You are on page 1of 1

Selain itu, menurut Goossaert dan Palmer (2001), tiga aspek yang saling berkait di dalam tamadun

China iaitu falsafah, agama dan kepercayaan. Ketiga-tiga aspek ini masih lagi diguna pakai oleh
masyarakat China dan seluruh peradaban dunia masa kini. Hal ini kerana, ajaran tersebut
menekankan kualiti peribadi manusia. Menerusi babak filem The Great Wall yang banyak memberi
kesedaran dalam nilai-nilai tradisi tamadun China diantara durasi minit ke (35:36) Ketua Lin
menujukan kepada William, pembawaan pegangan konfusianisme iaitu ”Xin Ren” yang membawa
maksud Perikemanusian dan Percaya. Ini menunjukan ajaran ini sangat dititik beratkan pada
semangat berpasukan percaya akan satu sama lain dalam semua aspek pada setiap masa. Seseorang
juga perlu belajar percaya sebelum dia boleh dipercayai definasi ini saling mengaitkan tentang
semangat berpasukan wujud selagi masih bernyawa.

Lima akhlak yang baik didalam falsafah adalah seperti berikut:


a). Perikemanusiaan (Ren).
b). Keadilan (Yi).
c). Kebijaksanaan (Zhi).
d). Kesusilaan (Li).
e). Layak Dipercayai (Xin).

Pada akhirnya, terdapat banyak nilai-nilai yang dapat diambil dari ajaran Konfusianisme, yang
dapat dipakai dalam kehidupan dewasa ini terutama untuk mengimbangi kemajuan peradaban
manusia untuk melahirkan modal insan yang lengkap dalam segenap aspek manusia.

You might also like