You are on page 1of 9

LAPORAN BULAN KEMERDEKAAN

SJKT CHETTIARS 2022

1.0 PENDAHULUAN

Bulan kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat
penting dalam membina sebuah Negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat.
Generasi muda yang bakal menjadi pewaris Negara perlu memahami dan menghayati
sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Sekolah
menjadi antara agensi utama kerajaan mendidik dan membina murid mempunyai
semangat patriotism yang tinggi.

Bulan kemerdekaan juga merupakan satu program yang dianjurkan oleh


Panitia Sejarah, Panitia Seni Visual, Panitia Muzik dan Pusat Sumber Sekolah dengan
kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah. Program ini diadakan bertujuan untuk
meraikan Hari kemerdekaan Negara Malaysia yang disambut setiap tahun pada 31
Ogos. Oleh yang demikian, program ini dilaksanakan dengan matlamat bagi
membangkitkan semangat patriotik di kalangan murid-murid sekolah dan seluruh
warga SJKT Chettiars.

2.0 TEMA

KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA


3.0 OBJEKTIF

Pada akhir program ini diharap agar murid-murid dapat :

1. Menyemai semangat cintakan Negara dan patriotisma.

2. Mencungkil bakat murid.

3. Menguji pengetahuan am para murid

4. Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid.

5. Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan


berusaha untukmengekalkan kemerdekaan ini.

6. Mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat


kemerdekaanyang mereka kecapi selama ini.

4.0 TARIKH & MASA

1. Sambutan : 15 Ogos (Isnin) – 16 September (Jumaat) 2022


2. Perasmian : 15 Ogos 2022 – Isnin (7.20 pagi -8.40 pagi)
3. Ambang kemerdekaan : 30 Ogos 2022 – Selasa (7.30 pagi – 8.40 pagi)
4. Kemuncak/ Penutup : 15 September 2022 - Khamis

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid dan guru/staff SJKT Chettiars


PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN

Perasmian bulan kemerdekaan telah diadakan pada 15 Ogos hari Isnin pada waktu
perhimpunan mingguan. YDP PIBG telah dijemput sebagai tetamu khas untuk majlis
perasmian tersebut. Perhimpunan mingguan telah bermula dengan ucapan pengerusi
majlis dan berterusan dengan lagu kebangsaan, lagu negeri Perak, lagu sekolah dan lagu
Tamil Vaazhtu. Rukun Negara telah dilafazkan oleh seorang pengawas sekolah.
Kemudian majlis telah diserahkan kepada cikgu Chandran yang telah dijadikan sebagai
pengerusi majlis untuk perasmian bulan kemerdekaan. NYP PIBG telah merasmikan
Majlis Bulan Kemerdekaan dengan memotong belon dan memaparkan banner bulan
kemerdekaan. Satu kain putih juga telah disediakan untuk meletakkan cap tangan dalam
lukisan Jalur Gemilang. Kemudian kain tersebut telah dipenuhkan kan cap tangan murid-
murid SJKT Chettiars. Pada hari tersebut juga beberapa murid telah membuat
persembahan di pentas. Antaranya Pavetherean dari kelas 5T telah melafkan pantun, lima
murid dari kelas 3K telah menyanyi lagu Tanggal 31. Pada akhir perasmian tersebut,
murid-murid telah diminta untuk menyanyi lagu patriotik seperti Buruh Nelayan, Jalur
Gemilang, Tanggal 31 dan Aku Anak Malaysia dengan mengibarkan bendera Malaysia.
AMBANG KEMERDEKAAN

Ambang kemerdekaan telah diadakan pada 30 Ogos pada hari Selasa. Seperti dirancang
majlis ini tidak dapat dilaksanakan pada waktu pagi, hal ini kerana pada waktu tersebut
adanya upara khas yang telah disambut di kuil. Walau bagaimanapun, majlis ini telah
ditangguhkan untuk diadakan pada pukul 11 pagi. YDP PIBG dan pegawai LPS juga turut
dijemput untuk majlis tersebut. Murid telah dikumpul di tapak perhimpunan. Kemudian
perhimpunan biasa telah dilangsungkan. Kemudian beberapa murid telah membuat
lakonan yang bertemakan Hari kemerdekaan. Diturut dengan lakonan tersebut, Guru
besar, pegarawai PLS dan YDP PIBG terlah dijemput ke pentas dan telah memulakan
perarakan hari Kemerdekaan bersama murid-murid SJKT Chettiars. Semua wagra sekolah
telah berkumpul di padang setelah perarakan. NYP PIBG telah melangkan Merdeka
sebanyak tujuh kali. Semua warga sekolah telah mengikut YDP PIBG. Setelah laungan,
semua murid telah diberi air kotak dan sesi fotografi telah diadakan.
PENUTUP KEMERDEKAAN

Penutup kemerdekaan telah diadakan pada 15 September 2022 pada hari Khamis. Majlis
penutup ini telah diadakan pada waktu pagi. Satu perhimpunan rasmi telah diadakan.
Perhimpunan ini telah dimulakan dengan lagu kebangsaan, lagu negeri, lagu sekolah dan
lagu Tamil Vaalzthu. Setelah lagu-lagu tersebut, penyampaina hadiah kepada semua
murid yang memenangi hadiah dalam pertandingan-pertandingan bulan kemerdekaan
telah diberikan. Antara pertandingan tersebut adalah pertandingan mewarna, melukis
poster, menyanyi lagu patriotik, membuat buku skrap, pertandingan kuiz kemerdekaan
dan hiasan kelas. Ramai murid telah menerima hadiah. Setelah pemyampaian hadiah,
murid yang memenangi tempat pertama dalam nyanyian lagu patriotik telah dijemput
untuk nyanyikan lagu yang telah dia nyanyi semasa pertandingan. Kemudian, majlis telah
diakhiri dengan nyanyian lagu patriotik.
Disediakan oleh,

(PUNESWARY RAMES)
Penyelaras Program Bulan Kemerdekaan 2022
SJKT Chettiars.

Disemak oleh,

(PN. MARY CLARA)


PK Koko
SJKT Chettiars.

Disahkan oleh,

(PN. SARAH ANBUMALAR)


Guru Besar,
SJKT Chettiars.

You might also like