You are on page 1of 2

Nama Guru : Nor Hidayah Binti Mohammad Shukor

Unit HEM : Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

LAPORAN PROGRAM

Program Modul 5 minit dan Pertandingan Mewarna Poster

Matlamat Pencegahan awal adalah bertujuan untuk melindungi murid


daripada terlibat dengan dadah sejak awal lagi. Untuk mencapai
matlamat ini, seseorang murid itu perlu mempunyai pengetahuan
tentang keburukan najis dadah, mempunyai ketahanan diri yang
tinggi, sikap yang positif, mengamalkan nilai-nilai keagamaan,
moral, budaya dan sosial yang murni. Murid perlu sedar bahawa
dadah adalah penghalang utama kearah pencapaian cita-cita.
Mencegah adalah tanggungjawab dan amanat serta merupakan
ibadat.

Objektif 1. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid dari


semua peringkat umur mengenai bahaya penyalahgunaan
dadah.
2. Memperkukuhkan pengetahuan murid mengenai jenis-
jenis dadah dan bahaya dadah.
3. Menanamkan sifat benci kepada dadah dalam diri murid.
4. Mencungkil dan menyuburkan bakat dalam kalingan
murid ke arah perkembangan yang positif dan membina.
5. Menjauhkan murid daripada mengambil dadah dan
menentang tabiat menggunakan dadah.
6. Menggalakkan lagi penyertaan murid dalam proses
pembelajaran dan pendidikan pencegahan dadah melalui
kegiatan dan aktiviti luar darjah.

Tarikh 1-5 April 2019


Hari Isnin- Selasa
Masa 7:35- 7:45 pagi
Tempat Dataran Perhimpunan dan Bilik Darjah

Gambar

You might also like