You are on page 1of 2

Sekolah berwatak adalah sekolah yang cemerlang bukan bersandarkan kepada kehebatan murid

dalam bidang akademik semata-mata. Maknanya, kecemerlangan generasi pelapis di sekolah tidak
harus diasah dalam aspek akademik sahaja tetapi juga dari segi perkembangan personaliti dan
disiplin murid, merangkumi kebolehan dalam pelbagai bidang sampingan seperti kegiatan sukan,
pasukan beruniform serta penonjolan sebarang bakat lain.

Matlamat itu dijelaskan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah, yang
memberi penekanan terhadap pentingnya usaha untuk mewujudkan 'sekolah berwatak' sebagai
institusi pendidikan negara.

Sekolah Berwatak merupakan matlamat bagi SKSB. Segala kegiatan yang melibatkan bukan sahaja
akademik tetapi juga perkembangan personaliti dan disiplin murid yang merangkumi pelbagai
kegiatan seperti sukan, pasukan beruniform serta sebarang bakat lain .

Usaha mewujudkan watak sekolah ini tertumpu kepada bidang-bidang seperti berikut:
Bidang Item Semakan Catatan
Ada/Tiada
1. Linguistik Ad Sapientiem   Luaskan penggunaan
Ke Arah Kearifan  
Clifford Cemerlang  
Kearifan Kami Membentuk Generasi  
Cemerlang Abad Ke 21
   
   
2. Artifak Pejabat, Bilik Guru, PSS, Makmal   Tambah lagi Q
Dewan, Kantin, Asrama  
Galeri, Kelas Kondusif  
Landskap, papan tanda, label, mural,  
papan kenyataan
   
3.Ritual/Ceremony Assembly – atur cara    
Sukan/sport/permainan   Colourful
-          Parade the boys/girls
-          pasukan penyokong
-          sorakan
-          pakaian
Mesyuarat/seminar  
Jamuan  
Sambutan tetamu  
   
4. Penampilan Diri Pakaian –   Ceria, Segak, Bergaya
Guru dan Pelajar        - warna, logo, design
Uniform –  
-          Majlis rasmi
-          Menyertai aktiviti
Amalan dan Pelakuan –  
        - berani/confidence/tidak
malu/yakin diri
Kepimpinan  
   
5. Performance /     Cemerlang
Pencapaian Akademik
  Sukan Permainan  
  Kokurikulum  
  Mesyuarat  
     
     
shd2000
Hosted by www.Geocities.ws

Sekolah Berwatak KONSEP sekolah berwatak atau beridentiti yang cuba diwujudkan semula oleh
Kementerian Pendidikan mampu menghalang para pelajar daripada terlibat dengan pelbagai gejala
negatif. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah berkata, sekolah yang
terkenal dengan keistimewaan tersendiri akan menjadikan para pelajar bangga serta sekaligus
menghalang mereka daripada melakukan sesuatu yang boleh merosakkan nama baik sekolah. ''Jika
sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri, para pelajar akan merasa bangga dan tidak bertindak di
luar batasan seperti membakar sekolah umpamanya. ''Lagipun, tujuan bersekolah bukan semata-
mata untuk mendapatkan sijil dan ijazah, tetapi juga kemahiran sosial yang mana ia boleh didapati
melalui konsep sekolah beridentiti ini,'' katanya. Menurut Dr. Abdul Shukor, konsep sekolah
beridentiti juga penting untuk membolehkan para pelajar turut mempunyai kemahiran sosial apabila
tamat sekolah. Katanya, kita tidak perlu terkongkong dengan kejayaan akademik semata-mata
kerana dunia pekerjaan turut mementingkan identiti selain kelulusan. ''Tempat yang paling sesuai
untuk melatih kemahiran sosial serta menzahirkan identiti adalah sekolah. ''Jadi, kita mahu setiap
sekolah menzahirkan personaliti tersendiri sebagai mana sekolah dulu-dulu seperti Sekolah Tuanku
Bainun terkenal dengan orkestra, Maktab Melayu Kuala Kangsar atau Sekolah King Edward terkenal
dengan dengan rugbi dan sebagainya,'' ujar beliau. Bagaimana pun, katanya, kebanyakan sekolah di
seluruh negara hari ini tidak mempunyai identiti serta memberi penekanan kepada pencapaian
akademik semata-mata. ''Sikap masyarakat hari ini yang terlalu mementingkan kejayaan akademik
menjadikan sekolah tidak dapat mencipta watak atau identiti masing-masing. Dalam usaha
membantu sekolah mewujudkan identiti masing-masing, sebanyak 124 pertandingan antara sekolah
telah dan akan dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan sepanjang tahun ini. ''Kementerian telah
diberi peruntukan sebanyak RM18 juta menganjurkan pelbagai pertandingan dan program sepanjang
tahun ini dalam usaha mewujudkan lebih banyak sekolah beridentiti. ''Antaranya ialah konsert
Kementerian Pendidikan, pelbagai pertandingan antara sekolah-sekolah seperti bola sepak, tarian
dan ia telah dimulakan sejak tahun lepas,'' ujar beliau.

Mine coins - make money: http://bit.ly/money_crypto

You might also like