You are on page 1of 1

Soalan Tutorial

Pengurusan Perniagaan, AP025

BAB 4 : PADUAN PEMASARAN


(4.1 PRODUK)

1. Berikan maksud paduan pemasaran. [2m] 2. Berikan maksud produk. [2m] 3. Jelaskan dua

perbezaan barangniaga dan perkhidmatan beserta contoh yang sesuai. [4m]

4. Terangkan perbezaan produk pengguna dan produk industri melalui satu contoh yang jelas.
[2m]

5. Terangkan secara ringkas maksud atribut produk. [2m]

6. Berikan definisi perkara-perkara berikut beserta dua tujuannya. [12m] i. Penjenamaan


ii. Pembungkusan
iii. Pelabelan
iv. Khidmat sokongan

7. Jelaskan jenis-jenis pembungkusan yang terlibat bagi produk berikut; [6m] i. Air mineral
ii. Telefon Bimbit
iii. Minyak wangi

8. Terangkan jenis-jenis penjenamaan bagi produk berikut beserta alasan yang sesuai. [6m] i.
Kereta Honda
ii. Sabun mandi Guardian
iii. Barangan basah seperti ikan dan sayur

9. Syarikat Mekar Mewangi Sdn Bhd merupakan pengeluar sabun berjenama Wangi. Jualan
produknya sedang berada di kemuncak dan mula menurun. Bilangan pesaing stabil tetapi
mula menurun.

i) Lukiskan rajah kitaran hayat produk dan labelkan peringkat-peringkat tersebut [4m] ii) Pada
pandangan anda, apakah peringkat yang sedang ditempuhi oleh sabun tersebut di dalam
kitaran hayatnya? Berikan alasan anda. [3m] iii) Huraikan dengan ringkas strategi-strategi
yang boleh diambil oleh pengurus produk dalam menentukan masa hadapan sabun tersebut.
[8m] iv) Sekiranya sabun Wangi sedang melalui tahap kemerosotan dalam kitaran hayat
keluarannya, jelaskan ciri-ciri berasaskan faktor-faktor seperti jualan, kos, persaingan dan
keuntungan yang perlu dihadapinya. [8m]

You might also like