You are on page 1of 24

KPP 4023

APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

TUGASAN KUMPULAN
FAKTOR, KESAN DAN CARA MENANGANI ISU KURANG TUMPUAN PELAJAR
SMU (A) AT-TAQWA CHIKU DI DALAM KELAS

KUMPULAN KULIAH: KUMPULAN D (YIK)

DISEDIAKAN OLEH:
ALIF SYAFIQ BIN ABD RAHIM L20212012030
AHMAD ABRAR SYAKIRIN BIN ABDULLAH L20212011818
ROZAINI BINTI MOHD RANI L20212012215
ANIS FARHANA BINTI MOHD SUHAIMI L20212012056

PENSYARAH:
DR. TAJUL ROSLI BIN SHUIB

1
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN........................................................................................................................1

LATAR BELAKANG DAN PERMASALAHAN KAJIAN.................................................2

METODOLOGI KAJIAN.......................................................................................................4

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR HILANG TUMPUAN DI DALAM BILIK DARJAH. .4

TEORI PSIKOLOGI YANG DIGUNAKAN........................................................................6

IMPLIKASI HILANG TUMPUAN.....................................................................................12

CARA MENGATASI PELAJAR HILANG TUMPUAN..................................................12

KESIMPULAN.......................................................................................................................14

RUJUKAN..............................................................................................................................15

LAMPIRAN............................................................................................................................16
PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang mementingkan pendidikan terhadap


rakyatnya. Hal ini kerana generasi muda merupakan penyambung generasi dan juga masa
depan negara seperti yang telah terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPK) itu
sendiri yang amat menekankan system Pendidikan yang sempurna terhadap pelajar-pelajar
masa kini. Salah satu pernyataan tersebut adalah berkaitan untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Hal ini bermaksud, pelajar bukan sahaja cemerlang
dalm akademik sahaja tetapi juga mampu melibatkan diri dalm aktiviti kokurikulum yang
dijalankan di sekolah.

Pendidikan merupakan komponen yang menjadi perhatian utama bagi melahirkan


generasi muda yang berilmu dan cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.
Kepelbagaian kaedah penyampaian pengajaran merupakan komponen penting untuk
melahirkan minat dan penglibatan terhadap pelajarnya. Melalui pelbagai Teknik Pengajaran
dan Pembelajaran yang baik akan meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar. Oleh itu,
guru-guru perlu mencorakkan teknik penyampaian yang pelbagai supaya sesuatu mata
pelajaran itu dapat disampaikan dengan berkesan.

Namun begitu, didapati ramai pelajar semakin kurang tumpuan dan minat dalam
mengikut sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan di dalam kelas. Menurut
James (1890), tumpuan adalah terhad kerana manusia boleh memilih sesuatu tumpuan pada
satu masa dan penumpuan juga sangat berkait rapat dengan konsep kesedaran. Penumpuan
juga boleh dijelaskan sebagai perhatian yang memberi tumpuan terhadap mental dengan
membiarkan ransangan lain mengganggu. Justeru itu, memberi tumpuan di dalam kelas boleh
dijelaskan sebagai aktiviti mental yang memerlukan pelajar memberi perhatian semasa guru
mengajar. Antara punca kurang tumpuan di dalam kelas termasuklah melakukan aktiviti lain
seperti membuat kerja sekolah yang tidak siap, berbual-bual, mengantuk dan sebagainya.
Manakala menurut Reinhartz dan Beach, Wiles dan Bondi (1998), menyatakan bahawa
penumpuan di dalam kelas amat penting kerana sekiranya pelajar memberi tumpuan semasa
akatviti PdP, maka seseorang pelajar itu dapat meningkatkan kecerdasan minda mereka agar
dapat menyesuaikan diri, mencapai kejayaan dalam kehidupan serta bersedia untuk berada
dalam masyarakat yang kian mencabar pada masa kini.

1
Menurut Haliza dan Joy (2016), tingkah laku ini merujuk kepada seseorang murid
yang tidak mendengar atau fokus apabila guru mengajar atau ketika guru memberikan
tugasan. Umumnya mereka akan berbual-bual dengan rakan lain, membaca bahan bacaan lain
seperti komik, makan, bersiul, tidur dan sebagainya. Pendek kata, tingkah laku ini
menyebabkan murid tersebut tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru kerana
sibuk melakukan perkara-perkara lain di kelas.

LATAR BELAKANG DAN PERMASALAHAN KAJIAN

Sekiranya aktiviti yang diberikan bukan sesuatu yang diminati oleh pelajar, mereka
tidak akan memberi penumpuan. Guru hendaklah peka dengan tingkah laku pelajar sewaktu
pelajar menjalankan aktviti. Perancangan hendaklah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan
keperluan pelajar. Sekiranya terdapat di kalangan pelajar yang tidak mahu melakukan sesuatu
aktiviti yang disediakan, guru memberi pilihan alternatif supaya pelajar dapat menjalankan
aktiviti dengan lebih berkesan.

Pelajar yang suka mengganggu hendaklah dilihat menerusi dalam diri pelajar. Pada
pandangan orang dewasa mengganggu pelajar lain secara lisan atau fizikal merupakan
tingkah laku negatif dan pelajar ini biasanya dilabelkan sebagai nakal. Biasanya pelajar ini
terus mendapat hukuman dengan tujuan untuk membetulkan kesalahannya. Pernahkah kita
melihat secara mendalam tentang kehendak pelajar itu sendiri. Apakah yang tersirat di
sebalik kelakuan pelajar yang suka mengganggu, tidak memberi tumpuan dan bersikap
agresif di dalam kelas. Guru hendaklah membuat pemerhatian dan memahami akan matlamat
merangsang pelajar melakukan tingkah laku positif. Setiap tindakan yang akan diambil
hendaklah bersesuaian mengikut kesalahan tingkah laku atau tingkah laku negatif pelajar.
Masalah pelajar tidak memberi tumpuan dalam kelas hendaklah dilihat punca berlaku
masalah itu.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Abd.Karim (1994), menyatakan bahawa
setiap guru memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pelajar untuk belajar
dengan cara mempelbagaikan kaedah pengajaran. Apabila pelajar tidak berminat dengan
sesuatu mata pelajaran tertentu, guru perlu berusaha untuk menarik minat mereka kembali.
Menurut Rohana Zubir (1981) dalam kajian yang dilakukan olehnya mendapati mata
pelajaran Sejarah merupakan satu subjek yang sukar diajar dengan berkesan. Tambah beliau
lagi, faktor luaran seperti kepesatan kurikulum dan keperluan peperiksaan, kekurangan bahan

2
pengajaran dan sumber-sumber lain, keadaan persekitaran luar bilik darjah dan sekolah serta
masalah disiplin murid-murid dijadikan sebagai penghalang kepada pengajaran mata
pelajaran Sejarah yang berkesan. Faktor yang dianggap penghalang oleh beliau ialah faktor
dalaman iaitu kurang minat dan motivasi dalam kalangan pelajar terhadap subjek Sejarah.
Menurut Suradi Salim (1987), sikap pelajar terhadap guru mata pelajaran atau subjek
yang diambil akan mempengaruhi minat serta usaha kea rah kejayaan akademik seseorang
pelajar. Kebanyakn pelajar mempunyai minat untuk belajar sekiranya guru memainkan
peranan yang penting dalam sesebuah kelas. Guru yang bijak melaksanakan aktiviti di dalam
kelas dengan menggunkan kaedah-kaedah yang pelbagai merupakan guru yang komited
dalam proses meningkatkan minat pelajar itu sendiri. Manakala sikap negative pelajar
terhadap sekolah dan guru boleh melemahkan minat dan motivasi mereka untuk belajar
subjek berkenaan. Foo Siet Chooi (1988) pula menyatakan bahawa dengan adanya
minat,usaha dan semangat yang tinggi untuk belajar, pencapaian pelajar akan meningkat.
Beliau berpendapat bahawa minat merupakan faktor yang penting dalam menentukan
pencapaian akademik pelajar bukan hanya Teknik pengajran guru semata-mata.
Manakala Siti Marlina Saabran (2005) pula menyatakan bahawa ramai pelajar yang
pergi sekolah tetapi hakikatnya mereka tidak belajar. Kebiasaannya pelajar sedemikian
dilabelkan sebagai pelajar yang bermasalah,mempunyai pencapaian yang rendah dan tidak
mempunyai motivasi yang baik. Guru-guru juga telah meletakkan harapan yang rendah
terhadap mereka dan menyebabkan mereka berasa rendah diri dan kemudian meningkatkan
msalah disiplin di sekolah khususnya. Oleh itu, guru memainkan peranan yang sangat penting
dalam proses PdP yang dijalankan di dalam kelas.

METODOLOGI KAJIAN

Berdasarkan kajian yang dijalankan, pendekatan yang digunakan ialah kualitatif


secara kajian kes. Menurut Gay, Mills dan Airsian (2006) menyatakan bahawa matlamat
utama pendekatan kualitatif ialah menyediakan pemahaman berkaitan persekitaran sosial dan
aktiviti daripada perspektif subjek. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah pemerhatian dan
temubual bagi mengumpul data.

3
Manakala Creswell (2005) menyatakan kaedah pemerhatian mempunyai kelebihan
dalam merekod maklumat sebenar terhadap situasi yang berlaku dalam persekitaran dan
untuk mengkaji tingkah laku yang sebenar. Kaedah pemerhatian di dalam bilik darjah juga
membolehkan penyelidik mendapatkan maklumat yang lebih tepat berbanding melalui
pengakuan subjek semata-mata. Di mana pemerhatian di dalam bilik darjah yang
dilaksanakan membolehkan kami sebagai guru melihat sendiri tingkah laku tertentu yang
berlaku semasa pengajaran dan tingkah laku inilah yang akan dirujuk semasa temu bual
bersama pelajar. Melalui pemerhatin tersebut, kami dapat mengenal pasti faktor-faktor pelajar
hilang tumpuan semasa sesi PdP.

FAKTOR-FAKTOR PELAJAR HILANG TUMPUAN DI DALAM BILIK DARJAH

i. Sikap Pelajar
Berdasarkan pemerhatian, faktor utama pelajar hilang tumpuan di dalam kelas adalah
sikap pelajar itu sendiri. Pelajar sekarang kurang berminat untuk belajar malah
mereka tidak serius tentang sesuatu subjek. Mereka hanya memilih subjek tertentu
sahaja, iaitu memilih subjek yang mereka suka sahaja. Subjek yang mereka tidak
suka, mereka akan keluar kelas atau ponteng kelas. Malahan, kerja rumah yang terlalu
banyak dan nota yang tertangguh menyebabkan mereka akan berjaga malam. Selain
itu, mereka sering mengantuk di dalam kelas kerana berjaga lewat malam disebabkan
keghairahan bermain game, chatting, melayari Facebook dan internet.

ii. Pengaruh rakan sebaya


Rakan sekelas yang duduk di sebelah memainkan peranan penting dalam merangsang
minda pelajar untuk terus kekal fokus terhadap pengajaran guru. Kajian menunjukkan
bahawa rakan sebelah yang suka berborak akan mempengaruhi pelajar untuk berborak
di dalam kelas. Hal ini menyebabkan penyampaian guru tidak sampai kerana keadaan
yang bising. Akibatnya, pelajar lain akan hilang tumpuan dan akhirnya mereka
membuat kerja sendiri.

iii. Bahan bantu mengajar yang tidak menarik

4
Kebanyakan guru tidak menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang menarik,
terutamanya guru senior yang lebih gemar menggunakan buku teks dan buku latihan
sebagai bahan bantu mengajar utama. Hasil daripada pemerhatian dan temu ramah,
pelajar menyatakan guru lebih gemar bersyarah di dalam kelas. Mereka masuk kelas
bersyarah kemudian menyuruh pelajar membuat nota. Ada sesetengah guru yang
asyik membebel ketika PdP. Hal ini menyebabkan pelajar merasa bosan, akhirnya
mereka akan hilang tumpuan semasa PdP. Perwatakan guru juga menjadi faktor di
mana pelajar lebih memilih guru. Guru akan membosankan apabila PdP secara sehala,
menggunakan monoton, tiada kepelbagaian teknik mengajar dan guru yang kurang
interaksi dengan pelajar semasa mengajar. Malahan ada sesetengah guru yang tidak
bersedia dengan aktiviti PdP menyebabkan guru tidak mampu mengawal kelas dan
pelajar terus hilang tumpuan lalu membuat aktiviti sendriri.

iv. Persekitaran bilik darjah


Didapati PdP selepas waktu rehat dan sebelum sesi persekolahan berakhir, lebih
cenderung membuatkan pelajar hilang tumpuan di dalam kelas. Pelajar yang sudah
makan sewaktu sesi rehat akan kekenyangan dan mudah menjadi malas dan
mengantuk semasa proses PdP dijalankan. Malahan keadaan kelas yang kotor, bising
dan panas menjadi salah satu punca pelajar hilang tumpuan di dalam kelas.
Contohnya pelajar yang terlalu ramai di dalam kelas (tidak kondusif) dan waktu PdP
yang lama terutama ketika jadual anjal mendorong pelajar hilang tumpuan semasa
PdP. Selain itu, pelajar yang berada di kelas tercorot kebanyakkannya hilang minat
belajar dan lebih cenderung melakukan aktiviti sendiri.

TEORI PSIKOLOGI YANG DIGUNAKAN

Teori Konstruktivisme Vygotsky (oleh Vygotsky (1896-1934) yang menjelaskan


tentang gaya pembelajaran murid. Teori ini merupakan salah satu daripada Teori
Pemerolehan Pembelajaran iaitu murid sebagai pembina pengetahuan daripada pengetahuan
dan pengalaman sedia ada sebaliknya bukan menerima pengetahuan bulat-bulat daripada
guru. Teori ini merupakan gabungan teori konstruktivisme vygotsky (zon perkembangan
prokmisal-ZPD) dengan tiga model gaya pembelajaran iaitu model gaya visual, auditori dan
kinestetik (VAK). Hasil gabungan ini dibuat untuk mengenalpasti gaya pembelajaran yang

5
menonjol terhadap kanak-kanak dan untuk mengetahui sama ada kanak-kanak tersebut boleh
menyelesaikan soalan dengan bantuan orang lain atau menyelesaikannya sendiri kerana setiap
individu mempunyai latar belakang, pengalaman, interaksi dan berbeza budaya. Jika dilihat
dalam model VAK, setiap orang mempunyai tiga jenis gaya pembelajaran iaitu gaya
pembelajaran visual, auditori dan kinestetik tetapi setiap orang akan memilih salah satu gaya
tersebut yang paling menonjol dalam dirinya. Proses pembelajaran adalah melalui bermain,
penyampaian formal dan bekerjasama dengan murid lain yang lebih mahir. Motivasi murid
untuk belajar adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang berjaya dan keyakinan diri yang
tinggi. Prinsip teori konstruktivisme adalah pembelajaran guru berpusatkan murid manakala
guru sebagai fasilitator atau pembimbing. Pengetahuan dibina melalui teknik scaffolding iaitu
pembelajaran melalui proses interaksi sosial bersama murid-murid yang lain di sekitarnya.
Implikasi teori ini adalah guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan teliti serta
menyediakan aktiviti mengikut kemampuan murid, selaras dengan pemikiran dan laras
bahasa mereka.

Secara umumnya, guru perlu berperanan memberikan motivasi yang sepatutnya


kepada para pelajar bagi membantu pelajar terus fokus dalam kelas. Menurut Satrock (2004),
motivasi ialah proses menjana, mengarahkan dan mengekalkan tingkah laku. Motivasi
merupakan kecenderungan daripada diri seseorang yang boleh mempengaruhi tingkah laku
mereka sendiri. Konsep motivasi dianggap suatu usaha untuk memenuhi keperluan atau
keinginan. Individu pula lebih menarik ke arah aktiviti-aktivit yang memberi sokongan
kepada keperluan dan keinginan tersebut. Menurut Mohd Zaki (2014), motivasi memainkan
peranan penting terhadap pencapaian pelajar dan bagaimana mereka berusaha untuk
mencapainya. Bagi konteks guru dengan murid, guru merupakan pihak yang
bertanggungjawab memberi rangsangan kepada pelajar untuk menimbulkan motivasi dan
kecenderungan mereka untuk belajar. Motivasi antara pelajar dan guru boleh terdiri dalam
bentuk hadiah, penghargaan dan keprihatinan terhadap murid. Justeru itu, guru perlu bijak
untuk memotivasikan murid dengan pelbagai kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan
pemikiran murid.

6
Rajah 1: Item-item motivasi

Menurut Ryan dan Deci (2009), motivasi sebahagian besarnya boleh dibahagikan
kepada tiga komponen iaitu intrinsik, ekstrinsik dan amotivasi. Amotivasi ialah satu faktor
motivasi yang negatif. Amotivasi ialah di mana apabila seseorang individu kurang motivasi
sebagai contoh apabila seseorang individu tersebut tidak berminat langsung untuk mengambil
bahagian dalam sesuatu tugasan. Salah satu faktor utama amotivasi terjadi karena pelajar
tidak memahami kepentingan belajar, atau kurang melihat nilai positif dari belajar. Selain itu,
kerana kurang yakin akan dapat berjaya dan mencapai cita-cita melalui belajar.

Amotivasi kebiasaannya berlaku kepada pelajar dari kelas belakang atau tercorot.
Dilabel dan dimomokkan dengan hasutan menjatuhkan dan perkara negatif setiap hari
melalui pengucapan mahupun pandangan memperlekehkan mereka daripada kalangan
pelajar, lebih teruk lagi dari sudut pandang guru itu sendiri seperti kata-kata “kamu tiada
masa depan”, “kamu bodoh sebab tu berada di kelas tercorot” dan “apa nak jadi dengan kamu
ni?” Antara Beberapa ciri-ciri amotivasi ialah: memisahkan atau mengasingkan diri dari
lingkungan, mengabaikan lingkungan sekitar, muncul rasa takut yang berlebih, hilangnya
rasa inisiatif dan hilangnya minat untuk mengembangkan diri.

Peneguhan negatif seperti dendaan menyebabkan pelajar berasa takut dan kerisauan.
Menurut B.F. Skinner, 1953 dalam Woolfolk (1979), seorang guru perlu berhati-hati apabila
memberikan peneguhan negatif kepada pelajar kerana ia mungkin dianggap sebagai
hukuman. Pelajar akan merasa rendah diri apabila dihukum lalu menyebabkan pelajar tidak
suka untuk belajar dan melarikan diri. Keadaan seumpama ini tidak akan memotivasikan
pelajar secara efektif dalam pembelajaran yang berkualiti.

7
Berdasarkan teori motivasi yang dikemukakan oleh Sternberg (2001), motivasi bererti
dorongan atau keperluan yang memimpin kepada sesuatu tindakan. Motivasi juga melibatkan
sesuatu proses memberi kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku seseorang. Cara
terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan memasang cita-cita untuk mereka melalui
minat dan kecenderungan mereka. Seorang guru sepatutnya membantu pelajar sebegini untuk
mencari cita-cita mereka dan mendorong mereka ke arah cita-cita mereka tersebut melalui
pendedahan susur jalur pengajian yang perlu ditempuhi atau kepentingan belajar untuk
memenuhi cita-cita mereka.

Motivasi intrinsik dan ektrinsik yang menimbulkan persoalan motivasi terhadap


penilain kepuasan seseorang individu. Motivasi intrinsik dan motivasi ektrinsik mempunyai
sifat yang berlawanan. Faktor intrinsik iaitu terlibat dalam aktiviti demi kepentingan sendiri
memberikan keputusan akademik yang lebih positif daripada faktor ektrinsik iaitu terlibat
dalam aktiviti sebagai satu cara untuk berakhir (Ryan & Deci, 2009). Dalam usaha guru
untuk memotivasikan pelajar untuk terus belajar dengan berkesan, guru seharusnya memiliki
keinginan-keinginan intrinsik dan ekstrinsik untuk melaksanakan tugasan dengan rasa penuh
tanggungjawab.

Motivasi intrinsik Motivasi ekstrinsik

8
Sifat semula jadi untuk belajar Wujud daripada faktor persekitaran

Dorongan daripada kesedaran diri Dorongan daripada luar

Mengambil tindakan tanpa mengira


Berusaha untuk mendapat ganjaran
ganjaran
Jadual 1: Perbezaan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik

Motivasi intrinsik merupakan motivasi yang timbul dari diri seseorang dan tidak perlu
ada rangsangan dari luar. Ianya didorong oleh keseronokan dan kerelaan mereka sendiri
untuk membuat sesuatu perkara. Sebagai contoh, seseorang yang suka membaca akan
mencari sumber bahan bacaan sendiri tanpa pertolongan orang lain. Mereka akan
bertanggungjawab terhadap gaya hidup mereka sendiri tanpa melibatkan paksaan.

Motivasi intrinsik dapat dilihat apabila seseorang individu melakukan aktiviti untuk
kepuasan diri sendiri (Brown, 2007). Manakala dalam konteks pembelajaran, motivasi
intrinsik sering dikaitkan dengan tujuan dari diri pelajar itu sendiri dan minat yang
tersendiri terhadap sesuatu subjek atau aktiviti tersebut. Apabila seseorang menikmati
pekerjaan atau aktiviti, melihatnya sebagai peluang untuk belajar dan mengambil bahagian
tanpa ganjaran luar, dapat diandaikan bahawa individu tersebut termotivasi secara intrinsik
(Coon & Mitterer, 2010). Dalam satu kajian lain menurut Suwatno (2011) motivasi intrinsik
adalah motif-motif yang fungsinya tidak perlu dirancang dari luar, kerana dalam diri setiap
individu sudah ada dorongan untuk melakukan sesuatu.

Antara ciri-ciri pelajar yang dipengaruhi oleh motivasi intrinsik seperti lebih berhati-
hati dalam menyiapkan sesuatu tugasan dan mereka menitikberatkan tentang kualiti kerja dan
tugasan. Di samping itu, mereka akan lebih bertenaga, berdikari, berdaya saing, dan
mendapati diri mereka sendiri minat dalam pengajian berbanding pelajar-pelajar yang
termotivasi oleh motivasi ektrinsik. Condry dan Chambers (1978) berpendapat bahawa
apabila pelajar menjalankan projek dan tugasan, pelajar yang termotivasi oleh motivasi
intrinsik ini lebih baik dalam membuat keputusan dan mengumpul data berbanding pelajar
yang termotivasi oleh motivasi ektrinsik. Garavalia dan Gredler (2002) secara umumnya
mengatakan pelajar yang mempunyai matlamat yang efektif, menggunakan strategi
pembelajaran yang sesuai dan menilai keperluan pembelajaran, cenderung untuk mencapai
tahap prestasi yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar lain.

9
Bagi guru, strategi pengajaran perlu dirancang secara efektif bagi memastikan teknik
pengajaran bersesuaian dengan pelajar supaya tidak mematahkan semangat pelajar yang
bermotivasi intrinsik. Menurut Amir Hasan (2009), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu
mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Maka,
pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan perlu disokong
(dengan menggunakan bahan bantu mengajar) bagi merangsang perkembangan potensi
individu ketahap yang maksimum. Faktor yang menyebabkan pelajar hilang tumpuan di
dalam bilik darjah adalah daripada proses PdP yang membosankan kerana guru itu sendiri
tidak mampu menyesuai teknik pengajaran dengan keadaan pelajar itu sendiri.

Motivasi ekstrinsik pula merujuk kepada motivasi yang datang dari faktor luar atau
dari orang lain. Motivasi ektrinsik bercanggah dengan motivasi intrinsik. Motivasi ini akan
hadir apabila wujudnya ganjaran luaran seperti ganjaran dan dendaan terhadap aktiviti-
aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. Karsenti dan Thirbert (1995) menyatakan motivasi
ekstrinsik ialah tingkah laku pelajar dibentuk oleh faktor luaran seperti ganjaran dan
hukuman. Perubahan yang berlaku disebabkan oleh penghargaan atau tekanan yang diterima
daripada unsur-unsur luar. Motivasi ekstrisik ditakrifkan sebagai kecenderungan untuk
melakukan aktiviti atau tugas untuk mendapatkan ganjaran sama ada dalam bentuk fizikal
atau psikologi dalam persekitaran semula jadi (Brown, 2007). Motivasi ekstrinsik dilihat
seperti paksaan tapi motivasi ini membantu seseorang individu atau pelajar untuk lebih
bersemangat melakukan sesuatu kerja yang ditugaskan oleh guru mereka. Dari perspektif
akademik. Ahli-ahli motivasi ekstrinsik sentiasa menggunakannya dalam bentuk hadiah,
gred, kemudahan atau memuji di sekolah-sekolah dan juga di dalam masyarakat.

Kenyataan ini selari dengan prinsip yang dikemukakan oleh Suppiah, Ramlah dan Abdul
Aziz (2008) mengatakan bahawa guru harus mengaplikasikan pengetahuan Psikologi
Pendidikan semasa proses PdP. Seorang guru harus memahami tingkah laku pelajar dengan
lebih mendalam seperti tingkah laku yang sukakan perhatian guru, suka memencil diri,
tingkah laku pelajar pintar, dan pelajar yang bermasalah dalam pelajaran kerana kesannya
memberi impak yang besar terhadap prestasi pelajaran pelajar.

Teori Humanisme, menjelaskan bahawa manusia mempunyai suatu kelebihan, kuasa


dalaman atau bakat dalam dirinya yang boleh memberi kesan terhadap diri sendiri dan
berpeluang menjadikan individu tersebut sebagai manusia yang hebat dan memberi manfaat
kepada masyarakat sekitarnya. Pendekatan ini dipelopori oleh Carl Rogers dan Abraham

10
Maslow. Carl Rogers menyatakan bahawa bakat atau peluang yang terdapat dalam diri
seseorang akan mewujudkan esteem kendiri dan seterusnya membantu kepada perkembangan
potensi diri. Pada pendapat beliau, apabila seseorang menerima sesuatu rangsangan yang baik
tanpa diduga (unconditional positive regard), dia turut bertindak balas secara positif terhadap
rangsangan tersebut iaitu melayan orang lain dengan baik walaupun mereka mempunyai
pendapat yang berbeza. Potensi atau bakat diri yang positif ini sekiranya didorong dengan
persekitaran yang baik dan sesuai serta boleh memberi rangsangan, bakat dalam diri akan
terus berkembang dengan baik. Seterusnya akan melahirkan seseorang yang mempunyai
esteem kendiri yang tinggi. Esteem kendiri boleh mempengaruhi cara kita berhubung dengan
alam sekeliling kita. Contohnya, apabila seseorang mempunyai esteem kendiri yang rendah,
dia akan kurang menghargai orang sekelingnya. Ini boleh menjejaskan hubungan sosial
dalam masyarakat. Dengan mengambil contoh di sekolah, jika persekitaran di sekolah
mempunyai suasana yang kondusif, guru dan rakan-rakan yang dapat memberi rangsangan
positif terhadap murid, maka ini boleh membentuk pencapaian esteem kendiri yang tinggi di
kalangan murid di sekolah tersebut. Sebaliknya, murid yang mempunyai esteem kendiri yang
rendah selalunya banyak melakukan kesalahan disiplin di sekolah kerana tidak dapat
mengawal diri dan sentiasa berfikiran negatif serta berasa rendah diri. Akibatnya, mereka
hilang minat untuk belajar dan bertambahnya masalah ponteng kelas ataupun sekolah,
melakukan aktiviti vandalisme dengan merosakkan harta benda awam, melawan guru,
bergaduh dan sebagainya lagi sebagai mempamerkan protes.

Teori Pembelajaran Kognitif (Jean Piaget) digunakan untuk menjelaskan tentang


tingkah laku. Teori ini adalah berkaitan dengan proses mental yang melibatkan pengamatan,
pengetahuan dan pemahaman. Teori pembelajaran kognitif sering digunakan dalam aktiviti
P&P di dalam kelas. Sebagai seorang guru perlu menguasai teori ini dan seterusnya
mengamalkannya semasa mengajar di dalam kelas bagi meningkatkan aras perkembangan
kognitif anak didik. Antara pelopor teori pembelajaran kognitif ialah Wolfgang Kohler,
Jerome Bruner, Ausubel dan juga Gagne. Pelopor ini telah membuat beberapa kajian dan
espirimen bagi mencari cara pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Dengan adanya
beberapa teori yang telah dikaji, guru bolehlah menggunakan teori tersebut dalam kelas
semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Antara salah satu cara ialah murid perlu
diberi peluang untuk “menemui” hubungan. Pembelajaran penemuan merupakan satu strategi
yang mana menggalakkan murid untuk menggunakan instuisi, imaginasi dan kreativiti secara
aktif. Menurut Azizi Yahaya (2005), penemuan boleh dikatakan menggunakan penaakulan

11
induktif di mana guru akan bermula dengan sesuatu yang khusus dan berakhir dengan sesuatu
yang umum. Selain itu, sebelum PdP dijalankan, guru perlu tahu pengetahuan sedia ada
murid dan mengaitkan pengetahuan sedia ada tersebut dengan maklumat yang baru dalam
aktiviti PdP. Dalam konteks ini, guru sebagai penunjuk cara atau fasilitator. Menurut Dr. Paul
Suparno (1987), guru yang kreatif perlu pandai mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan
sedia ada murid supaya mereka mudah faham apa yang ingin cikgu ajar dan sampaikan.
Bukan itu sahaja, guru juga perlu tahu semasa PdP dijalankan setiap murid berada pada mod
pembelajaran yang tidak sama. Menurut Jerome Bruner, terdapat tiga mod pembelajaran iaitu
mod enaktif yang berasaskan tindakan, mod ikonik yang berasaskan imej dan mod simbolik
berasaskan bahasa.

IMPLIKASI HILANG TUMPUAN

Pelajar tidak menumpukan perhatian di dalam kelas sewaktu PdP sedang berjalan amat
memberi kesan yang serius kepada guru dan pelajar itu sendiri dan kesan ini dikategorikan
kepada empat aspek :

1. Hasil kajian menunjukkan kesan hilang tumpuan adalah prestasi pelajaran merosot.
Kurang memahami pelajaran yang diajar menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab
peperiksaan atau ujian dengan baik. Keputusan ujian juga tidak memuaskan serta
gagal dalam pelajaran.
2. Kajian mendapati apabila pelajar tidak fokus dalam PdP, pelajar akan ketinggalan.
Segala pengetahuan yang disampaikan oleh guru tidak diendahkan serta tidak
mencatat info menyebabkan pelajar tidak mengetahui isi kandungan pelajaran.
Apabila diajukan soalan pelajar akan terpinga-pinga kerana tidak memahami isi
kandungan yang disampaikan oleh guru sewaktu proses PdP dijalankan.
3. Kebanyakan sampel menyatakan bahawa akibat daripada tidak tumpu dalam kelas
sewaktu proses PdP, guru mendenda pelajar kerana tidak dapat menjawab soalan yang
diajukan. Pelajar juga akan dimarahi kerana tidak menumpukan perhatian sepenuhnya
sewaktu PdP dijalankan.
4. Sampel kajian menggunakan perkata seperti “...takut nak jawab exam sebab tak ulang
kaji dan tak faham isi kandungan...” untuk menjelaskan perasaan menyesal yang
berkaitan dengan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas sewaktu guru mengajar
di hadapan. Justeru, sampel kajian mengatakan bahawa mereka mengalami perasaan

12
takut untuk menduduki peperiksaan yang membawa kepada keputusan yang tidak
memuaskan serta takut akan kegagalan.

CARA MENGATASI PELAJAR HILANG TUMPUAN

Kajian ini telah menghuraikan faktor-faktor pelajar hilang tumpuan semasa


pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara cara mengatasi pelajar hilang tumpuan
di dalam kelas ialah guru mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam
sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek berbeza
antara satu sama lain. Maka, pengajaran dan pembelajaran yang dirancang sesuai mengikut
tahap pelajar dan perlu disokong dengan menggunakan bahan bantu mengajar bagi
merangsang perkembangan individu ke tahap maksimum untuk menarik minat dan fokus
pelajar untuk belajar.

Selain itu, cara mengatasi pelajar hilang tumpuan di dalam kelas ialah guru harus
mengaplikasikan Psikologi Pendidikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Seorang
guru harus memahami tingkah laku pelajar dengan lebih mendalam seperti tingkah laku yang
sukakan perhatian guru, suka memencilkan diri, tingkah laku pelajar pintar dan pelajar yang
bermasalah dalam pelajaran kerana kesannya memberi impak yang besar terhadap prestasi
pelajaran pelajar.

Di samping itu, cara mengatasi pelajar hilang tumpuan di dalam kelas ialah guru harus
banyakkan motivasi berbanding mengenakan hukuman denda. Hasil kajian menunjukkan
bahawa pelajar tidak gemarkan hukuman denda yang dikenakan terhadap mereka. Peneguhan
negatif seperti denda menyebabkan pelajar tidak selesa. Seorang guru perlu berhati-hati
apabila memberikan peneguhan negatif kepada pelajar kerana ia mungkin dianggap sebagai
hukuman. Pelajar merasa akan rendah diri apabila dihukum lalu menyebabkan pelajar tidak
suka untuk belajar. Oleh itu, motivasi seperti dorongan atau keperluan yang memimpin
kepada sesuatu tindakan perlu diperbanyakkan. Motivasi juga melibatkan sesuatu proses
memberi kuasa dan arahan yang menggerakkan tingkah laku pelajar.

Oleh sebab itu, guru perlu meningkatkan motivasi diri pelajar dengan selalu berfikiran
positif. Berfikiran positif dapat memberi impak yang baik terhadap diri pelajar dan orang
sekeliling supaya pelajar tidak mudah terdorong ke arah sesuatu negatif. Contohnya, guru
membawa pelajar agar mengikuti seminar, mencadangkan agar murid membaca buku-buku

13
pengembangan diri dan motivasi dan menonton kandungan yang positif di televisyen dan
internet.

Seterusnya, cara mengatasi pelajar hilang tumpuan di dalam kelas ialah cara
penyampaian dan kawalan guru di dalam kelas. Pertama sekali, seorang guru harus
mempunyai teras pengetahuan mengajar iaitu segala jenis pengetahuan yang perlu ada pada
seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Salah
satu teras pengetahuan mengajar ialah pengetahuan yang mendalam tentang kandungan
subjek bidang yang hendak di ajar. Kedua, guru haruslah bijak mengawal kelas, jika pelajar
bising, tindakan macam mana yang harus dikeluarkan, jika pelajar terlalu senyap tidak
memberikan respon tindakan mana yang harus diambil.

Sehubungan dengan cara mengatasi pelajar hilang tumpuan di dalam kelas ialah guru
haruslah meningkatkan kemampuan pelajar menguruskan emosi dengan baik. Ini memainkan
peranan yang penting kerana kecerdasan emosi dapat bergabung tenaga dengan kecerdasan
akal bagi menentukan kejayaan dan keharmonian sesebuah kehidupan pelajar. Oleh itu, guru
perlu mengenali potensi dan emosi pelajar agar dapat seimbangkan antara kecerdasan emosi
dan akal. Hal ini dapat membantu pelajar menguruskan kekosongan tangki emosi pelajar
dengan perkara yang baik sekaligus melindungi diri pelajar dari pengaruh yang negatif.

Kemudian, guru juga perlu menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan
kebolehan kognitif muridnya.Pembelajaran seperti ini dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang seronok serta memudahkan faham dan ingat tentang pembelajaran
tersebut. Disamping itu, bahan bantu mengajar yang digunakan perlulah sesuai dengan tahap
perkembangan murid. Guru perlu mengambil kira umur murid dan tahap kepandaian kelas
tersebut dalam menggunakan bahan bantu mengajar. Guru juga boleh menggunakan
pengajaran advance organizers dalam proses P&P. Antara contoh advance organizers ialah
peta masalah dan penyelesaian, peta spider, peta cabang, peta kitaran, peta jenis tulang ikan,
peta aliran dan juga peta jenis pokok. Beberapa kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa
penggunaan peta ithink sangat memudahkan murid untuk mengingati sesuatu pelajaran. Oleh
itu, sebagai guru kita perlulah memperbanyakkan menggunakan peta minda dalam proses
P&P supaya murid akan lebih mudah untuk memahami dan mengingati isi-isi penting yang
diajar. Terutamanya bagi murid yang lemah pembelajaran.

14
KESIMPULAN
Melalui kajian ini, guru perlu memahami pelajarnya dengan baik. Guru merupakan
penyumbang terbesar dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Prestasi pelajar dilihat pada
keberkesanan dalam pengajaran di kelas. Faktor penyebab berlakunya kurang tumpuan dalam
kelas perlu diatasi segera. Guru perlu lebih mengutamakan keberkesanan pengajarannya
dengan mengurangkan kesan serta faktor penyebab kurang tumpuan dalam kelas.
Sehubungan itu, guru dilihat memainkan peranan penting dalam mengatasi kurang tumpuan
dalam kelas dalam kalangan pelajar. Peranan guru ini membantu sekolah dalam
menghasilkan pelajar yang berkualiti dan berdaya saing. Guru juga perlu menggunakan
pengetahuan pedagoginya dengan baik agar proses pengajaran dan pembelajaran sempurna.
Tingkah laku dan gaya pembelajaran murid saling berkaitan dan sangat penting dalam
menentukan kejayaan murid. Ia merupakan faktor yang penting dalam menentukan
pencapaian murid dalam pelajaran. Gaya pembelajaran yang sesuai dengan murid amat
penting semasa proses PdP dijalankan. Guru memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan aktiviti dan bahan yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid
terutamanya murid bermasalah pembelajaran kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan
yang lama semasa belajar. Seterusnya guru perlu tahu gaya pembelajaran setiap murid bagi
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana dapat
membantu guru memahami perkembangan dan penguasaan murid-murid terhadap pengajaran
dan pembelajaran yang disampaikan. Selain itu, dapat membantu guru menjadi lebih sensitif
terhadap perbezaan setiap individu. Murid-murid bermasalah pembelajaran lebih suka gaya
pembelajaran bersifat visual kerana boleh membantu mereka untuk mengenal pasti atau
memahami sesuatu perkara dengan lebih baik. Pengajaran origami salah satu daripada gaya
pembelajaran visual. Ia mampu merangsang persekitaran yang menyeronokkan dengan
pelbagai aktiviti yang menarik dan melibatkan deria dalam satu-satu masa. Hasilnya,
persekitaran yang menyeronokkan dapat mengekalkan tumpuan murid dalam sesuatu tempoh
yang lama. Gaya pembelajaran auditori kurang diminati oleh murid namun begitu penglibatan
gaya ini penting dalam proses PdP. Oleh itu, perlu dilaksanakan juga tetapi kurangkan
berbanding gaya pembelajaran visual dan kinestatik untuk meningkat gaya pemahaman
murid. Gaya pembelajaran kinestetik dalam proses PdP boleh menarik minat murid serta
menimbulkan keseronokkan dalam aktiviti pembelajaran serta mengelakkan timbulnya
kebosanan dalam diri murid semasa proses pembelajaran berlangsung. Gaya pembelajaran
yang tidak sesuai menimbulkan rasa kurang minat dan bosan dalam diri murid dan akhirnya
berlaku masalah tingkah laku. Perasaan minat amat penting dalam melakukan sesuatu

15
perkara. Sekiranya tidak berminat, murid akan melakukan sesuatu sambil lewa dan tidak
bersungguh-sungguh. Ada yang langsung tidak mahu menyiapkan tugasan yang diberi oleh
guru kerana faktor kurang minat dan bosan. Keadaan ini amat mempengaruhi pencapaian
dalam pelajaran mereka. Berbanding dengan murid yang betul- betul minat untuk melakukan
sesuatu aktiviti yang sesuai dengan gaya pembelajarannya. Mereka tidak perlu disuruh atau
dipaksa melakukan sesuatu sebaliknya terdorong dengan sendirinya. Hasil kajian ini
mempunyai implikasi terhadap kepelbagaian gaya pembelajaran dalam pedagogi untuk
menarik minat murid untuk belajar dan meningkatkan daya tumpuan dan kemahiran belajar
murid bermasalah pembelajaran seterusnya dapat mengawal tingkah laku menganggu murid
bermasalah pembelajaran. Dapatlah dirumuskan bahawa gaya pembelajaran sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu guru mencipta
pengalaman dan menjadi satu panduan untuk mencipta pengajaran yang sesuai bagi murid-
murid. Selepas guru memahami gaya pembelajaran murid dalam kelas, aktiviti yang
dirancang juga sepadan dengan gaya pembelajaran murid. Dengan ini juga dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh membahagikan
murid-murid dalam kumpulan yang homogen memandang mereka mempunyai gaya
pembelajaran yang tersendiri dan ada diantaranya mempunyai lebih daripada satu gaya
pembelajaran bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berfungsi secara efektif.
Selain itu, murid yang mempunyai gaya pembelajaran yang berlainan akan mendapat
pencapaian akademik yang lebih tinggi jika berbanding murid yang hanya mempunyai satu
atau dua gaya pembelajaran. Hal ini kerana murid yang lebih gaya pembelajaran lebih
fleksibel serta boleh ubah dan tidak terikat dengan gaya pembelajaran yang tertentu sahaja.

Akhir sekali, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semua masalah ada jalan
penyelesaiannya. Semua pihak sama ada guru, ibu bapa atau sekolah mestilah memainkan
peranan yang penting bagi menyelesaikan masalah pelajar hilang tumpuan di dalam kelas ini.

16
RUJUKAN

Mohammad Aziz Shah bin Mohamed Arip, Fauziah binti Mohd Sa’ad, Norhidayah binti
Jaapar, Khairiyah binti Mohd Ali, Najwa Hananie binti Athdzar, Wan Norhasniah
binti Wan Abd Rashid, Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani Permasalahan Kurang
Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif,
Fakulti Pendidikan Dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak.

Robert, F. J. S. (2003) Cooperative Learning In The Digital Electronic Course: Allixia


Distributors.

Hubungan antara Motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik Dengan Pencapaian Akademik Pelajar
UTHM (2020) Muhammad Ikmal Rezal Othman, Nurazwa Ahmad, Nor Kamariah
Kamaruddin, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Creswell, J.W. (2005), Educational research, planning, conducting and evaluation


quantitative and qualitative research (2nd Ed). New Jersey: Prentice Hall.

Gay, L.R.,Mills, G.E & Airisan. (2006). Educational Research : Competencies for analysis
and applications ( 8th Ed.). New Jersey: Person Prentice Hall.

James, W. (1890). Principle of Psychology. New York: Holt.

Naina Mohd. B. Md. Noor (1999), Stail Pengajaran Guru Dan Gaya Pembelajaran Murid,
Jurnal Pendididkan Tigaent 1999/2000 Jilid 2: Bil.3 , Jabatan Ilmu Pendidikan,
Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman- Baharin
Mesir, Sulaiman Ngah Razali, Dunn, R, Dunn, K, Kolb dan McCarthy

Erikson, E. H. (1963). Childhood and society (2nd Ed.). New York: Norton.

http://www.hmetro.com.my/bestari/2017/09/260331/hilang_fokus_dalam_kelas

17
http://www.klceducation.edu.my/ms/news_feed/article/fakta/punca
anak_hilang_fokus_dalam_kelas_yang_ibu_bapa_perlu_ambil_berat_sebelum_melarat

http://www.academia.edu/17115255/masalah_pelajar_tidak_memberi_tumpuan_dalam_kelas

LAMPIRAN

1. Soalan temu ramah


1) Mengapakah anda sering hilang tumpuan semasa proses PdP?

“Mengantuk di dalam kelas sebab saya selalu tidur lewat malam. Saya menyiapak
kerja sekolah dan melatari internet serta bermain game”

2) Apakah faktor yang menyebabkan anda hilang focus di dalam kelas?


” Kawan sebelah saya suka bercakap, mulut dia selalu pot pet tak berhenti
henti,suka ajak saya bersembang “
3) Bagaimanakah cara penyampaian guru semasa proses PdP? Adakah PdP
berpusatkan murid dan guru?
“Tidak, kebanyakan guru hanya menggunakan buku teks dan buku latihan sahaja,
masuk kelas bla-bla bla pastu suh buat nota.”
“Guru A asal masuk kelas je membebel, ada je yang dia tak puas hati, pelajar
bising la, kelas kotor la, ermm bosan lah…”
4) Pada pendapat anda, adakah persekitan kelas memainkan peranan penting
dalam proses PdP?
Ya, kerana persekitaran kelas yang kondusif boleh meningkatkan daya tumpuan
pelajar.
5) Adakah persekitaran kelas and aitu kondusif? Boleh anda terangkan
bagaimana persekitaran kelas anada yang sebenarnya?
Tidak sama sekali…” kelas terlalu crowded, panas, maca mane nak fokus…”
“Budak-budak lelaki suka buat bising, cikgu tak marah pun… kalau marah pon
budak-budak tak makan saman, diam kejap pastu bising balik…”

18
2. Gambar

19
20
21
22

You might also like