You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : SKJP
Tarikh : 24 November 2022

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri


(Kesihatan Awam)
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
Jalan Kuala Kedah, Simpang Kuala,
05400 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

(Up: Dr Sarmiza Bt Saad)


Unit Kawalan Penyakit Berjangkit

Tuan,

JEMPUTAN UNTUK MENGADAKAN CERAMAH MINDA SIHAT DALAM KALANGAN


REMAJA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Bimbingan dan Kaunseling


Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai telah merancang untuk mengadakan Ceramah Minda
Sihat Dalam Kalangan Remaja sempena Program Minda Sihat seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 November (Rabu)


Masa : pg
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai

3. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada semua murid
tentang tanda awal minda tidak sihat dan bagaimana mengurangkan stress dalam kalangan
murid. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput doktor yang berkenaan untuk
menyampaikan ceramah tersebut.

4. Kerjasama, keprihatinan serta perhatian daripada pihak tuan amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang maklumat boleh hubungi Pn. Khairizad Bt
Othman (Guru Bimbingan Dan Kaunseling SK Jalan Pegawai ) di talian 019-4622989.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”
“KEDAH AMAN MAKMUR-HARAPAN BERSAMA MAKMURKAN KEDAH”

Saya yang menjalankan amanah,

(HUSLINA HUSSAIN)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai

You might also like