia Matematik agar sentiasa membawa
Rekod Perkembangan Murid (RPM) semasa sesi pengajaran supaya lebih
mudah merekodkan perkembangan murid.
Tindakan: Semua Guru Matematik

4.4 PERANCANGAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK / LADAP

4.4.1 Semua guru Matematik diingatkan untuk melaksanakan LADAP semasa


PdPc seperti yang telah diputuskan semasa Dialog Prestasi iaitu program
penghasilan Teacher Content.
Makluman

4.4.2 Semua guru Matematik perlu mengambil gambar dan membuat


dokumentasi laporan bagi pelaksanaan dan penghasilannya nanti.

Tindakan: Semua guru Matematik


4.4.3 Pn Intan memaklumkan bahawa program seterusnya yang telah dirancang di
dalam takwim ialah Minggu Panitia Matematik. Penyelaras bagi program ini adalah
En Muhammad Al-Afiqq bin Idris.

Makluman

4.4.4 Pn Intan memaklumkan supaya En Muhammad Al-Afiqq menyiapkan kertas


kerja Minggu Panitia Matematik dan disemak oleh KP untuk dimurnikan sebelum
dihantar kepada Guru Besar.
Tindakan : En Muhammad Al-Afiqq

4.4.5 Penyelaras Minggu Panitia Matematik perlu menyediakan laporan dan


dokumentasi selepas aktiviti ini selesai dilaksanakan.
Tindakan : En Muhammad Al-Afiqq

4.4.6 Ahli panitia diingatkan untuk melakukan sesi refleksi setiap kali selepas
program LADAP dilaksanakan sama ada untuk murid dan guru bagi menilai
keberkesanan program sekali gus mengambil tindakan susulan dan
penambahbaikan untuk program LADAP seterusnya.
Makluman

4.4.7 Ahli panitia diingatkan supaya mencukupkan 42 mata kredit / 5 hari


berkursus pada tahun ini.

Tindakan : Semua guru Matematik

4.4.8 Pn Intan memaklumkan bahawa semua guru yang mengikuti kursus daripada
luar seperti JPN dan PPD, perlu untuk isi minit curai dan serahkan kepada Guru
Besar, PK Pentadbiran dan Ketua Panitia

Makluman

4.5 PLC
4.5.1 Semua ahli diminta mengetuai sekurang-kurangnya 2 kali PLC setahun
sama ada PLC Panitia , PLC PlaN atau apa-apa PLC
Makluman

4.5.2 Pn Intan memaklumkan bahawa guru yang menjadi ketua untuk satu-satu
PLC supaya merekodkannya dalam SPLKPM.
Makluman

4.5.3 PLC boleh dilakukan secara informal dalam membincangkan masalah atau
isu berkaitan murid atau proses pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan
guru.
Makluman
4.6 GERAN PER KAPITA ( PCG )

4.6.1 Pn Intan memaklumkan penggunaan wang PCG dalam pembelian Set


Geometri murid sebanyak 80 kotak.
Makluman

4.6.2 Ahli Panitia Matematik telah memutuskan lebihan PCG pada tahun ini
adalah untuk membeli alat bantu mengajar yang berkaitan dengan program
peningkatan murid nanti.

Makluman

4.6.3 Segala perbelanjaan PCG adalah melalui pengisian Nota Minta oleh Ketua
Panitia dan persetujuan Guru Besar, dan perlu direkodkan.

Makluman

4.7 FAIL PANITIA

4.7.1 En Sivasanthiran selaku Setiausaha diminta membantu Pn Intan dalam


mengemaskini fail Panitia dari masa ke semasa.
Tindakan : En Sivasanthiran

4.7.2 En Sivasathiran diminta mencetak dan memasukkan Laporan Dialog


Prestasi beserta slaid ke dalam fail panitia sebagai bukti pelaksanaan Dialog
Prestasi peringkat panitia.
Tindakan : En Sivasanthiran

4.8 JADUAL WAKTU DAN MMI


4.8.1 Semua ahli diminta untuk mematuhi jadual waktu yang telah diberikan dan
masuk ke kelas tepat pada masanya.

Makluman

4.8.2 Semua ahli diingatkan juga untuk mengisi e-Relief sekiranya perlu
menggantikan mana-mana kelas.
Makluman

4.9 SEMAKAN BUKU LATIHAN MURID


4.9.1 Semua ahli Matematik perlu menanda buku dan merekodkan setiap
penandaan pada borang SPSK PK06-01 dan hantar kepada pentadbir setiap 25
kali penandaan.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.9.2 Guru diingatkan untuk memberikan latihan kepada murid mengikut


keupayaan murid sama ada aras rendah, sederhana atau tinggi.
Makluman
4.9.3 Guru perlu memberi maklum balas secara berterusan terhadap hasil latihan
murid dan memastikan murid membuat pembetulan bagi setiap kesalahan yang
murid lakukan.
Makluman

4.9.4 Semua guru perlu menghantar salinan PK06-2 kepada Setiausaha Kurikulum
dan Setiausaha Panitia Matematik untuk 10 buah buku tulis yang telah disemak
oleh pentadbir.
Tindakan: Semua guru Matematik

4.10 LEARNING OBSERVATION (LO) / PENCERAPAN

4.10.1 Pn Intan memaklumkan semua guru akan dicerap masuk oleh barisan SLT
atau ML bermula 28 Jun 2022.

Makluman

4.10.2 Semua guru Matematik diminta untuk melakukan persediaan yang rapi
mengikut panduan SKPMg2 Standard 4 dan rubrik Sekolah Amanah.
Makluman

4.11 DIALOG PRESTASI ( DP )


4.11.1 Dialog Prestasi Panitia Matematik telah dilaksanakan dan Dialog Prestasi
kedua akan dilaksanakan selepas pengisian data PBD kali kedua.

Makluman

4.11.2 Semua ahli perlu membuat pembetulan data PBD sekiranya terdapat
kesalahan selepas Dialog Prestasi peringkat sekolah esok (21 Jun 2022) sebelum
data PBD akhir akan dihantar ke PPD.

Tindakan : Semua Guru Matematik

4.12 KURSUS
4.12.1 Semua ahli perlu mengikuti kursus e-KomPEG sebelum 1 Jun 2022.

Tindakan: Semua Guru Matematik

4.13 UJIAN SETARA


4.13.1 Pn. Intan memaklumkan memaklumkan bahawa semua guru untuk enam
subjek iaitu BM, BI, Matematik, Sains, PI termasuk subjek Sejarah perlu
melaksanakan ujian setara pada hujung tahun ini.
Makluman

4.14 PMS
4.14.1 Semua ahli Matematik perlu berbincang dengan Middle Leader dan KP
Matematik untuk menyiapkan fail PMS.
Tindakan: Semua guru Matematik
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua Panitia memaklumkan kepada semua guru untuk melaksanakan program
Panitia yang telah dirancang sama ada program untuk semua murid atau program
PLaN yang utama iaitu 1H2O dan Sayang Sifir.
Makluman

5.2 Pn Intan juga memaklumkan pelaksanaan santai Program KUS ( Kelas Untuk
Semua ) yang telah dijadikan program Panitia yang baru dan dilaksanakan pada
hari Jumaat. Program ini telah dimulakan oleh Pn Seah dan Cik Intan Najihah
kepada murid-murid yang berminat dan lemah semasa di dalam kelas. Pn Intan
berharap guru Matematik yang lain juga bersedia melaksanakan program ini.
Makluman

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN


6.1 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan
mengharapkan kerjasama semua dalam setiap perancangan dan aktiviti Panitia.

Mesyuarat ditangguhkan pada 9.30 malam

Disediakan oleh:
Urus setia Mesyuarat Panitia Matematik Bil. 2, 2022/2023.

You might also like