You are on page 1of 1

MASJID LAMA KAMPUNG LAMPU

Jalan Hj. Muhd,


22300 Kuala Besut, Terengganu.

Ruj kami: 001


Tarikh : 15. April 2022
Kepada :

Pengerusi,
Masjid Al-Muhajirin ,
Kg Beris Lampu,
22300 Kuala Besut, Terengganu.

Tuan/Puan,

Memohon Sumbangan Dana Pengurusan Masjid

Berhubung dengan perkara di atas,sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jawatakuasa Masjid Lama Kg
Lampu , telah bermesyuarat dan bersetuju untuk memohon sumbangan dana daripada pihak
Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin bagi tujuan pengurusan masjid.

2. Untuk makluman pihak Tuan/Puan pihak kami memerlukan sumbangan dana tersebut untuk
menguruskan masjid dan meneruskan pelbagai aktiviti, Memandangkan sumbangan Tabung sedia ada
Adalah kurang memuaskan. Adalah menjadi hasrat AJK dan para jemaah agar Tabung sumbangan
pihak Masjid kami di letakkan secara tetap di masjid Al Muhajirin pada Hari Jumaat sekali sebulan.

3. Pihak kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan dan keperihatinan pihak
Tuan / Puan atas kerjasama yang diberikan. Amanah Tuan /Puan akan kami sampaikan dengan izin
Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

“Wassalam”

Saya yang menurut amanah ,

-------------------------------------------
(Tuan Hj. Hassan Bin Salleh)
Pengerusi,
Masjid Lama Kg Lampu.

You might also like