You are on page 1of 1

35 Jalan Yunus,

85400 Chaah,
Johor

Pengetua
U/P: Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Penyelia Asrama
SMK (P) Temenggung Ibrahim
35, Jalan Tasek, Kampung Bahagia,
83000 Batu Pahat,
Johor. 28 November 2022

Puan,
Mohon Pulang Bermalam di Rumah

Berhubung dengan perkara di atas, saya, ibu kepada HANIS ALIAH BT ISHAMUDIN (4 Gamma) ingin
memohon kepada pihak sekolah untuk membenarkan anak saya pulang bermalam pada minggu ini.

2. Hal ini adalah disebabkan anak saya perlu menghadiri Majlis Konvokesyen saya di Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk sidang 1 pada 3 Disember 2022 dan beliau akan menjadi tetamu di
dalam dewan. Oleh kerana ini juga, saya memohon agar pihak sekolah membenarkan saya mengambil
anak pulang bermalam pada petang 1 Disember 2022. Saya akan menghantar anak pulang ke asrama
pada 3 Disember 2022 setelah majlis tamat. Bersama-sama ini saya sertakan surat makluman daripada
universiti untuk rujukan Puan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

MASADLIAHANI MASDUKI

You might also like