You are on page 1of 2

Papan Skrip (Script Board) Unit HEM

Tajuk : Rancangan Makanan Tambahan (RMT)


Masa : 30 minit (keseluruhan)
Medium : Aplikasi Youtube
Pengacara :

Skrip 1 (5 minit) : Pengenalan Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

1.1 Apa itu RMT (Rujuk MS 5 para 1.1 Buku Panduan Pengurusan RMT)
1.2 Objektif RMT (Rujuk MS 10 Buku Panduan Pengurusan RMT)
1.3 Bayaran RM 3.50 bagi seorang murid
1.4 Sasaran penerima
1.3.1 Murid-murid warganegara Melaysia di sekolah rendah tahun 1 hingga 6 dan murid PPKI / OKU
1.5 Syarat-syarat penerima
1.4.1 Warganegara Malaysia
1.4.2 Pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) adalah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) Nasional** (kategori
miskin tegar). (Rujukan PGK terkini 2019 : Surat siaran JPNS.SPM 800-5/2/1 Jld 2(3) bertarikh 31 Mac
2022)
1.4.3 Murid yang berada di Sekolah Orang Asli/Penan (kecuali murid yang tinggal di asrama) dan Murid
Berkeperluan Khas (OKU).
1.4.4 Murid yang tinggal di asrama KPM TIDAK LAYAK menerima RMT.
** Perubahan kelayakan berdasarkan pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa dan kadar PGK
Nasional bagi tahun semasa yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Skrip 2 (3 minit ) : Hari dan Masa Pelaksanaan

2.1 Pelaksanaan pada hari pertama persekolahan


2.2 Tahun 2-6 (Hari pertama persekolahan) – Sesi persekolahan Mac
2.3 Tahun 1 dan cicir tahun 2-6 (Hari pertama bulan April)
2.2 Tempoh pelaksanaan 190 hari persekolahan (tertakluk kepada perubahan)
2.3 Bulan Ramadhan RMT akan dihentikan kepada semua murid beragama islam.
2.4 Pemberian RMT untuk dibawa balik adalah tidak dibenarkan
2.5 Waktu pemberian RMT (waktu rehat murid mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah)
2.6 Pembekalan RMT diuruskan oleh pihak kantin atau care taker (PIBG) mengikut jumlah bayaran,hari dan masa
yang telah ditetapkan di dalam perjanjian.

Skrip 3 (5 minit) : Proses Pemilihan

3.1 Proses pemilihan dijalankan oleh unit kebajikan (RMT)


3.2 Tarikh pemilihan melibatkan 2 kali setahun iaitu Januari dan September.
3.2.1 Januari tahun semasa ( Murid tahun 1 dan cicir tahun 2 hingga 6)
3.2.2 September tahun hadapan (Murid tahun 1 hingga 5)
3.3 Saringan menggunakan :
3.3.1 Rumusan data kelayakan mengikut PGK 2019 daripada Aplikasi Pengurusan Data Murid (APDM)
3.3.2 Rujukan guru kelas (memastikan ada murid yang layak tetapi pendapatan tidak dikemaskini dalam data
APDM
3.2.3 Saringan menggunakan borang PB1 & PB2
3.3.4 Keputusan saringan hendaklah mengambil kira PGK 2019 (KIR RM 1169 & Perkapita RM 310)
3.5 Tindakan selepas saringan dijalankan :
3.5.1 Agihan borang setuju tidak setuju terima RMT kepada ibu bapa
3.5.2 Mesyuarat AJK RMT dipengerusikan oleh guru besar, penolong kanan HEM bersama AJK RMT
3.5.3 Data yang mempunyai nama murid, kelas,mykid jantina, keturunan, pendapatan, perkapita dan kategori
penerima di masukkan ke dalam Borang A3 & A4
3.5.4 Borang A3 dan A4 dihantar ke PPD (Hardcopy) dan email (Softcopy)

Skrip 4 (10 minit) : Perekodan & Pengurusan Kewangan RMT

4.1 Menyediakan buku Rekod Pengurusan RMT yang mengandungi maklumat berikut :
4.4.1 MS 1 : Rekod berat & tinggi murid
4.4.2 MS 2 : Rekod kemajuan akademik murid
4.4.3 MS 3 : Jadual bertugas guru harian
4.4.4 MS 5 : Senarai nama penerima RMT
4.4.5 MS 6 : Laporan harian RMT
4.4.6 MS 7 : Kehadiran harian penerima RMT
4.2 Pembayaran tuntutan RMT hendaklah dibuat sebelum 5 haribulan setiap bulan dengan mengemukakan
dokumen berikut :
4.2.1 Nota minta
4.2.2 Borang pesanan C6
4.2.3 Borang jadual penyediaan makanan
4.2.4 Salinan kehadiran murid penerima RMT
4.2.5 Laporan harian RMT
4.3 Siapakah yang menguruskan tuntutan pembayaran RMT setiap bulan ?
4.3.1 Penyelaras RMT menyediakan nota minta,borang pesanan C6,borang jadual penyediaan makanan,
salinan kehadiran murid penerima RMT dan laporan harian RMT.
4.3.2 Disemak dan ditandatangan oleh PK HEM dan Guru Besar
4.3.3 Dibuat pembayaran oleh kerani kewangan sekolah setelah menerima invois daripada pihak
pembekal/kantin
4.4 Laporan prestasi perbelanjaan RMT (laporan sukuan tahun pertama hingga keempat) menggunakan Borang D1
hendaklah dihantar ke PPD mengikut tempoh masa berikut :
4.4.1 Laporan sukuan pertama : Selewat-lewatnya 15 April
4.4.2 Laporan sukuan kedua : Selewat-lewatnya 15 Julai
4.4.3 Laporan sukuan ketiga : Selewat-lewatnya 15 Oktober
4.4.4 Laporan sukuan keempat : Selewat-lewatnya 15 Disember

Skrip 5 (5 minit) : Perjanjian RMT dan Menu Makanan

5.1 Perjanjian RMT dibuat diantara sekolah dan pembekal / kantin


5.2 Perjanjian RMT dibuat pada Januari hingga Disember dengan mengambil kira 190 hari pembekalan RMT
kepada murid
5.3 Perjanjian hanya sekali setahun dibuat diantara pihak sekolah dan pembekal/kantin. Nota perjanjian tidak boleh
diubah mengikut kesesuain sekolah kerana telah ditetapkan oleh KPM.
5.3 Contoh perjanjian RMT (Rujuk MS 69-106 Buku Panduan Pengurusan RMT)
5.4 Isi kandungan di dalam perjanjian RMT mengandungi :
5.4.1 Nota perjanjian antara sekolah dan pihak pembekal/kantin
5.4.2 Lampiran A dan B
5.4.3 Menu makanan RMT

Skrip 6 (2 minit) : Rujukan dan Panduan

6.1 Semua rujukan dan panduan pengurusan RMT bersumberkan daripada :


6.1.1 Buku Panduan Pengurusan RMT
6.1.2 Surat siaran, surat pekeliling semasa daripada KPM dan JPN

Skrip 7 : Tamat

You might also like