You are on page 1of 2

3.

8 Bincangkan ciri-ciri seni bina masyarakat Islam di Andalusia pada


abad ke-13 masihi.
Seni bina bermaksud ilmu kesenian mereka bentuk sesuatu konsep dan struktur
bangunan. Seni bina islam merupakan satu daripada cabang kebudayaan dan kesenian Islam.
Seni bina merupakan hasil usaha serta kreativiti umat Islam untuk memenuhi keperluan
jasmani dan rohani. Seni bina Andalusia merupakan campuran daripada unsur-unsur senibina
pelbagai tamadun dunia seperti Rom,Yunani,India dan lain-lain Kemuncak seni bina Islam
Andalusia ialah pada pemerintahan al-Ahmar daripada kerajaan Nasyiriah. Terdapat pelbagai
ciri seni bina masyarakat Islam di Andalusia pada abad ke 13 Masihi.
Ciri seni bina masyarakat Islam di Andalusia dapat dilihat dari sudut nilai keindahan
pada sesuatu binaan. Keindahan binaan ini dapat dilihat pada Istana al-Hambra yang
dihasilkan oleh seniman-seniman Islam. Istana ini dipenuhi dengan hiasan berwarna
keemasan dan mempunyai mempunyai reka bentuk yang menarik. Hiasan-hiasan indah
berwarna keemasan terdiri daripada ukiran ayat-ayat al-Quran,tulisan khat dan hadis-hadis
nabi. Istana ini juga mempunyai halaman yang luas serta terdapatnya kolam air pancut dan
taman bunga. Bahagian dalam Istana al-Hambra pula mengandungi beberapa buah buah bilik
serta dua buah dewan besar. Terdapat 120 buah tiang yang dihasilkan daripada marmar putih.
Pada pintu masuk istana pula terdapat patung ukiran singa.Kewujudan istana al-Hambra
menunjukan kreativiti masyarakat Islam Andalusia pada abad ke-13 masihi.
Ciri seni bina masyarakat Islam Andalusia ialah mempunyai binaan-binan menara
yang tinggi. Binaan menara yang yang tinggi terletak di Banjaran Sierra Neveda serta menara
masjid. Binaan di banjaran Sierra Nevada ini mempunyai dua buah menara (tower) yang
tinggi . Kepentingan binaan menara ini adalah untuk melihat keindahan kota Granada dengan
taman-taman bunga dan pohon buah-buahan yang subur menghijau. Menara ini juga dibina
bagi tujuan keselamatan iaitu memantau sebarang pergerakan musuh yang mencurigakan.
Binaan Menara masjid yang tinggi juga mempunyai kaitan dengan agama islam, iaitu sebagai
tempat untuk muezzin melaungakan azan supaya kedengaran dengan lebih jelas. Ia bertujuan
untuk memanggil orang ramai mengerjakan solat secara berjemaah. Di Istana al-hambra pula
berdiri megah sebanyak 13 menara yang ketinggiannya mencapai 26 meter.Jelaslah,
ketinggian menara ini melambangkan ketinggian seni bina Islam yang terdapat dalam
masyarakat Islam Andalusia.

Ciri seni bina masyarakat Islam Andalusia juga mempunyai nilai-nilai kesenian yang unik.
Bangunan di Granada turut mempunyai nilai-nilai keindahan yang unik dapat dilihat dengan
terukirnya tulisan-tulisan / kaligrafi yang mengandungi ayat-ayat al-Quran,
puji-pujian(Syair), gambar pemerintah (amir) dan sebagainya. Di pintu masjid al-Mulk,
tertera sebaris tulisan Arab hasil kretiviti Azza Maulana al-Sultan-Abdilah, manakala di
bawah perkataan tersebut terdapat sebuah syair yang menyentuh tentang kemurnian agama
Islam. Bahagian dinding masjid pula dipenuhi dengan hiasan ukiran yang berselang-seli
dengan ayat-ayat menggunakan tulisan Arab. Mihrab masjid pula dipenuhi hiasan yang
berwarna emas termasuk struktur mihrab itu sendiri yang bertatahkan permata zamrud, yaqut
dan sebagainya.Hal ini menunjukkan masyarakat islam memiliki kreativiti yang istimewa
dalam membina dan mengindahkan sesuatu binaan
Ciri seni bina yang terdapat pada masyarakat Islam Andalusia ialah penggunaan
bahan binaan yang kukuh dan berkualiti tinggi. Bahan binaan ini mampu bertahan dalam
tempoh yang lama. Hal ini dibuktikan melalui peninggalan binaan-binaan zaman Andalusia
yang masih wujud sehingga kini. Bahan binaan-binaan ini dapat dilihat pada
istana,masjid,makam dan lain-lain yang masih berdiri kukuh sehingga kini. Bahan binaan
yang digunakan untuk membina bangunan ialah batu kerikil, batu granit,batu marmar dan
sebagainya.Penggunaan bahan binaan telah memberi kesan kepada kekukuhan struktur
bangunan dalam tempoh masa yang lama.Jelaslah penggunaan bahan binaan yang bermutu
tinggi akan mengukuhkan struktur binaan tersebut
Ciri senibina di Andalusia menitikberatkan teknik pencahayaan pada setiap
binaan.Binaan bangunan dipastikan menerima pancaran cahaya yang tidak terlalu terik
hingga menyebabkan suhunya dalaman lebih sederhana dan nyaman.Pencahayaan bangunan
tidak terlalu kurang yang menyebabkab ruangan dalam menjadi kelam dan gelap .Dengan
sistem pencahayaan yang baik,bangunan yang dibina akan kelihatan lebih cerah dan
ceria.Bangunan seperti masjid,istana serta rumah dipastikan menerima pancaran cahaya
matahri yang mengcukupi Pencahayaan sempurna ini penting agar kehidupan masyarakat
yang menggunakan bangunan lebih teratur dan tenang.Ternyata aspek pencahayaan pada
binaan dapat menjadikan bangunan lebih praktikan kegunaanya
Kesimpulannya, Kemampuan masyrakat zaman kerajaan Islam Nasriyyah membina
bangunan dengan ciri-ciri seni bina gabungan Islam,asing dan tempatan menunjukkan tahap
ketamadunan tinggi asyarakat tersebut. Hal ini menjadikan masyarakat Islam Andalusia
terkenal dalam bidang kesenian dan seni bina yang unggul.Walaubagaimana pun, kreativiti
masyarakat Islam kini dimanafaat sepenuhnya oleh masyarakat Kristian apabila dinasti
Umayyah Andausia jatuh ke tangan kerajaan Kristian dibawah pimpinan raja Ferdinand abad
ke 15 masihi.

You might also like