You are on page 1of 3

Isi 3: Menjalinkan kerjasama dengan British

Empayar Uthmaniyah tidak dapat dinafikan lagi adalah satu empayar besar dan berjaya, malah
pernah dinobatkan pewaris kedua-dua tamadun Rom dan Islam. empayar Uthmaniyah sebagai
gambaran sempurna kerajaan agung, membawa kemajuan ke serata dunia, tidak kira dalam soal sains
ataupun dalam bidang keagamaan. Tetapi, sudah lumrah dunia yakni tiap-tiap satu perkara yang
mempunyai permulaan, mesti ada pengakhiran yang pasti dan kisah pengakhiran kerajaan Uthmaniyah
bermula pada akhir abad ke-19. Pada waktu ini, empayar Uthmaniyah telah mencapai puncak
kemakmuran, segala sistem kerajaan dan kemasyarakatan diuruskan dengan elok, malahan berjaya
menyelesaikan masalah kemajmukan masyarakat dengan merumuskan sistem autonomi sendiri yakni
sistem Millet. Namun akibat daipada campurtangan kuasa asing, masyarakat Arab malah berpaling
tadah dan Menjalinkan kerjasama dengan British . Sharif Husain telah memberi harapan baru kepada
British dimana beliau turut menjalinkan hubungan kerjasama dengan British dimana Kitchener
menyamoaikan mesej kepada Abdullah yang menjanjikan sekiranya masyarakat Arab membantu British
dalam perang dengan kerajaan Uthmaniyah maka British berjanji untuk memastikan Semenanjung
Tanah Arab akan berada dalam keadaan yang sentiasa selamat dan tidak diancam oleh mana-mana
pihak. Janji-janji yang telah dilemparkan oleh pihak British telah berjaya mempengaruhi masyarakat
Arab untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan British bagi menentang Uthmaniyah. Pada 24
oktober 1995, Mc Mahon menulis sepucuk surat untuk meyakinkan Sharif Hussein supaya menjadi
sekutu British. British bersetuju menyokong kemerdekkan orang Arab di semua kawasan yang
ditetapkan1. Gerakan campurtangan British dengan menguasai pemikiran orang-orang Arab telah
memberi kesan yang mendalam kepada Daulah Uthmaniyyah. Sultan Uthmaniyyah telah cuuba sedaya
upaya untuk mgekalkan penguasaaan terhadap Arab namun perancangan presiden British yang lebih
strategic telah memberi kesan yang mendalah terhadap pengaruh kerajaan Uthmaniyyah terhadap
masyarakat Arab, malah masyarakat Arab semakin terpengaruh untuk menjalinkan kerjasama dengan
British untuk mencapai matlamat mereka dalam keinginan untuk menuntut kemerdekaan dan lepas
daripada cengkaman uthmaniyyah. Pada peang dunia pertama, Hussein pada mulanya bersekutu
dengan uthmaniyyah dan Jerman. Namun british menyapaikan khabar angina kepada Hussein bahawa
uthmaniyyah merancang untuk menggulingkan beliau di akhir perang nanti 2. Hal tersebut menyebabkan
Hussein rasa dikhianati oleh kerajaan Uthmaniyyah dan akhirnya menyebabkan beliau berstuju untuk

1
ABDUL RAUH BIN YAACOB(1995) HUBUNGAN ARABIA DENGAN BRITISH PADA MASA PERANG DUNIA PERTAMA,
1914-1918. Bangi, Selangor. Universiti Kebangsaan Malaysia hlm 104
2
Feroz Ahmad (1993). The making of Modern Turkey, Routledge Taylor&Francis Group, Hlm.31.
menjalinkan kerjasama dengan British bagi menentang kerajaan Uthmaniyyah. Pada ketika ini, bak kata
Ibn Khaldun, tiap-tiap tamadun yang hebat akan mencipta zaman kesenangan, dan kesenangan akan
mengundang jiwa yang lemah. Lama-kelamaan, dek tidak tercabarnya Uthmaniyah sebagai kuasa utama,
rakyatnya mula memandang enteng akan hal-hal berkaitan amanah, keadilan, dan kesejahteraan ramai.
Penyelewengan yang berleluasa mencipta laluan kepada dua konflik yang bakal terjadi, pertama sekali
konflik kemasyarakatan. Uthmaniyah akhir abad ke-19 gagal dalam memastikan hak-hak setiap kaum di
dalam jajahannya tertunai. Ketirisan penunaian hak-hak pancakaum di Uthmaniyah disemarakkan lagi
dengan fahaman baru pada ketika itu, yakni fahaman kebangsaan bawaan Barat. Untuk menjelaskan
perkara ini, kita mesti faham bahawa polisi kerakyatan utama Uthmaniyah adalah berdasarkan agama
dan budaya, jarang sekali kaum menjadi tanda ukur kerakyatan mereka. Selama ini, keamanan dapat
diimbangi dengan tolak ansur antara kaum atas dasar Ummah. 3Penularan fahaman kebangsaan
merosakkan susun atur kemasyarakatan Uthmaniyah dan menyebarkan permusuhan antara rakyat.
Wilayah-wilayah jajahan Uthmaniyah mulai memberontak, membawa kefahaman ini sebagai intipati
perjuangan seperti wilayah Balkan, Yunani, malahan Hijaz. Teknik yang dilakukan oleh Masyarakat Arab
iaitu dengan menjalankan kerjasama dengan pihak British telah mendorong kejatuhan empayar
Uthmaniyyah. Institusi Khalifah yang dahulunya menyebelahi empayar Uthmaniyyah kini telah berpaling
tadah dan bekerjasama dengan pihak British.Setiap tindakan yang dilakukan oleh Masyarakat Arab
seperti melakukan pemberontakan telah mengoyahkan lagi institusi kerajjaan Uthmaniyyah. kesempitan
ekonomi Uthmaniyah. Tatkala pemberontakan dan peperangan dalaman berlaku, ianya memakan
sebahagian besar sumber negara. Sumber yang sepatutnya boleh disalurkan kepada sektor yang lebih
produktif tidak dapat dilaksanakan dek ingin membiayai kempen-kempen ini. Maka empayar
uthmaniyyah terpaksa menanggung beban ini dengan cara menambah hutang negara, membebankan
negara dengan berhutang dengan negara-negara Barat. Waktu ini, dunia sedang menghadapi alaf
industrialisasi baru, yakni negara-negara sudah mulai menumpukan sumber pendapatan mereka melalui
perkilangan dan perdagangan. Dengan pemberontakan dalaman yang berlaku, agak sukar bagi
Uthmaniyah untuk menumpukan sepenuh tenaga ke arah ini, malahan senjata yang diguna pakai
Uthmaniyah tidak dihasilkan di negara sendiri kerana membeli dari kerajaan Jerman. Negara tidak dapat
menjana ekonomi lantas hutang makin bertambah tanpa meningkatkan nilai pengeluaran dan kekayaan
negara. Sebenarnya, ketirisan kerajaan Uthmaniyah menambahkan lagi bebanan hutang kerana
kebanyakan dari hutang yang diterima ditelan oleh golongan atasan tanpa menyalurkannya kepada
tempat yang berhak. Rakyat Uthmaniyah merasakan bebanan ini tatkala mereka mula beralih dari

3
Jewish Virtual Library(2007), The Hussein-McMahon Correspondence.
menambah hutang kepada meningkatkan percukaian. Mana-mana individu yang terpelajar dalam
bidang ekonomi sudah pun tahu menambah cukai akan merencatkan perkembangan ekonomi negara,
dan itulah apa yang terjadi di empayar itu. Kerjasama yang dijalinkan oleh masyarakat Arab dan British
telah menyebabkan kuasa British semakin tersebar di negara tersebut dan niat British untuk
mengeksploitasi ekonomi di Turki semakin mudah untuk dicapai. Hari demi hari kerajaan uthmaniyyah
semakin goyah dan akhirnya runtuh akibat pengkhianatan Daripada masyarakat Arab.

You might also like