You are on page 1of 2

GGGB6213: PSIKOLOGI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN LANJUTAN

TUGASAN INDIVIDU: ULASAN TEORI

TAJUK JURNAL:
THE ROLE OF EQUILIBRATION IN PIAGET’S THEORY OF
COGNITIVE DEVELOPMENT AND ITS IMPLICATION FOR
RECEPTIVE SKILLS: A THEORETICAL STUDY

NAMA: MAYURIE PHUTHARAT A/P SURIN


NO MATRIK: P101156
PROGRAM: SARJANA PENDIDIKAN (PSIKOLOGI PENDIDIKAN)
PENSYARAH DR SHAHLAN BIN SURAT
:
Pengenalan

Jean Piaget seorang ahli biologi yang terlatih dan ahli psikologi kanak-kanak berasal dari
Switzerland telah memperkenalkan teori perkembangan kognitif. Beliau telah menggunakan
model biologi untuk menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Beliau berpendapat
bahawa minda manusia akan berkembang, mengalami perubahan dan berinteraksi dengan
persekitaran untuk menyelesaikan masalah. Menurut Suppiah Nachiappan et al. (2017),
perkembangan aspek kognitif terjadi apabila terdapat perubahan dalam kematangan mental
melalui proses dan kemahiran mental.

Pada zaman kanak-kanak, Piaget amat berminat pada alam dan persekitarannya.
Beliau menghabiskan masa dengan mengamati alam sekitar dan haiwan-haiwan. Hal yang
demikian menyebabkan beliau tertarik kepada mata pelajaran Biologi di sekolahnya sehingga
. Ketika remaja pula, perkembangan pemikiran Piaget mula dipengaruhi oleh Samuel Cornut.
Cornut mula memperkenalkan bidang falsafah kepada Piaget kerana beliau berpendapat
bahawa sekiranya Piaget terlalu memfokuskan pada bidang biologi sahaja, pemikiran beliau
akan menjadi sempit. Hal ini menyebabkan Piaget mula menunjukkan minat kearah bidang
epistemologi iaitu suatu bidang ilmu dalam bidang falsafah yang banyak membicarakan
tentang perkembangan dan perolehan pengetahuan manusia.

Setelah Piaget mengalihkan fokus beliau kepada bidang perkembangan intelektual,


beliau banyak menghabiskan masa mengamati bagaimana kanak-kanak belajar,
berkomunikasi, dan berfikir. Beliau dan isteri, Valentine Catenay, pada awalnya mula
meneliti perkembangan anak mereka yang baru lahir pada tahun 1925, 1927 dan 1931. Hasil
daripada pengamatan tersebut beliau telah berjaya menerbitkan hasil kajian beliau dalam “the
origins of inteligence in children dan the construction of reality in the child” pada bab yang
membincangkan tahap sensorimotor.

Melalui kajian Piaget terhadap tingkah laku kanak-kanak, beliau dapat menghuraikan
bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan
akomodasi dalam membina ilmu.

Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang


diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan dan penyatuan dengan maklumat lain
yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudian akan diubah dan disusun
semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut.

You might also like