Professional Documents
Culture Documents
Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
Falsafah Dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia
PENGENALAN
Falsafah dan pendidikan merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza tetapi mempunyai perkaitan yang
sangat erat. Kehidupan menusia membentuk falsafah yang tersendiri. Perkembangan manusia yang
berkait dengan pendidikan membawa kepada pertembungan falsafah dalam pendidikan. Pendidikan pula
memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya bagi membolehkan manusia memperoleh pengetahuan,
kemahiran, nilai dan budaya untuk survival dalam kehidupannya dan generasi yang seterusnya.
FALSAFAH
FALSAFAH PENDIDIKAN PENDIDIKAN
PENDIDIKAN
Kurikulum
FORMAL
Formal
PENDIDIKAN PENDIDIKAN
Kurikulum Kurikulum INFORMAL NONFORMAL
Tersembunyi Tidak
Formal
Bijaksana adalah sama dengan maksud arif yakni ingin mengetahui secara mendalam. Orang yang
mencintai ilmu merupakan orang yang bijak. Orang yang bijak sentiasa menghimpun pengetahuan.
Falsafah
Dengan pengetahuan, = Mencintai
orang yang bijakKebijaksanaan
dapat menyingkap kebenaran. Oleh itu mencari mencari ilmu
adalah orang cinta kepada kebenaran. Herakleitos merupakan tokoh awal yang menggunakan perkataan
falsafah yang bermakna mencintai kebijaksanaan. Kebijaksanaan mempunyai hubungan langsung dengan
kebenaran.Selepas itu ramai lagi tokoh lain yang memberi pengertian kepada falsafah, namun dari segi
intipatinya masih sama dengan mencintai kebijaksanaan. Sebagai contoh, Socrates (469–399 sm)
menyatakan falsafah sebagai suatu usaha menyelidik bagi membentuk pengetahuan yang murni untuk
mencapai kebijaksanaan. Usaha ini dilaksanakan menerusi soal jawab (dialog Socrates). Manakala Plato
(427–347 sm) pula mendefinisikan falsafah sebagai usaha mengetahui segala yang ada berhubung
dengan manusia dan kehidupannya untuk mencapai hakikat kebenaran. Usaha ini dilakukan menerusi
proses dialektik dan hal mengetahui jiwa manusia. Aristotle (384–322 sm) pula menegaskan bahawa
falsafah ialah disiplin yang menyelidiki asas dan sebab segala benda. Beliau menetapkan falsafah sebagai
ilmu tentang kebenaran yang diperoleh menerusi ilmu metafizik, retorik, logik, etika, estetika, ekonomi dan
politik. Tokoh-tokoh falsafah selepas itu seperti Dewey (1859–1925) menyatakan falsafah sebagai alat
perjuangan manusia melakukan penyesuaian dalam sesuatu kebudayaan dan persekitaran. Manakalala
Russell (1872–1970) menegaskan bahawa falsafah sebagai kritikan terhadap pengetahuan dengan cara
mengkritik asas-asas yang dipakai dalam ilmu dan dalam kehidupan seharian serta mencari sesuatu
ketidakselarasan yang terkandung di dalam kedua-duanya. Berdasarkan kepada definisi oleh lima orang
tokoh falsafah barat, Socrates, Plato dan Aristotle bersependapat bahawa kebijaksanaan boleh diperoleh
menerusi pelbagai pendekatan/kaedah. Manakala Dewey dan Russell pula melihat kebijaksanaan juga
boleh diperoleh dari sudut yang lain seperti menerusi analisis dan kritikan. Falsafah dalam pengertian barat
hanya berfokus tentang manusia dan kehidupannya semata-mata.
Dalam Islam, falsafah lebih dikenali sebagai hikmah. Persoalan hikmah menyentuh tentang
kebijaksanaan manusia dan Ketuhanan. Kamus Dewan Edisi IV (2005) memberikan pengertian hikmah
sebagai kebijaksanaan/ kecerdikan kurniaan Allah. Hikmah juga membawa maksud kelebihan atau tujuan
sebenar sesuatu perkara. Oleh kerana perkataan falsafah terbit dalam bahasa Yunani, maka tiada istilah
falsafah dalam al-Quran dan agama Islam. Apa yang ada hanyalah pembahagian/ pengkategorian falsafah.
Contohnya Al-Khindi ( -873) membahagikan falsafah kepada tiga iaitu Ilmu Fizika (ilmut-thibiiyyat), Ilmu
Metametika (al-ilm-ur-riyadhi) dan Ilmu Ketuhanan (ilm-ur-Rububiyyah).
i. Ilmu Fizika (ilmut-thibiiyyat), peringkat ilmu yang paling rendah: alam nyata yang terdiri dari benda-
benda konkrit yang dapat ditangkap oleh pancaindera.
ii. Ilmu Metametika (al-ilm-ur-riyadhi), peringkat ilmu pertengahan: berhubung dengan benda tetapi
mempunyai kewujudan tersendiri yang dapat dipastikan dengan angka-angka (contohnya
matematik, astronomi, muzik dan teknologi)
iii. Ilmu Ketuhanan (ilm-ur-Rububiyyah), peringkat ilmu tertinggi: berhubung dengan pencipta,
keesaan, kepercayaan dan kepatuhan.
Al-Farabi (870–950) pula pula membahagikan falsafah kepada dua iaitu Falsafah teori (an-nadhariyyah)
dan Falsafah praktik (al-amaliyyah)
i. Falsafah teori (an-nadhariyyah): mengetahui sesuatu yang ada, tanpa tuntutan untuk
mewujudkannya dalam amal. Ia meliputi ilmu matematik, ilmu fizik.
ii. Falsafah praktik (al-amaliyyah): mengetahui sesuatu yang seharusnya berlaku dalam amalan.
Amalan ini ada yang berkenaan dengan individu (ilmu akhlak), masyarakat (ilmu kemasyarakatan)
dan kewarganegaraan (ilmu politik).
Dengan itu beliau menyatakan falsafah mestilah dimuliakan sebagaimana tujuan agama. Kedua-duanya
(falsafah dan agama) merupakan ilmu yang bertujuan untuk mengetahui tentang alam yang maujud dan
bertujuan menyelidiki hakikat yang sebenarnya.
Ibnu Sina (980–1037) juga membahagikan falsafah dalam konteks teori dan praktik yang
dihubungkan dengan agama. Dasarnya terdapat dalam syariat agama dan penjelasan dan
kelengkapannya diperoleh menerusi akal manusia. Tujuan falsafah praktik ialah mengetahui apa yang
seharusnya dilakukan oleh setiap manusia sehingga mendapat kebahagian di dunia dan akhirat. Ini
dikenali sebagai ilmu akhlak. Falsafah juga mencakupi undang-undang, iaitu apa yang seharusnya
dilakukan oleh setiap orang dalam hubungannya dengan keluarga, masyarakat dan negara.
Berdasarkan kepada beberapa pengertian falsafah yang dikemukakan dapat dirumuskan
bahawa falsafah sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia sendiri. Kehidupan yang bagaimanakah
yang dikehendaki oleh manusia untuk ditempohinya? Apakah yang membentuk persekitaran hidup
manusia? Bagaimanakah manusia menanggap tentang dirinya? Apakah erti bagi suatu kehidupan?
Persoalan Falsafah pula membincangkan fungsi setiap cabang falsafah bagi menyelesaikan persoalan
berkaitan untuk memahami dan mengungkap hakikat kebenaran. Contohnya persoalan Metafizik adalah
seperti apakah alam semesta? Apakah kehidupan? Apakah kebebasan?. Manakala persoalan
Epistemologi adalah seperti apakah yang boleh diketahui? Bagaimanakah manusia mengetahui? Apakah
sumber pengetahuan? Sejauhmanakah pengetahuan boleh dipercayai? Aksiologi pula membincangkan
persoalan apakah rasa yang enak? Apakah hakikat kebagusan? Apakah yang patut disukai? Apakah yang
patut diutamakan? Apakah yang patut menjadi cantik? Akhirnya ialah Logik yang menjurus kepada
pembuatan keputusan atau kesimpulan. (i) Logik induktif: suatu rumusan yang diangkat dari pernyataan
yang bermula dengan yang khusus dan berakhir dengan yang umum. Contoh: Tikus lebih kecil dari kucing.
Kucing lebih kecil dari harimau. Maka kucing lebih besar dari tikus tetapi lebih kecil dari harimau. Manakala
(ii) Logik deduktif: suatu rumusan yang diangkat dari pernyataan yang bermula dengan yang umum dan
berakhir dengan yang khusus. Contohnya; Semua hidupan akan mati. Ali adalah benda hidup. Maka Ali
akan mati.
Penyelesaian kepada persoalan falsafah boleh diselesaikan dengan membahaskannya
mengikut perspektif agama dan pemikiran. Perspektif agama meliputi Islam, Yahudi, Kristian, Hindu dan
Budha. Manakala perspektif pemikiran berlandaskan pemikiran barat, timur dan Nusantara dan Melayu.
Hubungkait di antara cabang falsafah, persoalan falsafah dan penyelesaiannya dapat dilihat menerusi
Rajah 1.2.
mengkategorikan jenis pengetahuan kepada beberapa kategori mengikut hirarki akal. Ilmu dibahagikan
kepada wahyu, empirikal, rasional, intuisi dan autoritatif. Sebenarnya ilmu yang dikategorikan oleh barat
adalah perincian dari apa yang dikemukakan oleh tokoh Islam. Hubungan antara kategori ilmu menurut
Islam dan barat dapat dirungkaikan menerusi Rajah 1.3.
Ilmu Wahyu (Naqli): Kategori ilmu yang diturunkan oleh Tuna Pencipta yang maha kuasa untuk panduan
kehidupan manusia yang menjadi umatnya menerusi orang perantaraan yang terpilih menerusi kitab-kitab
dan risalahNya. Ilmu wahyu ini untuk mengenal Tuhan dan beribadah kepadaNya dan mencipta
keharmonian dalam menguruskan dunia. Contoh: Kitab al-Quran, Kitab Injil, Kitab Zabur dan Kitab
Taurat.
Ilmu Akal (Aqli): Kategori ilmu perolehan manusia menerusi keupayaan akal/ intelek berlandaskan ilmu
wahyu untuk faedah kehidupan yang lebih sempurna dan bersesuaian dengan zamannya. Diciptakan
manusia dengan kelebihan darjatnya kerana mampu berfikir. Ilmu Aqli ini terbahagi kepada beberapa jenis:
Pengetahuan empirikal : Pengetahuan yang diperoleh menerusi pengalaman indera yang
menghasilkan satu penemuan baru (bahan, idea dan kaedah). Contohnya pengetahuan yang terdapat
dalam Sains, Matematik, Geografi, Astronomi, Sejarah dan sebagainya lagi.
Pengetahuan rasional : Pengetahuan yang diperoleh menerusi proses taakulan yang
berpandukan logik untuk menyelesaikan masalah atau membuat rumusan. Logik induktif atau logik
deduktif sentiasa digunakan berdasarkan cerapan yang dilakukan.
Pengetahuan autoritatif : Pengetahuan yang ada pada orang tertentu yang diiktiraf sebagai pakar.
Pendapat pakar ini sentiasa menjadi rujukan dan diiktiraf sebagai sah dan boleh dipercayai. Contoh
hanya doktor yang tahu tentang sesuatu penyakit dan kaedah rawatan dan penyembuhannya.
Pengetahuan intuisi : Pengetahuan yang setiap orang miliki tetapi bergantung kepada
kepekaan dan sensitiviti terhadap persekitaran. Pengetahuan ini berkaitan dengan celik akal atau
ilham. Contoh penggubah lagu, penulis dan pelukis hanya berkarya setelah mendapat ilham.
Rajah 1.4 menunjukkan hubungan di antara tiga jenis ilmu iaitu Sains, Agama dan Falsafah ke arah
kebenaran.
Ilmu Wahyu
K
E
B
E
N
A
R
A
N Pengetahuan Emperikal
Pengetahuan Rasional
Pengetahuan Autokratik
Pengetahuan Intuisi
Rajah 1.4: Hubungan ilmu falsafah, agama dan sains ke arah kebenaran.
Pendidikan = Education
Dari perkataan Latin tersebut, pendidikan bererti memimpin keluar ke arah menjadi lebih tahu/ berilmu/
berpengetahuan. Dengan bimbingan yang berkesan, pendidikan dapat meninggalkan kebodohan, kejahilan
dan kemungkaran. Konteks pendidikan dilihat mempunyai perbezaan dan persamaan dari segi didikan dan
latihan dengan maksud yang hampir sama dari segi bahasa Latin iaitu ‘educere’ dan ‘educare’.
Jika dibandingkan antara pendidikan dan pengajaran, bolehkan anda memberikan persamaan dan
perbezaannya?
Syed Muhammad Naquib al-Attas (dalam Sidek Baba, 2006) cuba memberikan perbandingan antara
konsep didik dan ajar dengan menghubungkan konsep good citizen (warga baik) dan konsep good man
(manusia baik) dalam memberikan kefahaman yang mudah tentang didik dan ajar. Warga yang baik adalah
warga yang berpengetahuan dan berketerampilan, tahu menulis, ada kelulusan, tahu cara berurusan dan
faham tentang tanggungjawab kewarganegaraan. Manusia baik bukan sahaja mempunyai ciri-ciri kualiti
seperti warga baik malah kualiti itu ditambah dengan nilai-nilai yang menjadikan manusia bersifat jujur,
ikhlas, amanah, adil, bertolakansur, bijaksana, cemerlang dan nilai-nilai lain yang berguna bagi membina
asas tamadun dan peradaban. Abdul Malik Karim Amrullan atau lebih dikenali sebagai Hamka memberi
9
peringatan yang tegas, “bangsa yang hanya mementingkan pengajaran sahaja, tiada mementingkan
pendidikan bagi melatih budi pekerti, meskipun kelak tercapai kemajuannya, namun kepintaran dan
kepandaian itu akan menjadi racun, bukannya menjadi ubat”. Hal ini bermakna, pengajaran hanya berfokus
kepada potensi akal dan jasad semata tetapi pendidikan adalah proses yang membangunkan keseluruhan
potensi yang ada pada diri insan itu yang mencakupi akal, roh, jiwa dan jasad yang pada akhirnya
menjelmakan insan yang syumul. Sekolah yang menekankan aspek pengajaran sahaja akan melahirkan
pelajar yang banyak ilmunya tetapi budinya kurang. Hasilnya ialah anak muda yang tidak tahu tujuan hidup
serta tidak dapat memberi khidmat untuk tanah air.
Dalam pendidikan Islam, makna pendidik berkait rapat dengan dengan istilah murabbi, mualim dan
muaddib. Murabbi menghubungkan proses didikan itu dengan Allah s.w.t. sebagai sumber rujukan.
Muallim membawa kaitan di antara proses didikan dengan ilmu yang berhubungkait dengan al-Quran dan
10
Sunnah. Muaddib pula menghubungkan pendidikan sebagai satu proses peradaban atau menjadikan
manusia berakhlak.
AKAL
(Kognitif)
al-Quran as-Sunnah
(Wahyu) ILMU (Hadis)
IMAN
AMAL
HATI/ROHANI JASAD
(Afektif) Ijtihad (Psikomotor)
(Ulama)
Pendidikan dalam Islam meletakkan tiga dasar ilmu yang berlandaskan kepada akal, hati dan jasad.
AKAL : Ilmu wahyu + ilmu Akal = kebesaran dan kebenaran Tuhan.
HATI : Kesedaran dan penghayatan secara fitrah, roh, jiwa & perasaan.
JASAD : Amalan & kebiasaan yang menurut sunnah.
Ketiga-tiga dasar tersebut berasaskan sumber ilmu utama al-Quran, as-Sunah dan Ijtihad. Dasar ilmu dan
sumber ilmu tersebut telah menjadi rujukan para tokoh dan ilmuan Islam dalam memberikan pengertian
terhadap pendidikan.
i. Muhammad Rasullullah (s.a.w): pendidikan itu ialah kesempurnaan diri sebagai makhluk Allah.
Sabda baginda “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang tidak mungkin kamu akan sesat
selama kamu berpegang teguh dengan kedua-duanya iaitu al-Quran dan sunnahku”.
ii. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq: Pendidikan merupakan usaha mengembangkan ilmu ke arah
kesempurnaan iman. Hal ini terlihat dalam tindakan beliau menggalakkan mempelajari dan menghayati
al-Quran dan al-Sunnah. Beliau bertanggungjawab mengumpul dan menulis semula ayat-ayat al-
Quran dalam sebuah mashaf.
11
iii. Khalifah Umar a-Khattab: Pendidikan merupakan proses mensepadukan ilmu iaitu ilmu fardu ain dan
ilmu fardu kifayah dalam konteks intelek, rohani, emosi dan jasmani. Hal ini terpancar dari kata-
katanya “Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda, memanah dan riwayat-riwayat yang
baik serta syair-syair yang indah”.
iv. Imam al-Syafie: Pendidikan bermatlamat membentuk akidah dan penguasaan ilmu untuk
melengkapkan diri menghadapi dunia dan akhirat.
v. Al-Ghazali: Pendidikan ialah proses pembentukan akhlak dan nilai-nilai kerohanian sebagai
persediaan menghadapi rintangan hidup.
vi. Ibnu Khaldun: Pendidikan ialah usaha mempersiapkan individu bagi membina masyarakat dan
negara.
vii. Hasan Langgulung: Pendidikan ialah merubah dan memindahkan nilai-nilai kebudayaan kepada
individu melalui berbagai proses dan cara bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab & berbakti
kepada Allah.
Rumusannya, dari perspektif Islam pendidikan itu adalah suatu ibadat yang tertakluk kepada niat dan
amalan yang bersifat fardu (kifayah/ ain) yang dituntut oleh agama kerana setiap manusia itu adalah
pemimpin dan sebagai pemimpin ia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Hubungkaitan bentuk dan
matlamat pendidikan dari perspektif Islam dapat digambarkan seperti yang terdapat pada Rajah 1.7
Allah
(Khaliq)
IMAN
Manusia Alam
(Makhluk: Khlalifah) (Makhluk: Takluk)
Dari perspektif Islam, pendidikan ialah ibadah yang merupakan ikatan kerohanian antara makhluk dengan
Allah. Menggunakan akal, manusia tercabar untuk mengenali tanda-tanda kebesaranNya dan
menggunakan jasmani untuk tunduk dan patuh kepada suruhanNya. Hal ini bermakna fokus dalam
pendidikan Islam menekankan: ROHANI AKAL JASMANI
12
b) Athens: Pendidikan dirancang sebagai satu usaha untuk membina kebijaksanaan dan
keseimbangan jiwa & jasmani bagi mengukuhkan demokrasi dan membentuk
warganegara yang cintakan negara. Dasar pendidikannya ialah “hanya yang bijak dapat
memimpin dunia”. Lahir tokoh pemikir seperti Pythagoras, Plato, Socrates dan Aristotle.
Dari idea tentang pendidikan oleh oleh Sparta dan Athens tersebut, maka tokoh dan sarjana barat telah
mengambilnya sebagai acuan dalam membuat tafsiran dan definisi tentang pendidikan.
i. Plato (427 S.M – 347 S.M.): Pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani bagi mencapai kecantikan
kesempurnaan pekerti.
ii. Socrates (470 S.M. – 399 S.M.): Pendidikan ialah usaha pembinaan pekerti dan pengembangan akal
fikiran.
iii. Aristotle (384 S.M. – 322 S.M.): Pendidikan ialah satu sistem perkembangan intelektual, jasmani,
kerohanian dan emosi.
iv. John Dewey (1933): Pendidikan sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa
kepercayaan dan perasaan terhadap alam sejagat dan sesama manusia. Pendidikan juga suatu
proses bagi mengatur dan menambah pengetahuan yang dimiliki supaya dapat hidup dengan lebih
selamat.
Perspektif barat melihat pendidikan sebagai satu reaksi manusia terhadap persekitaran. Reaksi
tersebut berlaku hasil dari rasa ingin tahu yang berbentuk fizikal dan dihubungkaitkan dengan peranan otak
yang menghasilkan jawapan dan seterusnya mencipta kebijaksanaan intelektual. Pendidikan adalah asas
kepada penemuan dan penciptaan bukannya untuk mengenal pencipta. Akal adalah Tuhan. Agama
menjadi penghalang kepada kemajuan. Ketuhanan adalah satu ilmu dan bukannya satu kepercayaan.
Akhlak tidak perlu pendidikan kerana ia menyekat permodenan. Pendidikan merupakan pembebasan akal
seluas-luasnya. Dari perspektif barat keutamaan pendidikan ialah: JASMANI AKAL ROHANI
13
DIMENSI PENDIDIKAN
Berdasarkan pelbagai perspektif tentang pendidikan sama ada perspekti Islam mahupun perspektif barat
dapat dikatakan bahawa terdapat persamaan dimensi yang ketara. Dimensi pendidikan tersebut boleh
dikategorikan kepada dimensi instriksik dan dimensi ekstrinksik.
i. Dimensi Intrinsik
Pendidikan merupakan satu kehidupan bukannya untuk hidup. Pendidikan menjadikan manusia itu
berfungsi sebagai manusia yang dapat menggunakan perkembangan akal untuk berfikir dengan
waras, jasmani untuk bertindak dengan wajar, emosi dengan perasaan yang tenang dan rohani
untuk muhasabah diri.
Pendidikan menjadikan manusia makhluk terdidik. Apakah bezanya manusia dengan haiwan?
Manusia dan haiwan mempunyai persamaan kerana kedua-duanya mempunyai nafsu (syahwat).
Tetapi manusia berbeza dengan haiwan dari segi penggunaan otak untuk berfikir dan
menghasilkan akal bagi mengawal nafsu. Bagaimanaka akal dapat dihasilkan dan berfungsi
dengan baik?
Pendidikan mempunyai matlamat implisit. Apakah yang manusia inginkan dalam hidupnya?
Bagaimana manusia hendak mencapai apa yang diinginkan?
14
JENIS-JENIS PENDIDIKAN
Secara umumnya terdapat tiga jenis pendidikan iaitu pendidikan formal, pendidikan informal dan
pendidikan nonformal. Jenis-jenis pendidikan tersebut berlaku dalam lingkungan persekitaran yang
mempengaruhi perkembangannya. Lingkungan persekitaran tersebut meliputi persekitaran lokal (sejarah,
budaya, sosial, falsafah, ekonomi dan politik) dan persekitaran global (teknologi, hubungan antarabangsa,
perdagangan dan kebergantungan). Pendidikan secara formal, informal dan nonformal memainkan
peranan penting sebagai modal sosial kepada individu, keluarga, komuniti, masyarakat dan negara.
Pendidikan Pendidikan
Persekitaran Global Informal Nonformal
Persekitaran Global
15
Falsafah
Pendidikan
Bidang pendidikan dipengaruhi oleh ilmu-ilmu pokok yang lain seperti falsafah, psikologi, sosiologi, sejarah
dan budaya. Menurut Ornstein dan Hunkins (1998), perbincangan pendidikan yang berkaitan dengan
persoalan-persoalan berikut sangat dipengaruhi ilmu falsafah. Oleh kerana ilmu tersebut berkaitan
langsung dengan pendidikan maka persoalan-persoalan tersebut menjurus kepada persoalan falsafah
pendidikan.
Apakah yang menjadi arah/ hala tuju pendidikan?
Mengapakah ada matlamat yang dianggap bermakna?
Sejauhmanakah wujud perbezaan didikan dan latihan?
Adakah perlu wujud bentuk pengetahuan yang berbeza?
Adakah kurikulum yang berbeza diperlukan untuk pelajar yang berbeza?
Bagaimanakah kandungan dibentuk di dalam kurikulum yang digunkan?
Bagaimanakah bentuk kurikulum yang spesifik boleh dijustifikasikan dengan baik?
Sejauhmanakah realiti yang baru perlu dimasukkan di dalam sesebuah kurikulum?
16
ilmu Akhlak
Amal Takwa
17
vii. Meningkatkan keterbukaan minda terhadap penerimaan & pengubahsuaian idea-idea baru menerusi
refleksi terhadap pandangan diri dan kelebihan pihak lain.
viii. Meningkatkan kemahiran dalam penulisan dan pembentangan lisan secara bernas, jelas and tepat
tanpa prajudis.
ix. Meningkatkan kemahaman kendiri tentang isu-isu falsafah bidang ilmu asas terhadap disiplin ilmu
lain.
x. Meningkatkan penghargaan diri terhadap kepelbagaian latar sejarah intelektual menerusi refleksi dan
perbahasan.
xi. Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan pengetahuan tentang tradisi falsafah.
PENGETAHUAN
Currere (Latin) bermaksud lapangan perlumbaan (race course) atau laluan/ jejak/ jurusan.
Oleh itu istilah kurikulum mengikut Kamus Dewan ialah skop atau isi kandungan mata pelajaran
atau kursus/jurusan pengajian yang diikuti.
Dari segi pengertian pula terdapat banyak pengertian yang dikemukakan oleh beberapa tokoh di
antaranya ialah:
i. Curriculum is "that series of things which children and youth must do and experience by way of
developing abilities to do the things well that make up the affairs of adult life; and to be in all
respects what adults should be" (Bobbit, 1918).
ii. Curriculum can be defined as "a plan for learning" (Taba, 1962).
iii. Curriculum is a structured series of intended learning outcomes. Curriculum prescribes (or at
least anticipates) the results of instruction. It does not prescribe the means to be used in
achieving the results" (Johnson, 1967).
iv. Curriculum is "the educational program of the school" with attention to the following elements:
(1) program of studies, (2) program of experiences, (3) program of services, and (4) the hidden
curriculum (Oliver, 1977).
v. The curriculum of a school is the formal and informal content and process by which learners
gain knowledge and understanding, develop skills, and alter attitudes, appreciation's, and
values under the auspices of that school (Doll, 1978).
Berdasarkan kepada pengertian kurikulum di atas, dapatlah dirumuskan bahawa kurikulum mempunyai
pelbagai tafsiran.Tafsiran yang dilakukan tertakluk kepada latar dan persekitaran tokoh yang memberikan
pengertian tersebut. Hal ini bermakna kepelbagaian tafsiran kurikulum adalah dengan sedar mengikut
19
keilmuan yang dimiliki oleh tokoh-tokoh tersebut. Walau bagaimanapun dengan merujuk kepada pegangan
falsafah, kurikulum dapat ditafsirkan seperti berikut:
Kurikulum ialah suatu set objektif.
KHUSUS
Kurikulum ialah suatu set bahan.
Kurikulum ialah suatu set subjek.
Kurikulum ialah kandungan subjek.
Kurikulum ialah suatu urutan kursus.
Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah.
Kurikulum ialah program pengajian yang dilalui.
Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian yang diikuti.
Kurikulum ialah setiap perkara yang dirancang oleh sekolah.
Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku di persekitaran sekolah.
Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah.
UMUM Kurikulum ialah apa yang dialami setiap individu pelajar sebagai hasil persekolahan.
Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah.
Analogi Kurikulum
i. Perbezaan: Kurikulum bagaikan orang buta mengenali seekor gajah, masing-masing
mempunyai interpretasi sendiri.
ii. Keseluruhan: Kurikulum bagaikan hamper yang membungkus segala bentuk pengetahuan,
kemahiran, nilai dan warisan yang dipakejkan untuk diberikan kepada generasi seterusnya.
iii. Kesempurnaan: Kurikulum seumpama permainan jigsaw puzzle yang saling melengkapi
untuk membentuk kesempurnaan sebagaimana yang dihasratkan.
Kurikulum Formal
i. Kurikulum yang tersurat (manifested curriculum)
ii. Boleh dilihat, tersedia, terancang dan berurutan
iii. Seperti yang terkandung dalam silibus. Kurikulum formal berfokus kepada:
Matlamat (goal)
20
Objektif
Bahan yang menjadi kandungan
Struktur/susunan pengajaran
b) Kurikulum Tersembunyi
Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak dinyatakan
secara bertulis.
Sumber-Sumber Kurikulum
i. Keperluan dan minat pelajar (Fokus kepada individu: pilihan bahan berasaskan keperluan,
minat dan kebolehan individu pelajar)
ii. Nilai-nilai dan masalah masyarakat (Fokus terhadap interaksi sesama manusia untuk
menghadapi masa depan)
iii. Isi kandungan atau penyusunan ilmu (Percaya pada dasarnya terdapat pengetahuan asas
yang perlu dikuasai oleh semua pelajar)
Keseimbangan antara ketiga-tiga sumber adalah penting.
21
RUMUSAN
Dalam perkembangan pendidikan, falsafah dan kurikulum bagaikan irama dan lagu yang tidak boleh
dipisahkan. Kesemuanya membentuk komponen-komponen yang penting dalam satu sistem pendidikan.
Seumpama manusia itu sendiri, walaupun nampak satu tetapi mengandungi berbagai komponen yang
berinteraksi dalam satu sistem yang kompleks. Pendidikan tidak boleh tegak dengan sendirinya tetapi
berteraskan hasrat dan matlamat (individu, keluarga, masyarakat dan negara). Dari perspektif falsafah,
pendidikan mestilah ada tujuan/matlamat/objektif. Mencapai tahap kebijaksanaan dalam diri manusia
adalah perkara utama dalam matlamat pendidikan yang diteraskan kepada metafizik, epistemologi,
aksiologi dan logik. Bagi mencapai kebijaksanaan tersebut, apa yang menjadi pengisian, kaedah
penyampaian, bahan yang digunakan dan kaedah penilaian merupakan penentu kepada tercapainya
matlamat yang dihasratkan. Nyatalah bahawa kurikulum itu merupakan wasilah/jalan untuk mencapai
hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan.
22
2
ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEBAGAI
ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
PENGENALAN
Pendidikan tidak berdiri dengan sendirinya. Pendidikan merupakan interaksi di antara beberapa komponen
dalam satu sistem untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Suatu bangsa yang bercita-cita besar dan
luhur merupakan bangsa yang mulia dan bermaruah. Kemuliaan, keluhuran dan ketinggian martabat tidak
mungkin dapat dicapai tanpa perjuangan dan idealisme. Idealisme pula tidak mungkin akan terpancar
tanpa falsafah. Falsafah yang didokong oleh sesuatu bangsa merakamkan cita rasa, visi dan pandangan
hidup yang ingin dicapai dan dijayakan. Falsafah hidup dan kehidupan cemerlang yang diidamkan tidak
mungkin terserlah dan terlaksana tanpa pendidikan. Pendidikan yang sempurna dan berkualiti dapat
menjamin pembentukan individu yang unggul. Dari individu yang unggul pastinya terbina keluarga,
masyarakat dan negara yang gemilang. Demikianlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
dibentuk pada tahun 1988 yang mengungkapkan cita-cita rakyat Malaysia secara keseluruhannya. FPK
menjadi menjadi amanah yang diletakkan di atas pundak para pendidik untuk melunasinya. FPK dibina
pada asas falsafah yang kukuh menerusi gabungan falsafah pendidikan barat (FPB) dan falsafah
pendidikan Islam (FPI).
FPN tersebut kemudiannya disebut sebagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam
Akta Pendidikan 1996 berbunyi:
Berdasarkan kepada FPN dan FPK yang dinyatakan, dapatkah anda menganalisis perbezaannya?
FPK ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara. Apa yang digariskan
dalam falsafah ini juga berkait rapat dengan perkembangan dunia dan pembangunan negara Malaysia
yang berpaksikan kepada agama Islam. Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus
sedunia Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac
hingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Mohd Kamal Hassan (1988) menyatakan bahawa pengisytiharan
Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputi “perkembangan yang seimbang dalam
keseluruhan peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera.”
Sejarah pendidikan di Malaysia berperanan penting dalam membentuk FPK. Penyata Razak 1956,
menyediakan asas dan kerangka yang kukuh bagi menjadi dasar dalam pendidikan negara dengan
halatuju yang jelas iaitu menjurus kepada usaha kerajaan menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum:
Tujuan Dasar Pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-
budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini bukan serta-
merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan
1961 yang merupakan acuan kepada pembentukan Dasar Pelajaran Kebangsaan ini boleh diibaratkan
sebagai milestone kepada zaman pengukuhan dan kemaskini dalam sistem pendidikan di Malaysia. Dasar
Pelajaran Kebangsaan ini mula diolah kembali dan dimurnikan bagi menyesuaikan pendidikan dengan
perkembangan negara Malaysia. Laporan Kabinet 1979 adalah permulaan kepada pembentukan FPN
yang lebih jelas. Laporan Kabinet 1979 memberi penegasan kepada pendidikan asas 3M (Membaca,
Menulis dan Mengira), pendidikan kerohanian dan kurikulum berorientasi tempatan yakni negara Malaysia.
Buat pertama kalinya Malaysia mempunyai falsafah pendidikan yang disuratkan dalam bentuk dokumen
pada tahun 1988 dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara. FPN menjadi teras kepada sistem
pendidikan negara. Perubahan masa ke era globalisasi merupakan satu cabaran baru bagi sistem
pendidikan negara. Semakan terhadap Akta 1961 dan lahirnya Akta Pendidikan 1996 adalah satu sahutan
bagi menangani cabaran berkenaan. Pendidikan bertaraf dunia atau Malaysia sebagai pusat
kecemerlangan dijadikan objektif sistem pendidikan masa kini sebagaimana maksud beberapa akta
pendidikan yang lain. Falsafah Pendidikan Negara mengalami pemurnian dari segi pengistilahan dan
kandungan dan kemudiannya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan tidak lagi
24
berfokus kepada penyelesaian masalah perpaduan tetapi bagi menghadapi isu yang lebih global seperti
keperluan guna tenaga dan keterampilan ilmu yang sesuai mengikut zaman. Apatah lagi, zaman ini
dikenali sebagai permulaan gelombang maklumat dan pengetahuan. Dalam ertikata yang lain, Malaysia
mahukan rakyat dan modal insan yang berpengetahuan dan bermaklumat (e-workers & k-workers)
TRADISIONAL MODEN
Ciri Terawal & tradisional Tradisional Awal abad 20 di Pertengahan abad 20 -
Amerika Syarikat/ Eropah/ moden
moden
Fokus Kebenaran akal, Kebenaran sifat Kebenaran dari Kebenaran dari
jiwa, kerohanian nyata/ maujud pengalaman pengalaman bebas
Dimensi kebenaran, fizikalnya Persekitaran Pengalaman bentuk
keadilan dan Kewujudan di alam bersifat dinamik. idea & pengetahuan
keindahan fikiran selaras Pengalaman Individu berhak
menerusi proses dengan alam nyata. individu berbeza mempuat pilihan &
penaakulan bertanggung jawab
Tokoh Plato, Descartes, Aristotle, Russel, Dewey, Darwin, Kierkegard, Jaspers dll
Kant, Hagel dll Bacon, Lock dll James dll
Idealisme merupakan mazhab terawal yang memberi tumpuan kepada pembangunan akal, jiwa
dan kerohanian. Menurut pandangan ahli mazhab idealisme ini kebenaran adalah bersandarkan
keupayaan minda membuat penaakulan dan bukan melalui kebendaan (kewujudan fizikal). Dari sudut
metafizik, sesuatu realiti dapat ditransformasikan ke dalam bentuk fikiran. Dari sudut epistemologi, sesuatu
kebenaran adalah sebagai idea yang berada dalam pemikiran. Hal ini melibatkan keupayaan berfikir,
memahami dan menaakul kerana mazhab idealisme berpendapat pengetahuan boleh diperoleh tanpa
melibatkan deria atau pengalaman; sebaliknya boleh melalui celik akal atau secara intuitif. Dari sudut
aksiologi pula, sesuatu nilai adalah bersifat mutlak iaitu sesuatu nilai adalah tetap dan tidak berubah sama
25
ada dari satu generasi ke generasi yang lain atau antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.
Kemunculan mazhab idealisme tersebut dipelopori oleh Plato.
Mazhab realisme pula menyangkal hujah yang dikemukakan oleh para pendokong mazhab
idealism. Mazhab ini mementingkan kewujudan/keberadaan di dunia nyata untuk membuktikan kebenaran,
bukannya di alam fikiran (sebagaimana yang dipercayai di dalam mazhab idealisme). Dari segi metafizik,
fokusnya ialah kepada objek dan jirim. Dari sudut epistemologi, mazhab ini berpendapat seseorang
manusia lahir dengan fikiran, kefahaman dan ingatan yang kosong (tabularasa). Oleh itu, pengetahuan
adalah hasil interaksi manusia dengan alam sosialnya dan alam fizikal di sekelilingnya. Semakin banyak
seseorang itu berinteraksi, maka semakin banyak pengetahuan yang diperoleh. Dari sudut aksiologi,
penerimaan sesuatu nilai itu bergantung kepada masyarakat iaitu sesuatu nilai itu dirujuk kepada
sejauhmanakah ia diterima dan tidak bertentangan dengan masyarakat. Oleh itu, nilai yang diterima boleh
jadi berbeza-beza antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Mazhab realisme ini dipelopori
oleh anak murid kepada Plato iaitu Aristotle.
Bagi mazhab pragmatisme, pendokongnya berpendapat alam semesta tidak statik; sebaliknya
bersifat dinamik iaitu sentiasa mengalami perubahan. Manusia yang menjadi salah satu komponen alam ini
merupakan mahkluk yang mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari segi sosial, mental, fizikal,
mobiliti dan tindakan. Pada setiap masa manusia memperoleh pengalaman melalui proses kehidupan yang
dilaluinya. Dengan itu, pendokong mazhab ini berpendapat realiti bagi sesuatu yang hanya ada dalam
pemikiran tanpa pengalaman adalah sukar untuk dipastikan & dibuktikan. Sebagai contoh, kehidupan
selepas mati merupakan suatu konsep yang berada dalam pemikiran manusia. Mampukah sesorang
menerangkan pengalaman kematian dan kehidupan selepas mati? Oleh itu, dapatkah anda rumuskan
pandangan mazhab pragmatisme terhadap konsep metafizik? Dari sudut epistemologi, pengetahuan
adalah hasil dari pengalaman yang diperoleh oleh manusia melalui perhubungannya dengan persekitaran.
Oleh kerana pengetahuan manusia sentiasa berubah setiap hari lantaran pengalaman yang dilalui, maka
kebenaran juga akan berubah. Dari sudut aksiologi pula, ia sangat bergantung kepada situasi iaitu dari
aspek mana sesuatu nilai itu hendak dilihat dan diaplikasikan. Pelopor mazhab pragmatism ini ialah anak
murid kepada Aristotle sendiri iaitu Socrates.
Mazhab falsafah yang seterusnya ialah eksistensialisme yang muncul pada era moden. Mazhab ini
dipelopori oleh tokoh pemikir Eropah moden seperti Kierkegard, Jaspers dan Nietzsche. Mazhab
eksistensialisme juga menekankan kepada pengalaman seseorang dalam menentukan kebenaran.
Fokusnya ialah terhadap kebebasan individu iaitu setiap individu bebas menentukan hala tuju bagi
mencapai kesejahteraan diri. Dari sudut metafizik, realiti ialah suatu kewujudan yang bersifat individu.
Perkembangan individu berlaku selepas kewujudannya di mana individu bebas menentukan persekitaran
bagi menambah pengalamannya. Dari segi epistemologi, ilmu pengetahuan seseorang adalah berpunca
dari pengalaman dengan persekitarannya. Oleh kerana individu bebas menentukan persekitaran sosial dan
fizikalnya, maka semakin banyak interaksi seseorang itu dengan persekitarannya, maka semakin
banyaklah pengalaman yang diperoleh. Dari sudut aksiologi pula, mazhab eksistensialisme berpendapat
persoalan nilai adalah bersifat relatif kepada individu. Hal ini bermakna, seseorang itu bebas menentukan
sesuatu nilai yang diterima atau sebaliknya; tidak bergantung kepada individu lain atau ahli masyarakatnya.
26
mempengaruhi aliran pemikiran dalam pendidikan barat seperti perenialisme, progresivisme, esensialisme
dan rekonstruksionisme. Aliran falsafah pendidikan barat secara umumnya boleh dikategorikan kepada
dua kumpulan mengikut ciri-ciri persamaannya iaitu aliran falsafah pendidikan tradisional (perenialisme dan
esensialisme) dan aliran falsafah pendidikan moden (progresivisme dan rekonstruksionisme).
Falsafah pendidikan perenialisme adalah berasaskan pemikiran Plato. Aliran falsafah ini
berpendapat bahawa kebenaran adalah tulen yang bersifat sejagat dan tidak berubah dari dimensi ruang,
masa dan budaya dari satu generasi ke generasi yang berikutnya. Tujuan pendidikan ialah mencari
kebenaran yang berkekalan sepanjang peradaban dan tamadun manusia. Dengan itu, ilmu yang terkumpul
sejak awal peradaban manusia haruslah dijadikan asas dalam pendidikan. Pendidikan juga sebagai latihan
untuk memperkembangkan mental manusia ke arah kebenaran. Oleh kerana kebenaran adalah sejagat,
maka kurikulum adalah sama untuk semua pelajar. Pelaksanaan kurikulum adalah berpusatkan mata
pelajaran dan fokus terhadap pembangunan pemikiran dan kerohanian menerusi mata pelajaran
Kesusasteraan, Kemanusiaan, Bahasa, Sejarah dan Matematik. Guru merupakan orang yang berautoriti
dalam bidangnya. Peranan guru ialah menyampaikan ilmu kepada generasi baru kerana guru merupakan
orang yang pakar dan ilmunya tidak boleh dipersoalkan. Murid hendaklah menerima ilmu yang
disampaikan oleh guru tanpa soal. Peranan sekolah ialah menyediakan generasi muda agar mereka
berupaya untuk hidup harmoni dalam masyarakat kelak.
Fahaman aliran falsafah pendidikan perenialisme tidak disetujui oleh sebahagian tokoh pendidik
seperti Charles Pierce, William James dan John Dewey. Mereka meletakkan kepercayaan bahawa kanak-
kanak membesar dengan keupayaan untuk bertindak sebagai peneroka, penjelajah dan mengadaptasi
terhadap persekitaran sosial dan fizikalnya. Individu yang dilahirkan di dunia ini mempunyai potensi, minat
dan bakat yang berbeza. Oleh itu pendidikan berperanan memberi kesempatan kepada murid-murid untuk
mencorakkan minat dan bakat mengikut persekitaran dan masyarakatnya. Kurikulum mestilah member
fokus kepada mata pelajaran Sains Sosial dan merentas disiplin. Aliran falsafah pendidikan progresivisme
meletakkan pelajar sebagai orang yang mampu mengenal pasti keperluan dan minat sendiri. Oleh itu
peranan guru adalah sebagai fasilitator atau pembimbing yang akan membantu pelajar dalam aktiviti atau
dalam mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah.
Aliran falsafah pendidikan progresivisme telah menimbulkan keraguan kepada perkembangan
pendidikan kerana matlamat pendidikan itu adalah individu pelajar bukannya masyarakat dan negara.
Beberapa tokoh seperti William Bagley, Thomas Briggs dan Frederick Breed berpendapat pendidikan
perlu kembali kepada saranan sebagaimana yang terdapat di dalam falsafah pendidikan perenialisme.
Golongan ini kemudiannya membentuk aliran falsafah esensialisme. Menurut aliran falsafah ini pendidikan
adalah bertujuan untuk menyampaikan warisan budaya dan sejarah yang terkumpul dan berkekalan buat
sekian lama. Aliran ini berpendapat, ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap adalah penting untuk
disampaikan kepada generasi muda. Kurikulum adalah berpusatkan mata pelajaran. Di peringkat sekolah
rendah, fokusnya adalah terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di peringkat
sekolah menengah pula, fokus adalah terhadap mata pelajaran, matematik, sains, bahasa, kesusateraan
dan ilmu kemanusiaan. Peranan guru adalah sangat penting. Guru adalah sebagai pakar yang menguasai
bidangnya dan sebagai role- model. Oleh itu guru perlu dihormati kerana kepakaran dan kewibawaannya.
Sekolah adalah sebagai tempat di mana pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap bagi
menyediakan mereka menjadi ahli masyarakat yang berguna. Oleh itu, sekolah hendaklah menyebarkan
kepada pelajar warisan budaya dan sejarah mengikut disiplin-disiplin yang ada.
Pertengahan abad ke-20, telah muncul satu lagi aliran falsafah pendidikan yang dikenali sebagi
aliran falsafah pendidikan rekonstuksionisme. Aliran ini dipelopori oleh George Counts dan Harold Rugg.
Falsafah pendidikan rekonstruksionisme ini memberi perhatian terhadap pembentukan semula masyarakat
27
iaitu untuk perubahan dan reformasi sosial. Tujuan pendidikan adalah untuk menyedarkan pelajar tentang
masalah-masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku. Oleh itu, proses pembelajaran merupakan
proses yang aktif di mana pelajar diberi pendedahan terhadap masalah yang berlaku dalam masyarakat
semasa. Seterusnya, pelajar dilatih untuk mengatasi masalah-masalah yang ada agar masalah yang
berlaku tidak diteruskan oleh masyarakat akan datang. Kurikulum yang disediakan mengandungi masalah-
masalah sosial, ekonomi dan politik yang berlaku dalam masyarakat. Peranan guru adalah sebagai
pembimbing iaitu membimbing pelajar agar sedar dan dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
masyarakat. Seterusnya pelajar dibimbing serta dilatih untuk menyelesaikan masalah agar mereka
memperoleh kemahiran dalam mengatasi masalah yang dihadapi kelak. Peranan sekolah adalah sebagai
agensi utama dalam pembinaan semula masyarakat yang menggerakkan perubahan sosial, ekonomi
mahupun politik sesuai dengan masyarakat akan datang. Hubungkitan antara mazhab falsafah barat dan
aliran falsafah pendidikan barat yang dijelaskan di atas dapat dilihat menerusi Rajah 2.1.
Idealisme Perenialisme
Realisme Progresivisme
Pragmatisme Esensialisme
Eksistensialisme Rekonstruksionism
e
Rajah 2.1: Pengaruh mazhab falsafah terhadap falsafah pendidikan barat
Sebagai perbandingan di antara falsafah pendidikan barat tradisional (perenialisme dan esensialisme) dan
falsafah pendidikan barat moden (progresivisme dan rekonstruksionisme) Rajah 2.2 dan Jadual 2.2 dapat
memberikan penjelasan dari aspek perbandingan dengan jelas.
T PERENIALISME PROGRESIVISME
R
A M
D Kriteria:
I Masyarakat & Pendidikan O
S Pengetahuan & Pembelajaran
I Pengajaran Guru D
O Tujuan & Program E
N
A N
L ESENSIALISME REKONSTRUKSIONISME
Rajah 2.2: Perbandingan ciri-ciri falsafah pendidikan tradisional dengan falsafah pendidikan moden.
28
Jadual 2.2: Perbandingan kriteria-kriteria yang terdapat dalam falsafah pendidikan barat.
29
Metafizik: Mengenal kebenaran terhadap keesaan Allah sebagai pencipta. Banyak tanda-tanda
kebenaran yang dibuktikan menerusi diri manusia itu sendiri, alam dan makhluk dan tanda-tanda
kehebatan dan kebesaranNya.
Epistemologi: Ilmu yang benar bersumberkan al-Quran, Sunnah dan ilmu-ilmu akal yang lain
berasaskan kebijaksanaan berfikir untuk penyelesaian masalah dan menjadikan kehidupan manusia
bertambah sempurna, baik dan maju.
Aksiologi: Nilai kecantikan yang membentuk watak dan akhlak dalam diri manusia untuk mentadbir
alam yang serba indah ini dengan sempurna.
Logik: Berfikir secara bijaksana untuk mencari kebenaran yang hakiki bagi menambahkan kecintaan
terhadap kehidupan beragama.
Sebagai analogi, mengerjakan solat.
i. Mengapa perlu wuduk (mengambil air sembahyang) walaupun selepas mandi?
ii. Mengapa perlu niat sebelum mengerjakan solat?
iii. Mengapa perlu mengadakan beberapa gerakan dalam solat seperti berdiri tegak, takbiratulihram,
kiam, ruku‟, sujud, duduk antara dua sujud dan tahyat awal dan akhir?
30
Indahnya solat dari segi metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik kerana ia mengandungi rahsia yang
besar hikmahnya yang kini telah dibuktikan secara saintifik untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan,
ummah. Di dalam solat Itulah terdapatnya contoh falsafah Islam.
Berdasarkan falsafah pendidikan Islam tersebut, terdapat beberapa komponen yang perlu diberi perhatian
iaitu bentuk pendidikan, proses pendidikan dan hasil pendidikan sebagaimana yang ditunjukkan di dalam
Rajah 2.3.
Bentuk Pendidikan
Berterusan
Menyeluruh
Bersepadu
Seimbang
Harmoni
Rajah 2.4: Hubungkaitan antara falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam ke atas Falsafah
Pendidikan Kebangsaan
Rajah 2.4 menunjukkan asas falsafah yang mendasari pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). FPK mempunyai kandungan yang sempurna dan lengkap dengan mengambil pertimbangan tentang
pembangunan insan untuk menjadi cemerlang menerusi pendidikan. Manusia merupakan makhluk
sempurna yang mempunyai empat komponen iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Intelek adalah
berkaitan dengan organ otak. Manakala rohani melibatkan kepercayaan dan pegangan. Emosi berkaitan
dengan hati dan perasan dan jasmani adalah tubuh luaran diri manusia. Kesemua komponen tersebut
perlu dididik secara menyeluruh dan bersepadu agar lahir nanti insan yang seimbang dan harmoni
pertumbuhannya. Kandungan FPK tersebut selari dengan dengan Falsafah Pendidikan Islam yang
meletakkan manusia terdiri dari tiga komponen iaitu akal (dari otak), roh (rohani) dan jasad (tubuh secara
luaran). Ketiga-tiga komponen tersebut mempengaruhi empat komponen yang ada dalam FPK. Begitu juga
mazhab falsafah barat yang mempengaruhi falsafah pendidikan barat dan seterusnya mempengaruhi
perspektif mereka terhadap perkembangan manusia dari segi kognitif (otak), afektif (jiwa dan perasaan)
dan psikomotor (tubuh luaran manusia). Jika dihubungkan dengan FPK maka persamaan tersebut berlaku.
Oleh itu, FPK adalah falsafah pendidikan yang mempunyai cirri-ciri gabungan antara falsafah pendidikan
barat dan falsafah pendidikan Islam. Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa (1994) menamakan falsafah yang
sedemikian sebagai falsafah eklektif. Rajah 2.5 menggambarkan bagaimana perkaitan yang berlaku di
antara falsafah pendidikan barat tradisional, falsafah pendidikan barat moden dan falsafah pendidikan
Islam bertemu untuk membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bersifat eklektik.
32
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
BERSIFAT EKLEKTIK.
(Falsafah eklektik
bermaksud gabungan
atau paduan dari pelbagai
sistem dan falsafah yang
dipilih ataupun falsafah
pendidikan yang tercipta
dari pelbagai sumber)
RUMUSAN
Falsafah merupakan aktiviti berfikir secara meluas, mendalam, kritis, holistik, sistematik, radikal, integral,
konsepsual dan universal untuk menemui kebenaran. Falsafah pendidikan pula memberi sumbangan
terhadap kejelasan dan ketepatan makna, penetapan matlamat/ objektif, menggerak pemikiran, pemilihan
pengetahuan, sumber dan kaedah serta pemilihan nilai yang tepat. Falsafah pendidikan barat
(perenialisme, progresivisme, esensialisme dan rekonstruksionisme) berteraskan mazhab falsafah umum
barat iaitu idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Falsafah pendidikan Islam menekankan
unsur bersepadu, meyeluruh dan seimbang merangkumi roh, akal dan jasad. Falsafah pendidikan barat
dan falsafah pendidikan Islam digabungkan untuk menjadi asas pembentukan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang bersifat eklektik. FPK mengandungi maklumat secara tersurat & tersirat tentang
bentuk, proses dan hasil pendidikan di Malaysia. Kandungan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan
jasmani did lam FPK menjadi fokus dan matlamat pendidikan negara. Pelaksanaan pendidikan
menekankan elemen menyeluruh, bersepadu dan seimbang dalam usaha mengembangkan lagi potensi
individu. Seterusnya dapat memberi sumbangan terhadap kesejahteraan keluarga, masyarakat dan
seimbang dalam usaha mencapai tahap negara maju yang gemilang.
33
3
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KE ARAH
PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
PENGENALAN
Sputnik merupakan kapal angkasa yang telah mengubah dunia dari segi perlumbaan ilmu. Amerika
Syarikat yang pada mulanya begitu angkuh mengatakan bahawa sistem pendidikannya adalah yang
terbaik di dunia membisu dan tunduk kepada kecanggihan teknologi Rusia yang secara diam telah
melancarkan kapal angkasanya untuk mendarat di bulan. Rusia telah membangunkan pendidikan melalui
pengisian kurikulumnya ke masa depan meninggalkan pendidikan Amerika jauh ke belakang apatah lagi
negara-negara yang lain. Tersentak dengan kejutan itu, Amerika Syarikat kemudiannya telah rombakan
dan menggubal semula dasar pendidikan, sistem pendidikan dan orientasi kurikulumnya agar dapat
menguasai sistem pendidikan terbaik dunia sebagaimana yang didakwanya. Hal tersebut menjelaskan
bahawa pendidikan dan kurikulum adalah suatu yang dinamik dan sentiasa perlu berubah dengan tuntutan
semasa yang disuaipadankan kepada keintelektualan manusia dan pembangunan negara selaras dengan
tuntutan agama, ideologi, ekonomi, sosial dan alam sekitar. Dalam konteks Malaysia, perkembangan
pendidikan yang berlaku adalah dari suatu kesinambungan warisan yang panjang bermula dengan sistem
pendidikan agama, bertukar kepada sistem pendidikan vernakular semasa era penjajahan, sistem
pendidikan kebangsaan mengikut acuan barat selepas kemerdekaan, sistem pendidikan kebangsaan
mengikut acuan Malaysia yang menggunakan kurikulum kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah
rendah, sekolah menengah, institusi pendidikan lepasan menengah. Dari kurikulum yang bersifat
vernakular, Malaysia telah mengubah kepada bentuk bersepadu dan kini berteraskan standard yang
berpaksikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menetapkan halatuju pendidikan berdasarkan
matlamat negara, dasar-dasar, Prinsip-prinsip Rukun Negara dan sebagainya. Sebelum tahun 1988,
falsafah pendidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Namun begitu, hasrat dan matlamat pendidikan
digambarkan melalui penyata, akta dan laporan-laporan yang ada seperti Penyata Razak (1956), Laporan
Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.
Perlukah pendidikan berubah? Fikirkan mengapakah dinosaur yang begitu hebat suatu waktu dahulu
hanya tinggal fosil pada hari ini?
34
Rusia Amerika
Filipina, India
Taiwan,
Korea
China
Indochina,
Indonesia Jepun Malaysia,
Singapura
Rajah 3.1: Perluasan pengaruh pendidikan dan kurikulum moden dibeberapa negara di dunia
Berdasarkan Rajah 3.1, pendidikan di Malaysia difabrikkan oleh pengaruh luar seperti Pendidikan Islam
dari tanah Arab dan India, Pendidikan Inggeris dari England, Pendidikan Cina dari Tanah Besar China dan
Pendidikan Tamil dari Benua Kecil India. Hal inilah yang kemudiannya memunculkan sistem pendidikan
vernakular (sekolah yang menggunakan bahasa pengantar yang mengikut bahasa ibunda) di Tanah
Melayu dan kekal sehingga kini di Malaysia (kecuali pendidikan Inggeris) apabila Akta 1996 menjamin
terus kewujudannya.
Dalam masyarakat tradisional yang serba ringkas dan mudah, pendidikan hanyalah satu keperluan
hidup sebagai survival dalam masyarakat seperti memburu, bertani, bertukang dan nelayan. Dalam
kelangsungan hidup berkeluarga dan bermasyarakat, pendidikan bertumpu kepada berbezaan gender dan
status sosial dalam masyarakat. Kemahiran dan ilmu kewanitaan yang berkaitan dengan peranan anak
perempuan, isteri dan ibu diwariskan kepada anak-anak perempuan. Mereka dididik untuk cekap
memasak, mengurus rumahtangga, menjaga maruah dan kesopanan, mengaji al-Quran dan serba sedikit
bertani & memelihara ayam itik sebagai keperluan. Manakala anak lelaki merupakan anak emas keluarga
yang akan membawa nama keluarga. Mereka diberi pendidikan dengan ilmu keperwiraan untuk menjadi
pahlawan yang tangkas, cekal dan mempunyai kepimpinan untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua
35
keluarga. Mereka juga diajar erti kehidupan yang lasak untuk mencari nafkah keluarga yang diwarisi dari
bapa mereka sama ada bertani, bertukang ataupun nelayan yang lebih mahir. Kedua-dua anak sama ada
lelaki atau perempuan diberi didikan yang sama tentang agama dan adat sehingga muncul ungkapan „Biar
mati anak, jangan mati adat‟ dan „Agama dijunjung, adat dikelek‟.
Pendidikan berkaitan dengan status sosial dalam masyakat Melayu tradisional yang terus sebati
sehingga sekarang sebenarnya tercipta dari peristiwa di Bukit Si Guntang apabila termeterinya perjanjian di
antara Seri Teri Buana, raja yang memerintah dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat jelata.
Dari penjanjian itu lahirkan konsep „daulat‟ kepada raja dan „tulah‟ kepada rakyat. Raja-Raja Melayu
mempunyai daulat yang mesti dijunjung oleh semua rakyat di bawah naungannya. Mana-mana rakyat yang
menderhaka kepada rajanya akan menerima tulah, akibat dari perbuatannya. Kerana itu pantang kepada
rakyat menderhaka kepada rajanya. Sehubungan dengan itu muncullah ungkapan “Daulat Tuanku!”.
Situasi seperti itu mesti dipatuhi dan diwariskan dari satu generasi kepada generasi yang seterusnya.
Putera dan puteri raja diberi pendidikan di dalam istana mengenai adab-adab yang selayaknya sebagai
anak raja. Bagi anak-anak pembesar pula seperti anak Bendahara, Temenggung, Bentara, Laksamana
dan Syah Bandar, Orang Kaya-Kaya, Orang Besar menerima anugerah dari sultan atau raja untuk hidup
dalam bayang-bayang istana. Mereka dari golongan rakyat biasa yang terpilih kerana kelebihan ilmu,
kemahiran dan harta yang dimiliki. Rakyat jelata pula merupakan golongan hamba yang mesti taat setia,
sedia menyumbang bakti kepada raja tanpa sebarang keraguan dan persoalan. Hal ini banyak dikisahkan
dalam buku-buku seperti Sejarah Melayu, Misa Melayu dan Hikayat Hang Tuah sebagai rujukan, teladan
dan iktibar.
Perkembangan Kerajaan Melayu Melaka yang pesat meliputi sebahagian besar Alam Nusantara
telah menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan antara bangsa pada abad ke-14. Melaka telah
bertukar menjadi pusat pendidikan terbuka di rantau sebelah timur. Pelbagai ilmu dipelajari dan
dimanfaatkan seperti ilmu perdagangan dan perniagaan, pengurusan pelabuhan, perundangan,
komunikasi antara bangsa, keagamaan dan sebagainya lagi. Institusi-institusi pendidikan semakin
berkembang bermula dengan istana dan rumah individu dan kini muncul madrasah dan sekolah pondok.
Selanjutnya syiar Islam berkembang meluas ke seluruh Melaka dan tanah jajahan takluknya di rantau
nusantara.
Perkembangan pendidikan agama Islam memerlukan kurikulum sebagai pengisiannya. Apa yang
nyata, kurikulum yang dipentingkan ialah aspek fardu ain dan fardu kifayah yang bersumberkan al-Quran,
al-hadis serta kitab-kitab yang dibawa dari tanah arab dan Mesir. Perkara-perkara yang dipelajari ialah
pengajian al-Quran, hadis, fiqh, tauhid dan tasawuf. Pengajarnya pula terdiri dari para saudagar dan
pedagang serta pendakwah Islam dari timur tengah. Mereka ini bergelar Sayyid, Sheikh atau Maulana.
Dalam Sejarah Melayu dikisahkan perihal Pendita Maulana Abu Ishak dari Mekah yang arif dalam ilmu
Tasawuf. Beliau kemudiannya telah mengarang sebuah kitab agama iaitu kitab Duri‟l-Mazlum dan
mengajarkannya kepada Maulana Abu Bakar serta meminta agar isi kandungan kitab tersebut diajarkan
kepada rakyat Melaka. Keperihatinan sultan terhadap pendidikan agama Islam telah menyebabkan para
pembesar istana turut mendalami dan mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan mereka.
Pendidikan berkembang menerusi kaedah kuliah, syarahan, perbahasan, penyoalan dan sebagainya lagi.
Satu kisah yang menggambarkan keadaan tersebut diceritakan di dalam Sejarah Melayu.
“Arakian Sultan Mansur Syah pun menitahkan Tun Bija Wangsa ke Pasai, bertanyakan
satu masalah. Segala isi syurga itu kekalkah ia di dalam syurga; dan segala isi neraka itu
kekalkah ia di dalam neraka?”.
36
Perkembangan pendidikan Islam di Melaka memberikan impak yang sangat besar kepada sistem
tulisan. Tulisan Arab telah dijadikan asas kepada pembentukan tulisan Jawi sebagai media penulisan
bahasa bersurat dengan mengambil tambahan dari huruf dalam tulisan Parsi dan Barbar. Tulisan Jawi
tersebut telah memainkan peranan besar bagi mengikat perpaduan satu bahasa meliputi seluruh bangsa
Melayu di alam Nusantara.
Perkembangan Melaka sebagai pusat tamadun timur yang pesat dalam aspek ekomoni, sosial dan
agama Islam tidak disenangi oleh kuasa-kuasa barat. Kuasa-kuasa barat ini kemudiannya berazam untuk
menjajah kuasa timur ini. Sebenarnya kerajaan Melayu tidak tewas jika berhadapan dengan kekuatan. Hal
ini terbukti dengan kejayaan Melaka mengekalkan keamanan dari ancaman Majapahit, Siam dan China.
Malah dalam beberapa siri serangan Portugis ke atas Melaka yang diketuai oleh Laksamana Diego Lopez
de Sequiera pada tahun 1509 mereka tewas dalam keadaan yang memalukan dan kembali semula ke
Goa. Pada tahun 1511, Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque dengan kekuatan 16 buah
kapal perang, bilangan tentera yang ramai dan senjata yang lebih hebat telah menyerang Melaka. Melaka
sebenarnya tidak tewas kepada kuasa Portugis. Contohnya serangan Portugis pada 25 Julai 1511 dapat
dipatahkan. Hanya serangan pada 24 Ogos 1511, barulah Melaka dapat ditawan dan memaksa Sultan
Mahmud meninggalkan Melaka. Sebenarnya Melaka tidak tewas kepada Portugis tetapi ditewaskan oleh
anak bangsa sendiri yang menderhaka, bacul dan tidak patriotik seperti si Kitul yang bersekongkol dengan
kuasa penjajah tersebut. Melaka tewas dan terus dijajah silih berganti selepas Portugis tewas kepada
kuasa Belanda pada tahun 1641 dan kemudiannya diserahkan kepada Inggeris pada tahun 1824 berikutan
dengan Perjanjian Inggeris-Belanda. Melaka bagaikan perumpamaan gajah sama gajah bertarung,
pelanduk mati di tengah-tengah. Maruah orang Melaka hilang kerana negeri hilang daulat dan menjadi
barang pertukaran dengan Betawi di Indonesia di antara Belanda dan Inggeris. Inggeris meluaskan jajahan
takluknya menggunakan kepintaran hujah dan menerusi penjanjian dengan raja-raja Melayu, satu demi
satu negeri-negeri di Tanah Melayu jatuh kepada Inggeris bermula dengan Pulau Pinang pada tahun 1786
dan berakhir dengan Johor pada tahun 1914. Tanah Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan politik dan
wilayah iaitu Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Melaka dan Singapura) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Perlis, Kedah,
Kelantan, Terengganu dan Johor).
Perang Dunia Kedua menyaksikan tumbangnya kuasa barat dan Tanah Malayu menjadi jajahan
takluk Jepun pada 15 Februari 1942, yakni 10 minggu selepas tentera Jepun mendarat di Kota Bahru,
Inggeris menyerah kalah setelah menjajah selama 156 tahun mulai 1786. Asia untuk Asia, itulah slogan
Jepun yang kemudiannya mentadbir Tanah Melayu secara “pecah dan perintah”. Jepun mengambil orang-
orang Melayu dan India untuk bekerja sebagai polis dan kerani pentadbiran. Manakala kala orang orang
Cina mengalami kekejaman kerana disyak menyokong penentangan Jepun di China dan Tanah Melayu.
Pendidikan era Jepun lebih kepada indoktrinasi ideologi negara Jepun. Tetapi peristiwa ini memberi
pengajaran kepada rakyat tempatan bahawa metos „keagungan orang kulit putih‟ dan „kuasa barat tidak
boleh dikalahkan‟ adalah tidak benar. Apabila Jepun menyerah kalah pada pertengahan Ogos 1945, maka
kuasa Inggeris dijemput untuk terus mentadbir Tanah Melayu bagi menghadapi ancaman Komunis Malaya
yang mengambil alih kuasa pemerintahan negara selama lebih kurang lima minggu sehinggalah pada akhir
September 1945. Ibarat mengantuk disorongkan bantal, British menjajah semula Tanah Melayu atas dasar
membantu mentadbir. Hal ini kerana Tanah Melayu sangat bernilai kepada Britain. Oleh yang demikian,
British mesti mengekalkan kuasa demi kepentingan mereka. Britain sebenarnya telah bankrupt pada akhir
perang dunia kedua dan terpaksa menjual £1.1 bilion dari pelaburan seberang lautnya bagi menangung
hutang asing sebanyak £3.4 bilion. Jelaslah bahawa Tanah Melayu sangat penting bagi pemulihan
ekonomi Britain. Walau bagaimanapun keadaan selepas perang menyebabkan kesedaran politik dalam
37
kalangan rakyat Tanah Melayu telah meningkat dan menuntut kemerdekaan yang tulen dari segi ekonomi
dan politik. Pendidikan telah menggerakkan ke arah literasi dan penyusunan gerakan tuntutan
kemerdekaan secara teratur dan sistematik. Akhirnya tanggal 31 Ogos 1957, Tanah Melayu diisytiharkan
merdeka. Seterusnya pada September 1963 pembentukan negara Malaysia dilaksanakan apabila negeri
Sabah dan Sarawak menjadi ahli dalam kumpulan negeri-negeri di Malaysia.
Hal ini menunjukkan bahawa Malaysia pernah dikuasai (dijajah dan dinaungi) oleh kuasa asing
selama 500 tahun. Selama tempoh itulah pelbagai kuasa barat (Portugis, Belanda dan Inggeris) dan kuasa
Jepun telah mencorakkan landskap pendidikan yang ada di Tanah Melayu. Kejatuhan empayar dan
kerajaan Melayu Melaka kepada kuasa penjajah Portugis, Belanda serta Tanah Melayu kepada Inggeris
telah meruntuhkan kegemilangan tamadun Melayu dalam politik, ekonomi, sosial, budaya, agama dan
pendidikan. Dari segi politik hilangnya sebuah negeri berdaulat dengan sistem kerajaan beraja di Melaka.
Dalam ekonomi pula, Melaka hilang peranannya sebagai sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan
antarabangsa. Hirarki struktur politik dan sosial juga berubah kerana negara diperintah melalui sistem
Residen. Apa yang ada kepada orang melayu ialah adat Melayu dan agama Islam. Selain daripada politik
dan sosial, masyarakat Melayu kehilangan kebudayaan dan warisan tempatan dan digantikan dengan
budaya barat. Sektor ekonomi orang-orang Melayu juga semakin terpinggir apabila sistem ekonomi
berbentuk komersil diperkenalkan seperti pertanian ladang, perlombongan dan perindustrian.
Perkembangan agama Kristian berlaku pesat apabila mubaligh-mubaligh mendapat dana untuk
membangunkan gereja-gereja dan sekolah-sekolah yang bercirikan agama Kristian. Perkembangan agama
Islam terbantut dan terhalang. Jika sebelum itu Melaka terkenal sebagai pusat pengajian agama Islam di
rantau sebelah timur, penjajahan telah menyebabkan hilangnya peranan itu.
Era penjajahan Portugis dan Belanda menyaksikan perkembangan pendidikan terbantut.
Pentadbiran Portugis mengambil sikap tidak peduli dan tiada inisiatif untuk membangunkan dan
mengembangkan pendidikan untuk penduduk. Nasib lebih malang berlaku terhadap pendidikan agama
Islam apabila perkembangannya terhalang. Penjajahan oleh kuasa Inggeris pula dengan segala muslihat
dan kepintarannya telah dapat mengubah senario struktur politik dan pentadbiran, sosial dan kebudayaan,
ekonomi, agama dan pendidikan di Tanah Melayu. Hal ini kerana penjajahan Inggeris telah menguasai
Tanah Melayu secara keseluruhannya bukannya Melaka semata-mata. Orang Melayu tiada kuasa politik
kerana yang berkuasa pada waktu itu ialah Gabenor dan Residen Inggeris. Pusat pentadbirannya di India
dan rajanya ialah Ratu di England. Panggilan untuk mereka ialah „Sir‟. Maknanya orang Melayu khadam
dan orang Inggeris adalah tuan besar. Untuk mengekalkan status ini maka Inggeris menanamkan ideologi
tersebut menerusi pendidikan. Pendidikan digunakan sebagai alat kawalan sosial bagi mengukuhkan
kuasa Inggeris melalui dasar „pecah dan perintah‟. Bagaimanakah dasar ini boleh dilaksanakan tanpa
penentangan dari penduduk?
Inggeris telah memulakan langkah pertama dengan alasan ekonomi. Dikatakan penduduk Melayu
tidak suka bekerja dan malas. Oleh itu mereka terpaksa membawa masuk buruh asing untuk bekerja
dalam semua sektor ekonomi dengan alasan untuk membantu mengembangkan ekonomi. Hal sedemikian
dinyatakan oleh Steinberg;
“Keadaan orang-orang Melayu yang berkedudukan berselerak dan penglibatan mereka
dalam satu susunan sosial yang tradisional berdasarkan kekampungan dan pengusahaan
tanah bermakna tidak ramai orang-orang Melayu boleh didapati atau sanggup bekerja
sebagai buruh bergaji yang sangat diperlukan untuk mempercepatkan perkembangan
eksport-eksport perdagangan dan kemudahan-kemudahan tambahan baginya”.
(Arasaratnam, S. (1970). Indians in Malaysia and Singapore. London: Oxford University
Press. Pg 10-20).
38
Inggeris mendapati adanya penawaran tenaga buruh yang murah dan boleh diperas keringatnya dari
beberapa negara seperti China, India, Sri Langka dan lain-lain lagi. Pada waktu sama, keadaan di negara
berkenaan adalah huru hara, peperangan dan bencana alam yang menyebabkan berlakunya kemelaratan
dan kebuluran dalam kalangan rakyatnya. Inggeris hanya mementingkan ekonomi dan mempastikan
jentera ekonomi bergerak dengan cekap. untuk berkhidmat sebagai askar & polis, orang Sikh dari Punjab,
India dan orang Gurkha dari Nepal dibawa masuk. Manakala untuk bekerja disektor perlombongan bijih
timah, maka orang-orang dari negara China dibawa masuk. Sementara untuk memajukan sektor
perladangan getah dan buruh kasar maka orang-orang dari negara India dibawa masuk. Manakala untuk
perladangan teh, orang-orang dari Sri Langka turut dibawa masuk. Kemasukan buruh asing telah
meningkatkan sumber kewangan Inggeris yang digunakan untuk memajukan England. Rakyat tempatan
dapat apa? Mengikut Roff (dalam Haris Md. Jadi, 1990) Di antara 1875 hingga 1900, Inggeris telah
mengaut harta dari Tanah Melayu (Negeri-Negeri Selat) secara berlipat ganda dari setengah juta ringgit
(Mata wang Negeri-Negeri Selat) kepada 15.5 juta ringgit. Manakala nilai eksport meningkat dari 3.3 juta
ringgit kepada lebih 60 juta ringgit. Selain dari perubahan ekonomi, pengambilan masuk warganegara dari
negara China, India, Nepal, Sri langka telah mengubah pola demografi di Tanah Melayu. Hal ini dapat
dilihat menerusi banci penduduk pada tahun 1911, 1921, 1931 dan 1947.
Jadual 3.1: Jumlah penduduk Tanah Melayu mengikut pecahan kaum (1911 – 1947)
Berdasarkan jadual tersebut Tun Dr. Mahathir Muhamed semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia
pernah berkata melalui ucapan beliau pada tahun 2002 iaitu;
“Semasa zaman penjajahan, para penjajah tidak menghiraukan masalah sosial. Demi
untuk membantu mengeksploitasi ke atas kekayaan tanah jajahan, ramai pekerja asing
dari tanah jajahan lain dibawa masuk. Demografi kemudiannya berubah.”
Apakah yang boleh anda tafsirkan dari data penduduk dan kenyataan Tun Dr. Mahathir tersebut?
Dasar pecah dan perintah yang dirancang oleh Inggeris berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Hal
ini kerana kesemua penduduk yang ada di Tanah Melayu diasingkan mengikut ekonomi dan pekerjaan.
Kaum Melayu dengan sektor pertanian sara diri di kampung-kampung. Manakala kaum Cina diletakkan di
kawasan perlombongan bijih timah seperti di Lembah Kinta & Larut dan Lembah Kelang di bawah
pengawasan Kapitan. Kaum India pula di bawah pengawasan pegawai Inggeris untuk bekerja di lading-
ladang getah, buruh binaan dan pengendalian keretapi. Mengapa orang-orang Melayu dikekalkan di sektor
pertanian sara diri, nelayan dan bertukang? Orang-orang Melayu dileka dan dilenakan supaya tidak
39
bersusah payah kerana digula-gulakan dengan ungkapan „orang Melayu adalah tuan‟. Inggeris telah
belajar tentang hal ehwal orang Melayu. Orang-orang Melayu hanya akan marah dan bangkit menentang
kalau berlaku tiga perkara. Pertamanya apabila agamanya (Islam) dicaci cerca. Keduanya apabila bangsa
& adat Melayu dihina. Ketiga ialah apabila perbuatan menderhaka terhadap Raja-Raja Melayu.
Kepelbagaian kaum yang terdapat di Tanah Melayu memunculkan istilah „masyarakat majmuk‟ yang
ditakrifkan oleh Furnivall (1948) seperti berikut;
“Dalam erti kata yang sebenarnya, satu adukan, kerana mereka bercampur tetapi tidak
mesra. Setiap kumpulan berpegang kepada agama mereka, kebudayaan dan bahasa
mereka, idea-idea dan cara mereka. Sebagai orang perseorangan mereka berjumpa tetapi
hanya di pasar, apabila berjual beli. Terdapat sebuah masyarakat majmuk dengan
bahagian masyarakat tinggal sebelah menyebelah tetapi terpisah dalam satu unit politik
yang sama. Hingga dalam bidang ekonomi terdapat pembahagian tenaga buruh mengikut
garis-garis kaum”. (Furnivall, J.S. dalam Mohd. Haris, 1990)
Pembentukan masyarakat majmuk tersebut telah memberikan kesan penting dari segi politik,
ekonomi dan pendidikan. Kepintaran Inggeris telah menggunakan pendidikan sebagai helah untuk
memperkukuhkan cengkamannya terhadap kuasa politik tanah Melayu dan menguasai ekonomi negara.
Bak Kata pepatah „telunjuk lurus, kelingking berkait‟ dan „mulut disuap pisang, buntut dicucuk onak‟.
Menurut Mohd. Taib Osman (2002), falsafah pendidikan pada era penjajahan Inggeris adalah untuk
mengisi tuntutan pentadbiran tanah jajahan dari segi politik, ekonomi dan sosial. Dasar pertama yang
menyokong falsafah ini ialah mendirikan sekolah rendah dan sekolah menengah yang bahasa
pengantarnya bahasa Inggeris dengan kurikulumnya terhad kepada keupayaan menguasai kemahiran
asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Perkara ini dilaksanakan untuk membolehkan para pelajar
memahami kesusasteraan Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Kesihatan dan menguasai hitungan (Ilmu
Hisab, Geometri dan Algebra). Akhirnya pencapaian pelajar diiktiraf menerusi sijil peperiksaan daripada
Universiti Cambridge. Bagi menunjukkan seolah-olah Inggeris perihatin terhadap masyarakat Melayu,
sekolah-sekolah rendah yang menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Melayu juga diadakan tetapi
setakat darjah lima ditadbir di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran. Di manakah kedudukan pendidikan
peringkat menengah untuk orang-orang Melayu berbanding dengan sekolah menengah Inggeris?
Jadual 3.2: Bilangan Sekolah Menengah Kebangsaan Melayu dan Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Inggeris 1958 - 1967
Tahun 1958 1959 1960 1961 1962 1963 1964 1965 1966 1967
Menengah Melayu - - - - - - 22 338 304 298
Menengah Inggeris 148 151 156 171 231 247 271 421 423 408
Sumber: Malaysia, Educational statistics of Malaysia 1958 – 1967
40
era penjajahan Inggeris bersifat „vernacular‟ (bermaksud bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa
ibunda).
Jelasnya, falsafah dan hala tuju pendidikan didasarkan kepada kepentingan Inggeris sebagai satu
kuasa penjajah. Sistem pendidikan pada masa itu tidak bersifat kebangsaan kerana memang itulah yang
menjadi hasrat dan matlamat Inggeris. Pendidikan ketika era penjajahan Inggeris dibangunkan secara
terpisah dan terasing. Dari segi lokasi binaan bangunan sekolah keterasingan itu disengajakan mengikut
kaum. Sekolah-sekolah Inggeris yang menggunakan model sekolah grammar di England ditubuhkan dan
ditabdirkan oleh mubaligh Kristian di bandar-bandar kerana orang-orang Inggeris berada di bandar-bandar
yang menjadi pusat pentadbiran. Sekolah Cina pula bersifat bebas, di mana Inggeris mengambil sikap
tidak peduli. Sekolah Cina berkembang secara persendirian yang dibangunkan oleh kapitan, tauke dan
pedagang di kawasan perlombongan bijih timah dan bandar-bandar di mana orang-orang Cina bekerja di
kawasan perlombongan yang kemudiannya menjadi pusat perdagangan dan perniagaan. Akhirnya
kawasan tersebut berubah wajah dan demografi yang menyaksikan ia bertukar menjadi bandar. Manakala
sekolah-sekolah Tamil didirikan oleh pemilik ladang sebagai kemudahan anak-anak orang India yang
bekerja di ladang-ladang getah. Di manakah lokasi sekolah-sekolah Melayu? Sekolah Melayu dibangunkan
oleh Inggeris hanya terhad dikampung-kampung dan ditubuhkan oleh pentadbiran Inggeris berpandukan
sekolah grammar dengan pengubahsuaian terhadap bahasa pengantarnya sahaja iaitu bahasa Melayu.
Mengapa di kampung-kampung? Pentadbiran Inggeris menyatakan orang-orang Melayu senang berada di
kampung halamannya, maka sekolah-sekolah mestilah sesuai dengan persekitarannya. Apa yang tersirat
ialah penjajah Inggeris mahukan orang-orang Melayu terus kekal di kampung-kampung dengan mentaliti
kekampungan, mengekalkan tradisi kampung dan memusuhi orang luar dari kampungnya.
Formula: Tiada interaksi + Tiada komunikasi = Sangsi.
Jurang dalam pendidikan semakin dilebarkan oleh Inggeris apabila setiap sekolah yang
dibangunkan dalam lingkungan geografi yang berbeza turut mengambil khidmat guru-guru yang dibawa
masuk dari negara asal kaum tersebut sebagai penutur asli. Guru-guru sekolah-sekolah Inggeris di bawa
dari England, guru-guru sekolah Cina dari negara China dan guru-guru sekolah Tamil dari India. Begitu
juga dengan kurikuklum, buku teks dan peperiksaan turut mengambil model dari negara China. Falsafah
dan Ideologi apakah yang hendak dibentuk? Guru-guru ini membawa falsafah dan ideologi masing-masing
seperti mana yang terdapat di negara asal mereka.
Begitu juga dalam hal bahasa pengantar yang digunakan di sekolah-sekolah yang ada. Dikatakan
hanya bahasa ibunda yang paling berkesan untuk mendidik anak-anak sesuatu kaum. Maka lahirlah istilah
sekolah vernekular (bahasa pengantar mengikut bahasa ibunda) di mana sekolah-sekolah Inggeris
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, Sekolah Melayu dengan bahasa Melayu,
Sekoah Cina menggunakan bahasa Manderin dan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil. Nyatalah
Inggeris menggunakan bahasa sebagai alat pluralisasi kaum. Dan ia sangat berkesan.
Era penjajahan Inggeris juga telah membawa bentuk kurikulum rasmi ke Malaysia. Kurikulum,
sukatan pelajaran, bahan pengajaran, penilaian pendidikan yang diperkenalkan juga berbeza mengikut
jenis sekolah kerana perkara tersebut di bawa masuk dari negara-negara asal seperti England, China dan
India. Ringkasnya, walaupun berada di Tanah Melayu, namun kiblat pendidikan di sekolah-sekolah
vernacular menghala ke negara asal mereka. Falsafah dan dasar pendidikan yang dilaksanakan oleh
Inggeris tersebut menunjukkan ada agenda yang tersembunyi terhadap matlamat dan hala tujunya. Mereka
telah membuat perancangan untuk menjadikan pendidikan sebagai wadah bagi mempastikan dasar pecah
dan perintah dicapai dan ideologi penjajahan Inggeris tertanam dalam setiap penduduk Tanah Melayu.
Dengan itu dapatlah penjajah Inggeris memerah ekonomi dan mengukuhkan cengkaman terhadap politik
41
tanah air ketika itu. Pendidikan menjadi satu alat kawalan sosial kepada Inggeris dan mereka berjaya
melaksanakannya dengan cemerlang. Formula: Perbezaan adalah keuntungan.
Usaha Inggeris untuk memecahkan struktur sosial dan perpaduan masyarakat dan kaum telah
berjaya dilaksanakan dengan baik secara sedar atau tidak disedari oleh masyarakat itu sendiri. Maka
ramailah orang Melayu yang berkulit sawo matang, berambut hitam dan hidung agak pesek telah bersalin
kulit menjadi putih dan berambut perang. Orang Melayu menjadi orang putih lebih dari orang putih sendiri.
Nordin Selat (1976) menyatakan perubahan yang berlaku sangat ketara menerusi cara berpakaian,
pertuturan, pemikiran dan tindakan khususnya dalam kalangan golongan pertengahan masyarakat Melayu.
Hal yang sama juga pernah diperkatakan oleh Abdullah Munsyi apabila menggambarkan tentang golongan
pertengahan Melayu ini yang dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Inggeris.
Dasar pelajaran Inggeris terhadap orang-orang Melayu adalah berdasarkan prinsip dualism.
Mengapa dualism? Orang-orang Melayu adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama
Islam. Kerana itu dalam pendidikan, selain dari ilmu-ilmu sekular mestilah mewajibkan pendidikan Islam.
Selain itu struktur sosial masyarakat Melayu terbahagi kepada dua golongan. Golongan yang pertama ialah
raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu yang menguasai puncak struktur hirarki dalam politik. Manakala
golongan yang kedua ialah rakyat jelata yang berperanan sebagai tapak yang menyokong struktur
tersebut. Menyedari situasi tersebut Inggeris menggunakan keadaan tersebut untuk mewujudkan dualism
dalam pendidikan.
Sekolah Melayu telah didirikan untuk golongan rakyat bagi membolehkan masyarakat Melayu dari
golongan rakyat biasa merasa sangat berterima kasih kepada pentadbiran British kerana mereka tidak
diabaikan. Apa yang diberikan oleh British mempunyai matlamat yang tersirat. Sekolah Melayu itu terhad di
kampung-kampung. Terhad juga kepada setakat sekolah rendah sahaja. Kurikulum yang ditawarkan juga
terhad. Mengapa begitu? British hanya ada matlamat untuk mengekalkan orang-orang Melayu dalam
lingkungan geografinya dan menjadikan orang-orang Melayu lebih cekap dalam persekitaran yang sedia
ada. Sebagai contoh, laporan negeri Perak pada tahun 1896, dari jumlah 88 buah sekolah Melayu telah
„berjaya‟ mengeluarkan 118 kerani dan peon, 2,070 petani, 2,177 buruh atau pekedai dan 1,000 orang
dalam pelbagai pekerjaan. J.W.W. Birch dalam laporannya pada tahun 1904, di negeri Perak, hampir
semua pelajar lulusan sekolah Melayu telah pulang semula ke kampong-kampong kecuali 24 orang yang
menjadi orang gaji di rumah-rumah dan pejabat-pejabat, 10 orang menjadi guru sekolah Melayu dan
seorang mempunyai cita-cita menjadi polis dan seorang menjadi kerani. Menjelang tahun 1916, satu
perkembangan pendidikan di Tanah Melayu berlaku apabila R.O. Winstedt bertanggungjawab terhadap
pendidikan orang-orang Melayu telah mengeluarkan laporan dan syor agar pendidikan terhadap orang-
orang Melayu dibantu dan dikekalkan dalam keadaan alam persekitarannya sebagaimana katanya;
“Tidak syak lagi kebanyakan dari penduduk-penduduk (Melayu) harus bertani atau
berpekerjaan sedemikian, maka pejabat pelajaran mestilah menyediakan mereka untuk
menuju ke arah penghidupan seperti itu. Apa-apa dasar pendidikan yang tidak sesuai
dengan kehendak-kehendak tempatan (bertani) akan mengakibatkan dislokasi dan
kegelisahan sosial.”
Pendidikan formal ini semakin diterima oleh masyarakat Melayu dan bilangan sekolah sekolah dan
murid-murid Melayu semakin bertambah Contohnya pada tahun 1924, seramai 40,000 orang murid-murid
Melayu sedang mendapatkan pendidikan. Bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar maka pada tahun
1922 pendidikan untuk orang-orang Melayu mencapai tahap gemilang apabila Maktab Perguruan Sultan
Idris atau SITC ditubuhkan. Di sinilah guru-guru Melayu dilatih untuk menjadi pendidik di sekolah-sekolah
Melayu. Memetik kata-kata O.T. Dussek, SITC ialah;
42
„untuk memberi pelajaran kepada orang-orang kampong dengan cara kampung yang
sesuai dan juga menyediakan mereka untuk hidup dengan cara yang berguna dan
gembira dalam masyarakat kampung‟.
Realitinya sebagaimana yang dinyatakan oleh Awang Had Salleh (1980) SITC ialah sebuah
maktab perguruan, sebuah maktab tempat membentuk orang-orang Melayu yang akan pulang ke
kampung, menjadi penduduk kampung yang lebih baik keadaan cara hidup mereka. Inggeris
menggunakan pendidikan sebagai alat kawalan sosial. Inggeris berusaha untuk membekukan pemikiran
dan kehidupan sosial orang-orang Melayu. Inggeris tidak mahu orang-orang Melayu bijak kerana
kebijaksanaan itu nanti akan memusnahkan mereka. Kerana itu, Lord Macaulay pada tahun 1835
menyatakan;
“Dengan sumber-sumber yang terhad, memang tidak mmenasabah bagi kita untuk
mencuba mendidik kesemua orang. Pada waktu ini kita mesti cuba seberapa boleh untuk
membentuk satu kelas yang boleh menjadi penterjemah di antara kita dengan berjuta-juta
yang kita perintah, satu kelas manusia, darah dan warna kulit mereka sebagai orang India
tetapi orang Inggeris dari segi rasa, pendapat dan inteleknya.”
Walaupun perkara tersebut merujuk kepada negara India tetapi dasar yang sama juga berlaku di
Tanah Melayu. Haris (1990) menyatakan dalam masyarakat Melayu yang feudal, British mengamalkan
dasar pemerintahan secara tidak langsung. Melalui dasar ini British memerintah menerusi golongan istana
dan bangsawan. Golongan inilah yang perlu dijaga oleh British. Sehubungan itu pada tahun 1905 sebuah
sekolah didirikan oleh pentadbir British khas untuk anak-anak golongan raja dan bangsawan ini iaitu
Maktab Melayu Kuala Kangsar atau MCKK. Maktab tersebut merupakan sebuah institusi pendidikan British
yang bertujuan mencapai satu matlamat iaitu memberikan bakal-bakal pemimpin Melayu sama ada sultan,
ketua-ketua dan bangsawan Melayu suatu bentuk pendidikan Inggeris yang sesuai dan dapat
menyediakan mereka untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran British. Sekolah yang didirikan sama
seperti sekolah-sekolah persendirian yang terbaik di Britain. Kurikulumnya juga sama dengan apa yang
terdapat di Britain kerana ia diadakan untuk melengkapkan ilmu kepada para pelajarnya menghadapi
peperiksaan yang dikendalikan oleh Universiti Cambridge. Pelajar yang keluar dari MCKK diserap untuk
memenuhi jawatan-jawatan yang terdapat di dalam pentadbiran British. Bandingkan pelajar yang tamat dari
institusi Sekolah Melayu dengan MCKK. Apakah penilaian anda?
Secara ringkas perkembangan pendidikan di Malaysia pada era sebelum merdeka boleh
dibahagikan kepada dua iaitu era masyarakat Melayu Tradisional dan era penjajahan. Kaitan di antara
matlamat pendidikan dan falsafah yang ada pada era tersbut dapat dilihat menerusi Jadual 3.3.
43
Informal v. Pekerjaan
Lisan & tulisan vi. Keagamaan
Bersemuka.
Era Penjajah Mengukuh kuasa Hakis kuasa mutlak Dualisme pendidikan. Keagungan tamadun
(1511 – 1957) ekonomi, politik, pribumi (politik, Liberalisasi pendidikan barat.
sosial dan agama ekonomi dan sosial) Indoktrinasi Nilai berbentuk
Kewujudan undang- pendidikan subjektif.
undang penjajah Deskriminasi Multiculture.
untuk kekal kuasa. pendidikan Perbezaan status
Mengagung budaya Pluralisasi pendidikan sosial masyarakat.
dan warisan Isolisasi pendidikan Perubahan landskap
penjajah Ideologi pendidikan. budaya masyarakat
Fahaman Institusi pendidikan tempatan.
kebendaan formal.
Pendidikan vernakular
44
Soal perpaduan kaum adalah yang menjadi agenda utama dalam melaksanakan aktiviti pendidikan
pada masa itu. Melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah;
kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama diharap akan dapat memupuk perpaduan rakyat. Selain itu
pendidikan adalah untuk membasmi buta huruf dalam kalangan rakyat. Sehubungan itu pendidikan
percuma diberi untuk semua pelajar. Pengajaran pula memberi fokus kepada soal literasi dalam kalangan
pelajar. Pendidikan adalah juga bagi membangunkan negara yang baru merdeka dari aspek infrastruktur
seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dan lain-
lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat di Malaysia dipenuhi
melalui proses pendidikan.
„Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary school may suitable
be converted into national primary school, he may by order direct that the school become a
national primary school‟. Education Act 1961: 21(2).
Akta Pelajaran 1961 diguna pakai sehingga akta baru iaitu Akta Pendidikan 1996 diwarta dan
dikuatkuasakan pada 1996. Dalam tempoh itu pelbagai pindaan ke arah yang lebih cemerlang telah
dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan kesesuaian masa dan keadaan. Pada September 1974,
satu jawatankuasa dikenali sebagai Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan
sistem pendidikan negara yang dilaksanakan sejak tahun 1961. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dr.
Mahathir Mohammed iaitu Menteri Pelajaran pada ketika itu. Tujuan Jawatankuasa ini ditubuhkan adalah
seperti berikut:
“Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk
mempastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi
jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan bahawa
sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang
bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.” (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979)
Jawatankuasa telah mengeluarkan laporannya pada 7 November 1979 dikenali sebagai Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Ringkasnya dikenal sebagai
Laporan Kabinet atau Laporan Mahathir. Berdasarkan kepada laporan ini beberapa pindaan telah dibuat
ke atas dasar pendidikan negara bagi memberi lebih makna kepada pelaksanaan sistem pendidikan.
45
Laporan jawatankuasa ini lebih banyak memberi penegasan kepada keperluan pendidikan asas 3M
(membaca, menulis dan mengira), pendidikan kerohanian dan kurikulum beridentiti Malaysia. Antara lain
implikasi daripada laporan tersebut ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
oleh Musa Hitam iaitu Menteri Pelajaran pada tahun 1982 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada 1988, bagi menggantikan kurikulum sedia ada. Selain daripada itu, Laporan Jawatankuasa
Kabinet juga merupakan permulaan kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Negara yang tersurat.
47
Dokumen Perkara
Laporan Menukar sekolah tukang kepada sekollah teknik rendah.
Cheeseman (1938) Menyediakan mata pelajaran amali iaitu Seni Perusahaan kepada murid lelaki dan mata
pelajaran Sains Rumah Tangga kepada murid perempuan.
Memasukkan mata pelajaran Sains dalam kurikulum sekolah Inggeris.
Melantik seorang Pengelola Sekolah Vokasional Dan Kerta Tangan.
Menggalakkan kerja tangan tempatan.
Laporan Asas persekolahan harus memberi keutamaan kepada bahasa Melayu di samping
Barnes (1951) bahasa Isnggeris. Saranan ke arah nasionaliti ketanahmelayuan.
Satu jenis sekolah rendah yang dibuka kepada semua bangsa. Sekolah rendah
merupakan peringkat penting sebagai suatu alat untuk membina satu rupa bangsa
Tanah Melayu.
Guru-guru terdiri dari semua bangsa dengan syarat mempunyai kelulusan yang sesuai
dan menjadi rakyat persekutuan.
Pendidikan percuma 6 tahun dengan bahasa perantara bahasa Melayu/ Inggeris.
Bahasa Inggeris sahaja pada peringkat sekolah menengah.
Tidak mengiktiraf sekolah vernekular.
Bahasa asing diajar sebagai satu mata pelajaran.
Laporan Membuat satu tinjauan awal ke atas semua bidang pendidikan Cina.
Fenn-Wu (1951) Penubuhan satu corak sekolah kebangsaan yang mempunyai cirri-ciri semua kaum.
Sistem persekolahan majmuk dikekalkan.
Pengiktirafan bahasa Cina selain bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Laporan Menyokong kebanyakan perakuan yang terdapat dalam Laporan Barnes.
Jawatankuasa Penubuhan sekolah kebangsaan menggantikan sistem persekolah majmuk sedia ada.
Penasihat Pusat
Pelajaran &
Jawatankuasa
Khas (1951)
Ordinan Pelajaran Usaha pertama penjajah Inggeris untuk memperundangkan satu dasar pelajaran yang
1952 mempunyai bidang dan ciri-ciri kebangsaan.
Tujuan dan matlamat dasar pelajaran kebangsaan Persekutuan ialah untuk mencapai
satu pendidikan yang sihat bagi semua kanak-kanak di Persekutuan dengan
menggunakan bahasa rasmi Persekutuan yang menyatukan semua bangsa di dalam
sebuah sekolah jenis kebangsaan yang berorientasikan Tanah Melayu.
Menyediakan kemudahan yang sesuai bagi mempelajari bahasa Cina dan Tamil jika ibu
bapa murid-murid berkehendakkannya.
Pendidikan percuma selama 6 tahun.
Bahasa Inggeris diajar di sekolah-sekolah berbahasa pengantar Melayu sebagai mata
pelajaran bermula dari darjah satu.
Bahasa Melayu diajar di sekolah di sekolah-sekolah berbahasa pengantar Inggeris
sebagai mata pelajaran mermula dari tahun ketiga persekolahan.
Penyata Razak Laporan Razak (Penyata Razak) mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira
1956 matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan.
Pendidikan untuk membentuk perpaduan.
48
Laporan Hussein Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara
Onn (1971) ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak
dalam lingkungan umur bersekolah. Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran
Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Ketika itu, di sekolah-sekola kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua
bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Sistem pendidikan kebangsaan direka bentuk untuk memenuhi keperluan negara dan
mempertingkatkan pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik.
Bahasa Melayu telah mula menggantikan bahasa Inggeris secara berperingkat-peringkat
sebagai baasa pengantar di sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara sebagai bahasa
antarabangsa bagi mempetingkatkan pembangunan negara.
Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah kerana kepentingannya. Masa mengajar
bahasa Inggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk hasil yang baik. Bahasa
Inggeris terus menjadi bahasa kedua.
HOLISTIK
Dimensi Vertikal
Taraf pendidikan
Tahap persekolahan
Peluang pendidikan
Pendidikan berterusan
Dimensi Horizontal
Merapatkan jurang pendidikan
Demokrasi pendidikan
Penyebaran pendidikan
Pengantarabangsaan pendidikan
Rajah 3.2: Dimensi perkembangan
pendidikan di Malaysia
51
Berdasarkan perkembangan dunia, Malaysia juga semakin menekankan pendidikan peringkat awal kanak-
kanak (kanak-kanak berusia 3-5 tahun). Untuk itu satu program yang dikenai sebagai Permata Negara
dilancarkan pada tahun 2008 untuk membangunkan pendidikan peringkat ini. Jika program tersebut
menjadi kemestian maka, system pendidikan negara akan mengalami perubahan. Sehingga kini system
pendidikan negara di bawah kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti yang tertera pada
Rajah 3.3. Pendidikan peringkat pengajian tinggi (IPTA/IPTS) adalah dibawah kendalian Kementerian
Pengajian Tinggi. Walau bagaimanapun kedua-dua kementerian sentiasa mempastikan pembangunan
pendidikan negara diutamakan. Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, perkembangan pendidikan Negara
dikendalikan oleh tiga kategori institusi pendidikan:
Institusi pendidikan kerajaan
Institusi pendidikan bantuan kerajaan/ modal
Institusi pendidikan swasta
52
Matlamat pendidikan di semua negara pada abad ke-21 adalah berfokus kepada teknologi yang mencakupi
teknologi dalam bidang ekonomi, sosial, politik, keselamatan, kebudayaan, alam sekitar dan agama. Hal ini
dapat difahami dengan menyusuri faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan dan perubahan
pendidikan sebagaimana yang terdapat dalam Rajah 3.4.
Abad ke-21 menyaksikan Malaysia berada pada garis penamat untuk menjadi sebuah negara maju
sebagaimana yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Kerajaan telah merangka beberapa pelan strategi
untuk membangunkan modal insan bagi menjana ekonomi dan sosial. Dari segi ekonomi,
pengantarabangsaan pendidikan memberi pulangan yang menguntungkan negara. Oleh kerana itu
pendidikan pada peringkat pengajian tinggi perlu dibuka secara meluas untuk pelajar-pelajar dari luar
negara datang belajar di IPTA/IPTS di Malaysia. Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara,
53
Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan mencapai bilangan 200,000 pelajar antarabangsa di Malaysia.
Sehingga 2009, pelajar antarabangsa yang belajar di Malaysia adalah seramai 80,750 orang.
Pelunjuran 200,000 pelajar antarabangsa pada tahun 2020 boleh dicapai berlandaskan beberapa faktor
menyakinkan yang sedia ada seperti;
Kualiti pengajian terjamin
Prosedur imigresen mudah
Banyak pilihan untuk pelajar
Yuran pengajian yang rendah
Kestabilan politik dan ekonomi
Ijazah asing dengan kos murah
Kos kehidupan yang munasabah
Interaksi silang budaya yang baik.
Sehingga kini terdapat 10 negara tertinggi yang menjadi sumber pelajar antarabangsa ke Malaysia.
54
Jadual 3.8: Perbandingan kos pengajian (Per Tahun Akademik) Bagi Ijazah Sarjana Muda Sastera atau
Perniagaan bagi pelajar antarabangsa merentasi negara.
RUMUSAN
Dalam tempoh tiga dekad ini, pendidikan di Malaysia telah berkembang pesat menerusi pelbagai bentuk
trandformasi dan pembangunan pendidikan. Perkembangan tidak lagi mengikut organik tetapi quantum
leap. Pendidikan di Malaysia kini berada pada landasan yang tepat untuk memacu kemajuan negara bagi
memenuhi Wawasan 2020. Malaysia kini berada jauh di hadapan dalam kumpulan negara-negara
membangun malah menjadi rujukan kepada negara-negara tersebut. Pendidikan di Malaysia kini setanding
dengan negara-negara maju yang lain malah dalam beberapa aspek Malaysia dapat menandinginya
sebagai contoh pelajar Malaysia telah menjuarai pentandingan robotik pada peringkat dunia. Pelajar
Malaysia juga menjuarai debat antara pendidikan tinggi dunia. Malaysia juga tergolong dalam 5 negara
paling selamat di dunia. Itu sekadar contoh, realitinya ada banyak lagi kejuaran dan rekod dunia yang telah
dicipta oleh anak Malaysia . Semuanya bermula dari pendidikan, kita belajar dari penjajah, kita membina
selepas merdeka dan kita bersaing pada era kini. Perkembangan pendidikan di Malaysia bukanlah berlaku
dengan sendirinya tetapi melalui proses yang dirancang dan disusun secara sistematik agar matlamat yang
dihasratkan dapat dicapai dengan penuh gemilang. Untuk itu perkembangan pendidikan dibangunkan
secara dimensi horizonal (mengikut siri masa dan ruangan) dan vertikal (mengikut tahap & kandungan
pendidikan). Hal ini bermakna tiada ruang untuk berlakunya keciciran dan kesilapan dalam membina rakyat
Malaysia berminda kelas pertama sebagaimana kata YAB Dato‟ Seri Mohd Najib rakyat glokal. Rakyat
yang mampu berfikir secara global tetapi bertindak mengikut acuan lokal.
55
PENGENALAN
Berdasarkan Perlembagaan Malaysia, agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Sehubungan itu,
pendidikan di Malaysia mengambil falsafah pendidikan Islam sebagai acuan utama dan digabungkan
dengan falsafah pendidikan barat untuk membentuk falsafah eklektik. Hal ini bermakna Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK) mengandungi elemen dan unsur dari falsafah pendidikan Islam, aliran
falsafah pendidikan barat yang bersifat tradisional (perenialisme dan esensialisme) dan aliran falsafah
pendidikan barat moden (progresivisme dan rekonstruksionisme) sama ada dari segi pengisian, proses
pelaksanaan ataupun matlamat pendidikan.
yang meliputi kaum Cina dan India. Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui sistem
pendidikan. Hal ini ternyata dalam dokumen-dokumen utama yang menjadi asas dalam Akta Pelajaran
1961 iaitu Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960 dan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Tragedi
yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan perpaduan antara kaum di
Malaysia semakin mendesak. Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh
kerajaan seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan
dalam kalangan rakyat. Rukun Negara juga telah diperkenalkan pada tahun 1970 yang menggariskan lima
prinsip seperti berikut:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji sistem
pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Jawatankuasa ini yang dinamakan
sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menyiapkan
laporannya pada 1979 atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Ekoran dari hasil
laporan berkenaan, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan di mana Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Walaupun sehingga peringkat ini falsafah pendidikan negara
secara tersurat tidak dinyatakan dalam mana-mana dokumen, hasrat dan matlamat pendidikan negara
dinyatakan dalam Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan
Jawatankuasa Kabinet 1979.
Pada peringkat awalnya, falsafah pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia hanyalah dalam
bentuk yang tersirat. Matlamat dan hala tuju pendidikan Negara hanya berpaksikan kepada syor-syor yang
terkandung di dalam Penyata Razak 1956, laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961.
Selepas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, barulah falsafah pendidikan Negara yang tersurat dan
tersirat dimaktubkan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987
dan diperkenalkan pada tahun 1988. Kandungan FPN adalah seperti berikut:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (KPM, 1988)
Pada tahun 1996 FPN telah disemak dan dimurnikan dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
57
58
59
i. Intelek
Potensi intelek merupakan keupayaan mental iaitu yang berkaitan dengan akal dan daya fikir yang dimiliki
oleh seseorang. Tidak dapat dinafikan, intelek merupakan unsur penting dalam perkembangan sesuatu
bidang ilmu. Perkembangan potensi intelek adalah bagi memastikan seseorang itu memperoleh yang
berikut:
• Mempunyai kemahiran asas 4M (Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul).
• Berfikir secara kreatif dan kritis.
• Mendapatkan, meningkatkan dan menyebarkan ilmu.
• Memanfaatkan ilmu untuk diri dan orang lain.
Dalam hal ini, perkembangan potensi intelek adalah merujuk kepada bidang ilmu yang bermanfaat di
samping membawa kepada kemakmuran dan kesejahteraan manusia dan alam sekitar serta tidak
bertentangan dengan agama. Pemikiran kreatif adalah ke arah melahirkan rakyat yang inovatif tetapi kritis
dalam menjangkakan kesan dan akibat sesuatu pembaharuan kepada manusia sejagat dan alam agar
sesuatu pembaharuan atau perubahan itu tidak membawa kepada kemudaratan dan kerosakan.
ii. Rohani
Potensi rohani adalah berkaitan dengan jiwa dan kalbu yang melibatkan hubungan seseorang dengan
tuhan. Keteguhan rohani adalah penting bagi melahirkan individu yang murni akhlak dan insaf kepada
Tuhan. Oleh itu, unsur rohani dikembangkan bagi membentuk individu seperti berikut:
• Membentuk akhlak mulia.
• Memupuk dan membina disiplin kendiri.
• Menyedari dan menginsafi tanggung jawab.
• Menyedari dan menginsafi adanya Tuhan.
• Menghargai dan mensyukuri pemberian Tuhan.
iii. Emosi
Emosi adalah berkaitan dengan jiwa dan perasaan seseorang. Pembangunan emosi dititik beratkan kerana
emso mempengaruhi seseorang dalan tingkahlaku dan tindakannya. Dalam FPK, perkembangan emosi
adalah bagi memastikan yang berikut:
• Perasaan tenang dan tingkahlaku terkawal.
• Memiliki semangat kekitaan dan perpaduan.
• Memiliki dan memupuk perasaan kasih saying.
• Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian.
60
iv. Jasmani
Potensi jasmani merupakan keupayaan psikomotor yang dimiliki oleh seseorang. Ia berkaitan dengan
kecergasan fizikal diri manusia. Perkembangan unsur jasmani adalah bagi memastikan seseorang individu
berkeupayaan seperti yang berikut:
• Melakukan riadah.
• Menjaga kesihatan badan.
• Berusaha meningkatkan daya pengeluaran.
• Menggunakan tenaga fizikal untuk berdikari.
• Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari.
• Menggunakan tenaga fizikal bagi kepentingan rakyat.
• Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulative.
Sebagai sebuah negara yang merdeka, keperluan terhadap tenaga manusia untuk membangunkan negara
tidak dapat dinafikan. Adalah penting bagi rakyat Malaysia sihat, berkemahiran dan cergas tubuh badan
agar dapat menjadi insan yang mampu melaksanakan apa sahaja tugas dan bidang yang diceburi.
Sekiranya rakyat sesebuah negara tidak cergas serta tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam
bidang yang diperlukan oleh negara, tentulah sukar bagi negara berkenaan maju dan membangun.
Malaysia sebagai sebuah negara yang bakal menjadi negara maju pada tahun 2020 tentulah memerlukan
rakyat yang cergas, sihat, memiliki kemahiran dan kepakaran untuk terus membangunkan negara dan
bersaing di peringkat global.
61
63
Jelas bahawa pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu, tetapi juga
untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap peringkat yang berkaitan dengan individu bermula dari
keluarga dan seterusnya masyarakat serta negara. Justeru, rakyat Malaysia hendaklah berkebolehan
dalam dalam pelbagai bidang ilmu dan kemahiran serta sentiasa rajin berusaha untuk meningkatkan
kemajuan ekonomi keluarga. Rakyat Malaysia juga hendaklah mengamalkan sikap toleransi di antara satu
sama lain, saling hormat menghormati dan berkerjasama bagi mencapai perpaduan, kesejahteraan dan
kestabilan negara.
64
BENTUK PENDIDIKAN
Pendidikan adalah suatu proses
PROSES PENDIDIKAN
1. Mendidik sebagai satu usaha.
2. Mendidik secara berterusan.
3. Pengajaran ke arah mengembangkan lagi potensi murid.
4. Pengajaran berfokus individu.
5. Pengajaran dilaksanakan secara bersepadu & menyeluruh (Intelek,Rohani,
Emosi, Jasmani).
6. Membangunkan pelajar secara seimbang dan harmonis.
7. Berpaksi ketuhanan.
Dalam aspek bentuk pendidikan, FPK mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza dengan falsafah
pendidikan yang terdahulu. Walau bagaimanapun, FPK turut menerapkan unsur falsafah-falsafah terdahulu
65
seperti falsafah Islam, Barat dan Timur. Oleh sebab itu, FPK dikatakan bersifat dinamik dan fleksibel. Hal
ini penting bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa berkembang dan tidak ketinggalan dalam
era globalisasi kini. Oleh itu, sememangnya wajar sekiranya sistem pendidikan negara sering mengalami
perubahan bagi meningkatkan kualiti pendidikan ke tahap tinggi seiring dengan pembangunan negara.
Dalam ciri yang kedua ialah aspek proses pendidikan, iaitu FPK menekankan konsep menyeluruh
dan bersepadu. Hal ini kerana bagi memastikan pembelajaran dan pengajaran di institusi pendidikan tidak
hanya tertumpu kepada aspek akademik semata-mata tetapi bakat dan potensi yang ada dalam setiap
individu perlu dicungkil dibimbing dan diberi didikan secara yang optimum. Tambahan lagi, ramai individu
yang berbakat akan bergiat aktif dalam aktiviti yang diadakan oleh institusi pendidikan untuk
mengembangkan bakat yang ada dalam diri mereka. Keadaan ini menunjukkan bahawa FPK juga
mementingkan ciri individu yang seimbang iaitu dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah.
Dalam aspek matlamat pendidikan pula, FPK melakukan suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan potensi seseorang individu itu secara menyeluruh dan bersepadu. Tujuannya adalah
untuk melahirkan insan yang seimbang dari pelbagai aspek sama ada aspek rohani, intelek, emosi ataupun
jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Selain itu juga, bertujuan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berdisiplin, dan sebagainya. Ini
menunjukkan bahawa matlamat FPK meliputi pelbagai aspek agar semuanya seimbang.
ii. Bidang epistemologi: merangkumi kebenaran ataupun realiti dalam kehidupan di dunia sebenar.
Ini menunjukkan bahawa FPK juga turut menitikberatkan pendidikan yang berteraskan kehidupan
realiti manusia.
iii. Bidang aksiologi: menekankan kepada unsur nilai murni kehidupan yang penting dalam
pembangunan seseorang individu. Nilai ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu nilai etika dan nilai
estetika. Nilai etika ialah nilai yang melibatkan tingkah laku atau nilai moral yang terkandung dalam
diri individu yang membolehkan pembangunan individu kea rah yang lebih maju dan baik. Justeru
itu, apabila sistem pendidikan di negara ini cuba menerapkan nilai positif dalam kalangan individu,
nescaya dapat melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan jati diri yang tinggi. Nilai
estetika pula melibatkan kesenian atau kecantikkan, iaitu individu yang memiliki sahsiah yang
seimbang dari segala aspek.
iv. Bidang Logik:, FPK ini dikatakn bersifat rasional kerana matlamat FPK ini mampu direalisasikan
selagi semua pihak yang terlibat dalam sistem pendidikan menjalankan tanggungjawab masing-
66
masing dengan baik. Bidang ini juga berkait rapat dengan ketiga-tiga bidang FPK yang lain kerana
bidang-bidang tersebut adalah berlandaskan kepada bidang logikal.
Kurikulum Lepasan
Menengah
Kurikulum Sekolah
Menengah*
Kurikulum Sekolah
Rendah*
Kurikulum Prasekolah
Rajah 4.4: Hubungan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sistem pendidikan Malaysia
Dalam perkembangan pendidikan Malaysia
FPK merupakan dokumen yang mempunyai agenda besar kepada negara. Apa yang hendak dicapai oleh
negara pada masa depan terpapar secara tersurat dan tersirat di dalam FPK. Pendidikan secara
berterusan berkaitan dengan sistem pendidikan yang dibina. Pelaksanaan pendidikan pula bergantung
67
kepada struktur pendidikan yang disediakan. Pengisian pendidikan pula terkandung di dalam kurikulum
yang dibentuk. Keberkesanan pendidikan berganting kepada pengurusan dan pentadbiran pendidikan dan
kejayaan pelaksanaan pula terletak pada profesionalisme keguruan. Kejayaan menghadapi cabaran
tersebut akan membolehkan pendidikan negara mampu keluar dari kepompong komuniti setempat kepada
komuniti antarabangsa.
i. Komponen Ketuhanan: Guru perlu memikul amanah bahawa kerjaya sebagai pendidik itu
merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan untuk dilaksanakan. Amanah kepada guru
ini datangnya dari sesama manusia (ibu bapa, masyarakat dan kerajaan) dan amanah kepada
Tuhan. Guru perlu menjadikan kerjaya keguruan itu sebagai suatu ibadah yang memberikan
sumber rezeki dalam kehidupan. Guru perlu sentiasa bersyukur dan melipatgandakan usaha untuk
memberikan didikan yang terbaik dan sempurna sebagaimana yang diamanahkan. Dalam
mendidik, bentuklah akhlak para pelajar untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.
ii. Komponen Profesional: Guru yang profesional adalah guru yang tahu apa yang mesti dilakukan di
dalam menjalankan tugas-tugasnya, dapat menjadikan pelajar-pelajarnya beroleh kejayaan dalam
hidup dan dapat memberikan ilmu yang terbaik. Dengan itu guru perlu menjadi orang sentiasa
lapar kepada ilmu dan sentiasa berasa bodoh dengan perubahan dan sentiasa tahu mencari
penyelesaian.
iii. Komponen Pengajaran: Pengajaran melibatkan pelbagai kemahiran, pengetahuan, bahasa dan
nilai yang saling bergabung untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Guru perlu menguasai
perkara tersebut dan berkebolehan untuk menterjemahkan ke dalam amalan yang berkesan.
68
Kemahiran mengajar, komunikasi dan pengendalian teknologi adalah perkara yang diutamakan.
Manakala pengetahuan secara mendalam, meluas dan terkini terhadap konten, pedagogi khusus
dan am, kurikulum, pelajar, konteks dan matlamat pendidikan adalah penting.
iv. Komponen Perundingan: Guru adalah pemimpin, pembimbing dan pendorong untuk mempastikan
tiada pelajar yang tertinggal di belakang. Guru perlu bertindak sebagai perunding yang cekap
terhadap murid, ibu bapa, rakan sejawat dan pihak atasan yang lain. Sebagai perunding, peranan
guru ialah mempastikan tiada masalah atau halangan dalam mempastikan murid berjaya.
v. Komponen Penyelidikan: Guru mesti sentiasa mendahului era dengan sentiasa memperbaiki diri
bagi meningkatkan tahap profesinalisme. Untuk itu penyelidikan adalah perkara yang perlu
dilakukan oleh guru dalam konteks amalannya dalam bilik darjah.
RUMUSAN
Berdasarkan pernyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk
pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap
lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan
seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman
damai dan bersatu padu. Semua pihak perlu menggembling tenaga untuk mempastilah apa yang
terkandung di dalam FPK difahami, dihayati dan seterusnya diamalkan dalam konteks pendidikan sama
ada secara formal tidak formal.
69
5
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI
ASAS KEPADA PEMBENTUKAN KURIKULUM
PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN
Apakah rupa wajah insan yang bakal menjadi warganegara Malaysia pada masa depan? Bagaimanakah
pendidikan dapat menghasilkan insan yang dihasratkan? Pepatah ada mengatakan “Bagaimana acuan
begitulah kuihnya”. Jika pembuatan kuih memerlukan acuan, apatah lagi pembinaan insan. Falsafah
Pendidikan Kebangsaan hanyalah pernyataan yang dituliskan dalam dua ayat dan mengandungi 69 patah
perkataan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi satu slogan paparan untuk dirujuk sebagaimana
Rukun Negara. Ia mati jika tidak ada siapa yang mahu menghidupkannya. Ia tidak hidup jika sekadar di
muatkan di dalam Buku Rekod Mengajar, mural di dinding sekolah atau sekadar dibingkaikan cantik
menghiasi pejabat-pejabat sekolah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mesti hidup bersama jiwa
pendidikan dan para pengamalnya. Daripada sekadar dokumen pernyataan, ia mesti diterjemahkan ke
bentuk amalan. Ia mesti ada bersama urat nadi para pendidik ketika berdiri, berjalan, duduk, makan, baring
dan tidur. Selain mengandungi makna yang tersurat, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga mengandungi
makna yang tersirat yang perlu difahami.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bagaimanakah sistem pendidikan perlu
dioperasikan dan martabat guru ditingkatkan menerusi ayat pertama “Pendidikan di Malaysia ialah satu
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.
Di dalam ayat kedua pula dinyatakan rupa wajah warganegara Malaysia pada masa depan,
“Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Masa
depan negara bergantung kepada penterjemahan Falsafah Pendidikan kebangsaan menerusi pengisian
tentang perkara apakah yang rakyat Malaysia perlu miliki untuk menjadi warganegara yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Dan segala perkara yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dibendung dan diterjemahkan menerusi kurikulum kebangsaan.
Penglibatan tersebut memberikan pengalaman baru yang akhirnya membentuk ilmu. Contohnya catatan
pengembaraan/ perjalanan Ibnu Khaldun menyebabkan beliau dikenali sebagai bapa sosiologi Islam.
Pengalaman adalah guru yang paling baik. Sejak lahir, manusia sudah dibekalkan dengan pengetahuan.
Hal ini kerana perkembangan otak manusia sudah sempurna ketika di dalam kandungan lagi. Janin di
dalam kandungan sudah mengenali pelbagai jenis bunyi dan memahami perubahan suhu. Oleh itu semua
pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya disusun untuk diwariskan dari satu generasi ke satu generasi
bagi membentuk ilmu yang lebih sempurna. Kandungan ilmu itu membentuk konten dan proses pula
penterjemahannya. Hubungkait antara manusia dan ilmu tersebut dapat dilihat menerusi Rajah 5.1.
ILMU
PENGETAHUAN
KEMAHIRAN
NILAI
mengawal akan memacu kudanya dari awal hingga akhir mengikut laluan yang telah ditetapkan. Laluan
tersebut kemudiannya digunakan dalam konteks pendidikan sebagai:
Jurusan/program/aliran pengajian yang diikuti.
Ruang tempat di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Dalam bahasa Arab, kurikulum disebut minhaj atau manhaj yang terbit dari kata dasar anhaja. Ia
bermaksud jurusan, bidang atau fakulti. Keadaan tersebut memberikan maksud yang lebih tepat dalam
konteks kurikulum.
Pada zaman Romawi, istilah kurikulum yang dikaitkan dengan arena perlumbaan sangat mudah
untuk dimengertikan. Hal ini berbeza dalam bidang pendidikan kerana kurikulum membentuk satu disiplin
ilmu yang sukar untuk diperjelaskan maksudnya. Adalah sukar untuk menetapkan garis sempadan ilmu
kurikulum dengan ilmu-ilmu lain. Bagaimanakah kita dapat memisahkan pengertian kurikulum dengan mata
pelajaran, isi kandungan mata pelajaran, pengajaran dan penilaian?
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan
kurikulum kebangsaan. Di sekolah pula Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (dipengerusikan oleh
Pengetuan/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia)
memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan ke arah peningkatan
pencapaian dalam bidang akademik para pelajar. Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan
sebagai mata pelajaran yang diajar berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh KPM.
Dokumen tersebut perlu ada dalam Buku Rekod Pengajaran guru-guru yang perlu dikemaskinikan setiap
masa. Kepada murid-murid pula, pengertian kurikulum itu sebagai apa sahaja ilmu yang diajarkan oleh
guru-guru kepada mereka di sekolah.
Apa yang jelas, berlaku kesukaran untuk memahami apakah sebenarnya yang dimaksudkan
kurikulum? Bukan pelajar dan guru sahaja yang berhadapan dengan masalah tersebut tetapi juga
melibatkan masyarakat dan para sarjana yang diakui ketokohannya dalam ilmu masing-masing. Mereka
tidak dapat memberikan satu takrif yang tepat tentang kurikulum. Masing-masing cuba memberikan
pengertian dan tafsiran yang berbeza mengikut keilmuan dan tanggapan masing-masing. Olivia (1992)
menggelar kepelbagaian definisi kurikulum yang ada seumpama sekumpulan orang buta mengenali gajah,
masing-masing mempunyai interpretasi sendiri.
Sebagai contoh, berikut dikemukakan definisi oleh beberapa tokoh dalam tempoh satu abad (1900
– 2000). Cuba anda buat perbandingan setiap satunya dan kenalpasti apakah persamaan dan
perbezaannya?
Bobbit, J.F. 1918 Curriculum is "that series of things which children and youth must do Experience
and experience by way of developing abilities to do the things well
that make up the affairs of adult life; and to be in all respects what
adults should be"
Caswell, H.L. & 1935 "Curriculum is all of the experiences children have under the Experience
Campbell, D. guidance of teachers
Hutchins, R.M. 1936 The curriculum should include grammar, reading, rhetoric and logic, Subject matter
and mathematic, and in addition at the secondary level introduce the
great books of the western world.
Harris, P. E. 1937 …… real curriculum development is individual. It is also multiple in Experience
the sense that there are teachers and separate children …… there
will be a curriculum for each child.
Morrison, H.C. 1940 …… the content of instruction without reference to instructional ways Content
of mean.
Lee, D. & 1940 …… those experience of the child which the school in the way Experience
Lee, M utilizes or attempts to influence.
Hopkins, L.T. 1941 The curriculum (is a design made) by all those who are most Experience
intimately concerned with the activities of the life of the children while
they are in school…… a curriculum must be a flexible as life and
living. It cannot be made beforehand and given to pupils and teacher
to install. (Also, it) …… represent those learning each child select,
accept, and incorporates into himself to act with, in, and upon in
subsequent experiences.
Giles, H.H., 1942 …… the total experience with which the school deals in educating Experience
McCutchen, young people.
S.P. & Zechiel,
A.N.
Rugg, H. 1947 …… stream of guided activities that constitutes the life of young Experience
people and their elders.
Tyler, R. 1949 …… learning takes place through experiences the learner has ….. Educational
“learning experience” is not the same as the content with which a goal
course deals…… (The curriculum consists of) ….. all of the learning
of students which is planned by a directed by the school to attain its
educational goal.
Krug, E.A. 1950 …… all learning experience under the direction of the school. Experience
Smith, B.O., …… a sequence of potential experiences ….. set up in school for the
Stanley, W.O., purpose of disciplining children and youth in group ways of thinking
Shore, J.H. and acting.
Faunce, R.B. & 1951 …… those learning experiences that are fundamental for all learners
Bossing, N.L. because they derive from (1) our common, individual drives and
need, and (2) our civic our social needs as participating members of
democratic society.
Alberty, H. 1953 All the activities that are provided for students by the school Activities
constitutes its curriculum.
Beauchamp, G. 1956 & …… dibentuk oleh kumpulan social untuk mendidik pengalaman Experience &
1968 anak-anak mereka di sekolah. Content
…… dokumen bertulis yang melakarkan isi mata pelajaran yang
akan diajar.
Krug 1957 "Curriculum consists of all the means of instruction used by the
73
Popham, W.J. & 1970 …… all planned for which the school is responsible. Learning
Baker, E.L. outcome
Robinson, A.S. 1971 Kurikulum harus mengandungi matlamat, objektif, isi kandungan, Pengalaman
proses, sumber dan cara penilaian semua pengalaman pembelajaran.
pembelajaran yang telah dirancangkan untuk murid-murid di dalam
74
Skilbeck, M. 1984 The learning experiences of students, in so far as they are expressed learning
or anticipated in goals and objectives, plans and designs for learning experiences
and the implementation of these plans and designs in school
environment.
Burtonword 1986 Pilihan daripada berbagai unsur budaya yang terdiri daripada ciri Unsur budaya
sejagat, nilai dan aspek khusus sesuatu budaya yang hendak di
sampaikan kepada pelajar.
Glatthorn, A. 1987 The curriculum is the plans made for guiding learning in schools, Schools plan
usually represented in retrievable documents of several levels of
generality, and actualization of those plans in the classroom, as
75
Wojtczak, A. 2002 An educational plan that spells out which goals and objectives should Objective
be achieved, which topics should be covered and which methods are
to be used for learning, teaching and evaluation.
Coles, C. 2003 A curriculum is more than a list of topics to be covered by an Sum of all the
educational programme, for which the more commonly accepted activities,
word is a syllabus. A curriculum is first of all a policy statement experiences
about a piece of education, and secondly an indication as to the and learning
ways in which that policy is to be realised through a programme of opportunities
action. In practice, though, a curriculum is more than even this; it is
useful to think of it as being much wider. As a working definition of a
curriculum I would say that it is the sum of all the activities,
experiences and learning opportunities for which an institution (such
as the Society) or a teacher (such as a faculty member) takes
responsibility – either deliberately or by default.
The 2007 I advocate the definition of curriculum that supports a complex Learning
EduQnA.com network of physical, social and intellectual conditions that shape and objectives
reinforce the behavior of individuals, and takes in consideration the
individual's perceptions and interpretations of the environment in
order to reinforce the learning objectives and to facilitate the
evaluation procedures.
Kelly, A.V. 2009 Curriculum means two things: (i) the range of courses from which Range of
students choose what subject matters to study, and (ii) a specific courses &
learning program. In the latter case, the curriculum collectively learning
describes the teaching, learning, and assessment materials available program
for a given course of study.
Dengan merujuk kepada definisi kurikulum yang dikemukakan, dapatkah anda membuat rumusan
tentangnya?
77
2. Taba, H. (1962) menjelaskan bahawa semua kurikulum mestilah mengandungi empat kategori
berikut:
Pernyataan tujuan dan objektif yang spesifik. (Objektif)
Pemilihan dan penyusunan isi kandungan. (Kandungan)
Pola pengajaran dan pembelajaran. (Kaedah)
Penilaian hasil pembelajaran. (Penilaian)
4. Oliva (1982 & 1997) telah mengkategorikan definisi kurikulum berasaskan pegangan falsafah
kepada tiga belas seperti berikut:
Kurikulum ialah apa yang diajar disekolah
Kurikulum ialah satu set mata pelajaran
Kurikulum ialah isi kandungan mata pelajaran
Kurikulum ialah program-program pengajian
Kurikulum ialah suatu set bahan
Kurikulum ialah suatu urutan kursus-kursus
Kurikulum ialah suatu set objektif-objektif pencapaian
Kurikulum ialah suatu jurusan pengajian
Kurikulum ialah setiap perkara yang berlaku dalam sekolah, termasuk aktiviti kelas tambahan,
bimbingan dan hubungan interpersonal
Kurikulum ialah apa yang diajar di dalam dan di luar sekolah di bawah arahan sekolah
Kurikulum ialah setiap perkara yang dirancang oleh pengelola sekolah
Kurikulum ialah satu siri pengalaman yang dilalui oleh pelajar di sekolah
Kurikulum ialah apa yang dialami oleh setiap individu pelajar sebagai hasil persekolahan.
78
6. Razali Arof (1996) membahagikan kurikulum kepada tiga kategori & skop:
i. Kurikulum sebagai suatu yang luas dan besar: segala jenis pembelajaran yang dipelajari oleh
murid-murid di mana-mana sahaja di dalam kawasan sekolah sama ada pembelajaran ini
dirancang oleh pihak sekolah atau tidak.
ii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di sekolah: segala aktiviti pembelajaran yang telah
dirancang oleh pihak sekolah untuk dipelajari oleh murid di dalam kawasan sekolah.
iii. Kurikulum sebagai aktiviti terancang di bilik darjah: segala aktiviti pembelajaran yang telah
dirancang oleh guru-guru untuk dipelajari oleh murid-murid di dalam bilik darjah.
9. Marsh & Willis (2003) telah mengkategorikan definisi kurikulum kepada lapan iaitu:
Definition 1: Curriculum is such “permanent” subjects as grammar, reading, logic, rhetoric,
mathematics, and the greatest books of the Western world that best embody essential
knowledge.
Definition 2: Curriculum is those subjects that are most useful for living in contemporary
society.
Definition 3: Curriculum is all planned learnings for which the school is responsible.
Definition 4: Curriculum is all the experiences learners have under the guidance of the school.
Definition 5: Curriculum is the totality of learning experiences provided to students so that they
can attain general skills and knowledge at a variety of learning sites.
79
Definition 6: Curriculum is what the student constructs from working with the computer and its
various networks, such as the Internet.
Definition 7: Curriculum is the questioning of authority and the searching for complex views of
human situations.
Definition 8: Curriculum is all the experiences that learners have in the course of living.
Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum yang ada mencakupi kandungan mata pelajaran yang
perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan
mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah
dikuasai. Bagi mempastikan kurikulum berjaya dilaksanakan aspek perancangan merupakan intipati
kejayaan. Kurikulum mestilah dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur
pelaksanaan. Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat
implimentasinya di dalam bilik darjah meneruis Rancangan Pengajaran Harian. Tanpa perancangan
sebenarnya guru sudah merancang untuk gagal. Perancangan perlu disokong dengan matlamat/ objektif
yang jelas dan kebolehcapaiannya adalah tinggi. Jika perancangan yang dibuat begitu baik tetapi
matlamatnya tidak jelas, maka guru yang melaksanakannya sudah pasti merasa kabur dan keliru terhadap
hala tuju yang hendak dicapai. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan,
kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti diketahui,
difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya inilah dikenali sebagai proses
penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah mencapai matlamat. Hasil dari apa yang
dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah kemenjadian insan mengikut apa yang dihasratkan.
Hubungan elemen dan komponen yang terdapat di dalam kurikulum tersebut dapat dilihat menerusi Rajah
5.2.
KANDUNGAN
KAEDAH PENILAIAN
80
81
82
Apakah jenis kurikulum kebangsaan yang terdapat dalam sistem pendidikan di Malaysia?
i. Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan ditukar kepada Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan.
ii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) mulai 2010.
iii. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) mulai 2012
iv. Kurikulum Pendidikan Khas.
mendapatkan maklumbalas dalam kalangan pentadbir, guru, murid dan ibubapa mengenai
keberkesanannya.
Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah mamahami reka bentuk KSSR
yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan Dokumen Standard Kurikulum (Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran) sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang memberi fokus terhadap 4
kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran menaakul perlu diajar selari
keperluan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pentadbir dan
guru-guru juga mendapat kefahaman yang jelas mengenai elemen-elemen yang terdapat di dalam KSSR
yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas Kurikulum: keusahawanan, kreativiti dan
inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sejajar untuk mempastikan kelancaran pelaksanaan KSSR, KPM telah menyediakan seramai
2,205 Jurulatih Utama (JU) yang bertanggungjawab melatih guru Tahun Satu di seluruh negara. Pihak
pentadbir sekolah berkeyakinan bahawa pelaksanaan KSSR dapat diterima baik dalam kalangan guru
serta mampu menterjemahkan standard kandungan dan pembelajaran dengan berkesan. Fleksibiliti yang
diberi membolehkan guru-guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
menarik mengikut kreativiti masing-masing.
Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran
yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan
pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi
sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didik-
hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran
selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas.
Rumusannya KPM mengharapkan menerusi pelaksanaan KSSR mampu memperbaharui
kurikulum sedia ada serta memastikan ia relevan dengan keperluan pendidikan semasa. KSSR juga dapat
berfungsi sebagai agen perubahan bagi mencapai objektif untuk melahirkan modal insan yang berkualiti
tinggi sebagaimana yang dimatlamatkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
84
Matlamat KBSM
KBSM digubal, dibentuk dan dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif berikut:
i. menyediakan pendidikan umum untuk semua pada peringkat sekolah menengah.
ii. memberi penekanan kepada elemen kesepaduan unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani.
iii. membolehkan para pelajar memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperoleh dari pelbagai disiplin.
iv. melahirkan para pelajar yang mempunyai akhlak, moral dan etika yang tinggi.
v. membantu para pelajar membina asas yang kukuh bagi pendidikan seumur hidup.
vi. meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Konsep KBSM
Konsep bersepadu dalam KBSM ditakrifkan sebagai penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran, bahasa
dan pemupukan nilai-nilai murni menerusi pendekatan integrasi dan penyerapan semua mata pelajaran
KBSM. Pendekatan ini dapat dicapai menerusi kaedah-kaedah berikut:
i. Kesepaduan pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa dalam semua mata pelajaran.
ii. Kesepaduan pengalaman dan teknik pembelajaran di antara mata pelajaran.
iii. Kesepaduan antara teori dan praktik.
iv. Kesepaduan antara pengalaman pembelajaran di dalam bilik darjah dengan aktiviti-aktiviti di luar
bilik darjah termasuk alam persekitaran dan pengalaman hidup harian.
Prinsip KBSM
Prinsip-prinsip KBSM dirancang berasaskan kepada konsep KBSM yang dibincangkan di atas. Prinsip-
prinsip digariskan seperti berikut:
i. Kesinambungan pendidikan peringkat KBSR iaitu menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M dan
perkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh.
ii. Program pendidikan umum yang disediakan wajib diikuti oleh semua murid-murid supaya mereka
memperoleh pengetahuan yang seimbang.
iii. Semua mata pelajaranKBSM hendaklah mengandungi unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
iv. Nilai-nilai murni hendaklah diterapkan secara menyeluruh dalam setiap mata pelajaran KBSM.
Nilai-nilai tersebut juga perlu dipupuk secara khusus kepada murid-murid beragama Islam
menerusi mata pelajaran Pendidikan Agama Islam dan murid-murid bukan beragama Islam
menerusi mata pelajaran Pendidikan Moral. Pendekatan sebegini dinamakan “Nilai-nilai murni
merentas kurikulum.
v. Program penggunaan bahasa Melayu hendaklah diperkukuhkan menerusi mata pelajaran bahasa
Melayu dan dalam semua mata pelajaran bukan bahasa. Pendekatan sebegini dikenali sebagai
“Bahasa Melayu merentas kurikulum”.
vi. Sebagai prinsip pendidikan seumur hidup, KBSM memberi tumpuan ke arah memupuk nilai dan
sikap positif murid-murid bagi menguasai pengetahuan dan kemahiran supaya mereka
berkebolehan untuk berusaha mencari pengetahuan sepanjang hayat.
Ciri-Ciri KBSM
KBSM dirancang dan dilaksanakan bercirikan kesinambungan tiga bidang utama yang terdapat di dalam
KBSR: (i) Komunikasi (meliputi bahasa dan Matematik). (ii) Manusia (meliputi aspek agama, moral, sains
dan kemasyarakatan. (iii)Perkembangan diri (meliputi Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan aktiviti
85
kokurikulum). Bagi mengembangkan proses pengajaran dan pembelajaran tiga bidang tersebut, pelbagai
pembaharuan diperkenalkan. Hal ini termasuk “thoughtful learning” sebagai teras pengajaran dan
pembelajaran. Konsep ini dapat membina ciri-ciri cintakan pengetahuan dan mengembangkan daya fikir
murid-murid selaras dengan matlamat pembelajaran seumur hidup. Selain itu penerapan nilai-nilai murni
merentas kurikulum dan pemupukan semangat patriotism dapat membantu membangunkan sahsiah murid-
murid. Dalam bidang komunikasi pula, penggunaan bahasa Melayu merentas kurikulum bertujuan untuk
memahirkan murid-murid berkomunikasi dengan cekap dan bertutur bahasa Melayu dengan berkesan.
Proses komunikasi yang cekap dan berkesan hendaklah diterapkan dalam proses memperoleh
pengetahuan dan perhubungan seharian. Penguasaan bahasa-bahasa antarabangsa khususnya bahasa
Inggeris hendaklah diperkukuhkan dalam diri murid-murid sebagai persediaan untuk memahirkan diri
dalam bidang ICT.
RUMUSAN
Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana pelaksanaan dapat
dioperasikan. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut bentuk
dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai. Matlamat yang dihasratkan
hanya boleh dicapai apabila kurikulum yang dibangunkan bersifat sempurna dan kebolehcapaian yang
tinggi. Kurikulum kebangsaan memberikan kelebihan dari segi perancangan, pelaksanaan, kawalan,
agihan dan penilaian kerana bersifat senteralisasi. Kurikulum kebangsaan mencakupi pendidikan pada
semua peringkat iaitu pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, lepas sekolah menengah dan
pendidikan khas. Kurikulum bersifat dinamik dan fleksibel untuk disesusikan dengan keadaan semasa yang
sentiasa berubah. KSSR merupakan kurikulum terkini bagi menggantikan KBSR yang diharapkan dapat
meningkatkan standard pencapaian pelajar yang mencakupi 4M (menulis, membaca, mengira dan
menaakul). Manakala KBSM merupakan kurikulum untuk mengembangkan potensi pelajar dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan individu yang dapat
member sumbangan kepada kesejahteraan dan keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.
87
PENGENALAN
Kota Rom tidak tegak dalam satu hari. Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan telah berjaya
membina dan mengekalkan tamadun sesuatu bangsa dan menjamin keutuhan sesuatu empayar
sebagaimana kegemilagan empayar Rom, keagungan kerajaan Islam Abbasyiah dan kemasyhuran Dinasti
Meng yang dicapai menerusi penguasaan perlbagai disiplin ilmu yang menjangkau ilmu sains dan
teknologi. Oleh itu sumbangan pendidikan sebagai wadah yang menentukan perkembangan, kemajuan
dan kemakmuran sesebuah negara tidak boleh dinafikan. Sebagai pendidikan yang unggul dan cemerlang,
seseorang guru itu mestilah berkeupayaan membuat penterjemahan dan pentaksiran terhadap kurikulum
dan matlamat pendidikan. Guru dalam semua disiplin ilmu bertanggungjawab mengemudi kurikulum
kebangsaan pada peringkat pra sekolah, sekolah rendah dan menengah. Kurikulum tersebut perlu
diterjemahkan secara khusus untuk diolah kepada unit-unit yang lebih spesifik dengan objektif yang jelas,
pemilihan kaedah yang berkesan, aplikasi bahan yang efektif penilaian yang tepat. Hal ini dilaksanakan
menerusi perancangan yang sistematik dalam dua bentuk iaitu Rancangan Pengajaran Tahunan dan
Rancangan Pengajaran Harian berpandukan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran serta Buku
Panduan Kurikulum Standard yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
1. Kurikulum Kebangsaan
Akta Pendidikan 1996 telah memberikan pengertian kurikulum kebangsaan sebagai suatu program
pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum kebangsaan
merupakan kurikulum yang diseragamkan dan ditadbirurus secara ‟top down‟. Hal ini kerana bidang
pendidikan formal di Malaysia terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia, maka segala urusan
yang berkaitan dengannya turut berbentuk berpusat termasuklah kurikulum. Kurikulum secara berpusat
dilaksanakan adalah disebabkan faktor-faktor berikut:
Keadilan untuk semua murid.
Perancangan yang menyeluruh.
Pemantauan yang komprehensif.
Pengurusan kurikulum yang sempurna.
88
2. Kurikulum Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) telah mendefinisikan kurikulum sebagai segala rancangan
pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah ataupun sesebuah institusi pendidikan untuk
mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum sekolah boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
i. Bahagian yang meliputi sukatan pelajaran dan kandungan mata pelajaran serta segala kegiatan
pengajaran dan pembelajaran.
ii. Bahagian yang meliputi kegiatan pendidikan luar bilik darjah (kokurikulum) seperti kegiatan sukan,
persatuan, pasukan pakaian seragam dan lain-lain.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kurikulum sekolah merujuk kepada penawaran mata pelajaran dan
aktiviti kokurikulum yang dikendalikan oleh pihak sekolah untuk murid-murid di sekolah berkenaan.
Bilangan mata pelajaran yang ada dikelompokkan kepada tiga yang utama iaitu mata pelajaran teras, mata
pelajaran elektif dan mata pelajaran tambahan. Semua murid wajib mempelajari mata pelajaran dalam
kumpulan teras tetapi mereka boleh memilih untuk mempelajari mana-mana mata pelajaran dari kumpulan
elektif. Untuk kumpulan tambahan pula, ia membabitkan tambahan bagi mata pelajaran bahasa seperti
bahasa Arab, bahasa Mandarin, bahasa Tamil dan bahasa Iban. Perbezaan penawaran mata pelajaran ini
sangat ketara pada peringkat sekolah menengah. Perkara ini disebabkan faktor kemanusiaan dan faktor
fizikal. Faktor kemanusiaan mencakupi guru yang terlatih dalam opsyen tiada/tidak mencukupi dan
Bilangan murid yang tidak mencukupi. Manakala faktor fizikal meliputi prasarana tidak mencukupi/ tiada
dan peralatan tidak mencukupi/ tiada.
89
Bagi kurikulum sekolah, guru-guru mempunyai autonomi untuk merancang, melaksana dan menilai
kurikulum yang dilaksanakan. Guru boleh mengolah kandungan kurikulum mengikut kesesuaian dan
keselesaannya ke dalam bentuk Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian. Guru
juga boleh memilih dan menggunakan apa-apa bentuk kaedah dan bahan yang dirasakan sesuai dan
berkesan. Selain itu guru boleh menggunakan sebarang bentuk penilaian dan alat ujian untuk menilai
keberkesanan pengajarannya. Selain dari kurikulum formal, kurikulum tidak formal juga merupakan
komponen dalam kurikulum sekolah. Kurikulum tidak formal mencakupi penekanan terhadap ko kurikulum
yang juga berbeza mengikut sekolah. Sekolah boleh menawarkan sebarang bentuk aktiviti ko kurikulum
jika mempunyai kepakaran, tempat dan kemudahan. Keadaan ini selari dengan saranan KPM agar setiap
sekolah adalah sekolah berwatak. Setiap sekolah dikenali kerana watak yang menjadi identity sekolah
tertentu. Contohnya Sekolah Sultanan Asma (Kedah) dan Sekolah Tun Fatimah (Johor) dikenali pada
pringkat dunia kerana pancaragam.
Satu lagi komponen di dalam kurikulum tidak formal di sekolah ialah kurikulum tersembunyi.
Kurikulum tersembunyi juga dikenali sebagai kurikulum tidak nyata. Kurikulum tersembunyi dikatakan lebih
mempengaruhi matlamat pendidikan, khususnya terhadap aspek kemahiran, nilai dan budaya. Kurikulum
tersembunyi tidak mempunyai ciri-ciri khusus tetapi ia berlaku melalui perancangan dan tanpa dirancang.
Kurikulum tersembunyi dirancang kerana pelaksanaannya dilakukan secara sedar oleh pihak sekolah dan
guru-guru. Contohnya perlantikan pengawas sekolah. Pengawas dilantik dari kalangan murid-murid yang
terpilih kerana mempunyai bakat kepimpinan, sahsiah yang baik dan tahap akademik yang cemerlang.
Setiap aktiviti dalam badan pengawas sekolah dirancang oleh pihak sekolah untuk membantu
mengembangkan potensi murid tersebut dari segi kepimpinannya. Harapannya nanti akan lahir dari
pengawas-pengawas ini seorang pemimpin negara yang berwibawa.
Bagi kurikulum tersembunyi yang tidak dirancang, ia melibatkan nilai-nilai dalaman yang terdapat
dalam diri murid-murid itu sendiri. Contohnya penglibatan murid dalam aktiviti sukan dan permainan.
Melalui bersukan/ bermain semangat perpaduan, bertoleransi, bekerjasama, tolong menolong, hormat-
menghormati akan muncul dengan sendirinya. Pemain bola sepak akan gembira dan berpelukan antara
satu sama lain (walaupun dari kaum yang berbeza) apabila jaringan gol ke pihak lawan dapat dilakukan.
Untuk menjaringkan gol tersebut setiap pemain memainkan peranan untuk bekerjasama antara satu sama
lain. Setiap pemain dalam apa posisi akan saling menyokong untuk membantu penyerang menghasilkan
gol kemenangan. Bolehkah nilai seperti itu terbentuk di tempat lain?
Dalam konteks Malaysia kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah sebenarnya berada pada
landasan yang sama tetapi pada peringkat yang berbeza. Pada peringkat pusat, kurikulum kebangsaan
adalah menefestasi terhadap apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala
pada peringkat sekolah, kurikulum merupakan pelaksanaan terhadap apa yang telah dibentuk pada
peringkat pusat. Segala apa yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan diterjemahkan
melalui berbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru-guru bersama murid-muridnya sama ada di dalam bilik
darjah ataupun di luar bilik darjah. Hubungan di antara kurikulum kebangsaan dan kurikulum sekolah
dapat dilihat menerusi Rajah 6.1.
90
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
KURIKULUM Kurikulum
KEBANGSAAN Rasmi
Kurikulum
Teras Akademik
Kurikulum Pra Sekolah Elektif
Kurikulum Sekolah Rendah
Tambahan
Kurikulum Sekolah Menengah
Kurikulum Pendidikan Khas Kurikulum
Kurikulum Lepas Menengah Sains Tersembunyi
Kurikulum Bahasa
Formal Vokasional
KURIKULUM Kurikulum Ko Kurikulum
SEKOLAH Sebenar Kemanusiaan
Kurikulum
Tidak Formal
94
MATLAMAT KURIKULUM
KURIKULUM
97
Domain Psikomotor
Contoh:
Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat:
i. menamakan mengikut susunan sultan-sultan yang memerintah Melaka dengan tepat.
iii. Membincangan 4 faktor penting yang menyebabkan kejatuhan Melaka.
98
Kesinambungan
Turutan
99
1. Falsafah .
Analisis
2. Rasional
Kurikulum
3. Objektif
4. Kandungan
1. Isi Pelajaran
Tentukan 1. Bahan 2. Susunan Pengalaman
Keperluan 2. Pengetahuan & 3. Strategi & Teknik
Kurikulum Kemahiran Guru 4. Kawalan Bilik Darjah
1. Rancangan Pengajaran
Konteks 1. Isi Kandungan
2. Susunan Bilik Darjah
Pengajaran 2. Bilik Darjah
3. Bahan Bantu Pengajaran
3. Aktiviti P & P
4. Teknik Pengajaran
Pelaksanaan 4. Penyerapan
5. Aktiviti sokongan
Pengajaran & 5. Masa
(pengayaan & pemulihan
Pembelajaran
1. Kesan Pembelajaran
2. Kesan Bahan/ alatan
Penilaian 3. Prestasi Murid
1. Rancangan Pengajaran
Semakan Semula 2. Bahan & Alatan
3. Strategi & Teknik P & P
42
101
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru mestilah dapat menyampaikan pengetahuan kandungan
dalam keadaan yang paling mudah untuk difahami oleh pelajar. Kandungan mata pelajaran telah direka
bentuk secara khusus dengan menggabungkan elemen urutan, kesinambungan, skop, imbangan dan
kesepaduan. Oleh itu sebagai guru yang profesional, kepekaan terhadap fakta, konsep, prinsip, teori dan
generalisasi sangat membantu dalam merangka perancangan pengajaran yang hendak dilaksanakan.
Jadual 6.1: Contoh Jadual Spesifikasi Kandungan bagi mata pelajaran Geografi Fizikal Tingkatan 4
Geografi Gerakan jisim Gerakan jisim, • Semakin curam Tarikan • Kejadian tanah
Fizikal: berlaku kecuraman cerun maka Graviti runtuh kerana cerun
Gerakan kerana cerun, agen semakin cepat yang semakin
Jisim permukaan hakisan, graviti kadar gerakan curam.
yang curan jisim. • Gerakan jisim
dan terdedah • Semakin curam dipesatkan dengan
kepada agen cerun maka terdedahnya tanah
hakisan semakin tinggi kepada agen
tarikan graviti. hakisan seperti
• Air adalah agen hujan.
pelincir dan
melonggarkan
struktur tanah.
102
KURIKULUM
KEBANGSAAN
Sukatan Pelajaran (SP) yang digunakan mesti diluluskan oleh Menteri Pelajaran.
MATA PELAJARAN
Unit 1 Unit 2
P P P P P P P P P
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
103
Mentejemahkan Kurikulum Menerusi Sukatan Pelajaran Kepada Rancangan Pengajaran Tahunan &
Harian
KURIKULUM
(Pra Sekolah, Sekolah Rendah, Sekolah
Menengah, Pendidikan Khas) Sukatan Pelajaran
Rancangan Pengajaran
Tahunan
Tajuk 1 Tajuk 2 Tajuk 3
Rancangan Pengajaran
P P P P P P P P P Harian
Rajah 6.15: Proses penterjemahan kurikulum mengikut unit dan hasil pembelajaran
104
i. Ideal
Pengajaran
Pembelajaran
Pengajaran Pembelajaran
Pengajaran guru kurang berkesan. Kurang dari 50 peratus
daripada maklumat / pengetahuan yang disampaikan oleh
guru dapat dikuasai atau difahami oleh murid. Guru perlu
mengubahsuai kaedah, strategi dan teknik pengajaran
agar keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
dapat dipertingkatkan pada sesi berikutnya.
iii. Kurang Baik
RUMUSAN
Falsafah pendidikan dan kurikulum merupakan dua komponen yang tidak boleh dipisahkan. Kurikulum
bertindak sebagai satu jambatan menghubungkan falsafah pendidikan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran. Dalam konteks pendidikan berpusat seperti di Malaysia, guru-guru tidak berkeupayaan
untuk mengolah sendiri apakah yang hendak diajar kepada murid-murid. Kurikulum kebangsaan dibentuk
pada peringkat Kementerian Pelajaran. Kurikulum tersebut membentuk „body of knowledge‟ dan
dikemukakan dalam bentuk dokumen rasmi yang meliputi Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran
dan buku teks/ modul pengajaran sebagai panduan dan bantuan kepada guru-guru melaksanakannya
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kandungan kurikulum boleh dibahagikan kepada dua iaitu
pengetahuan deklaratif dan prosedural. Pengetahuan deklaratif merupakan intipati yang mengandungi
fakta, konsep, prinsip, teori dan generalisasi serta ditegaskan menerusi Jadual Spesifikasi Kandungan
(JSU). Manakala pengetahuan prosedural berkait dengan proses, metodologi dan prosedur. Kandungan
kurikulum yang terdapat di dalam SP & HSP perlu ditafsir dan diterjemahkan kepada Rancangan
Pengajaran Tahunan & Rancangan Pengajaran Harian sebelum dilaksanakan di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Guru perlu mahir dalam proses ini bagi menjamin pendidikan yang berkesan.
106
PENGENALAN
Antara perkara yang paling penting perlu ada bagi pendidikan di sesebuah negara ialah dasar pendidikan
itu sendiri. Dasar bukan sahaja menjadi asas pembentukan sistem pendidikan bahkan menjadi panduan
penting dalam pelaksanaanya. Tanpa dasar yang jelas, sudah tentulah sistem dan pelaksanaan pendidikan
tidak akan tersusun rapi, terumbang ambing, tidak tentu arah dan tersasar dari matlamatnya. Dasar bagi
sesuatu sistem pendidikan haruslah berpaksikan kepada falsafah pendidikan yang jelas. Falsafah
pendidikan inilah yang menjadi teras kepada pendidikan. Falsafah pendidikan di sesebuah negara
ditetapkan untuk menjadi rujukan dan amalan yang mengandungi matlamat, proses dan bentuk pendidikan
yang hendak ditanamkan dalam diri individu yang hendak menerima pendidikan tersebut dalam skop yang
dirangkumi oleh proses pendidikan itu sendiri. Falsafah pendidikan dan dasar pendidikan di sesebuah
negara membentuk satu rangkaian penting ke arah melahirkan individu dan warganegara yang dapat
memenuhi aspirasi negara. Mehlinger (1995) di dalam bukunya School reform in the information age telah
menjelaskan bahawa ketiadaan falsafah dan dasar dalam perkembangan pendidikan boleh menimbulkan
masalah. Masalah tersebut berkaitan dengan dua bentuk kesukaran iaitu pendidikan guru dan
pembaharuan pendidikan. Kesukaran pendidikan guru berkaitan dengan pembentukan profesionalisme
keguruan. Manakala kesukaran pembaharuan pendidikan lebih bersifat holistik kerana kesukaran ini
melibatkan isu-isu dalam sistem pendidikan, kurikulum, penilaian dan perancangan kemajuan pendidikan
dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Menurut Mohd. Taib Osman (2002), Istilah falsafah, dasar dan
sistem, walaupun bertindan tindih antara satu sama lain dan mempunyai urutan tindakan daripada satu
tahap kepada tahap berikutnya tetapi mempunyai pengertian masing-masing dalam konteks tertentu.
Urutan bermula dengan falsafah kepada dasar dan diikuti dengan pembentukan sistem. Falsafah
merupakan hasil pemikiran yang mempertimbangkan pelbagai soalan dan dari pelbagai segi serta melihat
gambaran besar yang menyentuh persoalan itu. Daripada falsafah barulah dasar digubal. Dasar
merupakan formulasi idea-idea sebagai panduan untuk tindakan. Apabila suatu dasar sudah termaktub
maka sistem didirikan bagi melaksanakan dasar dan falsafah tersebut.
Colebatch (2002) menyatakan dasar ialah perihatin terhadap arahan, mengimplementasi sistem dan
konsistensi. Dasar juga dikaitkan dengan keperihatinan terhadap sesuatu dengan memberi fokus bermula
dari proses bagaimana ia dilaksanakan sehinggalah kepada kepada hasil yang diperolehi. Bridgeman &
Davis dalam Colebatch (2002) menyatakan bahawa dasar ialah langkah-langkah logik ke arah kejayaan
seperti memberi definisi kepada masalah, menilai pilihan yang ada, implimentasi dan membuat penilaian
keseluruhan.
Dalam konteks pendidikan pula, Trowler (2003) menyatakan dasar pendidikan sebagai suatu
prinsip dan tindakan yang khusus berkaitan dengan isu-isu pendidikan, yang diikuti atau seharusnya diikuti
dan direka bentuk untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Definisi tersebut turut di gunakan oleh
Abdullah Sani (2003) apabila menyatakan dasar pendidikan sebagai sutu garis panduan untuk mencapai
hasrat pendidikan yang dimatlamatkan. Berdasarkan kepada kenyataan Abdullah Sani (2003) dan Paul
(2003), dapat disimpulkan bahawa dasar pendidikan adalah spesifikasi prinsip atau tindakan yang
berkaitan dengan isu-isu pendidikan yang wajib diikuti untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Dengan itu dasar pendidikan merupakan suatu yang penting bagi menghadapi isu-isu pendidikan di
sesebuah negara.
dengan masyarakat Melayu dibiarkan di kampung-kampung untuk mengerjakan ekonomi tradisonal seperti
bertani, bertukang dan nelayan. Masyarakat Cina diletakkan dibandar dan kawasan perlombongan untuk
mengerjakan ekonomi komersial sebagai peniaga dan pelombong. Manakala msyarakat India diletakkan di
kawasan ladang getah dan kawasan keretapi sebagai buruh ladang dan buruh penyelenggara keretapi.
Tujuan dasar tersebut ialah untuk membolehkan Inggeris terus menguasai pentadbiran dan
ekonomi Tanah Melayu. Dasar itu telah memecahbelahkan penduduk Tanah Melayu mengikut kaum,
ekonomi dan hirarki sosial. Pendidikan formal diperkenalkan untuk mengukuhkan dasar pecah dan perintah
menerusi dasar polarisasi pendidikan. Melalui dasar pendidikan ini, sekolah vernakular diperkenalkan,
murid-murid diasingkan mengikut kaum dengan falsafah, dasar dan sistem pendidikan yang berbeza. Dari
segi struktur hirarki sosial, penjajah Inggeris sangat memberi perhatian kepada raja-raja dan pembesar
Melayu dengan pembinaan sekolah khas iaitu MCKK untuk anak-anak mereka tetapi mengasingkan
golongan masyarakat Melayu bawahan. Tujuannya supaya rakyat tidak bersatu dan penentangan dapat
dihindarkan. Inggeris terus kekal menguasai politik dan ekonomi sehingga 1957. Walaupun Tanah Melayu
pernah ditakluki oleh Jepun pada tahun 1941 – 1945, namun kuasa Jepun hanya memberi tumpuan
dengan dasar indoktrinasinya menerusi pendidikan ke arah keagungan kerajaan Jepun. Inggeris
meneruskan dasar apabila kembali memerintah Tanah Melayu dari 1945 hinggalah mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
pendidikan sangat ketara apabila sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Cina dan Tamil
dijamin kewujudannya dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Jenis (Cina/Tamil). Begitu juga
penubuhan institusi pendidikan swasta digalakkan perkembangannya sama ada secara persendirian
ataupun usahasama di antara universiti/ kolej di luar negara dengan institusi tempatan. IPT (awam)
tempatan juga mengalami perubahan menerusi dasar pengkoperatan. Pada peringkat sekolah, penubuhan
sekolah bestari menjadi titik mula kepada ledakan ICT di sekolah-sekolah.
112
113
pendidikan tinggi
Dasar pendidikan tinggi
untuk mobiliti sosioekonomi.
PENDIDIKAN Literasi. Perluasan sekolah rendah. Dasar membasmi keciciran.
ERA Perpaduan. Sekolah menengah bercorak Dasar biasiswa & bantuan
1970-AN Patriotik. akademik & vokasional. kewangan.
Sumber manusia Sekolah kebangsaan. Dasar sekolah asrama.
Masyarakat maju. Pengukuhan bahasa Dasar buku teks percuma.
Membangun negara. kebangsaan. Dasar bantuan pemakanan.
Dasar ekuiti dan
perkembangan pendidikan.
Dasar pembangunan
pendidikan teknik &
vokasional.
PENDIDIKAN Perpaduan. Perluasan sekolah rendah, Dasar Bersih, Cekap dan
ERA Tenaga mahir. menengah, IPT Amanah.
1980-AN Pendemokrasian. Kukuh sekolah kebangsaan. Dasar Pandang ke Timur:
Masyarakat maju & Pengukuhan bahasa perkembangan pendidikan
bermoral. kebangsaan. teknik dan profesional.
Pendidikan kemahiran Kukuhkan kurikulum Dasar penggunaan
kebangsaan komputer.
Dasar kurikulum asas dan
individu seimbang.
Dasar pemindahan
teknologi.
PENDIDIKAN 1983: Kurikulum Perluasan sekolah rendah, Dasar latihan perindustrian
ERA Bersepadu Sekolah menengah, IPT dan pemindahan teknologi.
1990-AN Rendah (KBSR) Kukuh sekolah kebangsaan. Dasar multimedia /
1988: Kurikulum Pengukuhan bahasa pengkomputeran di sekolah.
Bersepadu Sekolah kebangsaan. Dasar pendidikan
Menengah (KBSM) Kukuhkan kurikulum berasaskan komuniti.
1988: Falsafah Pendidikan kebangsaan (KBSR & Dasar kurikulum seimbang.
Negara (FPN) KBSM) Dasar reformasi
didokumenkan Falsafah Pendidikan pentadbiran pendidikan.
Wawasan 2020 Negara. Dasar sekolah cemerlang.
Wawasan Pendidikan Kawalan pendidikan Dasar sekolah wawasan.
digubal dengan 9 cabaran Perluasan pra sekolah, Dasar sekolah bestari.
yang perlu ditangani. sekolah rendah, menengah, Dasar sijil terbuka.
Akta Pendidikan 1996. IPT Dasar pendidikan bertaraf
Pemurnian FPN Kukuh sekolah kebangsaan. dunia
Falsafah Pendidikan Pengukuhan bahasa Dasar francais dan
Kebangsaan (FPK). kebangsaan. pengkoperatan pendidikan
Sekolah khas/projek Kukuhkan kurikulum tinggi.
Pendidikan berterusan. kebangsaan
Penswastaan pendidikan Pembestarian sekolah
Globalisasi/ ICT dalam pendidikan
pengantarabangsaan
Sains & Teknologi
114
Industrialisasi
PENDIDIKAN Membina masyarakat Perluasan pendiidkan awal Dasar PPSMI.
ABAD 21 Glokal (Global + Local). kanak-kanak, pra sekolah, Dasar sekolah cemerlang
Pengantarabangsaan sekolah rendah, menengah, (kluster & berprestasi
pendidikan bertaraf dunia. IPT tinggi).
Globalisasi & persaingan Kukuh sekolah kebangsaan. Dasar 1Murid 1Sukan.
sejagat. Pengukuhan bahasa Dasar Yuran Percuma.
Minda kelas pertama. kebangsaan & bahasa Dasar pentaksiran holistik
PIPP (2006 -2010) kedua Dasar
Dasar PPSMI Kukuhkan kurikulum pengantarabangsaan
Patriotisme + kebangsaan (KSSR) pendidikan
Kewargenagaan Pendidikan kelas pertama. Dasar MBMMBI
Sekolah kluster Hab pendidikan dunia.
Sekolah berprestasi tinggi
Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan
berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya
sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga
rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya,
objektif-objektif ini dikhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya
ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara
dan dinyatakan secara bertulis telah memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu
dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting
pendidikan kebangsaan.
115
4. Mendemokrasikan Pendidikan
memastikan mutu pendidikan dipertingkatkan dan dengan mengagihkan peruntukan secara adil. Ini
dilakukan dengan dengan menambahkan kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Ini
adalah selaras dengan Dasar Ekonomi Baru yang ingin menyusun semula masyarakat dengan
mengurangkan jurang perbezaan peluang pendidikan antara golongan kaya dengan miskin, program
116
sokongan pendidikan seperti Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Televisyen Pendidikan, Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), asrama desa dan asrama harian, biasiswa, Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) dan program kesihatan dipertingkatkan.
117
Akta Lembaga Akreditasi Negara 1996 – memastikan tahap akademik yang tinggi, jaminan kualiti
tinggi dan kawalan mutu pendidikan terpelihara dalam penyediaan pendidikan tinggi swasta;
Akta Institut Teknologi MARA (Pindaan) 2000 – membolehkan ITM dinaiktaraf menjadi universiti;
dan
Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan) 2000 – membenarkan pinjaman
kepada pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Sebagai kesimpulan, semenjak merdeka Malaysia telah meletakkan matlamat dan landasan yang jelas
untuk negara ini. Malaysia bermatlamat menjadi sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang bersatu
padu, mengamalkan demokrasi berparlimen dan berjaya sebagai sebuah negara yang makmur dan maju.
Ini semua dapat dilakukan dengan menambah baik sistem pendidikan di negara ini. Oleh itu, dalam proses
mencapai semua matlamat tersebut, Malaysia seperti negara-negara lain di dunia telah menyusun strategi
dan perancangan yang perlu bagi merealisasikan semua cita-cita tersebut. Strategi dan perancangan ini
disusun dengan rapi oleh kerajaan yang memerintah dan ini dilakukan dengan membentuk dasar-dasar
yang perlu supaya dilaksanakan demi memajukan dan memakmurkan negara secara keseluruhan.
(b) Program bahasa seperti Literasi dan Numerasi (LINUS) di bawah Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) dan program Tiga-M (PROTIM) untuk menangani masalah murid seolah rendah
pada tahap 2 yang masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan
mengira).
(d) Penambahan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris iaitu tambahan 30 minit bagi bahasa Malaysia untuk Tahap 1 (menjadikan
keseluruhannya 300 minit) dan 90 minit untuk Tahap 2 (keseluruhannya 270 mint) bagi sekolah
jenis kebangsaan (SKJ C/T). Untuk bahasa Inggeris, penambahan 90 minit (menjadikan
keseluruhannya 300 minit) di sekolah kebangsaan dan 150 untuk sekolah jenis kebangsaan.
(a) Menyediakan Standard Guru Malaysia (SGM) yang mengandungi komponen Standard (S) dan
Keperluan (K) sebagai rujukan piawaian kualiti guru di seluruh Negara.
(b) Meningkatkan jumlah guru siswazah dan guru opsyen bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris yang
berkualiti. Guru yang berkelayakan ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian pada
peringkat sarjana dan kedoktoran.
(c) Menaiktaraf Maktab/Institut Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk
dijadikan pusat kecemerlangan bahasa dalam latihan dan kursus pra perkhidmatan dan dalam
perkhidmatan.
(d) Melaksanakan program penutur jati dengan melantik 360 penutur jati dari luar Negara sebagai
mentor di 1,800 buah sekolah rendah manakala 15 sebagai training fellows di Pusat
Kecemerlangan Bahasa Inggeris.
120
Terdapat lima fasa dalam pembuatan dasar yang meliputi penentuan agenda, peramalan & pencarian
alternatif, perancangan dasar, pelaksanaan dasar dan pentaksiran. Fasa yang telah lengkap diikuti dengan
tindakan yang meliputi analisis, kenalpasti masalah, penerimaan, operasi program dan penilaian. Bagi
melaksanakan tindakan maka, ciri-ciri keberkesanan tindakan perlu diberi perhatian. Rajah 7.1
menunjukkan perkaitan elemen dan petunjuk terhadap pembuatan dasar-dasar pendidikan.
FASA
TINDAKAN
121
RUMUSAN
Dasar pendidikan yang digubal dan dilaksanakan di Malaysia bertujuan untuk mendisiplin/ kawalan,
inovasi, solusi dan kebajikan/ perkhidmatan. Dasar-dasar tersebut bermatlamat untuk keharmonian,
keadilan, penambahbaikan dan pemantapan dalam sektor pendidikan. Proses pembuatan dan
pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan sistematik demi mencapai
matlamatnya. Pelaksanaan dasar melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan
yang ramai. Penggubalan dilakukan pada peringkat kabinet dan diterjemahkan pada peringkat
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah (Top
Down). Guru-guru sebagai pelaksana, perlu akur dengan dasar yang telah dibuat.
122
PENDAHULUAN
Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem
pendidikan. Pendidikan merupakan suatu sistem dan proses membangunkan insan. Proses
membangunkan insan yang mencakupi keseluruhan rakyat merupakan suatu yang kompleks. Oleh itu,
Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan satu organisasi yang besar yang diwujudkan untuk mengambil
tanggungjawab kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Pendidikan bermutu
melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab. Mereka dididik bagi
mengembangkan lagi potensi masing-masing bagi mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan
kepada keluarga, masyarakat, dan negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang meliputi peringkat pusat, negeri, daerah dan sekolah
untuk menatar dan menjana bangsa ke arah penguasaan pengetahuan, kemahiran, nilai, moral, sosial,
ekonomi, politik dan sosial yang luas agar berkeupayaan meningkatkan daya saing bagi menjadi bangsa
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
i. Organisasi
Secara umumnya organisasi merupakan sistem sosial yang kompleks yang boleh didefinisikan daripada
pelbagai sudut dan dimensi. Hal ini disebabkan organisasi adalah dinamik dan sering kali berubah-ubah
dengan haluan perkembangannya yang sukar diramal. Keadaan ini menunjukkan bahawa dalam
organisasi terdapat ciri-ciri yang istimewa sehingga melahirkan pelbagai tafsiran dalam usaha untuk
memahami organisasi. Dalam memberikan definisi, ada tokoh yang menyatakan organisasi sebagai satu
kumpulan individu yang secara sedar dan rela, bersetuju untuk bekerjasama bagi mencapai sesuatu
matlamat tertentu. Definisi lain pula menyatakan organisasi merupakan satu penyelarasan unit sosial yang
mengandungi dua atau lebih individu yang memainkan peranan untuk mencapai matlamat bersama. Ada
juga yang menterjemahkan organisasi sebagai campurtangan sosial untuk mencapai matlamat bersama
melalui penggabungan usaha atau kerjasama anggota. Sebagai contoh, Hollebeck (1995) mengambarkan
organisasi sebagai penggabungan manusia dan sumber untuk menjayakan sesuatu tujuan dan matlamat
yang tidak mampu dilaksanakan oleh individu secara bersendirian. Morgan (1986) pula melihat organisasi
melalui lapan perspektif yang berbeza, iaitu:
Organisasi dilihat berfungsi sebagai mesin yang mana pembangunannya terhad dan lebih
bersifat melaksanakan fungsi rutin.
Organisasi dilihat beroperasi seperti makhluk hidup yang bersedia menyesuaikan diri dengan
perubahan persekitaran.
123
Organisasi dianalogikan sebagai otak yang sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan
kebolehan dan mencari pembaharuan.
Organisasi dilihat sebagai sistem budaya yang mengandungi ideologi, nilai, upacara,
kepercayaan dan amalan yang diyakini bersama.
Organisasi adalah sebuah institusi politik yang membentuk hierarki autoriti. Organisasi ini
berkait rapat dengan kekuasaan, manipulasi dan konflik.
Organisasi adalah sebuah penjara psikik, di mana ahli organisasi diikat dengan tradisi dan
berbangga dengan kejayaan mereka dan tidak bersedia untuk menerima perubahan dan lebih
selesa dengan suasana yang ada.
Organisasi berbentuk transformasi yang dilihat bersedia untuk berubah dan membuat strategi
untuk menghadapi halangan-halangan semasa perubahan.
Organisasi adalah alat untuk mendominasi yang membawa maksud ahli atau kumpulan
berkelakuan untuk mencapai motif mereka dengan mencengkam pihak lain asalkan
kepentingan atau keperluan mereka tercapai.
Sufean Hussin (2004) pula menjelaskan bahawa organisasi merujuk kepada struktur penyusunan
komponen-komponen atau unit-unit yang terdapat dalam sesuatu sistem, lazimnya sistem sosial. Sistem
pula dikaitkan dengan apa sahaja yang terbina daripada rangkaian komponen-komponen atau unit-unit
yang di mana ia mempunyai sesuatu tugas, fungsi atau matlamat. Dari aspek sosial, institusi yang
ditubuhkan oleh masyarakat merupkan satu system social. Contoh institusi tersebut dalam konteks
pendidikan ialah sekolah, PPD, JPN dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Setiap institusi tersebut
mempunyai sistem sosialnya yang tersendiri berdasarkan fungsi dan matlamat penubuhannya. Sistem
sekolah misalnya terdiri komponen pentadbiran,staf akademik, staf sokongan, murid, bangunan,
infrastruktur dan lain-lain lagi. Sistem sosial ini ditabdir urus oleh manusia yang mewujudkan interasi social.
Penyusunan komponen-komponen yang terdapat di dalam sesuatu organisasi secara sistematik
menentukan sama ada sesuatu organisasi itu digolongkan kepada organisasi formal atau organisasi bukan
formal. Berikut ialah perbezaan di antara kedua-dua jenis organisasi tersebut.
Bagi sistem pendidikan di Malaysia, struktur organisasinya digambarkan seperti di Rajah 8.1.
Organisasinya boleh dibahagikan kepada lima peringkat:
1. Peringkat pusat (peringkat eksekutif).
2. Peringkat negeri (peringkat pengurusan).
3. Peringkat daerah (peringkat penyeliaan).
4. Peringkat sekolah (peringkat teknikal).
5. Peringkat bilik darjah (peringkat pelaksanaan)
124
TOP
Eksekutif (Pembuat Dasar) Menteri Pelajaran,
Pusat Ketua Pengarah
Peringkat Negeri
Pengurusan (Pengarah
Pendidikan Negeri)
Bentuk piramid pada Rajah 8.1 menunjukkan aliran autoriti dan delegasi tanggungjawab daripada bahagian
puncak ke bahagian-bahagian dasar. Keluasan setiap bahagian piramid menunjukkan bilangan sumber
manusia yang terlibat pada bahagian-bahagian berkenaan. Organisasi formal mempunyai struktur asas
untuk berfungsi dengan baik yang meliputi kepimpinan, agihan tugas, prosedur menjalankan tugas,
matlamat dan dasar. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, pemimpin organisasi pendidikan negara ialah
Menteri Pelajaran. Manakala ketua organisasi ialah Ketua Pengarah Pelajaran. Pada peringkat negeri pula
diketuai oleh Pengarah Pelajaran Negeri, peringkat daerah ialah Pegawai Pendidikan Daerah dan
pemimpin peringkat sekolah ialah Pengetua/Guru Besar. Pemimpin organisasi formal ini menetapkan tugas
ahli dalam organisasinya dan fungsi setiap komponen/unit yang ada. Agihan tugas dan autoriti secara jelas
dapat mengelakkan pembaziran sumber yng berlaku disebabkan pertindihan kerja dan mengelakkan
konflik autoriti dan tugas. Sebuah orgnisasi yang lebih besar seperti Kementerian Pelajaran Malaysia
mempunyai sistem yang lebih kompleks kerana memiliki komponen-komponen yang terpisah dan
berangkai. Oleh yang demikian pembahagian tugas serta penetapan peranan, fungsi dan peraturan-
peraturan adalah perlu agar semua ahli-ahli organisasi memahami tanggungjawab masing-masing.
125
Sesuatu organisasi mesti mempunyai tujuan, matlamat dan objektif penubuhannya dengan jelas. Tujuan,
matlamat dan objektif tersebut dirumuskan oleh eksekutif yang mentadbir perjalanan organisasi. Eksekutif
bertanggungjawab terhadap soal pencapaian matlamat yang meliputi aspek produktiviti, keberkesanan dan
kecekapan. Secara langsung eksekutif merumuskan prosedur-prosedur pelaksanaan dan strategi-strategi
pengurusan sumber bagi mempstikan pencapaian matlamat dan dengan cekap dan berkesan. Dalam
sesuatu organisasi jentera yang mensepadukan sumber manusia untuk mencapai matlamat mengandungi
lima ciri:
Dasar yang tegas.
Tujuan yang jelas.
Adanya kepimpinan wakilan.
Terbentuknya anggota/ahli yang konkrit.
Usaha/komitmen yang positif dan kreatif.
ii. Pentadbiran
Pentadbiran ialah satu unsur penting bagi menjamin kelancaran perjalanan komponen-komponen yang
terdapat di dalam organisasi. Pentadbiran berfungsi untuk menggerakkan segala sumber yang meliputi
sumber manusia dan sumber fizikal (kewangan dan infrastruktur) secara selaras dan tersusun bagi
mencapai matlamat. Pentadbiran diperlukan untuk mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian
mekanisme sosial; memandu organisasi mengharungi masalah; dan untuk memberikan kekuatan kepada
organisasi menghadapi cabaran-cabaran baru. Ibrahim Mamat (1993) telah merumuskan tafsiran
mengenai pentadbiran sebagai:
Satu proses sosial yang merangkumi soal-soal penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Satu proses sosial yang berkaitan dengan mengadakan, menyelenggarakan, mengawal dan
menyatukan segala sumber manusia dan fizikal dalam satu system yang disepadukan untuk
mencapai sesuatu matlamat.
Suatu tindakan mengkoodinasikan aktiviti-aktiviti yang saling mempengaruhi antara satu sama lain,
untuk mencapai sesuatu matlamat dengan sebaik-baik cara yang mungkin.
Manakala Sufean Hussin (2004) memperincikan pentadbiran sebagai proses membuat keputusan
berdasarkan ciri-ciri berikut:
Pentadbiran ialah satu tingkah laku am yang boleh dijumpai dalam semua organisasi manusia.
Pentadbiran ialah proses mengarah dan mengawal penghidupan dalam organisasi sosial.
Fungsi pentadbiran ialah untuk mengembangkan dan mengubahsuai proses membuat keputusan
dengan berkesan dan sebaik mungkin.
Dengan berfokus kepada matlamat, Drucker (1954) menyatakan bahawa pentadbiran organisasi ialah “a
mean to an end”, iaitu pentadbiran merupakan mekanisme pengaturan sumber-sumber untuk mencapai
matlamat. Secara amnya, fungsi pentadbiran melibatkan:
menilai kualiti dan kuantiti hasil.
menentukan pemilihan strategi pelaksanaan.
menetapkan dan melaksanakan dasar-dasar.
mempengaruhi imej dan prestij sesuatu organisasi.
menentukan iklim organisasi dan hubungan antara manusia.
menentukan jenis output, hala tuju dan keutamaan yang perlu diberi perhatian.
membantu perolehan dan penggunaan sumbert-sumber dengan cara yang berkesan.
126
127
Latihan dalam perkhidmatan dikendalikan pada peringkat sekolah (dalaman), daerah, negeri mahupun
pusat.
Pusat
Negeri
Daerah
Sekolah
128
Pusat
Negeri
Bahagian
Daerah
Sekolah
129
131
132
Di Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada DYMM Yang di
Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pelajaran. Kuasa tersebut tertakluk kepada satu
syarat iaitu Ketua Pengarah Pelajaran mesti dipilih daripada kalangan pegawai dalam perkhidmatan
pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan memasukkan syarat ini memberikan peluang
kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2) menegaskan bahawa Ketua
Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta 1996. Beliau menasihat Menteri
mengenai hal berkaitan dengan pendidikan. Peruntukan dalam seksyen 4 (1) memberikan kuasa kepada
Menteri Pelajaran untuk melantik Pengarah Pelajaran Negeri, Pegawai Pelajaran Daerah dan Pegawai
Pelajaran yang yang lain. Kuasa yang luas dan kebebasan untuk bertlndak mengikut pertimbangan diri
merupakan dua ciri yang khusus. Seksyen 4 Akta 1996 menyatakan seperti berikut:
Maka hendaklah ada bagi setiap negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam
Malaysia yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pengarah Pelajaran; dan bagi setiap
daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh
Menteri, seorang Pegawai Pelajaran yang dinamakan sedemikian bagi maksud Akta ini,
yang dilantik oleh Menteri Di samping itu, perlantikan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru
adalah dalam termasuk dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran, seksyen 5 (1).
Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2) rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik seorang Timbalan Ketua
Pendaftar Sekolah dan Guru. Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah tidak sarna dari segi perlantikan
Pendaftar Sekolah dan Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan bahawa Menteri hendaklah melantik
seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan boleh melantik apa-apa bilangan Penolong
Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud Akta tersebut. Jawatan
Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah dihuraikan dalam seksyen 6. Perlantikan Ketua Nazir
Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah, seksyen 6 (2) adalah merupakan tanggungjawab Menteri
Pendidikan. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk mengawal kualiti perkhidmatan pendidikan yang disediakan
oleh pihak sekolah, melaporkan mutu pendidikan yang dicapai kepada Menteri, pengurusan sumber-
sumber sekolah secara berkesan, dan perkembangan menye1uruh pe1ajar dari segi moral, mental, fizikal,
dan rohani. Tambahan juga, perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah tanggungjawab Menteri. Beliau
boleh melantik pegawai-pegawai yang lain untuk bertindak di bawah arahan dan kawalan am Pengarah
Peperiksaan
Selain itu, Menteri Pelajaran diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan am dan arahan khas.
Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang dilantik di
bawah Bahagian itu arahan-arahan yang bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk kepada
dua syarat. Pertama, arahan am yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta Pendidikan
1996. Arahan itu merangkumi penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai, kewajipan-
kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan yang dibuat di
bawah Akta. Ia juga melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Apabila
syarat-syarat itu telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan yang
dikeluarkan. Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa kuasa Menteri Pelajaran untuk
mengeluarkan arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau
mana-mana angota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar,
sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta
pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan
dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru
besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.
133
ix. Mengurus perkhidmatan dan kebajikan staf di semua sekolah di bawah kelolaannya.
KAUNSELOR
PK PK HAL EHWAL PK PK PK
KOKURIKULUM MURID PENTADBIRAN PETANG TINGKATAN VI
UNIT KOKURIKULUM UNIT HEM UNIT KURIKULUM UNIT PENTADBIRAN UNIT PENTADBIRAN &
KURIKULUM DAN SUKAN
GK GK GK VOKASIONAL GK
BAHASA SAINS & TEKNOLOGI KEMANUSIAAN
KETUA PANITIA
GURU-GURU STAF
SOKONGAN
PELAJAR-PELAJAR
Rajah 8.5: Carta Organisasi Pentadbiran Sekolah Menengah
pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah oleh
Kementerian Pendidikan. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolahlah yang dipilih untuk
kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya dalam pengajaran atau
pentadbiran. Pengetua turut berperanan dalam merancang dan menyelia segala pengurusan kurikulum
yang dijalankan di sekolah. Selain itu, pengetua juga turut berperanan sebagai individu yang
bertanggungjawab dalam mengagih dan menyelia tugas warga sekolah selain membimbing warga sekolah
untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah. Pengetua perlu memainkan peranan sebagai penilai bagi
menilai pretasi kakitangannya tidak kira kakitangan akademik mahupun bukan akademik. Antara lain
peranan pengetua adalah menjadi pengerusi atau penaung jawatankuasa dalam apa sahaja persatuan dan
kelab yang ditubuhkan di peringkat sekolah. Pengetua turut berperanan untuk menyelia persekitaran
sekolah bagi memastikan suasana sekolah sentiasa berada dalam keadaan baik dan selesa untuk semua
warga sekolah. Pengetua juga merancang takwim sekolah hasil perbincangan bersama pihak sekolah dan
kementerian. Antara tugas penting pengetua adalah dalam merancang kewangan dan menyediakan
anggaran belanjawan tahunan sekolah.
Sebagai ketua di sekolah, pengetua perlu bersikap berfikiran terbuka untuk menerima pendapat
dan pandangan guru-guru dan kakitangan serta berfikiran jauh untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Pengetua juga perlu menjalinkan hubungan yang baik dan mesra denagn pegawai-pegawai
atasan serta orang-orang bawahannya dan rakan-rakan sejawatannya. Sentiasa mengambil tahu berkaitan
kebajikan kakitangannya dan sentiasa mempunyai sifat berperikemanusiaan dan bertimbang rasa. Selain
itu juga, pengetua tidak boleh menggunakan pangkat semata-mata dan kuasa yang ada untuk mengambil
tindakan dalam sesuatu perkara. Pengetua juga perlu bersikap tegas tetapi pada masa yang sama adil dan
saksama. Pengetua perlu mengkritik sesuatu kelemahan kakitangannya dan menegur secara membina
dan sedia mengampuni kesalahan seseorang sekiranya kesalahan yang dilakukan tidak berat. Pengetua
juga perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya dan memberi idea-idea baru dalam pelbagai
aspek. Bersikap positif dan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul
dengan cara yang berkesan. Berani dan bersedia untuk mengemukakan pendapat yang bercanggah
denagn pandangan atau pendirian pihak atasan tetapi rela menerima keputusan muktamad pihak atasan.
136
bahan-bahan sumber pendidikan itu dilakukan dengan baik. Membantu dan membimbing dalam latihan
mengajar bagi guru-guru praktikum dan guru-guru yang baru mengajar dalam menjalankan tugas-tugas
harian mereka. Membuat kajian terhadap segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum dan
mencadangkan tindakan susulan.Membantu dalam merancang dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan
dengan ujian, peperiksaan, penilaian dan menyarankan tindakan susulan. Menyelaraskan pengurusan dan
perjalanan kegiatan-kegiatan bimbingan dan pemulihan yang ada di sekolah. Menyelaraskan segala
program kurikulum yang dianjurkan oleh sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Membantu dalam menentukan buku-buku teks, bahan Pusat
Sumber dan lain-lain buku bacaan di samping menentukan kesesuaiannya. Menyusun jadual waktu kelas
dan guru dan menyediakan jadual waktu gantian bagi guru yang sakit dan mereka yang ditimpa
kemalangan dan mengalami kecemasan.
Dari sudut pentadbiran pula, GPK1 berperanan dalam membantu bagi menentukan beban tugas
guru dan kakitangan bukan guru sekolah adalah adil dan saksama.Membantu dan menyelaraskan hal
ehwal peperiksaan, kursus dan latihan untuk guru dan kakitangan bukan guru sekolahnya. Membantu
menyelenggara dan menyelaras kutipan data, maklumat dan juga perangkaan yang diperlukan dari
semasa ke semasa.Membantu merancang takwin sekolah dan dalam menentukan program aktiviti
sepanjang tahun.Membantu menyelia kerja-kerja semua guru dan kakitangan bukan guru.Membantu dan
menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dalam menentukan perbelanjaan mengurus dan
perbelanjaan pembangunan. Menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk audit tahunan yang teratur
bagi sekolahnya. Menyelaras bagi semua pungutan yuran seperti wang runcit, sewa, asrama, sukan dan
permainan dan sebagainya. Menjadi ahli Lembaga Tatatertib Sekolah dengan memberi pandangan
terhadap salah laku pelajar dengan mengambil bahagian cergas dalam mesyuaat dan juga perbincangan.
Menandatangani semua cek sekolah bersama-sama dengan pengetua dan juga Pengerusi Persatuan Ibu
Bapa Guru (PIBG).
137
kerjasama Pengetua, GPK1, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah. Membantu dalam
merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di
sepanjang tahun.
Bidang tugas GPK HEM dari sudut disiplin adalah menentukan bahawa penerapan amalan-amalan
dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna. Memastikan segala peraturan dan
undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar. Bertindak sebagai guru
penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan
salah laku. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar
terlibat. Tugas GPK HEM dari sudut bimbingan dan kaunseling adalah merancang dan menyelaraskan
pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan
kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Menyelaras dan menyediakan
rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik,
sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jika diperlukan oleh pihak yang berkaitan. Merancang dan
melaksanakan program kebajikan dan suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.
KEPIMPINAN GURU
The term teacher leadership refers to...skills demonstrated by teachers who continue to teach students but
also have an influence that extends beyond their own classrooms to others within their own school and
elsewhere.(Danielson, 2006: 12)
138
Danielson (2006) melihat kepimpinan guru sebagai himpunan kemahiran pada seseorang guru yang selain
daripada mengajar ada mempunyai pengaruh yang diperluaskan ke luar bilik darjahnya, sama ada di
dalam atau di luar sekolahnya. Kepimpinan guru ini menggerakkan guru-guru lain bagi meningkatkan
prestasi sekolah, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini wujud bukan kerana guru
itu merupakan ketua organisasi (seperti dalam kes pengetua) tetapi disebabkan guru tersebut mempunyai
kepakaran dan kebolehan serta mampu mempengaruhi rakan-rakan sejawat lain.
Proses penambahbaikan sekolah seringkali melibatkan pelaksanaan aktiviti dan program yang
berbeza daripada yang dibuat pada masa lalu. Oleh demikian, peranan guru ialah berhadapan dengan
pengurusan perubahan. Kepimpinan guru diperlukan untuk mengurus proses perubahan. Guru sebagai
pemimpin juga dikehendaki memotivasikan rakan-rakan sejawat supaya membuat pembelajaran inovatif
serta melaksanakan tugas dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Guru adalah pendidik yang
dikurniakan dengan pelbagai tanggungjawab. Pendidik di sekolah tidak hanya mengajar tetapi juga
merupakan pemimpin. Secara sedar atau tidak, sifat kepimpinan berkualiti bagi seorang guru di sekolah
harus ditelusuri dan diperhalusi bagi mewujudkan iklim pendidikan yang mampu memacu kecemerlangan.
Pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan berhemah tinggi sentiasa dapat mewujudkan hubungan yang
baik dengan kelompok yang dipimpin.
Pemimpin berjiwa rakyat yang berpekerti mulia seharusnya didasari oleh himpunan ciri-ciri pekerti
terpuji. Seorang pemimpin seharusnya beriman kepada Tuhan dan mempunyai kepercayaan dan
kepatuhan kepada agama. Kepercayaan ini penting bagi memastikan mereka mempunyai pegangan dan
dasar kepercayaan yang utuh. Kepercayaan kepada agama menjadi tunjang bagi pembentukan peribadi
terpuji selaras dengan suruhan agama yang dianuti. Manakala konsep etika dan amalan keagamaan
seharusnya memberikan kekuatan jatidiri kepada pemimpin tersebut di dalam memimpin sesebuah
organisasi terutama memacu kecemerlangan pendidikan di sekolah.
Selain itu, seorang pemimpin juga mestilah mempunyai berilmu pengetahuan yang luas.Ilmu
tersebut merangkumi ilmu berteraskan ikhtisas pentadbiran pendidikan, psikologi, komunikasi serta
pengetahuan semasa. Ilmu ikhtisas pentadbiran pendidikan amat penting bagi memastikan komuniti
pendidikan di bawahnya meliputi staf akademik dan staf sokongan serta murid dapat diurus dengan
sempurna dan selaras dengan keperluan semasa di samping memenuhi aspirasi pendidikan negara.
Manakala ilmu-ilmu kemanusiaan seperti falsafah, sosiologi, psikologi dan komunikasi amat diperlukan
oleh pemimpin di sekolah bagi memastikan layanan dan kemesraan yang diwujudkan sesama ahli komuniti
berjalan dengan baik di samping dapat mengelakkan konflik. Sementara itu, pengetahuan yang luas
tentang isu semasa bakal menjadikan minda pemimpin sentiasa mengikut peredaran zaman dan bersedia
untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang mendatang. Pemimpin bercirikan perkara di atas pastinya
menuntut guru yang pakar di bidang pengurusan serta bidang profesionnya.
Ciri lain yang harus ada di dalam diri pemimpin di sekolah ialah ketinggian peribadi. Ketinggian
peribadi yang dimaksudkan meliputi tutur kata dari segi kesantunan bahasa yang berhemah dan bijak
untuk berkomunikasi dengan semua peringkat umur. Komen dan kritikan yang diberikan seharusnya
bersifat membina bukannya merendah-rendahkan martabat seseorang. Ketinggian peribadi juga boleh
diukur dengan tingkah laku yang merendah diri tetapi tegas, tidak sombong dan memberikan layanan
kepada semua pihak tanpa memilih bulu dan penuh hikmah. Pemimpin jenis ini pasti manis air mukanya,
bijak mengatur kata, penuh hikmah perlakuannya serta mempunyai jatidiri dan integriti yang tinggi.
Perkara yang diperkatakan akan membawa kepada ciri seterusnya iaitu pengaruh melalui teladan.
Pengaruh melalui teladan diterjemahkan melalui contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berdasarkan apa
yang diperkatakan, dilakukan dan ditontonkan. Pemimpin berwibawa mesti dapat menunjukkan contoh
139
teladan kepada komuniti di bawahnya melalui perlakuannya yang mendahului yang lain dengan niat untuk
diteladani oleh semua. Pemimpin sebegini akan dipandang tinggi oleh komuniti pendidikan sebagai
pemimpin yang mampu mengotakan janjinya melalui teladan. Sebagai contohnya pemimpin yang ingin
melihat kakitangannya datang awal ke tempat kerja pasti menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang
datang lebih awal daripada yang lain.
Pemimpin juga mesti mempunyai visi dan misi yang jelas di dalam membangun dan mentadbir
sesebuah organisasi. Adanya visi dan misi yang jelas memudahkan pemimpin bertindak untuk membawa
komuniti yang dipimpinnya ke arah kejayaan yang direncanakannya. Contohnya, bagi pemimpin unit dan
organisasi sekolah yang mempunyai visi dan misi yang jelas pasti berusaha membawa organisasi di bawah
tanggungjawabnya untuk cemerlang dari segala aspek dan dicontohi oleh yang lain. Bagi menjadikan
pemimpin itu berkredibiliti tinggi, mereka harus mempunyai kemahiran membimbing yang effektif.
Kemahiran membimbing ini penting bagi tujuan memperkasakan diri individu yang dibimbing bertujuan
mencapai sasaran kerja yang ditetapkan dengan jaya. Pemimpin sebagai guru yang berpengalaman harus
mampu untuk membimbing kakitangannya bagi menjamin kelangsungan budaya kerja berkualiti. Guru-guru
muda yang baru mula bertugas perlu diberi bimbingan agar cepat menyesuaikan diri di dalam sistem
pendidikan dan dibantu perkembangan potensi dirinya sebaik mungkin. Manakala guru senior pula yang
mempunyai kepakaran berteraskan pengalaman dibimbing untuk terus kekal aktif terutamanya dalam
menginovasikan proses pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan budaya menyelidik menerusi
Penyelidikan Kajian Tindakan.
Pemimpin juga mesti sedar bahawa tugas mereka bukanlah mudah. Mereka juga dikenali dan
terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Seseorang pemimpin hendaklah berupaya membuat keputusan yang terbaik bukan sahaja terbaik untuk
dirinya sendiri tetapi terbaik kepada semua pihak yang lain. Ia juga hendaklah terbaik kepada orang-orang
yang dibawah pimpinannya dan semua yang terlibat dengan keputusannya secara langsung ataupun tak
lansung.Sebagai contohnya apabila seseorang pengetua/guru besar telah mengenal pasti beberapa
masalah disiplin yang dilakukan oleh seorang guru, haruslah disiasat dan diberi pertimbangan rapi
berasaskan fakta dan bukti. Andainya wujudnya keraguan munasabah yang menepati tatacara tatatertib,
maka pemimpin tersebut harus membuat keputusan berbentuk amaran, penggantungan kerja atau
sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan kesalahan tersebut menjadi barah lantas menimbulkan sesuatu
yang tidak diingini.
Jelasnya, sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri
dalam aspek peranan kepimpinan guru di samping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada teori,
tanggungjawab guru terhadap pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah
pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini termasuklah mengadakan matlamat
dan objektif pengajaran dan pembelajaran, dan membimbing para murid supaya kecekapan mereka dalam
pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru termasuk juga
memberi penegasan terhadap pencapaian rnatlamat dan objektif pembelajaran, membuat keputusan,
mengelolakan aktiviti serta bekerja dengan guru lain supaya matlamat tercapai. Kajian Hallinger et al.
(1998) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah organisasi sebenarnya memberi kesan yang
mendalam perlu diambil kira dalam membentuk model peranan kepimpinan yang berjaya. Peranan
kepimpinan guru yang diamalkan bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlamat sebuah bilik
darjah malah memberi kesan ke atas matlamat negara. Guru harus bertindak termasuk merefleksi diri;
cuba melaksanakan pembelajaran secara kolaboratif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arah
mewujudkan peranan kepimpinan guru yang berkesan.
140
RUMUSAN
Pendidikan pada peringkat kebangsaan memerlukan penggemblingan tenaga semua pihak pada semua
peringkat pusat tanggungjawab (PTJ). Komitmen pada tugas membolehkan semua ketua PTJ membantu
matlamat dan hala tuju pendidikan negara dicapai. Sistem pentadbiran pendidikan negara lebih
mementingkan pemusatan kuasa secara tidak langsung telah mengamalkan ciri-ciri birokrasi dalam
pendidikan. Dengan rangkaian bahagian-bahagian dan unit-unit yang terdapat di dalam keseluruhan
organisasi pentadbiran pendidikan di Malaysia menyebabkan bahagian & unit yang berada di peringkat
bawah atau subordinat perlu akur dengan keputusan yang ditetapkan dan dilaksanakan para peringkat
atasan.
141
PENGENALAN
Pendidikan masa kini berhadapan dengan dunia global yang semakin kompleks dan memerlukan
pendekatan terbaik untuk menghadapi gelombang alaf baru. Selain berhadapan ledakan ilmu yang
berbentuk global, penemuan baru dalam pelbagai ilmu, sains dan teknologi, kepesatan pembangunan ICT,
perubahan norma dan nilai perlu dihadapi dan ditangai dengan sebaik yang mungkin. Pendidikan
kebangsaan juga perlu berubah seiring dengan perubahan yang berlaku. Hal ini penting untuk memastikan
generasi akan datang dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran, nilai, budaya dan norma yang relevan
bagi menghadapi abad ke 21. Pendidikan negara perlu menghadapi perubahan secara terancang kerana
mengubah manusia tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat. Perancangan yang komprehensif
pada dasar, sistem dan struktur pendidikan dapat mempastikan masa depan negara terus mampu bersaing
pad peringkat global dan mendahului era. Dalam konteks negara Malaysia, perancangan pembangunan
pendidikan yang berbentuk kebangsaan mula dicetuskan melalui Penyata Razak 1956. Syor-syor yang
dikemukakan merupakan suatu yang amat signifikan apabila membicarakan perkembangan pendidikan di
Malaysia. Ia menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan untuk membangunkan sistem pendidikan sendiri
dan pada masa yang sama memastikan kestabilan negara yang baru merdeka yang mana rakyatnya terdiri
daripada pelbagai kaum dan anutan agama. Berdasarkan matlamat ini, pelbagai dasar dan rancangan
telah digubal dan dilaksanakan bagi menjamin perkembangan dan kemantapan sistem pendidikan negara.
Ini dapat diperhatikan melalui pelaksanaan setiap Rancangan Malaysia dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan.
142
MISI PENDIDIKAN
Membangun sistem pelajaran yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.
WAWASAN 2020
(Saranan Tun Dr. Mahathir Mohamad)
Malaysia menjadi sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri. Perlu menghadapi 9 cabaran:
• Membentuk sebuah negara yang bersatu padu.
• Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri.
• Membangunkan masyarakat demokratis yang matang.
• Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh moral dan etikanya dan utuh nilai keagamaannya
• Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran.
• Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif.
• Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang.
• Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya.
• Mewujudkan masyarakat yang makmur.
143
ke sekolah Inggeris untuk mendapatkan pekerjaan dan menjawat jawatan penting. Pemupukan dasar
utilitarian Inggeris menerusi pendidikan telah memberikan kesan yang besar terhadap kejayaan dasar
pecah dan perintah. Kesan dasar pecah dan perintah telah memecahbelahkan masyarakat dari segi
perpaduan kaum dan hirarki sosial. Sebahagian besar rakyat masih dibelengu masalah buta huruf.
Apabila Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957 dan Malaysia dibentuk pada
tahun 1963, pendidikan kebangsaan menjadi agenda utama kerajaan untuk membentuk perpaduan dan
melahirkan tenaga kerja untuk membangunkan negara. Perancangan pembangunan pendidikan yang
mantap bermula dengan syor-syor yang terdapat di dalam Penyata Razak 1956 diikuti dengan Ordinan
Pelajaran 1957, Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961. Kesemua dokumen tersebut
menyarankan tentang pembentukan pendidikan kebangsaan, pendidikan percuma, penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum yang seragam. Perancangan pembangunan pendidikan
era tersebut menggunakan perdekatan berorientasikan permintaan masyarakat khususnya untuk mencapai
matlamat perpaduan negara dan tenaga kerja mahir disebabkan pada masa tersebut negara sedang
mengalami proses pembangunan semula.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) ditubuhkan pada tahun 1964. Ia
bertanggungjawab mengumpul segala statistik berhubung dengan pendidikan negara termasuk kewangan.
Ia dianggap sebagai pejabat perangkaan Kementerian Pendidikan dan mempunyai hubungan dengan Unit
Perancang Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Satu suruhanjaya ditubuhkan untuk meninjau
status guna tenaga buat pertama kalinya, iaitu pada tahun 1965. Peristiwa 13 Mei 1969 menunjukkan
berlakunya ketidakseimbangan keadaan ekonomi antara kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru (DEB)
digubal pada tahun 1970 dengan matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dan
menstrukturkan semula masyarakat berbilang kaum. Seterusnya Rancangan Malaysia Ketiga (1976–1980)
mula memperlihatkan tanda–tanda teori ekonomi diserapkan dalam perancangan pendidikan. Selepas
peristiwa 13 Mei 1969, perancangan pendidikan di Malaysia bertukar kepada pendekatan pelunjuran guna
tenaga. Ia mengambil kira pengeluaran guna tenaga untuk meseimbangkan keadaan ekonomi antara kaum
di Malaysia.
Selepas penubuhan Malaysia, rancangan pembangunan negara lima tahun telah dikenali sebagai
Rancangan Malaysia (RM) yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) dari tahun 1966 –
1970. RMK1 antara lain telah mensasarkan perkara-perkara berikut:
i. Memperbaiki taraf pendidikan.
ii. Penyediaan kemudahan pendidikan
iii. Mempelbagaikan latihan pendidikan.
iv. Memantapkan sistem pendidikan sebagai agen perpaduan.
v. Memperluaskan peluang pendidikan khususnya di luar bandar.
Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969, telah menyebabkan kerajaan mengubahsuai matlamat
pendidikan negara bukan sekadar pembentukan perpaduan, tapi juga sebagai senjata ampuh untuk
membasmi kemiskinan. Usaha ini adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum di Malaysia.
Kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan meletakkan sasaran 20 tahun (1970 –
1990) untuk mencapainya.
144
Dalam RMK2 (1971 – 1975) sasaran dalam bidang pendidikan ialah:(i) Orientasi pendidikan ke
arah masyarakat maju berasaskan sains dan teknologi. (ii) Menyediakan peluang pendidikan dan latihan ke
arah melahirkan tenaga rakyat bagi keperluan negara. (iii) Sistem pendidikan sebagai pemupuk perpaduan
kebangsaan melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, merapatkan jurang peluang
pendidikan antara kawasan dan kaum, serta menggabungkan sistem pelajaran di Semenanjung dan
Malaysia Timur.
Dalam RMK3 (1976 – 1980) pendidikan dirancang untuk memainkan peranan: (i) Pemupukan
perpaduan dengan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama, (ii) Usaha
menanamkan nilai kebangsaan melalui sistem pendidikan dan (iii) Penekanan diberikan terhadap bidang
sains dan teknologi.
Pada tahun 1979, penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah
ditubuhkan dan telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem
pendidikan. Pada dekad 1980an, pelbagai perkara yang telah dilakukan untuk menyediakan peluang
pendidikan kepada rakyat Malaysia, khususnya bagi golongan di luar bandar dan kurang berkemampuan
seperti Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa, Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Makanan
Tambahan.
RMK4 (1981 – 1985) masih lagi meletakkan pendidikan sebagai alat pemupukan perpaduan di
samping menggalakkan penyertaan semua kaum dalam pembangunan negara. Dasar penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan negara telah disasar untuk dicapai pada
tahun 1982 di Semenanjung Malaysia dan Sabah, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Dalam RMK5
(1986-1990), peranan pendidikan lebih kepada penerusan RMK4. Pendidikan adalah bertujuan pemupukan
perpaduan dengan mengutamakan penglahiran individu yang berpengetahuan, terlatih dan mahir sebagai
memenuhi keperluan tenaga manusia selaras dengan permintaan yang semakin bertambah di dalam
negara. Dalam dekad 1990an, banyak perkembangan pesat yang berlaku dalam pelaksanaan dasar
pendidikan. Antaranya ialah: (i) Pembentukan Akta Pendidikan 1996. (ii) Akta Institusi Pendidikan Tinggi
Swasta (1996). (iii) Akta Universiti Dan Kolej Universiti (Pindaan 1996). (iv) Akta Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Negara (Pindaan 2000). Antara perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan ialah:
i. Perkembangan ICT dalam pendidikan. Penubuhan Sekolah Bestari dalam tahun 1999.
ii. Penubuhan kolej matrikulasi dan kolej komuniti.
iii. Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dinaiktaraf kepada Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) dan
kemudiannya kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
iv. Menaiktaraf Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.
Pada tahun 1991, negara telah bergerak ke arah Dasar Pembangunan Negara dan kerajaan
berusaha melalui RMK6 (1991 – 1996) untuk mencapai matlamatnya. Walau pun Dasar Ekonomi Baru
telah tamat, namun usaha pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat masih lagi
diteruskan khususnya terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Mutu pendidikan dan latihan
ditingkatkan bagi membentuk tenaga kerja yang mempunyai kebolehan teknik bagi meningkatkan daya
saing ekonomi negara. Pada masa yang sama usaha dilakukan untuk melahirkan warganegara yang
bertanggungjawab dengan mempunyai moral dan nilai etika yang kukuh.
Dalam RMK7 (1996 – 2000) kerajaan meletakkan sasaran untuk memperkukuh dan memperbaiki
sistem pendidikan dan latihan. Usaha digembeleng untuk memperbaiki kualiti dan menambah kuantiti
keluaran bagi memenuhi keperluan tenaga manusia terutama dalam bidang sains dan teknologi.
Penekanan yang berterusan bagi meningkatkan peluang pendidikan di kawasan luar bandar dan terpencil.
RMK8 (2001 – 2005) telah menggariskan beberapa peranan yang perlu dilakukan dalam sektor
pendidikan. Antaranya ialah:
145
i. Berusaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan yang cekap dan responsif bagi
memenuhi permintaan terhadap tenaga buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang
dilengkapi dengan nilai dan sikap positif.
ii. Pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut
dalam kurikulum termasuk latihan guru.
iii. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk menambah peluang memperoleh pengetahuan, penekanan
diberi untuk meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan
tertiari.
Dalam tempoh RMK9 (2006 – 2010), usaha dipergiat untuk membangunkan modal insan demi
memacu transformasi negara ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Program dan projek dilaksana
bagi mencapai keutamaan Misi Nasional, iaitu menambah baik sistem pendidikan, meningkatkan inovasi
dan memastikan pembangunan modal insan yang menyeluruh. Agihan peruntukan Dalam RMK 9 (2006 –
2010) terhadap pendidikan ialah RM 23.198 bilion yang merupakanperuntukan terbesar berbanding sektor
lain untuk dibelanjakan sehingga tahun 2010.
• Prasekolah (RM 327.3 juta): untuk 2,626 sekolah, 3,143 kelas, 76,000 kanak-kanak menjelang.
• Sekolah Rendah (RM 4.1 bilion): bagi menyediakan 13,000 Bilik Darjah (68% luar bandar) dan
meningkatkan bilangan sekolah satu sesi daripada 86% kepada 90% dan mengurangkan saiz kelaskan
kepada 30 murid.
• Sekolah Menengah (RM 4.5 bilion): bagi mengurangkan kesesakan murid dalam Bilik Darjah dengan
menyediakan 10,000 BD (57% luar bandar); menambahkan bilangan sekolah satu sesi daripada 65%
kepada 70%; mengurangkan saiz kelas kepada 30 orang murid.
• Sekolah Bantuan Kerajaan (RM108.4 juta) bagi belanja mengurus 1,755 buah sekolah.
• Menjelang 2020 negara mensasarkan Sekolah Kebangsaan lebih adil dan saksama kepada orang
awam daripada pelbagai kaum.
• Murid Cina dijangka bertambah daripada 6% (2005) kepada 12% (2010).
• Murid India dijangka bertambah daripada 43.2% (2005) kepada 60% (2010).
• Dari RM ke-8 lagi telah disarankan menjelang 2010, 50% guru Sekolah Rendah berijazah).
Dalam RMK 10 (2011 – 2015), arah perkembangan pendidikan negara adalah seperti berikut: (i)
Mengambil langkah holistik bagi memperkukuh sistem pendidikan dan latihan, bermula daripada
pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi. (ii) Menyediakan infrastruktur
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik.(iii) Mempastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai
tahap yang sewajarnya.
146
i. Memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama tanpa mengira
lokasi, kaum atau pun daripada kelompok kurang upaya, Orang Asli dan suku minoriti lain.
ii. Memberi perhatian khusus ke atas sekolah yang telah mencapai tahap cemerlang untuk
memastikan bukan sahaja ia dapat mempertahankan kecemerlangan malah mampu
memepertahankannya ke tahap yang lebih tinggi.
Dalam pendekatan pertama, pihak KPM hendak memastikan semua pelajar mampu menguasai
kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dan tidak ada pelajar yang tercicir daripada persekolahan
hanya semata-mata disebabkan kemiskinan. Di samping itu, KPM juga berharap semua sekolah mampu
melakukan akses terhadap ICT khususnya internet. Melalui pendekatan kedua, pihak KPM memfokus
terhadap semua jenis sekolah termasuk Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Premier, Sekolah 100 tahun
dan Sekolah Menengah Teknik.
Sekolah memberi penekanan kepada pembangunan nilai, etika dan jati diri, daya kreativiti dan inovasi
serta kepimpinan dan keusahawanan.
menambah baik sistem pemilihan calon guru, perjawatan, penempatan dan kebajikan guru. Contoh
pelaksanaan meliputi:
Mewujudkan pusat latihan seperti Pusat Latihan Biro Tatanegara atau dengan menggunakan Pusat
Kokurikulum Negeri bagi menanamkan sikap positif kepada guru-guru permulaan serta guru-guru yang
telah berkhidmat lebih lima (>5) tahun.
Mengadakan program-program motivasi untuk menyegarbugarkan (revitalising and rejunevate) guru-
guru yang telah lama berkhidmat.
Elaun khas kepada guru diberikan berdasarkan peformance-based tanpa mengira lokasi.
Memperkenalkan konsep tour of duty dengan memberi markah bonus untuk urusan kenaikan pangkat
bagi guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman.
Semua Pengetua/Guru Besar memakai lencana (badge) seperti “Saya Agen Perubahan” atau “Saya
Guru Berkualiti” mulai tahun 2010.
bagi mewujudkan suasana kehidupan berdisiplin di kalangan murid sekolah. KPM amat prihatin tentang
gejala sosial dan masalah disiplin yang semakin meningkat dalam dan luar sekolah menyebabkan KPM
telah mengambil tindakan dengan menubuhkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Disiplin Murid dan
Sekretariat Tetap di peringkat JPN dan PPD/G. Hasilnya kes disiplin pelajar telah berkurangan daripada
2.27 peratus pada tahun 2006 kepada 2.10 peratus pada Jun 2007. Penglibatan murid dalam kes jenayah,
disiplin dan salah laku telah juga berkurangan daripada 0.03 peratus pada tahun 2006 kepada 0.02 peratus
pada Jun 2007. Selain itu, JPN dan PPD/PPG di seluruh negara telah mewujudkan program
permuafakatan dengan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) dan badan bukan kerajaan termasuk PIBG bagi membantu melaksanakan tindakan yang lebih
holistik dalam menangani masalah disiplin murid.
3. Bertanding Untuk Kerusi Lembaga Kerja UNESCO, Di Persidangan Agung UNESCO Ke-34,
Oktober 2007
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan Malaysia bertanding kerusi Lembaga Kerja UNESCO bagi
tempoh 2007 hingga 2011 semasa Persidangan Agung UNESCO ke-34 pada bulan Oktober 2007 dengan
pencalonan Y.B. Menteri Pelajaran sebagai calon Malaysia dalam Lembaga Kerja UNESCO. Peruntukan
sebanyak RM150,000 bagi melaksanakan persediaan strategi-strategi melobi kerusi Lembaga Kerja
UNESCO di Pejabat Perwakilan Tetap Malaysia (PPTM), Paris, Peranchis sepanjang tahun 2006 dan
peruntukan sebanyak RM600,000 untuk melaksanakan program dan aktiviti melobi oleh setiap
Jawatankuasa Kecil Tetap, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan PPTM pada tahun
2007 telah diluluskan. Peruntukan geran tahunan SKUM dinaikkan daripada RM100,000 kepada
RM900,000 bagi melaksanakan semua program dan aktiviti SKUM mulai tahun 2007, dan supaya seorang
Atase Sains ditempatkan di PPTM ke UNESCO
150
virtual dalam RIMUP yang menggunakan platform ICT bagi memupuk hubungan dan persefahaman murid
pelbagai kaum secara tidak formal. Program rintis e-Integrasi yang melibatkan 527 buah sekolah rendah
bermula Jun 2007 ini. Selain itu, sehingga Jun 2007, sebanyak 250 sekolah menengah telah menubuhkan
Kelab Rukun Negara dengan keahlian seramai 100,000 orang murid.
Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan pemberian peruntukan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk
bersama-sama menjayakan agenda pendidikan di kawasan masing-masing. Selain itu, mesyuarat ini juga
meluluskan pewujudan Majlis Permuafakatan PIBG di peringkat Parlimen dalam usaha menyemarakkan
penglibatan PIBG.
Selain dasar-dasar baru yang mendapat kelulusan Jemaah Menteri, terdapat juga dasar-dasar
baru yang telah diperkenalkan dalam PIPP. Antaranya dalam usaha memperkasakan sekolah kebangsaan,
usaha telah dilaksanakan untuk menjadikan sekolah kebangsaan pilihan utama masyarakat Malaysia.
Mulai Januari 2007, sebanyak 100 buah SK telah menawarkan Bahasa Cina (BC) dan 60 buah SK
menawarkan Bahasa Tamil (BT) sebagai projek rintis dengan menggunakan tiga Model Pengajaran. Projek
rintis ini bertujuan untuk mendapatkan model terbaik bagi melaksanakan penawaran kedua–dua bahasa
tersebut sepenuhnya pada tahun 2008. Bilangan murid yang sedang mengikuti kelas BC di SK seramai
1908 orang dan kelas BT seramai 668 orang. Daripada segi peluasan program j-QAF pula, sehingga Jun
2007, sebanyak 3,686 SK telah mengadakan kelas j-QAF melibatkan 618,439 orang murid Islam.
Dalam usaha membina negara bangsa yang mempunyai kecintaan terhadap seni warisan dan
budaya bangsa, KPM telah mewujudkan dua buah Sekolah Seni di Johor dan Sarawak. Sekolah–sekolah
diwujudkan dengan menumpang di SMK Mohd Khalid dan SMK Tun Abang Hj Openg bermula dengan
pengambilan pelajar Tingkatan 1. Pelajar di sekolah ini akan mengambil semua mata pelajaran teras PMR
serta pilihan dalam empat bidang Seni iaitu Pendidikan Seni Visual, Seni Muzik, Seni Teater dan Seni Tari.
Pewujudan Sekolah Seni telah memberi peluang kepada pelajar yang berbakat dalam seni untuk
mengembangkan keupayaan mereka dalam bidang kesenian. Sehubungan itu, pelajar lepasan sekolah
seni akan berpeluang menyambung pengajian ke peringkat sijil, diploma dan Ijazah di jabatan dan agensi
di bawah KeKKWA seperti Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA), serta Institut Kraf Tangan
Malaysia. KPM telah pun mengenal pasti tapak untuk pembinaan dua buah sekolah seni di Wilayah
Pembangunan Iskandar Nusajaya di Johor dan di Santubong, Sarawak. Peruntukan untuk pembinaan
Sekolah Seni dalam RMKe-9 ialah sebanyak RM 43.9 juta dan masih dalam peringkat perancangan. Satu
Jawatankuasa Bersama KPM-KeKKWA telah dibentuk bagi menyemarakkan kegiatan kebudayaan dan
kesenian serta memperkasakan kewujudan sekolah seni.
Sebagai rumusan, KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-
2010 yang menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh
5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang
bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Dalam
hal ini Menteri Pelajaran Malaysia, Dato‟ Sri Hishammuddin Tun Hussein pada tahun 2006 semasa
pelancaran PIPP telah menyatakan:
“Sememangnya tugas ini amat berat dan saya memerlukan pasukan yang benar-benar
komited, amanah, jujur dan yang sanggup bekerja keras untuk memastikan segala
perancangan kita dapat dilaksanakan dengan cekap, berkesan serta tidak mengulangi
kesilapan-kesilapan masa lalu.”
Pada tahun 2009, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin telah menyatakan:
“Usaha Kerajaan merapatkan jurang pendidikan bandar dan luar bandar adalah selaras
dengan matlamat Pendidikan Untuk Semua (Education for All) yang disasarkan oleh
UNESCO. Education for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan oleh
UNESCO meletakkan Malaysia pada kedudukan 45 daripada 129 negara dalam Indeks
Pembangunan Pendidikan Untuk Semua (EDI), sekaligus menempatkan Malaysia di
kalangan 56 negara yang berada di kedudukan aras tinggi.”
152
153
155
sukan. Penawar)
Sekolah Sekolah untuk pelajar- Sekolah ini menggunakan 57 Swasta
antara- pelajar antarabangsa. kurikulum antarabangsa
bangsa Menyediakan 40% tempat yang berorientasikan
kepada pelajar tempatan. perniagaan
Sekolah Perkongsian pintar di Pendidikan yang SR (55) KPM
swasta antara Kementeria pelajaran berorientasikan perniagaan, SR A (34) (kurikulum)
dan pihak swasta untuk khidmat sosial, SM (73)
memberi peluang kepada tanggungjawab agama SMA (17) Swasta
pelajar menerima ilmu yang untuk memberi peluang SMP Cina
pelbagai. secara maksima dalam (60)
pembelajaran. P. Khas
(10)
Sekolah Sekolah khas untuk pelajar Mengembangkan bakat 1994 15 KPM
Projek yang aktif dalam bidang pelajar dalam bidang sukan
sukan dan menyalurkan
pelajar kepada sekolah
sukan.
Sekolah Sekolah khas untuk pelajar Mengembangkan kesenian, 2009 2 (Perintis KPM
Seni yang berpotensi dan kebudayaan dan warisan di JB &
Malaysia berbakat dalam bidang bertaraf dunia. Kuching)
kesenian.
8. SMK Aminuddin Baki (B), WP Kuala Lumpur Renang, Bola Baling, Catur dan Bola jarring
9 SMK Sultanah Asma (B), Kedah Sukan, Bola jarring
10. SMK Sultan Sulaiman (B), Terengganu Olahraga dan Bola sepak
11. SMK Abdul Rahman Talib (B), Pahang Program tahfiz, soft ball, kuiz sejarah dan
memanah
156
12. SMK Derma (B), Perlis Lawn Ball, Enhancement in Math & Science
13. SMK Gunung Rapat (B), Perak Bowling, Olahraga, Rugby, Equestarian,
Taekwando, Silat gayong
14. SMK Victoria (B), WP Kuala Lumpur School band, Rhetorika, Polo Air dan English
drama
15. SMK St John (B), WP Kuala Lumpur Memanah, Hoki, Pancaragam, Old Boys
Association
16. SMK Convent Bukit Nanas (Mision, B), WP Kuala Lumpur Language (drama), Public speaking & Debate
17. SMT Tawau (B), Sabah ICT, Bola jaring, Unit Berunifom, Pertahanan
Awam
18. SMT Tuanku Jaafar (B), Negeri Sembilan Inovasi dan kreativiti
19. SMKA Sheikh Abdul Malek(B), Terengganu Tafsir Al-Quran, Perbahasan
20. SMKA Sharifah Rodziah, (LB) Melaka Nasyid, Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis
21. SMKA Al-Mashoor (L) (B), Pulau Pinang Kokurikulum-aktiviti persatuan hingga ke
peringkat antarabangsa
Memandangkan pertumbuhan sector awam terbatas, hasrat itu memerlukan pendidikan swasta
berkembang enam kali ganda dan perkara tersebut memerlukan RM 20 bilion pembiayaan dalam tempoh
10 tahun di mana hanya enam peratus terdiri dari pembiayaan awam yang baharu. Juga tambahan
536,000 pekerjaan akan diwujudkan dengan sebahagian besarnya dalam bidang professional dan teknikal
serta menambahkan tiga kali ganda pengambilan pelajar asing daripada 70,000 pada tahun 2010 kepada
200,000 menjelang 2020.
Bagi mancapai sasaran tersebut empat segmen pendidikan diberi tumpuan berdasarkan sainz
pasaran dan potensi pembangunan masa hadapan iaitu pendidikan tertiari iaitu melibatkan penuntut
tempatan dan asing, pendidikan teknik dan latihan vokasional (TEVT), pendidikan asas (rendah dan
menengah) dan penjagaan awal kanak-kanak dan pendidikan awal (ECCE). Sejumlah 13 Projek
Permulaan Ekonomi (EPP) dibangunkan meliputi empat segmen tersebut berdasarkan kepada impak PNK
dan potensi untuk memangkinkan lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan.
Dari jumlah itu, Kementerian Pelajaran memiliki lima EPP bagi NKEA Pendidikan iaitu EPP1,
EPP2, EPP3, EPP4 dan EPP13.
EPP2: Mewujudkan Pusat Latihan Bagi Guru Pra Sekolah Dan Pengasuhan
Pada tahun 2011, hanya terdapat seramai 12,950 guru pra sekolah swasta dan pengasuh terlatih
sedangkan kehendak pasaran memerlukan 25,400 guru pra sekolah dan 29,000 pengasuh kanak-
kanak baru yang terlatih. Sehubungan itu terdapat potensi besar untuk menguasai permintaan bagi
guru ECCE untuk dilatih di bawah program yang berkualiti bukan sahaja di dalam negara tetapi
juga di rantau ini. Dengan kewujudan pusat latihan guru pra sekolah ini seramai 218,000 guru pra
sekolah swasta dan pengasuh dijangka mampu dilatih menjelang 2020.
158
159
iii. Masyarakat berbilang kaum yang bersifat perkauman. Perancangan pendidikan sukar mendapat
sokongan penuh dari semua kaum kerana perancangan yang baik sering disalahtafsirkan oleh
sesetengah pihak. Contoh, pelaksanaan Sekolah Wawasan.
iv. Persepsi dan sikap masyarakat yang kurang positif terhadap pembaharuan dalam pendidikan
khususnya terhadap pendidikan vokasional dan teknik. Ini kerana pendidikan vokasional dan teknik
sering dikaitkan dengan pekerjaan kolar biru.
v. Kos pendidikan yang tinggi menjadi beban kepada sumber kewangan negara khususnya terhadap
pendidikan teknik dan vokasional.
i. Cabaran ICT
ICT menjadi satu cabaran utama pembangunan pendidikan disebabkan tahap program pendidikan ICT
yang masih di tahap rendah. Statistik Kementerian Pendidikan (2000) menunjukkan jumlah enrolmen
pelajar dalam bidang sains dan teknologi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berjumlah 49,575
(29.0%) dan 39,305 (23.0%) pada tahun 2000. Manakala graduan sains ialah 34,805 (25.6%) dan graduan
teknologi 22,765 (16.7%) pada tahun yang sama. Arah aliran ini menunjukkan Malaysia masih belum
mencapai keupayaan dalam memenuhi keperluan pasaran guna tenaga mahir ICT untuk mengekalkan
daya saing di pasaran global.
Untuk merealisasikan matlamat k–ekonomi, rangkaian maklumat dan infrastuktur diperlukan bagi
menyalurkan maklumat. Tahap penerimaan, penggunaan dan penyebaran maklumat diukur melalui
penyediaan kemudahan media elektronik dan komunikasi. Disiplin ICT perlu ditekankan dalam sistem
pendidikan Negara bermula daripada pendidikan rendah. Menurut kajian Agenda Teknologi Dan Maklumat
Negara (Infosoc Malaysia, 2000), satu pertiga daripada penduduk Malaysia yang berumur di bawah 14
tahun perlu didedahkan dengan program ICT bagi membangunkan potensi sumber manusia berasaskan
ICT. Terdapat 30.5% sekolah rendah dan 53.8% sekolah menengah di seluruh negara mempunyai
computer peribadi (PC) bagi kegunaan pelajar manakala hanya 10.2% sekolah rendah dan 34.1% sekolah
menengah mempunyai capaian internet. Ini bermakna 69.5% sekolah rendah dan 46.2% sekolah
menengah tidak mempunyai PC. Manakala 89.8% sekolah rendah dan 65.9% sekolah menengah tidak
mempunyai kemudahan internet. Tahap penggunaan PC dan capaian internet ini jauh lebih rendah
dibandingkan dengan jumlah sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh negara. Secara
keseluruhannya, dianggarkan kira–kira 0.99 juta (4.4%) rakyat Malaysia tidak mempunyai pendidikan
formal dan mereka ini dianggap terpinggir dari segi ICT secara langsung (Infosoc Malaysia, 2000).
Pencapaian Malaysia dalam ICT boleh diukur dengan menggunakan indikator–indikator seperti
pemilikan peralatan maklumat dan telekomunikasi (radio, televisyen, telefon, komputer, perisian dan
rangkaian), sumber kewangan bagi membolehkan penggunaan barangan dan perkhidmatan ICT dan
kemahiran asas atau keupayaan sebenar menggunakan barangan dan perkhidmatan ICT. Indikator terkini
mengukur tahap ICT ialah pemilikan komputer peribadi. Tahap pemilikan komputer peribadi di Malaysia
ialah 59 orang bagi setiap 1000 orang penduduk berbanding 459 orang bagi setiap 1000 penduduk
Amerika Syarikat dan 422 per 1000 penduduk Switzerland pada tahun 1998 (World Bank, 1999). Malaysia
juga didapati masih jauh ketinggalan dari segi penggunaan komputer dan internet jika dibandingkan
dengan negara–Negara Asia seperti Singapura, Jepun dan Korea Selatan. Dari segi penggunaan internet
160
pula ialah 2.7% daripada jumlah penduduk Malaysia berbanding 15.8% penduduk Singapura dan 38.0%
penduduk Finland pada tahun yang sama (World Bank, 1999).
161
i. Bidang Keutamaan:
Sekolah tapak pemikiran kreatif.
Kurikulum sekolah dikaji semula.
Bilangan pelajar Sains bertambah.
Pembangunan profesion perguruan.
Sekolah dilengkapi kemudahan ICT.
Penekanan pendidikan peringkat ketiga.
Penggalakkan pembelajaran sepanjang hayat.
Pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi.
Universiti : tenaga kerja + model intelektual dan pengetahuan baru.
Kawasan luar bandar akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan.
Sektor swasta digalakkan menyediakan pendidikan di peringkat tertiari.
163
PENUTUP
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu yang bersifat dinamis dan sentiasa berkembang. Pelbagai
perkara telah dilakukan melalui rancangan pembangunan negara bagi memastikan pendidikan di Malaysia
sentiasa mampu bersaing dan mendapat pengiktirafan di peringkat global. Kesilapan dalam merancang
sistem pendidikan akan membantutkan proses pembangunan negara dan mungkin menurunkan daya
saing negara di peringkat global. Perancangan pendidikan akan terus memainkan peranan utama bagi
menyediakan sumber manusia untuk bersaing di peringkat global. Dalam usaha meningkatkan
kecemerlangan pendidikan Malaysia, tumpuan bukan saja diberikan kepada perkembangan pendidikan
dalam negara tetapi juga pada peringkat antarabangsa. Langkah ini adalah perlu dan amat signifikan pada
masa ini bagi menyediakan generasi masa hadapan Malaysia yang lebih kompetitif, holistik,
berketerampilan serta mampu bersaing di peringkat global.
164
PENGENALAN
“Seorang guru yang baik itu boleh dilahirkan melalui pendidikan”. Guru yang baik ibarat lilin yang
membakar diri, begitulah insan yang bergelar guru. Mengapakah guru diumpamakan sebagai lilin yang
sedang menyala? Itulah yang dinamakan pengorbanan. Untuk apakah pengorbanan yang dilakukan oleh
insan yang bergelar guru? Maka di sinilah pegangan dan kepercayaan guru terhadap profesionnya
memainkan peranan penting. Seorang guru mendapat gelaran cikgu kerana pengiktirafan terhadap
ilmunya. Gelaran cikgu terpahat kekal walaupun jasadnya sudah berada di liang lahad. “Guru adalah
segala-galanya” seperti mana yang diungkapkan oleh Pullias & Young (1968). Tugas guru bagaikan
pelukis yang menaburkan warna di atas kanvasnya untuk menghasilkan karya seni yang agung. seorang
guru bagaikan arkitek yang merangka bangunan yang tersergam hebat meniti zaman. Seorang guru
bagaikan jurutera yang menghasilkan binaan teguh merentas zaman. Insan guru juga bagaikan doktor
pakar yang mengenalpasti punca masalah kesihatan dan merawat sehingga sembuh. Malah guru diminta
oleh masyarakat untuk memberikan lebih dari itu. Dari manakah guru beroleh kesanggupan untuk
menerima bebanan itu? Kesungguhan guru telah meletakkan kedudukannya yang tinggi kerana
mengajarkan ilmu itu satu sedekah dan sedekah itu satu ibadah yang dijamin ganjarannya di akhirat kelak.
Guru sebagai agen sosialisasi dan agen perubahan memainkan peranan penting untuk
mentransformasikan kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menerusi kurikulum untuk
disasarkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah. Apa yang diamalkan oleh guru-guru adalah
pancaran dari pemikiran mereka terhadap pendidikan. Untuk itu Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia pada tahun 1982 telah mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) sebagai
satu panduan ke arah pembentukan profesionalisme keguruan di Malaysia.
165
Cabaran berkaitan perguruan ialah apakah proses penyediaan calon untuk memasuki profesion
keguruan itu diasaskan kepada prasyarat yang selaras dengan nilai keguruan?
Cabaran berkaitan keguruan ialah, adakah keguruan merupakan satu profesion?
Cabaran perguruan
i. Adakah pemilihan calon didasarkan kepada kelayakan-kelayakan yang rasionalnya adalah rasional
nilai-nilai dalam profesion keguruan? Ertinya selain daripada kelayakan akademik tahap tertentu,
apakah diperhitungkan hal-hal seperti perwatakan, bakat keguruan, kualiti suara dan sebutan,
minat terhadap kanak-kanak dan seumpamanya?
ii. Adakah pemilihan pensyarah-pensyarah yang terlibat institusi pendidikan guru didasarkan kepada
criteria-kriteria yang selaras dengan nilai-nilai keguruan yang hendak dipupuk oleh mereka kepada
calon-calon guru ini?
iii. Apakah kurikulum perguruan di institusi pendidikan guru mewakili segala kehendak penyediaan
profesional?
iv. Sejauhmanakah proses perguruan memperkukuhkan pendidikan sebagai nilai utama di dalam diri
calon-calon guru semasa mereka disediakan untuk menjadi guru?
v. Apakah sistem perguruan di Malaysia memberikan pendidikan perguruan atau latihan perguruan?
Cabaran Keguruan
Cabaran keguruan sebagai satu profesion pula boleh dirujuk terhadap ciri-ciri profesional itu sendiri iaitu:
i. Wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri.
ii. Kawalan profesion terhadap anggotanya daripada penyelewengan amalan.
iii. Anggota profesion mestilah menguasai dan menghayati himpunan ilmu tersebut.
iv. Mempunyai himpunan kemahiran dan kecekapan yang unik kepada profesion itu sahaja.
v. Kepercayaan dan keyakinan terhadap matlamat profesion iaitu pendidikan dan bukannya
pengajaran semata.
Ciri utama sebuah profesion ialah wujudnya himpunan ilmu mengenai profesion itu sendiri. Himpunan ilmu
itu memang ada tetapi yang harus dipastikan ialah bahawa anggota profesion itu sendiri mestilah
menguasai dan menghayati himpunan ilmu itu yang terdiri daripada pengetahuan, kemahiran atau
kecekapan yang unik terhadap profesion itu sahaja dan nilai-nilai yang dipegang dan diamalkan bersama.
Dari segi kemahiran dan kecekapan yang unik merujuk kepada adakah anggota profesion keguruan
menguasai kemahiran teknik pengajaran, pengujian, pengdiagnosan, pengendalian motivasi pelajar,
pembinaan konsep diri murid, pemupukan minat, penyisipan nilai dan unsur pendidikan dalam pengajaran
dan pengendalian disiplin.
Ciri profesion yang seterusnya ialah pengawalan profesion itu terhadap anggota profesion supaya
tidak menyeleweng amalan mereka dari segi nilai yang dianuti oleh profesion. Sehubungan itu, profesion
keguruan mestilah mempunyai mekanisme memberkesankan pengawalan itu menerusi dendaan dan
penguatkuasaan peraturan. Pengawalan yang ada kini dilihat datang dari majikan dan bukannya dari
kumpulan profesion keguruan itu sendiri.
Diploma Pendidikan
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah
Laporan Hay McBer (DfEE, 2000) berkaitan „Pelan Induk Untuk Guru Sempurna‟ telah membahagikan ilmu
guru kepada tiga kumpulan:
i. Kemahiran mengajar
ii. Ciri-ciri profesional
iii. Iklim bilik darjah
Samakah pekerjaan sebagai seorang guru dengan seorang doktor/ jurutera? Apakah kualiti seorang guru
sama dengan kualiti seorang doktor/ jurutera?
Oleh itu, usaha menyediakan diri ke arah peningkatan profesionalisme perlukan latihan dan
latihan-latihan semula secara berterusan. Hanya dengan sikap proaktif, semangat dan keinginan yang
tinggi bagi memperlengkapkan diri sahaja seseorang guru itu mampu mengangkat martabat diri mereka ke
tahap yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bersedia menghadapi pelbagai cabaran, tuntutan dan
tekanan tugas dan kerja yang sering berubah dalam proses peningkatan dan pembaharuan.
168
Merujuk kepada Rajah 1, pendidikan guru bermula pada peringkat pra perkhidmatan. Pelajar-pelajar yang
mengikuti program pendidikan (sekolah menengah, sekolah rendah, pendidikan awal kanak-kanak dan
pendidikan khas) di IPT dan IPGM diwajibkan mengikuti kursus-kursus dari komponen ikhtisas, akademik
dan perkembangan diri. Pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari kemudiannya dilaksanakan
sewaktu menjalani praktikum atau latihan mengajar. Pendidikan Guru merangkumi tiga komponen yang
termuat di dalam kurikulumnya:
i. Komponen Ikhtisas
Membina kemahiran, sikap dan pengetahuan asas perguruan menerusi kursus-kursus asas
pendidikan, latihan mengajar (praktikum), seminar dan kajian tindakan.
169
Manalaka kursus/ latihan dalam perkhidmatan adalah khusus untuk guru-guru terlatih. Perkara
tersebut merujuk kepada perkembangan profesionalisme keguruan ke arah pemantapan, penambahan dan
pembaharuan terhadap pengetahuan dan kemahiran sedia ada. Kursus/ latihan dalam perkhidmatan
(KPD) adalah program yang menyediakan latihan keguruan kepada guru-guru terlatih yang sedang
berkhidmat di sekolah kelolaan KPM. Kursus-kursus yang ditawarkan bermatlamatkan peningkatan
akademik dan pemantapan profesionalisme keguruan di kalangan guru. Contoh-contoh kursus KDP yang
ditawarkan oleh Kementerian pelajaran Malaysia adalah seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 2.
PENDIDIKAN GURU
170
Sebelum tahun 1982, pendidikan di Malaysia tidak mempunyai satu falsafah yang nyata untuk pendidikan
guru dalam bentuk dokumentasi. Pendidikan guru yang ada bergerak selari dengan matlamat negara yang
dinyatakan dalam Laporan Pelajaran seperti Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1961) dan
Rancangan Malaysia. Pada tahun 1979, Laporan Jawatan Kuasa Kabinet telah menetapkan halatuju
pendidikan guru di Malaysia iaitu:
i. Menghasilkan guru yang mempunyai kesedaran dan daya pemikiran untuk mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran secara interaktif bagi memperkembangkan lagi potensi pelajar.
ii. Melahirkan guru yang dapat membudayakan ilmu dalam masyarakat.
Sehubungan itu pada tahun 1982, Kementerian Pelajaran Malaysia menerusi Bahagian Pendidikan
Guru telah menggubal dan mendokumentasikan Falsafah Pendidikan Guru untuk menjadi rujukan,
panduan, amalan dan wawasan kepada semua institusi yang melahirkan guru-guru di Malaysia. Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) yang didokentasikan adalah dengan hasrat untuk mendidik:
1. Berpekerti mulia
Guru yang bersedia meletakkan kepentingan kepada orang lain (murid, ibu bapa , masyarakat)
melebih diri.
172
ii. Kemasyarakatan: Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin, agen perubahan dan agen
sosialisasi.
iii. Kendiri: Penekanan terhadap pembinaan daya kefahaman dan patriotism, pemupukan budaya ilmu
serta pembentukan sahsiah yang murni dan berpekerti mulia.
ii. Kemahiran: Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan pelajaran dengan
tujuan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu guru juga mesti mempunyai
kemahiran-kemahiran berikut:
Interpersonal
Intrapersonal
Komunikasi
Teknologi
Kemahiran Profesional
o Pengurusan masa
o Pengurusan kelas
iii. Nilai
Nilai yang merujuk kepada amalan nilai-nilai murni, perlakuan guru yang penyayang, berpekerti mulia,
berdaya tahan, patriotik, inovatif, kreatif, motivatif dan patuh kepada Etika Profesionalisme Keguruan.
173
Ketiga-tiga komponen ini disepadukaan dan dilaksanakan merentas semua kursus dan program
pendidikan guru yang dirancangkan oleh setiap institusi pendidikan tinggi yang menawarkan program
pendidikan. Model tersebut menekankan kepada matlamat untuk mengembangkan potensi guru secara
seimbang dan bersepadu dari segi rohani, emosi, intelek dan jasmani. Model Konseptual Pendidikan Guru
telah diperincikan semula apabila Standard Guru Malaysia digubal dan diimplimentasikan.
174
(BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG
bersama-sama Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA)
bertanggungjawab merancang dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga
pengajar di institusi pendidikan seluruh negara.
Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan
nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan
pembelajaran.Bahagian Pendidian Guru telah mengambil langkah proaktif dalam membangunkan standard
guru sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan di
Malaysia.
Tujuan SGM
Standard Guru Malaysia digubal bagi tujuan yang berikut:
1. mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
2. mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi
latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
3. Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan
guru yang patut ditambahbaik sejajar dengan perkembangan dan cabaran semasa dunia
pendidikan.
Penggubalan SGM
Penggubalan SGM adalah berasaskan kepada prinsip dan proses yang berikut:
1. Pernyataan Standard dan Keperluan jelas, tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik,
2. Standard dan Keperluan yang dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penandaarasan, dan
3. Proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan bersama
dengan pihak-pihak berkepentingan
Penggunaan SGM
Standard Guru Malaysia adalah dokumen rujukan yang patut diguna pakai oleh pihak yang berikut:
Guru
175
SGM dirangka berasaskan, Misi Nasional, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru,
Tatasusila Profesion Keguruan dan Etika Kerja Kementerian Pelajaran. Hubungkait di antara kesemua
komponen yang terdapat di dalam SGM dapat dilihat menerusi Rajah 3.
176
177
"Kami, guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah
pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan
berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha kami ke arah kebenaran dan ke arah
pencapaian hasrat yang gemilang, dan yang percaya akan demokrasi, kebebasan perseorangan
dan prinsip-prinsip Rukun negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak
mudanya memahami kebudayaan mereka, memperoleh pengetahuan yang terkumpul sejak
zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai
kemajuan sepenuhnya maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk
membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya";
(i) tanggungjawab terhadap pelajar, (ii) tanggungjawab terhadap ibu bapa (iii) tanggungjawab
terhadap negara dan (iv) tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam
prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan
apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap
hasil usaha organisasi.
SGM digubal berdasarkan rujukan dan penanda aras standard pendidikan di Malaysia dan standard
pendidikan guru di beberapa negara maju. SGM mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu
Standard (S) dan Keperluan (K).
178
S2.1: Falsafah, matlamat, dan objektif pendidikan yang menjadi teras dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
S2.2: Falsafah, matlamat, objektif kurikulum dan kokurikulum, hasil pembelajaran, dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajarkan.
S2.3: Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
179
Agensi dan institusi latihan perguruan patut menyediakan keperluan latihan dengan mengambil kira dasar
kerajaan, peruntukan kewangan, pekeliling am dan arahan pentadbiran, tuntutan serta perkembangan
semasa. Ia bagi menyokong dan membantu guru mencapai tahap kompetensi amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan
Lima keperluan penting latihan perguruan telah dikenalpasti bagi memastikan guru mencapai tahap
kompetensi yang diharapkan iaitu:
Keperluan 1: Kelayakan Masuk dan Prosedur Pengambilan Calon Program Latihan Perguruan
Keperluan ini memperincikan syarat dan kriteria serta prosedur pengambilan calon
program latihan perguruan. Untuk memastikan permohonan yang layak sahaja ditawarkan
mengikuti program latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
mematuhi syarat dan prosedur berikut:
K1.1: Mengiklankan permohonan
180
K1.2: Menapis semua permohonan dan memanggil calon yang layak untuk menduduki
ujian kelayakan
K1.3 Memanggil calon guru yang melepasi ujian kelayakan pada tahap yang ditetapkan
untuk menghadiri temu duga
K1.4 Melaksanakan sesi temu duga calon guru
K1.5 Membuat tawaran kepada calon guru yang berjaya
K1.6 Mendaftar calon guru berpandukan buku panduan pendaftaran
K1.7 Menandatangani perjanjian latihan perguruan
Keperluan 3: Kolaborasi
Keperluan ini memperincikan permuafakatan antara agensi dan institusi latihan perguruan
dengan pihak sekolah, institusi pendidikan tinggi tempatan dan luar negara, badan bukan
kerajaan serta lain-lain institusi yang boleh memantapkan lagi latihan perguruan. Bagi
meningkatkan lagi kualiti latihan perguruan, agensi dan institusi latihan perguruan patut
mewujudkan permuafakatan dengan pelbagai pihak seperti yang berikut:
K3.1 Sekolah
K3.2 Institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
K3.3 Badan bukan kerajaan seperti persatuan, unit beruniform, serta sukan dan
permainan
181
Sebagai rumusannya Standard Guru Malaysia menetapkan tahap pencapaian kompetensi profesional
yang patut dicapai oleh guru untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan yang berkualiti kepada
warganegara Malaysia kini dan akan datang. Buku Standard Guru Malaysia, bersama-sama dengan buku
Panduan Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia akan dapat memastikan
guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme
keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.
182
vii. Pengetahuan tentang kurikulum dan subjek yang diajar secara mendalam:
Guru ini menguasai dengan mendalam dan meluas tentang kurikulum kebangsaan yang menjadi
panduan dan rujukan kepadanya dari segi matlamat, objektif dan kandungannya. Guru ini juga dapat
menguasai subjek yang diajar dan menjadi rujukan kepada murid, rakan sejawat dan pihak lain yang
memerlukan khidmat ketokohannya. Contohnya guru ini sentiasa mengemaskini pengetahuannya
tentang kurikulum kebangsaan yang berubah dan berupaya menyesuaikan pengetahuan tentang
subjek dengan matlamat kurikulum kebangsaan yang ditetapkan.
viii. Hubungan yang berkualiti dengan pelajar, ibubapa, masyarakat dan majikan:
Guru ini dapat mewujudkan hubungan yang berkualiti dan mengekalkan keharmonian dalam
perkhidmatannya. Contohnya guru ini sentiasa menganggap murid-murid seperti anaknya, bergaul
mesra dengan ibubapa dan masyarakat dan sentiasa menjadi rakan sejawat yang baik dan boleh
dipercayaai. Lazimnya guru seperti ini akan diraikan jika beliau bertukar/bersara, ketiadaanya begitu
dirasai oleh sekolah, rakan dan murid, keberadaannya memberi semangat yang berkobar-kobar.
Semua kriteria guru unggul dan professional yang dinyatakan di atas telah dirumus dan dibentangkan oleh
Dato‟ Dr. Abdul Shukor Abdullah (bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia) untuk hayati dan diamalkan
oleh semua guru Malaysia dalam melaksanakan tanggungjawab perkhidmatannya. Beliau menjelaskan
guru yang unggul dan profesional mestilah menunjukkan sikap profesional, mempamerkan ciri-ciri
kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja, sentiasa berusaha
meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan
sebagai pendidik unggul pada setiap masa dan berupaya melahirkan „persekolahan berwatak‟ supaya
pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpesonaliti sihat dan serba boleh.
Ciri-ciri kulaiti guru yang dikemukakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia tersebut merupakan
adaptasi daripada sifat-sifat guru unggul yang di senaraikan oleh negara-negara Islam dalam Muktamar
Pertama Pendidikan Islam di Mekah pada tahun 1977, semua negara-negara Islam sedunia telah
183
menggariskan sifat-sifat guru unggul sebagai rujukan dan panduan untuk membangunkan rakyat di negara-
negara terbabit. Terdapat lima ciri yang utama iaitu:
Tawadhu‟
Berakhlak
Insan berilmu („alim)
Memiliki taraf akademik yang baik
Mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat
Kesemua nilai tersebut merupakan aspek intrinsik yang mesti terdapat dalam diri seorang guru. Nilai
tersebut akan membentuk sifat dan keperibadian individu yang cemerlang dan seterusnya memantapkan
kualiti organisasi dan perkhidmatan keguruan.
184
185
i. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang
akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
ii. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri
dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
iii. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.
iv. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua
kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
v. Guru haruslah menumpukan perhatin terhadap keperluan setiap muridnya.
vi. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan
agama atau kepercayaan.
vii. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid
ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
viii. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira
bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya
intelek dan lain-lain.
ix. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing
mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
x. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak
diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
xi. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya
darjat profesion perguruan.
xii. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau
negara.
xiii. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat
berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
xiv. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri
murid dan ibubapa terhadapnya.
xv. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada
muridnya.
xvi. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pengajaran tambahan yang
dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
xvii. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.
xviii. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap
muridnya.
xix. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam
menjalankan tugas profesionalnya.
xx. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
186
xxi. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan
kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
xxii. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk
mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
187
• menunjukkan satu cara pakaian, tertuturan dan tingkahlaku yang dapat member contoh yang
baik kepada murid.
• membimbing dan mengajar seseorang murid dalam bilik darjah sendiri atau dalam mata
pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
• memelihara dan memperbaiki tahap kecekapan ikhtisas menerusi penyelidikan, lawatan,
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, seminar atau mesyuarat supaya pengajaran
mencapai kualiti yang tinggi.
188
• Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat
sesuatu yang boleh maruah seseorang guru.
• Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang
guru.
• Berusaha menunaikan tanggungjawabnya dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta sejajar
dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
• Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru menceburi
profesion keguruan.
• Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.
• Menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.
i. Garis Panduan
Kod Etika Profesion Keguruan (KEPK) menyediakan suatu garis panduan bagaimana untuk
bertingkahlaku dan bertatasulia yang selayaknya dalam profesion keguruan. Dalam perkhidmatan
pendidikan terdapat perkara yang jelas garis pemisahnya sama ada boleh dilakukan atau tidak
boleh dilakukan oleh guru-guru. Terdapat juga perkara yang samar-samar atau kabur untuk
tindakan dilakukan. Oleh itu satu garis panduan adalah perlu dirujuk. Oleh itu kod etika dapat
menyatakan dengan tepat dan jelas tentang tingkah laku yang bagaimana sepatutnya menjadi
amalan guru-guru ketika menjalankan perkhidmatannya.
iii. Keunikan
Kandungan KEPK di sesebuah negara adalah berbeza. Dengan membuat perbandingan, guru
dapat melihat keunikan KEPK yang terdapat di Malaysia. Perkara ini dapat menimbulkan rasa
hormat terhadap profesion dan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan masing-masing.
iv. Semakan
KEPK yang didokumenkan membolehkan usaha menyemak semula dilakukan dari masa ke
semasa. Satu petanda kecemerlangan sesuatu profesion ialah sejauhmanakah kod etikanya dapat
dipertahankan dan dikuatkuasakan.
v. Tingkatkan Imej
Dengan adanya KEPK, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion keguruan secara rasmi.
Masyarakat dapat melihat dan menghayati tanggungjawab guru yang sebenar (skop dan beban)
189
vi. Nilai
Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika
dapat mengekal, memelihara dan meningkatkan kepercayaan yang diberi dalam menjalankan
tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dalam mengeratkan perhubungan antara ahli
dalam organisasi.
Akauntabiliti Keguruan.
Mengikut Kamus Dewan IV (2005), „akauntabiliti‟ bermaksud bertangungjawab kepada seseorang atau
bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Ahmad Sarji (2003) , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi
untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang
berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai disiplin dan
keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh
seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru
terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di
atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara ,
dan profesion keguruan amnya. Terdapat lima kategori akauntabiliti guru:
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar.
Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab
seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion
keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
191
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut
melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme
keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh
dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti
akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di
laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang
guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak
dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara.
Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab
terhadap amanah yang di berikan.
RUMUSAN
FPG merupakan halatuju dalam pembinaan insan guru dari segi pemikiran dan amalan. Keperibadian guru
yng berteraskan kepada unsur sahsiah, akhlak, ilmu/pemikiran, tanggungjawab, nilai dan amalan.
Sehubungan itu pendidikan guru merupakan suatu proses penting dalam membentuk watak guru yang
bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang guru. FPG menjadi
teras kepada pembinaan Standard Guru Malaysia (SGM). SGM dibentuk untuk memartabatkan profesion
keguruan pada tahap antarabangsa dengan memberi penekanan kepada standard keguruan dan
keperluan untuk mencapai standard tersebut. Komponen Standard Keguruan melibatkan Amalan Nilai
Profesionalisme Keguruan, Pengetahuan dan Kefahaman dan Kemahiran Pembelajaran dan
Pembelajaran. FPG dan SGM memberikan implikasi terhadape etika professional, Ilmu dan kemahiran,
tanggungjawab dan penanggungjawaban (Responsibility and accountability), kepenggunaan ilmu dan
kemahiran, aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
192
PENDAHULUAN
Semakin maju sesebuah negara, semakin rencam rakyatnya dan semakin rumit aturan hidup
masyarakatnya. Untuk menjadikan kehidupan yang harmoni dan seimbang maka peraturan dalam sistem
kehidupan bekerja dibentuk oleh pihak kerajaan. Hal ini terkandung dalam dasar kerajaan dalam konteks
kawalan, disiplin dan etika. Guru sebagai penjawat awam juga tidak terkecuali apabila Akta Pendidikan dan
peraturan-peraturan pendidikaan dilaksanakan. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) telah dibentuk untuk menjadi panduan kepada kaki tangan perkhidmatan awam dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Setiap guru yang bertindak selaku pegawai
perkhidmatan awam mestilah memahami sepenuhnya Peraturan Kelakuan dan Tatatertib (1993) dan
pindaan tahun 2002. Di samping itu Akta Pendidikan 1996 mestilah difahami dan dihayati bagi
mempastikan matlamat pendidikan negara tercapai. Semua garis penduan yang diadakan bertujuan
meningkatkan kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada
semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai dan tingkahlaku profesional
dalam masyarakat.
Peruntukan juga disediakan bagi memastikan dasar pendidikan yang telah digubal dilaksanakan dengan
berkesan.
Menjelang abad ke-21, era digital dan maklumat telah berkembang pesat dengan menyaksikan
bidang tumpuan utama dalam pendidikan perlu diselaraskan kepada teknologi dan orientasi pengeluaran.
Suatu strategi pendidikan negara yang baru dikehendaki untuk membantu melengkapkan seseorang
individu dengan pengetahuan dan kemahiran menghadapi cabaran baru contohnya Lebuhraya maklumat,
internet dan pengaruh ruang siber. Selaras dengan perkembangan ini, peruntukan Akta 1961, Akta
Pelajaran (Pindaan) 1963, Perintah Akta Pelajaran (Perluasan ke Sarawak) 1975, dan Perintah Akta
Pelajaran (Perluasan ke Sabah) 1976 telah dikaji semula dan akhirnya dimansuhkan. Ia telah digantikan
oleh Akta Pendidikan 1996 ( juga dikenali sebagai Akta 550). Matlamatnya ialah untuk membantu
mewujudkan satu sistem pendidikan negara yang baru dan boleh menghadapi cabaran alaf baru.
Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 adalah dilakukan selaras dengan aspirasi menghasilkan satu sistem
pendldikan yang seragam dan berteraskan prinsip pendemokrasian serta berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Di dalam RMK-7 (1996-2000) dinyatakan:
“….. to increase the effectiveness of the education system and to strengthen the
regulatory framework, a new Act called the Education Act, 1996 was enacted. Among
others, the Act will strengthen the concept oj a national system oj education by including all
levels and types of education and bringing within its ambit, pre-school, post-secondary and
special education. At the primary and secondary levels, public and private educational
institutions will be required to use thenational curriculum.”
Di bahagian mukadimah dokumen Akta Pendidikan 1996 dinyatakan pentingnya menitikberatkan
ilmu sebagai penentu utama arah tujuan negara. Pemerolehan dan penguasaan ilmu, kemahiran dan nilai
murni diakui membantu melengkapkan masyarakat dengan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia
yang berdaya saing tinggi serta bersifat global. Peruntukan akta ini menegaskan bahawa kejayaan
wawasan negara hanya dicapai melalui pendidikan. Satu pendekatan yang fleksibel diperkenalkan pada
peringkat sekolah rendah di mana tempoh masa persekolahan adalah di antara lima hingga tujuh tahun
(seksyen 29). Selain daripada itu, Akta Pendidikan 1996 juga telah menambahkan kuasa Menteri
Pendidikan seperti dalam tanggungjawab merangka peraturan-peraturan untuk menyelia, mengawas dan
mengawal tahap pendidikan. Peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996 telah memperluaskan bidang tugas
dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan terutama Menteri Pendidikan. Peranan yang dimainkan oleh
Menteri Pendidikan dalam berbagai bidang juga bertambah. Kuasa yang diberikan kepada Menteri
Pendidikan juga telah meningkat contoh dari segi menubuhkan lembaga pengelola (seksyen 54),
membuat peraturan yang mengadakan peruntukan untuk kuasa, fungsi dan kewajipan Pengarah
Peperiksaan [seksyen 68(f)], dan membuat peraturan bagi pengawasan, pengawalseliaan dan
pengawalan institusi pendidikan swasta (seksyen 76). Pembentukan undang-undang merupakan hak
mutlak kerajaan di mana kelulusan sesuatu undang-undang adalah tertakluk kepada kelulusan daripada
Parlimen.
Sebaliknya, polisi dan undang-undang khususnya undang-undang pendidikan adalah
diimplementasikan oleh Menteri Pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan bahawa pembangunan
pendidikan adalah selaras dengan Dasar Nasional. Setiap tindakan yang diambil adalah berasaskan
keputusan yang ditentukan oleh Kabinet. Oleh sebab itu, tingkahlaku Menteri bukan seperti yang telah
dinyatakan oleh Nice (1986) sebagai free standing nism acting on the education system of his own motion
as a free agent. Perundingan di antara beberapa kumpulan pakar dengan koordinasi tertentu sebelum
sesuatu tindakan diambil. Ia memerlukan satu tempoh masa yang panjang dan komitment yang tinggi.
Rundingan dan koordinasi antara individu dalam melaksanakan dasar pendidikan bermakna pendapat
194
bahawa sesuatu jabatan kerajaan tidak rnengetahui apa yang dirancangkan oleh jabatan yang lain adalah
tidak munasabah.
P = Peraturan.
Rajah 11.1: Penggubalan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
Shorten, 1996). Perkernbangan pendidikan pada abad seterusnya mewujudkan satu sistem birokrasi yang
berpusat. Pada peringkat ini, Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan diberikan kuasa dan
kebebasan yang Iuas. Jurisprudens positivists abad ke sembilan belas sehingga pertengahan abad kedua
puluh) hanya memberikan perhatian yang sedikit kepada hak ibubapa atau kanak-kanak.
pendidikan. Usaha ini hampir sama dengan apa yang berlaku di negara England dan Wales di rnana Akta
Pendidikan yang diperkenalkan oleh RA Butler pada tahun 1944 tidak lagi mengekalkan struktur tradisonal.
Perkembangan signifikan yang didapati dengan pelaksanaan Akta Pendidikan 1993 di England dan Wales
ialah perubahan dalam konsep kerjasarna di antara pihak berkuasa pusat dan tempatan. Pengurusan dan
pentadbiran sistem pendidikan di kedua-dua negara itu kini lebih berbentuk kawalan berpusat di mana
Setiausaha Negeri untuk Pendidikan dan Sains (Setiausaha Negeri) bertanggungjawab melaksanakan
dasar pendidikan kebangsaan (Harris, 1995). Pada masa ini, undang-undang pendidikan yang dibentukkan
telah menambahkaan kuasa Setiausaha Negeri di negara England dan Wales. Walau bagaimanapun,
kuasa itu hanya digunakan melalui bantuan yang diberikan oleh agensi yang dilantik oleh kerajaan. Contoh
dua agensi ialah Majlis Tabung Pendidikan Lanjutan yang dibentuk melalui Akta Pendidikan Tinggi dan
Lanjutan 1992 dan lembaga tabung pendidikan untuk sekolah yang ditubuhkan melalui Akta Pendidikan
1993.
Pengaruh yang rapat di antara undang-undang dan pendidikan telah meningkatkan kesedaran
mengenai kepentingan akauntabiliti dalam persediaan perkhidmatan pendidikan. Pendidikan sebagai satu
cara untuk menguasai ilmu dan kemahiran dianggap jentera signifikan mewujudkan masyarakat yang
bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Isu yang timbul ialah siapakah yang harus diberikan
tanggungjawab yang lebih terhadap sistem pendidikan? Siapakah yang perlu menjadi lebih akauntabiliti?
Muir (1986) berpendapat bahawa ramai individu khuatir dengan isu tersebut contoh para pendidik, ibu bapa
dan pentadbir. Tanggungjawab Menteri Pendidikan terhadap pembangunan sistem pendidikan kebangsaan
telah tambah di bawah Akta Pendidikan 1996. Selaras dengan itu, lebih banyak kuasa telah diberikan
kepada Menteri Pendidikan. Akta tersebut cenderung memusatkan kuasa kepada Menteri Pendidikan.
Keadaan ini adalah hampir sarna dengan negara United Kingdom di mana Setiausaha Negeri dilaporkan
telah memperolehi lebih daripada dua ratus jenis kuasa yang berbeza di bawah Akta Reforrnasi Pendidikan
1988. Dengan berbagai jenis kuasa yang diberikan, peranan yang dimainkan oleh Jabatan Pendidikan di
United Kingdom dalam mentadbirkan sistem pendidikan telah bertambah. Satu faktor yang menyebabkan
keadaan ini ialah akibat peningkatan dalam bilangan sekolah jenis grant maintained. Bidang kuasa
Setiausaha Negeri mengalami pertambahan lebih lagi apabila Akta Pendidikan 1993 untuk England dan
Wales dilaksanakan. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pihak
tertentu sebab objektif Akta Pendidikan 1993 di negara England dan Wales adalah rnenuju ke arah
pemusatan kuasa.
Di Malaysia, seksyen 3 (1) Akta Pendidikan 1996 telah memberikan kuasa kepada DYMM Yang di
Pertuan Agong untuk melantik seorang Ketua Pengarah Pendidikan. Kuasa tersebut tertakluk kepada satu
syarat iaitu Ketua Pengarah Pendidikan mesti dipilih daripada kalangan pegawai dalam perkhidmatan
pendidikan. Ciri signifikan ini adalah sesuai sebab keputusan memasukkan syarat ini memberikan peluang
kepada pegawai perkhidmatan pendidikan untuk naik pangkat. Seksyen 3(2) menegaskan bahawa Ketua
Pengarah mernpunyai kuasa dan menjalankan tugas mengikut Akta Pendidikn 1996. Beliau menasihat
Menteri Pelajaran mengenai hal berkaitan dengan pendidikan. Peruntukan dalam seksyen 4 (1)
memberikan kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk melantik Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai
Pendidikan Daerah dan Pegawai Pendidikan yang lain. Kuasa yang luas dan kebebasan untuk bertindak
mengikut pertimbangan diri merupakan dua dari yang khusus. Ia adalah hampir sama dengan ciri yang
telah dilaporkan oleh Ramsay dan Shorten 1996:9) dalam kes Australian Teachers' Union menentang
Minister for Education of Victoria (1995) di mana kuasa itu telah dihuraikan sebagai an obscure blend 0/
specific enabling powers and ministerial discretion. Seksyen 4 Akta 1996 menyatakan seperti berikut: Maka
hendaklah ada bagi setiap negeri atau bagi mana-mana kawasan lain di dalam Malaysia yang ditentukan
oleh Menteri, seorang Pengarah Pendidikan; dan bagi setiap daerah atau bagi mana-mana kawasan lain di
197
dalam sesuatu negeri yang ditentukan oleh Menteri, seorang Pegawai Pendidikan yang dinamakan
sedemikian bagi maksud Akta ini, yang dilantik oleh Menteri di samping itu, perlantikan Ketua Pendaftar
Sekolah dan Guru adalah dalam termasuk dalam bidang kuasa Menteri Pelajaran, seksyen 5 (1).
Walau bagaimanapun, seksyen 5 (2) rnengatakan bahawa Menteri boleh melantik seorang
Timbalan Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru. Di peringkat negeri, syarat tersebut adalah tidak sama dari
segi perlantikan Pendaftar Sekolah dan Guru di mana seksyen 5 (2) menegaskan bahawa Menteri
hendaklah melantik seorang Pendaftar Sekolah dan Guru bagi setiap negeri, dan boleh melantik apa-apa
bilangan Penolong Pendaftar Sekolah dan Penolong Pendaftar Guru yang difikirkan perlu bagi maksud
Akta tersebut. Jawatan Ketua Nazir Sekolah dan Nazir Sekolah adalah dihuraikan dalam seksyen 6.
Perlantikan Ketua Nazir Sekolah, seksyen 6 (1) dan Nazir-Nazir Sekolah, seksyen 6 (2) adalah merupakan
tanggungjawab Menteri Pelajaran. Fungsi Nazir Sekolah ialah untuk mengawal kualiti perkhidmatan
pendidikan yang disediakan oleh pihak sekolah, melaporkan mutu pendidikan yang dicapai kepada
Menteri, pengurusan sumber-sumber sekolah secara berkesan, dan perkembangan menyeluruh pelajar
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Tambahan juga, perlantikan Pengarah Peperiksaan adalah
tanggungjawab Menteri. Beliau boleh melantik pegawai-pegawai yang lain untuk bertindak di bawah
arahan dan kawalan am Pengarah Peperiksaan
Selain daripada itu, Menteri Pendidikan diberikan kuasa untuk mengeluarkan arahan am dan
arahan khas. Menurut seksyen 8, Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi seseorang pegawai yang
dilantik di bawah Bahagian itu arahan-arahan yang bersifat am. Kuasa tersebut adalah terhad dan tertakluk
kepada dua syarat. Pertama, arahan am yang dikeluarkan mesti konsisten dengan peruntukan Akta
Pendidikan 1996. Arahan itu merangkumi penjalanan kuasa, budi bicara yang diberikan kepada pegawai,
kewajipan-kewajipan yang perlu ditunaikan oleh pegawai di bawah Akta dan peraturan-peraturan yang
dibuat di bawah Akta. Ia juga melibatkan segala hal berkenaan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.
Apabila syarat-syarat itu telah dipatuhi, maka pegawai itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan yang
dikeluarkan. Peruntukan dalam seksyen 9 menegaskan bahawa kuasa Menteri Pendidikan untuk
mengeluarkan arahan khas di mana beliau boleh dari semasa ke semasa memberi (a) pengelola atau
mana-mana angota suatu lembaga yang dilantik di bawah subseksyen 61(1), atau peker]a atau guru besar,
sesuatu institusi pendidikan; dan (b) anggota Lembaga Pusat yang ditubuhkan di bawah seksyen 92 Akta
pelajaran 1961, arahan-arahan, yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini dan peraturan-
peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkenaan
dengannya peraturan-peraturan boleh dibuat di bawah Akta ini, dan pengelola, anggota, pekerja atau guru
besar itu hendaklah melaksanakan tiap-tiap arahan sedemikian.
198
Akta Pendidikan Pendidikan 1996 adalah merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961.
Tujuan Akta Pendidikan 1996 ini ialah ke arah memantapkan sistem pendidikan kebangasaan untuk
generasi akan datang sejajar dengan kehendak dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Walaupun Akta Pendidikan 1996
merupakan perundangan yang baru, ia menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan
yang sedia ada. Ia berpaksi kepada perakuan-perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas
dasar pendidikan kebangsaan selama ini. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih
relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan menggubalkan undang-undang ini (Akta Pendidikan 1996)
ialah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Sambil
mengambilkira aspirasi semua kaum di dalam masyarakat majmuk di Malaysia, Akta Pendidikan 1996
memperkenalkan banyak peruntukan perundagan (Legislative provision) baru untuk menangani cabaran
pendidikan menjelang abad ke-21 dan memenuhi kehendak atau hasrat Wawasan 2020. Dalam pada itu
juga, beberapa peruntukan Akta Pelajaran 1961 yang tidak relevan telah digugurkan. Telah dikatakan
bahawa Laporan Razak boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan
kebangsaan yang telah digunakan. Ciri-ciri penting dalam pendidikan kebangsaan itu ialah:
Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama .
Hasrat untuk membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan bagi semua kaum.
Untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi semua pelajar di negara ini.
Untuk menjadi kurikulum yang berorientasikan kepada alam keliling tanah air dengan mewujudkan
sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya.
199
200
201
202
4. Kurikulum Kebangsaan
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Dalam Akta Pelajaran 1961, tiada Akta Pendidikan 1996, memperuntukkan semua sekolah perlu mengikut
langsung peruntukan. kurikulum kebangsaan melainkan yang dikecualikan.
" (1) The Minister shall prescribe a curriculum to be known as the National
Curriculum which, subject to subsection (3), shall be used by all schools in the
National Education System." (Sec.18)
5. Peperiksaan Awam
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961, tiada Akta Pendidikan 1996 telah memperuntukkan semua sekolah menyediakan
peruntukan diberi tentang murid untuk peperiksaan awam, melainkan yang dikecualikan.
peperiksaan awam. "Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or unfer
this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by
or under this Act.(Sec.19)
203
9. Kategori Sekolah
Akta Pelajaran 1961 Akta Pendidikan 1996
Akta Pelajaran 1961, sekolah Seksyen 16 Akta Pendidikan 1996 memperuntukkan sekolah atau institusi
dibahagikan kepada dua kategori pendidikan dibahagi kepada tiga kategori : kerajaan, bantuan kerajaan dan
iaitu bantuan penuh (termasuk swasta. Manakala dalam Klasifikasi institusi pendidikan di bawah Akta
kerajaan dan bukan milik Pendidikan 1996 lebih memudahkan pentadbiran khususnya berkaitan dengan
kerajaan) dan swasta. sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
205
206
Perkembangan pendidikan berlaku seiring dengan perkembangan negara. Pendedahan dan tuntutan
terhadap sains dan teknologi dan globlisasi menyebabkan pendidikan dan kurikulum perlu berkembang
207
selari untuk memenuhi guna tenaga dan dan melahirkan masyarakt yang berilmu pengatahuan serta
berketerampilan. Sehubungn itu, beberapa sekolah yang bercorak mengembangkan potensi khas para
pelajar dibina seperti sekolah sukan, sekolah seni dan sekolah teknik dan vokasional.
Malaysia kini telah mula melangkah ke tahap yang lebih maju dan mencabar, dari negara
pertanian ke industri dan sedang menuju ke negara maju berteraskan teknologi yang memerlukan
kepakaran dan kecanggihan yang tersendiri. Oleh itu amat sesuai dengan adanya peruntukan-peruntukan
tertentu yang menyentuh berkenaan dengan insititusi yang berbentuk teknik dan vokasional, kedudukan
maktab perguruan, universiti dan sebagainya. Kesemuanya di berikan peranan dan kuasa-kuasa tertentu
untuk meningkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan hasrat dan falasafah pendidikan negara kita.
Melalui Akta Pendidikan 1996, bukan lagi hanya mahu melihat dalam aspek perpaduan semata-mata tetapi
merupakan satu akta yang berupa agenda negara yang perlu ditunaikan kerana bukan sahaja ke arah
memupuk masyarakat bersatu padu, tetapi turut menjadikan masyarakat Malaysia yang penyayang dan
berakhlak mulia. Sehubungan itu wujudnya sekolah-sekolah khas seperti yang telah dinyatakan dalam akta
tersebut. Dengan memberi peruntukan-peruntukan tertentu terhadap institusi pendidikan kita, maka akan
lahirlah masyarkat yang serba maju dan serba boleh. Untuk pengisian agenda negara bukanlah mudah
seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan ini tetapi memerlukan kajian dari semasa ke semasa agar
ia tetapi sesuai. Jika terdapat mana-mana kandungan yang tidak sesuai dalam akta ini perlu diperbetulkan
mengikut kesesuaian.
Akta Pendidikan 1996 telah menampakkan secara jelas, hala tuju dan wawasan pendidikan negara
Malaysia berbanding Akta pelajaran 1961 yang hanya memberi tumpuan untuk menyatupadukan kaum.
Hal ini penting pada waktu itu sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan tugas utama untuk menjaga
perpaduan kaum. Dengan adanya akta baru ini, maka hasrat dan cita–cita negara untuk menjadi sebuah
negara maju dan berwawasan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, dapat melahirkan tenaga kerja
dan rakyat yang mempunyai daya inovatif dan kreatif, turut menyumbang fikiran dan tenaga dalam
mencapai aspirasi negara seperti mana yang termaktub dalam Wawasan 2020. Walaupun Akta Pendidikan
1996 ini merupakan satu akta yang dapat kita katakan boleh memenuhi cita rasa dan aspirasi negara tetapi
dalam beberapa aspek dan sudut tertentu ia boleh diperbaiki lagi.
Dalam seksyen 136, 137 dan 138 yang memberi kuasa begitu besar dan longgar kepada Ketua
Pendaftar dan pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Inspektor untuk menyiasat, memasuki
premis dan membuat dakwaan walaupun tanpa waran dari mahkamah merupakan satu perkara yang boleh
ddikaji semula kerana seolah-olah autoriti dan kuasa yang ada atau diberikan kepada pengetua atau tuan
punya premis tercabar dan boleh menjejaskan reputasi pendidikan negara. Waupun ini adalah bertujuan
untuk menjaga kebajikan dan kepentingan pelajar dan mutu pendidikan tetapi kekerasan untuk memasuki
premis pendidikan oleh pihak berkuasa itu hendaklah dikaji semula. Kehadiran dan penggelidahannya di
premis pendidikan itu tanpa waran dapat dianggap sebagai satu bentuk kekasaran.
Dalam soal bahasa bukan bahasa ibunda terutama sekali bahasa Arab (sebagai bahasa Al-Quran)
tidak disentuh dengan jelas dalam akta ini, tidak seperti bahasa-bahasa lain yang merupakan bahasa
ibunda kaum di Malaysia. Hanya tercatat dalam seksyen 2, perkara (iii), Akta Pendidikan 1996 yang
berbunyi:
208
Arabic, Japanese, German or French or any other foreign language may be made
available if it reasonable and practicable so to do;
Bahasa Arab sebagai bahasa untuk memperkembangkan agama Islam sepatutnya diberi
penekanan selaras dengan Islam sebagai agama rasmi negara. Malah bahasa Arab juga adalah
merupakan satu bahasa ilmu dari satu tamadun yang gemilang tidak boleh anggap ringan. Sejarah
perkembangan dan ketamadunan khususnya tamadun Islam amat perlu kepada bahasa tersebut supaya
ilmu yang dimilik terutama oleh orang-orang Islam bukan hanya perlu merujuk kepada golongan orientalis.
Rujukan-rujukan terhadap persoalan agama Islam adalah tidak lepas dan tidak sudah tanpa menggunakan
bahasa Arab.
Peruntukan-peruntukan yang membenarkan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di institusi
pendidikan melalui akta ini sepatutnya disemak semula. Misalnya kedudukan sekolah-sekolah ekspatriat
begitu bebas, tidak terikat dengan sistem pendidikan kebangsaan, seperti yang terdapat dalam Seksyen
15. Begitu juga dalam seksyen 23, yang membicarakan tentang kedudukan bahasa pengantar di sekolah
tadika. Manakala dalam seksyen 17 perkara 1 , bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar
utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan, tetapi ada juga kekecualian
yang diberi iaitu sekolah kebangsaan yang ditubuhkan dibawah seksyen 28 atau mana-mana pendidikan
lain yang dikecualikan oleh Menteri Pelajaran. Di sini menampakkan kepada kedudukan bahasa
kebangsaan masih lagi belum mantap sepenuhnya.
Kesan daripada membenarkan bahasa-bahasa lain menjadi bahasa pengantar, maka kita dapati
1,290 buah Sekolah Kebangsaan Cina dengan 580,000 murid dan 550 buah Sekolah Kebangsaan Tamil
dengan 96,000 pelajar terus menggunakan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Manakala 250 buah institusi
pendidikan tinggi swasta terus menggunakan bahasa Inggeris. (Datuk Zainal Abidin A. Wahid, 1999).
Menurut Datuk Zainal Abidin bin A. Wahid lagi, Pada tahun 1997, iaitu terdapat 84,000 pelajar di Institusi
Pendidikan Tinggi Swasta. Dari jumlah tersebut cuma 5 peratus sahaja pelajar Melayu dan di IPTA jumlah
pelajar bumiputera adalah 55 peratus dan bukan bumiputera 45 peratus.
Isu bahasa mempunyai perkaitan yang rapat dengan perpaduan. Perpaduan yang wujud sekarang
memang telah jauh berubah, namun usaha-usaha memupuk dan meningkatkan perpaduan merupakan
agenda penting. Jika pengabaian isu bahasa boleh menjejaskan perpaduan kerana keadaan ini boleh
merosotkan nilai ekonomi bahasa Melayu, boleh menjejaskan tata bahasa rasmi dan bahasa perpaduan,
memburukkan lagi ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga ikhtisas di kalangan bumiputera.
Pengabaian bahasa juga boleh menjejaskan perpaduan negara kerana akan memperluaskan lagi jurang
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum, juga mengakibatkan muculnya dua atau tida kumpulan pelajar;
aliran kebangsaan, aliran Inggeris dan aliran Cina. Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah
telah membahaskan Rang Undang-undang Pendidikan 1995 di dewan Rakyat, pada 18 Disember 1995
(yang menjadi Akta Pendidikan sekarang). Di antara kata-kata beliau ialah:
"………..Inilah yang tersurat di dalam seksyen 17 (1) rang undang-undang ini. Seksyen ini
menyatakan kedudukan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, tetapi
seksyen ini juga turut memberi kuasa kepada menteri untuk mengecualikan
penggunaanya oleh mana-mana institusi pengajian kita.
Apakah makna kata-kata ini? Apakah ia melambangkan kesungguhan untuk
mendaulatkan Bahasa Kebangsaan atau ia permulaan sikap tolak ansur kita dan
seterusnya mebenarkan kedudukan Bahasa Kebangsaan kita musnah? Atauu ia
permulaan kepada usaha untuk melenyapkan cita-cita Allahyarham Tun Razak untuk
menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar di semua peringkat?
209
Bahasa kebangsaan yang bererti bahasa Melayu seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan, perkara 152 hendaklah menjadi teras dan asas dalam memantapkan
perpaduan dan pendidikan negara. Oleh itu perkara yang longgar berkenaan dengan isu ini hendaklah
perlu dikaji semula. Dalam Akta Pendidikan 1996, apa yang nampak kura selesa ialah dari segi kuasa yang
diberikan kepada Menteri. Begitu banyak kuasa yang diberikan. Sehingga menampakkan bahawa
kuasanya boleh menghapuskan kemurniaan Akta Pendidikan itu. Kuasa Menteri seperti mana dalam
seksyen 143 dalam akta ini adalah dikira begitu besar:
Menteri boleh, jika difikirkannya wajar dan demi kepentingan sesuatu institusi pendidikan
atau demi kepentingan murid atau awam, melalui perintah yang disiarkan dalam warta,
mengucualikan institusi pendidikan atau mana-mana golongan atau golongan-golongan
institusi pendidikan daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini kecuali
peruntukan pendaftaran, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat
yang difikirkan patut dikenakan, dan boleh pada bila-bila masa menurut budi bicaranya
membatalkan pengecualian itu atau mengubah atau menambah syarat-syarat itu.
210
Peraturan 3B
Seorang pegawai dikehendaki memberi aku janji sebagaimana yang diperuntukkan dalam
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (P.U.A.176) melibatkan perlantikan, kenaikan pangkat dan
penamatan perkhidmatan.
Peraturan 3C
Menjadi tanggungjawab kepada mana-mana pegawai awam untuk menjalankan kawalan dan
pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan
segera terhadap mana-mana pegawai yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-
peraturan tersebut. Pegawai yang gagal menjalankan kawalan dan pengawasan atau gagal
mengambil tindakan terhadap pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peraturan-
peraturan disifatkan sebagai cuai dan tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan
tatatertib.
Peraturan 4(1)
Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di
Pertuan Agong, negara dan kerajaan semasa yang memerintah. Pegawai hendaklah sentiasa
menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh
kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada negara. Antara contoh pelanggaran
peraturan 4(1):
i. Membocorkan rahsia kerajaan.
ii. Menjadi anggota jemaah islamiah.
iii. Bersubahat dengan musuh negara.
iv. Menyertai kesatuan militan Malaysia.
v. Memburuk serta memperkecil dasar dan tindakan kerajaan.
211
Berikut ialah perkara dan jenis larangan yang penjawat awam ditegah sama sekali (mandatori) dari
melakukannya sama ada secara langsung ataupun tidak secara langsung:
212
Berdasarkan keterangan, jelaslah bahawa Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
perlu dipatuhi. Peraturan tersebut merupakan satu sistem kawalan disiplin dalam bentuk pembentulan,
penghukuman dan langkah-langkah peningkatan disiplin. Keberhasilan peraturan tersebut bergantung
kepada komitmen dan kesungguhan semua pihak yang berkenaan bagi melaksanakannya supaya tahap
keberkesanan yang maksimum dapat dicapai. Kepatuhan dan penghayatan tatalaku ini diharapkan dapat:
i. menghalang penyelewengan.
ii. menghindar perbuatan rasuah.
iii. mewujudkan perkhidmatan yang menepati slogan “Bersih, Cekap dan Amanah”.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) tersebut bukanlah bertujuan semata-mata
untuk menghukum sahaja tetapi lebih kepada:
215
PENCEGAHAN
PERINGATAN PENGAJARAN
RUMUSAN
Akta Pelajaran 1961 yang dibentuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan adalah sesuai pada waktu itu
untuk memberi tumpuan terhadap usaha menyatupadukan kaum. Peredaran masa menyebabkan Akta
tersebut perlu diolah semula mengikut kehendak dan aspirasi pendidikan semasa. Lantaran itulah lahirnya
Akta Pendidikan 1996 yang lebih komprehensif, holistik dan dapat mencapai cita-cita negara pada masa
kini, yang mahu menjadikan pendidikan sebagai asas pembangunan modal insan dan negara. Walaupun
ada beberapa perkara yang boleh dibincangkan lagi terhadap beberapa peraturan atau seksyen, namun
ternyata ia merupakan satu perundangan yang dapat menggambarkan hasrat negara. Dengan harapan
melalui akta ini akan dapat melahirkan satu corak pendidikan yang unggul dan menjadi kebanggaan bukan
sahaja di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Sesungguhnya ciri-ciri lama untuk menyatupadukan kaum
masih terkandung dalam Akta 1996 ini dan gabungjalin di antara hasrat Akta Pelajaran 1961 dengan hasrat
yang dibincangkan itulah maka lahirnya satu bentuk kurikulum pendidikan yang lebih mantap dan telah
mulai dirasai oleh rakyat kini. Namun usaha-usaha penyemakan terhadap kedudukan bahasa Melayu
(Bahasa Kebangsaan) di institusi pendidikan, kedudukan institusi pendidikan dan kuasa-kuasa menteri dan
kuasa penyiasat yang tidak memerlukan waran untuk memasuki premis dan kuasa penggeledahan adalah
difikirkan patut disemak semula. Ini adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga kemurnian Akta
Pendidikan 1996 itu sendiri demi mencapai matlamat pendidikan negara dan Wawasan 2020.
216
BIBLIOGRAFI
A. Aziz Deraman. (2008). Wacana peradaban Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.
Abd. Fatah Hasan. (2001). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (2002). Pengajaran dan pembelajaran Sains Sosial: teori dan amalan. Kuala
Lumpur: UKM.
Abdul Rahman Aroff & Zakaria Kasa. (1994). Falsafah dan konsep pendidikan (Edisi Kedua). Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Abdul Rahman Arshad (2007). Unity and education in Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.
Abdul Rahman Haji Abdullah. (2005). Wacana falsafah ilmu: Analisis Konsep-konsep dan Falsafah
Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdullah Ishak. (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.
Abu Zahari Abu Bakar. (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti.
Adams, N. (1984). Law and teachers today. (2nd ed.). London: Hutchinson & Co.
Adnan Kamis. (1993). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan maklum balas. Bangi:
UKM.
Ahmad Sarji Abdul Hamid. (2003). Wawasan 2020 Malaysia: Memahami konsep, implikasi dan cabaran.
(Editor). Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Awang Had Salleh. (1980). Pendidikan ke arah perpaduan: sebuah perspektif sejarah. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan Yusof Boon. (2008). Falsafah pendidikan kontemporari. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.
Chandra Muzaffar. (2008) Hegemony: justice; peace. Shah Alam: Arah Publication.
Comber, L. (2011). Peristiwa 13 Mei: Sejarah perhubungan Melayu – Cina. (Edisi Ketiga). Petaling Jaya:
IBS Buku Sdn. Bhd.
Elliott, J. et. Al. (1981). School accountability. London: Grant McIntyre.
Eisemont, T.O. (1988). Benefiting from basic education and foundation literacy in Kenya. New York:
Pergamon Press.
Esah Sulaiman. (2003). Amalan profesionalisme keguruan. Skudai: UTM.
217
Ewert, D.M. et.al. (2005). Adult literacy and community development: Exploring the link.
http://www.litcommunity.org/article3.html
Freire, P. & Macedo, D. (1987). Literacy: Reading the word and the world. South Hadley: Bergin & Harvey.
Freire, P. (1970). Pedagogy of the oppressed. New York: Conyinumm.
Ghazali Darussalam. (2001). Pedagogi pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Gullatt, D.E. & Tollett J.R. (1997). Education law: A requisite course for prcservice and inservice teacher
education programs. Journal of Teacber Education, March-April, vol. 48 no. 2, 129-135.
Haddad, W.D. et.al. (1990). Education and development: Evidence for new priorities. Wanshington: World
Bank.
Haris Md. Jadi. (1990). Etnik, poltik dan pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Harris, N. (1995). The law relating to schools. Surrey: Tolley Pub. Co. Ltd.
Havighurt, R. J. (1953). Human development and education. Chicago: Longmans.
Henson, T.H. (2001). Curriculum planning. Boston: McGraw Hill.
Highet, G. (1963). Ilmu mengajar. (Terjemahan Abdul Majid Othman). Kuala Lumpur: Pustaka Antara.
Hussein Hj. Ahmad. (2005.) Pendidikan dan masyarakat. Kuala Lumpur: DBP
Hussien Hj. Ahmad. (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Ibrahim Mamat. (1993). Kepimpinan sekolah: teori untuk praktik. Kuala Lumpur: Budiman.
Infosoc Malaysia. 2000. Access and equity: benchmarking for progress. Kuala Lumpur: National
Information Technology
Institut Tadbiran Awam Negara. (1990). Negara kita: sejarah, pentadbiran dan dasar-dasar pembangunan.
Kuala Lumpur: INTAN
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1988) Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010.
(Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001) Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006) Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Panduan Am (KBSR). Kuala Lumpur: DBP.
218
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1990). Pukal Latihan KBSM. Kuala Lumpur: DBP.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1994). KBSR secara menyeluruh. Kuala Lumpur: PPK
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan: matlamat dan misi. Kuala
Lumpur: PPK.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Guru Malaysia (Sumber: http://www.moe.gov.my/sgm/)
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Guru Malaysia (Sumber: http://www.moe.gov.my/sgm/)
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Perangkaan Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1996). SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 5/1998: Akta Pendidikan
1996 dan Peraturan-Peraturan Di Bawah Akta Pendidikan 1996. RUJUKAN: KP (BS) 8591/Jld. XIV
(5). Tarikh: 25 Mac 19
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Komponen Standard Guru Malaysia (Sumber:
http://www.ippm.edu.my/sgmdoc/kerangka_sgm.html)
Jabatan Perdana Menteri. (1996). Seventh Malaysia Plan 1996-2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional
Malaysia Berhad.
Kneller, G.F. (1971). Introduction to the philosophy of education. (2nd Edition). New York: John Wiley &
Sons. Inc.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (1984). Akta Pendidikan 1961. Kuala Lumpur: International Law.
Lembaga Penyelidikan Undang-Undang. (1998). Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) & Peraturan-peraturan
terpilih. Kuala Lumpur: International Law.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang. (2007). Akta Pendidikan 1996. Petaling Jaya : International Law
Book Services.
MacDonald, T.H. (1985). Making a new people: Education in revolutionary Cuba. Vancouver: New Star.
Majlis Buku Kebangsaan Malaysia. (1994). Panduan tugas staf sekolah. Petaling Jaya: Mega Setia Emas.
Marsh, C. J. & Willis, G. (2003). Curriculum: Alternative approaches, ongoing issues. (3rd ed.). Upper
Saddle River, NJ: Merrill Prentice Hall.
Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran pendidikan & pendidikan di Malaysia. Petaling Jaya: Longman.
Mohd. Nasir Omar. (1992). Falsafah etika: perbandingan pendekatan Islam dan Barat. Bangi: UKM.
Muhammad Syukri Salleh. (2002). Pembangunan berteraskan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
Musa Daia. (1973). Sejarah perkembangan pendidikan dan persekolahan. Kota Bharu: Pustaka Aman.
Nice, D. (1986). Education and the law. Essex: Councils and Education Press Ltd.
219
OCED. (1996). The knowledge economy: Science, technology and industry outlook. Paris: OECD.
Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (1998). Curriculum: Foundation, principles, and issues. (4th Edition).
Boston: Allyn and Bacon.
Rahman, A. (2002). Education for development: Lesson from East Asia for Bangladesh. Singapore:
Institute of Souteast Asian Studies.
Ramlee Mustapha, Ruhizan Mohd Yasin, Noriah Mohd Ishak, & Abu Abdullah. (2001). Impact of the
Knowledge-Economy on Human Resource Development in Malaysia. International Journal of
Vocational Education andTraining. 9(1):31-48.
Ramsay, I. M., & Shorten, A.R. (1996). Education and the law. Adelaide: Butterworths.
Robiah Sidin. (1994). Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk masa depan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Shahril @ Charil Marzuki. (2008). Dasar kewangan pendidikan. Kuala Lumpur: PTS.
Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Falsafah pendidikan. Kuala Lumpur: Heinemann.
Sidek Baba (2006). Pendidikan Rabani. Shah Alam: Karya Bestari.
Sidi Gazalba (1974). Sistematika filsafat: Pengantar kepada dunia filsafat, teori pengetahuan, metafizika
dan teori nilai. Kuala Lumpur: Utusan Melayu Berhad.
Sowell, E.J. (2000). Curriculum: An integrative introduction (2nd Ed). London: Prentice Hall.
Stenhouse (1975). An introduction to curriculum research and development. London: Heinemann.
Sufean Hussin (2002). Revitalishing education: some prospective policy innovations. (Editor). Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Sufean Hussin. (2002). Dasar pembangunan pendidikan Malaysia: teori dan analisis. Kuala Lumpur: DBP.
Sufean Hussin. (2002). Dasar pendidikan progresif: Perspektif mikro dan makro. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Sufean Hussin. (2008). Pendidikan di Malaysia: sejarah, sistem dan falsafah. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur:
DBP.
Tyler, R.W. (1991). Principle of curriculum and instructions. (Terjemagan Kamaruddin Hussin & Hazil Abdul
Hamid). Skudai: UTM.
Vinod Raina & Taran Khan. (2006). Knowledge, culture and livehoods: Environmental security in globalized
economy. Journal of Asian Exchange. Vol. 22. No. 1. Pg 132 – 170.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. (1994). Wawasan pendidikan: agenda pengisian. Kuala Lumpur: Cahaya
Pantai.
220
221