You are on page 1of 1

Persatuan Robiktaici

KRT Chaah Utara


85400 Chaah, Johor

YB Tan Chong Ii
MCA Labis
85300 Labis, Johor 15 JUN 2022

MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MEMBELI BARANGAN KEPERLUAN PERSATUAN


Berhubung dengan perkara di atas, kami ingin memohon jasa baik YB agar menghulur sedikit bantuan
untuk persatuan kami.
2. Untuk pengetahuan YB, persatuan Robiktaici kami telah ditubuhkan pada tahun 2004 dan
dianggotai oleh kaum Wanita di Mukim Chaah. Kebanyakan kami adalah warga emas dan buat masa
sekarang, anggota kumpulan kami terdiri dari kaum:
Cina 34 orang
India 5 orang
Melayu 5 orang
44 orang
3. Aktiviti persatuan kami dijalankan pada setiap pagi dari pukul 7 hingga 8.30 pagi, kecuali
hari Ahad. Moto persatuan ini adalah “Sihat sepanjang hayat”. Untuk makluman YB juga, tiada
sebarang yuran dikenakan untuk menganggotai persatuan ini di mana sumber kewangan kami adalah
sukarela derma dari kalangan kami sendiri.
4. Sumbangan yang diperlukan oleh pihak kami adalah berjumlah RM2000 sahaja. Perincian
bagi sumbangan ini adalah seperti di bawah.
Pembesar suara radio (speaker) – RM 870
Baju Uniform (RM 22 x 44) – RM 960
Gelang hoolahoop - RM 170
- RM 2000
5. Kami beramai-ramai sebulat suara menyokong padu atas kepimpinan YB. Oleh yang
demikian, kami amat berharap agar permohonan kami dipertimbangkan oleh Pihak YB sewajarnya.
Dengan bantuan YB ini, semoga persatuan kami akan lebih teguh dan dinamik. Bersama-sama ini
disertakan lampiran senarai dan nama ahli Rabiktaici Tahun 2022.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(ZARINA BINTI ABDULLAH)


Setiausaha
Robiktaici Chaah

You might also like