You are on page 1of 29

SEKOLAH KEBANGSAAN PANGKAL MAK WAN

18500 MACHANG,
KELANTAN

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM
UNIT UNIFORM
2022
KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT KOKURIKULUM 2022
SEK KEB PANGKAL MAK WAN
,MACHANG KELANTAN.
________________________________________________________________________

1. TAJUK

Kertas Kerja Perkhemahan Unit Uniform 2022, Peringkat Sekolah Kebangsaan


Fpangkal Mak Wan,Machang, Kelantan.

2. TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Tujuan

Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk
mendapat kelulusan melaksanakan aktiviti Perkhemahan Unit Kokurikulum
dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah.

2.2 Matlamat

(i) Membuka laluan minda bagi menilai keupayaan diri serta


mengetahui kelemahan diri untuk bergerak ke depan.

(ii) Menyampaikan mesej hubungan antara manusia dengan alam sekitar


dengan penerapan mata pelajaran, khususnya Bahasa Melayu, RBT,
Sains, Agama Islam untuk melahirkan generasi yang tahu
menghargai alam.
(iii) Menyedarkan dan menginsafi diri murid-murid dalam penggunaan
masa untuk melahirkan generasi yang tahu menghargai dan
menguruskan masa dengan baik dan bersistematik.

2.3 Objektif

(i) Mengetahui, memahami serta mempraktikkan teknik berkhemah


yang betul merangkumi pemilihan tempat, pemasangan dan
penjagaan khemah, penyediaan bekalan makanan serta aspek
keselamatan diri.

(ii) Menghayati, melindungi dan menghargai alam sejagat ciptaan


Tuhan melalui konsep perlindungan bersepadu menerusi penerapan
aktiviti alam sekitar.

(iii) Menanam sikap toleransi, kerjasama dan bermuafakat dalam segala


perkara serta menghindarkan segala perasaan dengki, iri hati dan
mementingkan diri sendiri.

3. BUTIRAN PERKHEMAHAN

3.1 Tarikh
28 ,29 dan 30 SEPTEMBER 2022
3.2 Hari
Rabu,Khamis dan Jumaat ( 28,29 dan 30 /Sept)
3.3 Bilangan Peserta
 Semua peserta terdiri daripada murid Tahun 4,5 dan 6 (Lelaki dan
Perempuan)
 Bilangan peserta :
Pelajar Tahun 4 = L 14 P 15 = 29
Pelajar Tahun 5 = L 14 P 16 =30
Pelajar Tahun 6 = L 9 P 16 = 25
Guru =
Jumlah = L 37 P 47 = 84

3.4 Tempat Perkhemahan

Padang Sekolah Kebangsaan Pangkal Mak Wan,Machang kelantan

4. JAWATANKUASA

4.1 Jawatankuasa Pengelola:

Unit Ko-Kurikulum Sek Keb Pangkal mak Wan,Machang kelantan.

4.2 Jawatankuasa Induk :

Penasihat : En.Amran Bin Seman


Pengerusi : En.Mohd Zuki Bin Mohamad
Penyelaras : Pn.Radziah Binti Daud
Kem Komandan : En.sallbani Bim Ishak
Pen. Kem Komandan : : En.Mohd Aminrudin Bin Mat Hussin
Setiausaha : En Mohd Zaidi Bin Mohamed
Bendahari : Pn Afida Binti Ismail

4.3 Pengerusi Jawatankuasa Kecil

Urusetia : Pn.Fatmawati binti fuad


Pengurus Peserta : Ketua Unit-Unit Beruniform
Tapak Perkhemahan : Pn.Nor Azma Binti Deraman
Khemah & Peralatan : En Salbani Bin Ishak
Aktiviti : En Mohd Aminrudin Bin Mat Hussin
Makan & Minum : Pn Ruhil Amani
Kerohanian : Pn.Rozaitini Akhtar
Keselamatan/ Kecemasan : Pn.Zalina Binti Hj.Adam
Siaraya & Dokumentasi : Pn.Fatimah Binti Ab Wahab
Persembahan : Pn.Norazaim Binti Mohammed
Hadiah & Cenderamata : Pn Salwani Binti Mohd Nor
4.4 Jawatankuasa Kecil :
JAWATANKUASA BIDANG TUGAS

KETUA PERKHEMAHAN /  Bertanggungjawab ke atas semua aktiviti


KEM KOMANDAN : dan kelancaran perkhemahan
 Bertanggungjawab di atas disiplin peserta.
En. Mohd Aminrudin Bin Mat Hussin  Mengeluarkan peraturan perkhemahan.
 Menguatkuasakan peraturan perkhemahan

PEN KETUA PERKHEMAHAN /


PEN. KEM KOMANDAN:  Membantu sepenuhnya tanggungjawab dan
tugas ketua perkhemahan.
En.Salbani Bin Ishak  Menjalankan tugas ketua perkhemahan
semasa ketiadaannya.

URUSETIA
Pengerusi : Pn Fatmawati Binti fuad  Menyediakan jadual aktiviti perkhemahan
 Menyelaras perjalanan aktiviti dan
AJK pertandingan
1 Pn.Zaliha Binti Yusof  Sentiasa menghebahkan maklumat terkini.
2. Pn.Haslida Binti Ismail  Mengambil pendaftaran peserta dan juga
3. Pn Rusnani Binti Mat Junoh mencatat kehadiran guru bertugas
4. Pn.Nor Asilah Binti Abdullah  Membuat laporan setiap aktiviti yang
dijalankan
 Mengendalikan acara majlis penutup
 Menyediakan kain rentang perkhemahan

PENGURUS PESERTA:  Menyediakan murid untuk menyertai


Semua Ketua Unit Beruniform perkhemahan
Pengakap  Menyediakan borang kebenaran ibu bapa
TKRS bagi setiap peserta unit masing-masing
PBSM  Menyediakan jadual guru bertugas unit
Puteri Islam(PPIM) Masing-masing
 Memastikan penyediaan senarai semak
peralatan yang perlu dibawa lebih awal

TAPAK PERKHEMAHAN
Pengerusi :  Menyediakan pelan tapak perkhemahan
En Salbani Bin Ishak  Menyelaras pembahagian tempat tapak
mengikut unit
AJK:  Menentukan bilik-bilik yang akan
1.Guru Unit Uniform digunakan oleh perserta jika hari hujan.
2. Pekerja Swasta  Menentukan tandas/bilik air yang akan
digunakan oleh peserta
 Memastikan semua bilik/tempat yang
digunakan sentiasa dalam keadaan bersih

KHEMAH & PERALATAN


Pengerusi :
Pn.Noor Azma Binti Draman
 Menyediakan khemah yang mencukupi bagi
AJK: keperluan peserta
1. En.Mohd Zaidi Bin Muhamad  Memastikan komponen khemah dan segala
2. En Mohd Helmi(Ngoh) peralatan yang berkaitan mencukupi
3. En Ali Bin Yusof(Abe Lie )  Memastikan setiap khemah dibuka dan
Semua Guru Unit dibersihkan selepas perkhemahan
 Menyediakan segala dokumen perlu
sekiranya terdapat pinjaman khemah dari
pihak luar

AKTIVITI
Pengerusi :
En Mohd Aminrudin Bin Mat Hussin
 Merancang aktiviti-aktiviti yang akan
AJK: diadakan semasa perkhemahan.
1. En Salbani Bin Ishak  Menyediakan, memasang dan menyiapkan
2. En Mohd Zaidi Bin Mohamed semua jenis peralatan dan halangan bagi
3. Pn Rozaitini Akhtar aktiviti yang akan diadakan.
4. Pn Radziah Binti Daud  Mengendalikan aktiviti perkhemahan.
 Mengemas dan menyimpan semula
peralatan yang telah digunakan di tempat
yang sesuai.
MAKANAN DAN MINUMAN  Menyediakan makanan dan minuman yang
Pengerusi : bagi semua guru yang terlibat dan murid
Pn RuhilAmani Binti Draman  Menyediakan jadual serta menu masakan
setiap hari perkhemahan
AJK:  Memastikan semua aktiviti memasak di
1. Pn Nor Aini Binti Deraman kalangan peserta berjalan lancar
2. Pn.Nor Suhailah Binti Abd Razak  Menguruskan segala perkara berkaitan
3. Pn Radziah9K,yah Swasta) makan dan minum disepanjang
4.Pn.Mas Ayu(Cik Ayu Swasta) perkhemahan

KEROHANIAN
Pengerusi :  Menyediakan jadual bertugas imam
En Mohd Zaidi Bin Muhammad mengikut waktu solat
 Memimpin bacaan Yasin
AJK:  Mengendalikan kuliah Maghrib dan Subuh
1. En Mohd Aminrudin Bin Mat Hussin
2. Pn Rozaitini Akhtar

KESELAMATAN DAN  Memastikan tahap keselamatan peserta dan


KECEMASAN segala peralatan berada dalam keadaaan
Pengerusi : yang amat baik
En Salbani Bin Ishak  Menubuh unit kawalan
 Menyediakan bekalan ubat-ubatan serta
AJK: peti rawatan yang sempurna dan
1. Pn Noraziah bt Omar mencukupi
2 . Pengawal keselamatan sekolah  Menyediakan jadual pengawasan dan
kawalan keselamatan kawasan
perkhemahan
 Mengawal keselamatan murid dalam
perjalanan ke masjid untuk solat Jumaat.

PERSEMBAHAN  Menentukan jenis persembahan dan


Pengerusi : syarat-syaratnya.
Pn.Norazaim Binti Muhammad  Memberi taklimat kepada peserta sebelum
aktiviti dijalankan
AJK:  Melantik hakim-hakim persembahan dan
1. Pn.Fatimah Binti Ab Wahab menyediakan borang penghakiman, jika
2 En.Mohd Zaidi Bin Mohamed persembahan tersebut dijalankan secara
pertandingan
 Mengurus perjalanan aktiviti persembahan
ELEKTRIK, SIARAYA DAN  Menyediakan kemudahan elektrik dan
DOKUMENTASI peralatan siaraya yang sempurna di seluruh
Pengerusi : tapak perkhemahan sepanjang tempoh kem
En Mohd Zaidi Bin Mohamed diadakan
 Mengemaskini peralatan yang telah
AJK: digunakan dan disimpan pada tempat yang
1. En Aminrudin Bin Mat Hussin sesuai
2 Pekerja sekolah  Mengurus dan menyediakan peralatan
siaraya untuk sebarang bentuk
persembahan/aktiviti (jika diperlukan)

HADIAH DAN CENDERAMATA


Pengerusi :
Pn Salwani binti mohd Nor  Menyediakan hadiah kepada peserta
berdasarkan pertandingan yang dijalankan.
AJK:  Menyediakan lain-lain hadiah dan cenderamata
1. Pn Rozaitini Akhtar  Menguruskan majlis penyampaian hadiah
2 Pn Afida Binti Ismail
5. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1. HADIAH
PERTANDINGAN
a)Hadiah pertama-Hamper Rm40 x 4 buah Rm160
b)Hadiah Ke dua-Hamper Rm30 x 4 buah Rm120
c)Hadiah Ke tiga-Hamper Rm20 x 4 buah Rm80
d)Hadiah Peserta Lelaki
Terbaik-Hamper Rm 30 x 1 buah Rm30
e)Hadiah Peserta Perempuan Rm30 x 1 buah Rm30
Terbaik-Hamper
f)Hadiah Pertandingan
khemah Terbaik Unit- Rm 50 x 1 buah Rm50
Hamper

JUMLAH KESELURUHAN Rm470

(RM : EMPAT RATUS TUJUH PULLUH SAHAJA)


6. TENTATIF PROGRAM

HARI KEDUA HARI KETIGA


MASA/HARI MASA /HARI KHAMIS JUMAAT
29 SEPTEMBER 2022 30 SEPTEMBER 2022
5.30 PAGI Bangun, Siap Diri , Solat Subuh Bangun, Siap Diri , Solat Subuh
8.00 PAGI Sarapan Pagi Sarapan Pagi
8.30 PAGI Aktiviti 6:
Pemeriksaan Khemah
Latihan kawad kaki Pemeriksaan Khemah
10.00 PAGI Minum Pagi
Aktiviti 2 : Perasmian Penutup
10.30 PAGI  Penyediaan Gejet & & Penyampaian Hadiah
Anduh
(FASILITATOR)
Rehat, Makan Tengahari dan BERSURAI
11.30 PAGI
Solat Zohor
HARI  Pendaftaran Aktiviti 3 :
PERTAMA Peserta  Pertandingan Kawad
(RABU)  Mendirika
28 SEPT 2022 n Khemah (FASILITATOR)
Taklimat Umum
2.30 PETANG
4.00 PETANG Minum Petang/solat
Aktiviti 4:
5.00 PETANG SENAMROBIK
 Pertandingan memasak
Mandi, Makan Mandi, Makan Malam
6.30 PETANG Malam Solat Maghrib & Isyak
Solat Maghrid &
Isyak
Aktiviti 5:
9.00 MALAM Aktiviti 1
 Malam Kebudayaan
Stesen
10.30 MALAM Minum malam Minum Malam

11.00 MALAM Rehat/Tidur Rehat/Tidur


7. JADUAL TINDAKAN

HARI PERTAMA : RABU ( 28 SEPTEMBER 2022 )


MASA AKTIVITI TINDAKAN
2.30 pm Pendaftaran Urusetia
Mendirikan khemah Ketua & Guru Unit
Taklimat umum Kem Komandan
4.00pm Minum petang JK Makanan/Minuman
5.00pm Riadah JK Kerohanian
6.30pm Makan mlm/Persiapan solat Maghrib Iman Ust Zaidi
Aktiviti 1 :
09.00 pm Penyediaan Gejet dan JK Aktiviti(JPAM)
Anduh.
JK Makanan & JK
10.30 Mlm Minum Malam
Kerohanian
11.00 Mlm Rehat dan Tidur Rehat Dan Tidur
HARI KEDUA KHAMIS 29 SEPTEMBER 2022
5.30 am Bangun persiapan diri,solat subuh
Iman Subuh(Ust Aminrudin)
Sarapan pagi JK Makanan &
8.00 am
kerohanian JK Kerohanian
8.30 am Pemeriksaan Khemah JK Aktiviti
Latihan kawad kaki
10.00 am Minum pagi JK Makanan
10.30 am Penyediaan Gadjet dan Anduh JK Aktiviti
12.30 tgahari Makan Tengahari , Solat Zohor Iman Zohor Ust Zaidi
2.30pm Aktiviti 3:Kawad Kaki JK Aktiviti
4.00pm Minum Petang/solat Asar Ust Aminrudin
5.30pm Pertandingan Memasak JK Aktiviti
6.30pm Mkn Mlm/Persiapan solat Maghrib Iman Ust Aminrudin
/Isyak
9.00pm Aktiviti 4:Malam Kebudayaan JK Aktiviti
11.00pm Minum Mlm/Rehat/Tidur Urusetia/Keselamatan
HARI KEtiga : JUMAAT ( 30 SEPTEMBER 2022 )
Masa Aktiviti Tindakan
5.30 pagi Siap diri, Solat & Kuliah Subuh JK Kerohanian
8.00 pagi Sarapan Pagi JK Makanan
Aktiviti 5 : JK Pertandingan
8.30 pagi
Pemeriksaan khemah
10.00 am Minum pagi/Mengemas tapak JK Makanan
Perkhemahan
Majlis Perasmian & Penutup
10.30 am
Urusetia
11.30 am BERSURAI
8. PENUTUP

Adalah diharapkan agar perkhemahan yang dirancang ini dapat dilaksanakan


dengan sempurna dan jayanya. Jua diharapkan agar ianya mendapat sokongan
sepenuhnya daripada pihak pengurusan dan semua guru agar semua objektif dan
matlamatnya tercapai.

Disediakan oleh:

MOHD ZAIDI BIN MOHAMED


Setiausaha
Perkhemahan Unit Uniform 2022
Sek Keb Pangkal mak Wan,
18500 Machang,
Kelantan.

Disemak oleh;

MOHD ZUKI BIN MOHAMAD


Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Sek Keb Pangkal Mak Wan
18500 Machang,
Kelantan.

Disahkan oleh:

AMRAN BIN SEMAN


Guru Besa
Sek Keb Pangkal Mak Wan
18500 Machang,
Kelantan.
2.(b) Refleksi Pelaksanaan Perkhemahan Pendidikan Luar

2.1 Laporan Aktiviti Perkhemahan Pendidikan Luar

LAPORAN
PROGRAM PERKHEMAHAN PENDIDIKAN LUAR
2009

Tarikh : 22 Oktober 2009 hingga 23 Oktober 2009


Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan FELDA Seri Rasau,
Dungun, Terengganu

Laporan Hari Pertama : 22 Oktober 2009 (Khamis)

Pada jam 8.30 pagi seramai 80 orang peserta telah mendaftar untuk menjalani
program ini. Setelah selesai proses pendaftaran, para peserta dibekalkan dengan
khemah dan peralatan-peralatan yang berkaitan.Pada jam 9.00pagi, aktiviti
mendirikan khemah dimulakan. Sejam kemudian,semua khemah siap didirikan.

Pada jam 10.00 pagi ,satu sesi taklimat umum untuk para peserta telah berikan
oleh Kem Komandan. Para peserta dimaklumkan tentang peraturan yang mesti
dipatuhi sepanjang program .Para peserta seterusnya diberikan mimum pagi pada
jam 10.30 pagi .

Aktiviti pertama bermula pada jam jam 11.00 pagi. Aktiviti tersebut ialah
penyediaan gejet dan juga membuat anyaman menggunakan daun kelapa untuk
dijadikan hiasan khemah masing-masing. Semua peserta mengambil bahagian
dengan semangat kerjasama yang cukup tinggi. Peserta berhenti tepat jam 12.30
tengahari untuk makan tengahari di khemah pusat yang disediakan dan solat
Zohor di surau sekolah.
Program disambung semula pada jam 2.30 petang untuk aktiviti kedua, iaitu
Pertandingan Kawad Kaki . Aktiviti ini telah dijalankan di perkarangan sekolah
dan dikendalikan dengan begitu baik oleh Jawatankuasa Aktiviti . Pertandingan
kawad telah tamat pada jam 4.00 petang. Semua peserta berhenti rehat untuk
minum petang dan solat Asar.

Pada jam 5.00 petang, aktiviti ketiga telah dijalankan. Mengikut perancangan
awal, slot ini adalah aktiviti ’Jungke Tracking’, . Namun begitu, atas faktor
keselamatan peserta, ianya terpaksa ditukar kepada aktiviti sukeneka kerana cuaca
tidak mengizinkan. Hujan turun agak lebat dengan tiupan angin yang agak
kencang. Aktiviti sukaneka telah dijalankan di dewan sekolah dan dikendalikan
oleh Ketua Aktiviti En Ahmad Najme dengan dibantu tiga pembantunya

Aktiviti ditamatkan pada jam 6.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta
mandi. Jam 6.30 petang peserta diberikan makan malam dan bersedia untuksolat
Maghrib, bacaan Surah Yasin serta solat Isyak berjamaah di dewan sekolah yang
dipimpin oleh Ustaz Wan Ahmad Pauzi selaku Ketua Jawatankuasa Kerohanian.

Jam 9.00 malam, semua peserta menyertai aktiviti keempat iaitu Kembara Malam.
Peserta dilepaskan berjalan secara berpasangan dengan dibekalkan sebatng lilin.
Semua peserta dikehendaki melalui laluan yang gelap dan sunyi untuk menguji
kekuatan semangat mereka. Aktiviti tamat jam 10.30 malam dan peserta diberikan
minum malam.

Selepas itu, semua peserta balik ke khemah masing-masing untu berehat dan
tidur.Jawatankuasa Keselamatan telah mengambil alih tugas untuk memastikan
keselamatan semua peserta dalam keadaan yang terkawal.
Laporan Hari Kedua : 23 Oktober 2009 (Jumaat)

Aktiviti bermula pada jam 5.30 pagi . Para peserta bangun dan mandi untuk solat
Subuh dan kuliah Subuh. Solat dan kuliah telah dipimpin oleh Ustaz Abd
Haafizdin. Seterusnya semua peserta berkumpul di padang untuk senaman pagi
dan dikendalikan oleh En Kamal selaku Ketua Jawatankuasa Riadah..

Jam 8.00 pagi semua peserta bersarapan. Tepat jam 8.30 pagi aktiviti kelima
dijalankan iaitu pertandingan memasak Peserta dikehendaki menyediakan jemput-
jemput pisang. Pada jam 10.00 pagi, peserta berhenti rehat dan diberi minum.

Tepat jam 10.30 pagi, satu pemeriksaan khemah-khemah peserta telah dilakukan.
Pada ketika ini, sebahagian peserta melakukan latihan untuk aktiviti
persembahan.

Jam 12.30 tengahari, peserta makan tengahari. Selepas itu, peserta lelaki ke
masjid untuk menunaikan solat Jumaat, manakala peserta perempuan ke surau
untuk solat Zohor.

Selepas solat Jumaat, persembahan kebudayaan diadakan. Jam 4.00 petang,


peserta diberi minum dan menunaikan solat Asar. Jam 4.30 petang, khemah-
khemah diturunkan dan tapak pekhemahan dibersihkan.

Pada jam 5.30 petang, majlis penyampaian hadiah dan perasmian penutup telah
diadakan. Majlis telah disempurnakan oleh Encik Salman bin Jusoh, Guru
Penolong Kanan Ko-Kurikulum.Selesai majlis penutup,semua peserta telah
diarah berkumpul dan bersalaman dengan para peserta dan guru-guru bertugas
sebelum mereka pulang .

Program tamat tepat pada jam 6.00 petang apabila semua peserta pulang ke
rumah masing-masing.
2.2 Kekuatan dan Kekurangan Program

Kekuatan:
Kejayaan pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar kali ini amat
bergantung kepada elemen seperti berikut :

i) Peserta Program
Kesemua peserta program adalah pelajar dari Tahun 6 dan kebanyakkan daripada
mereka ini adalah pelajar yang sememangnya mempunyai karisma dan
keterampilan yang tersendiri.Oleh yang demikian tidak ada masalah disiplin yang
berlaku sepanjang program ini berlangsung dan kesemua mereka taat dan ikut
perintah yang diberikan.

ii) Kem Komandan / Pen. Kem Komandan


Pemilihan Kem Komandan dan juga Pen. Kem Komandan yang berpengalaman
dan berkarisma serta bijak mengurus perjalanan program , seseorang Kem
Komandan perlu memiliki ketegasan dalam memberi arahan dan mudah
menerima teguran daripada para fasilitator dan juga para urusetia. Kem
Komandan juga perlu percaya kepada kebolehan semua pegawai di bawah
pentadbirannya dan tidak sesekali menjatuhkan air muka pegawai di bawahnya di
hadapan peserta.

iii) Urusetia yang berpengalaman


Perjalanan program tidak mungkin berjaya tanpa sumbangan bakti daripada
urusetia yang mahir dan berpengalaman. Urusetia yang baik dapat menjalankan
tugas dengan cemerlang bersama-sama Kem Komandan dan semua pengerusi dan
ahli jawatankuasa kerja
iv) Kemudahan prasarana yang lengkap
Tempat program dijalankan sememangnya lengkap dengan semua kemudahan
asas terutamanya padang tapak khemah yang luas, punca air dan elektrik, tempat
beriadah. Ini semua dapa tmembantu melicinkan perjalanan program.

v) Hubungan baik pihak dan Pengerusi JKKKR, RELA dan Polis.


Kerjasama dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan JKKR, RELA dan
pihak polis telah banyak membantu melicinkan perjalan program terutamanya
dalam aspek keselamatan peserta program, terutamnya pada waktu malam. Pihak
RELA dan polis telah bergilir-gilir melakukan rondaan di sekitar kawasan
perkhemahan.

vi) Peruntukan program yang mencukupi


Tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi program seperti ini tidak dapat
dijayakan dengan licin. Tidak dapat dinafikan pada hari ini semua perkara yang
hendak dijayakan memerlukan kos, oleh yang demikian kejayaan program kali ini
juga banyak bergantung kepada peruntukkan

Kekurangan:

Antara kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti adalah seperti berikut :

i) Kemudahan penginapan urusetia dan guru bertugas


Khemah dan bilik penginapan untuk urusetia dan juga guru bertugas tidak
mencukupi.Ini menyebabkan mereka terpaksa tidur di ruang terbuka. Perkara ini
seharusnya diatasi segera tetapi tidak ada tindakan sehingga program tamat.

ii) Khemah rosak


Beberapa buah khemah peserta yang telah siap dipasang didapati bocor. Ianya
terpaksa digantikan semula dengan khemah lain. Ini telah menimbulkan masalah
dan merugikan masa peserta.
iii) Kemudahan rawatan kecemasan
Walaupun ada urusetia bahagian ini namun disebabkan kekurangan pegawai. Bagi
kes-kes kecemasan pihak Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke
hospital Diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini
perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.

iv) Makan dan minum pegawai tidak mencukupi


Pegawai yang lewat tiba duntuk sarapan pagi , makan tengah hari dan makan
malam tidak dapat makan dan terpaksa makan di luar. Hal ini berlaku kerana
pihak Jawatankuasa Makanan hanya menghidangkan makanan mengikut jumlah
guru yang ada di meja makan ketika itu dan tidak menyediakan makanan seperti
mana jumlah yang ditempah.

v) Tandas dan bilik air yang jauh


Para peserta terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk ke bilik air dan
tandas kera ia terletak agak jauh dari tapak perkhemahan. Ini sebenarnya telah
mengganggu program-program lain.

Apa yang diharapkan moga segala masalah yang dilaporkan ini dapat diambil
tindakan untuk diatasi agar program yang bakal dilaksanakan pada tahun
berikutnya dapat dilaksanakan dengan cemerlang.

Disediakan oleh ,

(ZULKIFLI BIN MUDA) 26 OKTOBER 2009


Kem Komandan
Perkhemahan Pendidikan Luar 2009
Sek Keb FELDA Seri Rasau
Ketengah Jaya, Dungun,
Terengganu
2.3 Cadangan penambahbaikan

Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam


pelaksanaan program perkhemahan pendidikan luar, dikemukakan beberapa
cadangan untuk penambahbaikan program berkenaan pada masa akan datang.

Cadangan :

i) Penginapan urusetia
Tempat penginapan urusetia dan guru bertugas perlu disediakan secara berpusat,
iaitu berhampiran dengan tapak perkhemahan. Bilangan khemah dan bilik
mestilah mencukupi dan dapat menampung keperluan dalam satu-satu masa.

ii) Pemeriksaan khemah


Beberapa hari sebelum program dijalankan, pihak Jawatankuasa Khemah perlu
membuat pemeriksaan ke atas semua khemah yang akan digunakan. Ini adalah
mengenaplasti khemah yang rosak dan tidak sesuai digunakan.

iii) Kemudahan rawatan kecemasan


Dalam hal berkaitan rawatan dan kecemasan, dicadangkan agar sekurang-
kurangnya seorang pegawai/pembantu kesihatan yang bertauliah berada di tapak
perkhemahan dalam satu-satu masa. Aini bertujuan memberikan pertolongan
bantu mula dan bantuan segera sekiranya berlaku sebarang kes. Maka tidak
perlulah Kem Komandan terpaksa menghantar peserta terus ke hospital/klinik.
Juga diharapkan moga pada program yang akan datang urusetia bahagian ini
perlu ada sepanjang masa program ini berlangsung.
iv) Bilik air dan tandas
Bilik-bilik air dan tandas sementara perlu disediakan berhampiran kawasan
perkhemahan untuk mengelakkan peserta mengambil masa terlalu lama untuk ke
bilik air dan tandas yang agak jauh. Ini dapat menjimatkan masa dan melicinkan
perjalanan program.

You might also like