You are on page 1of 3

Sukan elektronik atau lebih

dikenali E-Sport adalah sejenis


sukan yang menggunakan
elektronik-elektronik yang
terdapat di dalam kehidupan
seharian, E-Sport merupakan
sebuah industri baru bukan
sahaja hanya kepada
pembangunan permainan video
tetapi ianya merupakan industri
dan sumber ekonomi baru
kepada para individu yang
meminati permainan video
secara positif. Dalam permainan
E-Sport para pemain selalunya
akan dibayar apabila bermain
permainan video tersebut.
Seterusnya, permainan DOTA
ialah salah satu contoh
permainan sukan elektronik yang
paling popular dan telah
mencungkil ramai bakat dalam
sukan ini. Dengan kemunculan
versi terbaru, DOTA 2
merancakkan lagi arena E-Sport
bukan sahaja di Malaysia malah
di serata dunia terutama negara-
negara yang menyambut baik
sukan elektronik seperti Amerika
Syarikat dan China.
Selain itu, pemain-pemain E-
Sport di Malaysia telah banyak
menyertai pertandingan yag
melibatkan serata dunia seperti
pertandingan International 3,
Dota 2 Championship yang
berlangsung di Amerika Syarikat
dan pasukan dari Malaysia telah
menempatkan nama bagi tempat
ke-3 dalam pertandingan
tersebut dengan membawa
pulang RM1juta. Sukan
elektronik sebenarnya telah
mendapat tempat dihati rakyat
Malaysia dari hari ke hari serta
sokongan dari pelbagai pihak
swasta dan kerajaan.

You might also like