You are on page 1of 1

SURAU CHE HASSAN

JLN. HJ. AWANG, KG. CHE HASSAN, GELUGOR KEDAI,


20050, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN
TEL: +6019-9231667

Rujukan Kami : SCH/KT/02/2022/17


Tarikh : 20 April 2022M
Bersamaan : 18 Ramadhan 1443H
Assalamualaikum wrh. wbt.

Ketua Pegawai Eksekutif


Majlis AGAMA Islam Dan Adat Melayu TERENGGANU
Pusat Pentadbiran Islam Terengganu
Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad,
20519, Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Tuan,
PERMOHONAN BANTUAN BAIK PULIH TANDAS SURAU DAN MENARA
TANGKI AIR
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Surau Che Hassan, Gelugor Kedai ingin
memohon bantuan dan jasa baik dari pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu
Terengganu (MAIDAM) untuk membaiki tandas surau yang telah lama rosak dan juga
sebuah menara untuk diletakkan tangki air.

3. Kerosakan tandas ini menyebabkan kesukaran dan kesulitan ahli jamaah surau
untuk beribadah sehingga ada para jamaah yang terpaksa pulang ke rumah. Selain itu,
dicadangkan pembinaan menara diatas tandas tersebut untuk diletakkan tangki air bagi tujuan
menyimpan air untuk persedian ketika kecemasan seperti ketiadaan air di waktu puncak. Kos
baik pulih tandas dan pembinaan menara dianggarkan sebanyak RM20,000.00 kerana
melibatkan 2 (dua) buah tandas iaitu untuk jamaah lelaki dan jamaah perempuan.

4. Bersama-sama ini dilampirkan salinan pendaftaran surau di JHEAT, salinan penyata


akaun bank, gambar surau dan tandas tersebut. Segala kerjasama dari pihak tuan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Yang Menjalankan Amanah

…………………………………...
(ZEFRIZAL BIN MOHD ZAID)
Pengerusi Surau Che Hassan,
Kuala Terengganu

You might also like