You are on page 1of 1

PENGURUSAN PENYELIDIKAN & PENULISAN

PROGRAM MUDAHCARA KAJIAN TAHAP FAKTOR MOTIVASI PELAJAR


UNTUK BERKREATIVITI
KAJIAN KES: SIJIL PELUKIS PELAN SENIBINA

Abstrak

Calon terlibat sebagai pemudahcara atau penasihat kepada pasukan


penyelidik ini. Ianya bermula dari perancangan peringkat awal sehinggalah berjaya
dibentangkan di Seminar Penyelidikan & Inivasi Kolej Komuniti Negeri Perak 2016 di
Kolej Komuniti Sungai Siput, Perak. Calon memberi khidmat nasihat dan memberi
idea serta membantu pasukan penyelidik berkaitan urusan kewangan jabatan
dengan kebenaran pengarah. Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti Tahap Faktor
Motivasi Pelajar Untuk Berkreativiti : Kajian Kes Sijil Pelukis Pelan Senibina di mana
faktor-faktor yang dikaji adalah faktor keseronokan, ganjaran, cabaran dan orientasi
luaran. Ia mengambil masa setahun dari dari proses penjanaan idea hingga
penjilidan laporan penuh. Seramai 278 orang pelajar Sijil Pelukis Pelan Senibina
Kolej Komuniti seluruh Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian ini. Data
seperti peratus dan min dianalisa dengan menggunakan Microsoft Excel dan soal
selidik skala likert dijadikan instrument kajian ini. Instrument mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A - Demografi responden dan Bahagian B – Tahap faktor-
faktor motivasi pelajar untuk berkreativiti. Hasil kajian mendapati terdapat dua faktor
utama yang mendorong pelajar untuk berkreativiti iaitu faktor keseronokan dan faktor
ganjaran dengan skor min masing-masing melebihi nilai 3.00 dan 2.50. Dua faktor
lain iaitu faktor cabaran dan orientasi luaran dilihat tidak banyak mempengaruhi
tahap motivasi pelajar untuk berkreativiti. Keputusan kajian ini perlu diberi perhatian
di peringkat pelaksanaan PdP khususnya Sijil Pelukis Pelan Senibina untuk
merangka program yang lebih kemas dan sistematik dalam usaha untuk
meningkatkan motivasi pelajar untuk berkerativiti. Impak atau keberkesanan kajian
ini adalah mengenal pasti faktor motivasi pelajar untuk berkreativiti dan seterusnya
merangka kaedah pengajaran berkesan dengan melibatkan kedua-dua faktor
tersebut. Berkat kesungguhan penyelidik, kerjasama kumpulan dan pemantauan
calon, kajian ini berjaya terpilih untuk dibentangkan di Seminar Penyelidikan &
Inivasi Kolej Komuniti Negeri Perak 2016. Dari segi perjalananan aktiviti penyelidikan
beberapa masalah telah dihadapi dan cadangan penambahbaikan juga disyorkan.

You might also like