You are on page 1of 1

PERSATUAN PENGURUSAN TOKONG CAI SHEN YE SERDANG, KEDAH.

西岭财神爷庙管理委员会
No.Pendaftaran: 1066-07-KDH
Alamat: Batu 18, Serdang, Kedah.
Email: stevenchew0479@gmail.com
H/P: 010-2810479

Catatan Minit Mesyuarat Kali Ke-4


Tarikh : 21.12.2022
Masa : 7.00 malam
Agenda:
1. Ucapan Aluan Pengerusi
Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK-2 yang sudi meluangkan masa menghadiri
mesyuarat Kali Ke-4 dan menyeru kepada ajk-2 supaya memberi pendapat dan cadangan dalam urusan
hal-ehwal tokong.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu


Minit Mesyuarat yang lalu diedarkan kepada kesemua ahli-ahli yang hadir, didapati cattannya betul,
lalu AJK Encik Lee Seng Leong mencadangkan minit mesyuarat yang lalu diterima, dan diterima
dengan sebulat suara.

3. Perkara-2 Berbangkit
3.1 Permohonan hak milikan geran tanah tapak Tokong masih belum diluluskan.
3.2 Kerja-2 memasang lampu tanglung baru akan di jalankan bermula pada tarikh 25.12.2022
3.3 Tangki air bersaiz besar telah siap dipasangkan di tapak tandas.

4. Laporan Aktiviti Pertubuhan oleh Setiausaha


Setiausaha membentangkan laporan aktiviti seperti berikut:-
4.1 Gotong royong pembersihan di sekitar tapak tokong.
4.2 Menjalankan aktiviti pemberian bakul makanan kepada golongan fakir miskin.

5. Laporan Kewangan oleh Bendahari


Laporan Kewangan ditangguhkan sehingga di mesyuarat yang akan datang.

6. Perbincangan Aktiviti Sempena Tahun Baru 2023


Dengan sebulat suara memutuskan akan mengadakan program Bantuan Bakul Makanan kepada
golongan fakir miskin pada 15.01.2023, jam 10.30 pagi.

7. Lain-Lain Hal
Setiausaha encik Teow Siew Yiam telah meninggal dunia pada 07.12.2022, dengan sebulat suara
mesyuarat memutuskan melantik encik Tan Ah Kau sebagai Setiausaha baru dan akan menukar nama
Setiausaha baru di Akaun Semasa Hong Leong Bank cawangan Serdang (Akaun No 05000299452)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.10 malam.

Pengerusi Setiausaha
Chew Chee Hooi Tan Ah Kau

You might also like