You are on page 1of 1

Judul buku yang telah saya kaji untuk menyelesaikan tugasan ini ialah ajaran sesat:

mengenali jalan yang terpesong. Buku ini telah dikarang oleh Engku Ahmad Zaki Engku
Alwi dan diterbitkan pada 12 Mac 2007. Buku ini sesuai kepada seluruh umat Islam kerana di
dalamnya menjelas dengan teliti tentang makna ajaran sesat. Bukan itu sahaja, buku ini juga
menerangkan tentang asal usul sejarah kedatangan ajaran sesat yang datang ke bumi yang
mana kedatangan ajaran sesat ini telah lama muncul sebelum Rasulullah wafat lagi.
Seterusnya, ciri- ciri ajaran sesat yang telah ditulis di dalam buku ini adalah berpegang pada
akidah menyeleweng daripada Ahli Sunnah wal Jamaah dan mempertikaikan al-Quran dan
hadis. Selain itu, ia membahas tentang tahap intelektual manusia yang semakin meningkat
mempengaruhi kewujudan ajaran sesat. Perkara ini telah membuka mata kepada manusia
supaya ajaran sesat adalah ajaran yang telah dilaknat oleh Allah SWT. Akhir kata, buku ini
telah mendapat reaksi dan pandangan yang positif dari pembaca kerana isi dalamnya jelas dan
mudah difahami.

You might also like