You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN 2 TAMAN KERAMAT

JALAN ENGGANG TIMUR 1, TAMAN KERAMAT


54200 KUALA LUMPUR
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
MENAIK TARAF BILIK KOMPUTER SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH :

JAWATANKUASA ICT SK(2) TAMAN KERAMAT


KERTAS KERJA MENAIK TARAF BILIK KOMPUTER

1. LATAR BELAKANG PROJEK


Bilik komputer SK (2) Taman Keramat diwujudkan pada tahun 2007. Terdapat dua buah
bilik komputer yang digunakan sebagai kelas pembelajaran dan pemudahcaraan
berasaskan pembelajaran teknologi digital.
Terdapat 32 buah komputer dan 21 laptop telah dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kedua dua buah bilik ini digunakan dengan optimum bukan sahaja sebagai
kelas pembelajaran tetapi juga digunakan sebagai bilik pembelajaran berterusan guru dan
kakitangan sekolah.

Bukan itu sahaja, sekolah telah terpilih sebagai salah satu pusat Pentaksiran Kemasukan
Sekolah Khusus (PKSK) di negeri Selangor yang menggunakan kaedah pentaksiran
berasaskan ujian berkomputer sebagai salah satu kaedah ujian.

Bilik komputer yang ingin dinaik taraf ini adalah untuk dijadikan sebagai bilik
multimedia yang mempunyai kemudahan internet, komputer riba untuk pembelajaran
murid dan sebagai bilik mesyuarat dan bengkel untuk guru dan staf.
OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek ini adalah penting berdasarkan pertimbangan berikut:

i. Keadaan lantai yang rosak.


ii. Kerosakan perabot meja dan kerusi yang sudah uzur.

2. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK SERTA ANGGARAN KOS

Cadangan projek ini melibatkan komponen komponen berikut;

BIL. ITEM ANGGARAN KOS

Memasang jubin untuk keseluruhan bilik RM 3740.00


1.

2. Meja Banquet (20 buah) RM 5000.00

3. Kerusi Banquet (40 buah) RM 3000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 11740.00

3. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:


i. Menjamin keselesaan murid dan guru semasa pembelajaran berlangsung.
ii. Membudayakan pembelajaran berasaskan digital kepada semua warga sekolah.
4. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional naik taraf projek ini adalah bertujuan;

i. Menyahut anjakan ke 7 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-


2025) Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Memanfaatkan ICT bagi
Meningkatkan Pembelajaran di Malaysia
ii. Memudahkan pengurusan makmal dan pembelajaran menggunakan ICT di
sekolah.
iii. Meningkatkan kemahiran digital di kalangan murid pada peringkat persekolahan
rendah.

6. IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar
sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:
i. Pelaksanaan modul teknologi maklumat dan komunikasi dalam mata pelajaran
Sains dan Reka bentuk dan Teknologi tidak dapat dijalankan dengan sempurna.
ii. Suasana pembelajaran kurang selamat kerana meja yang reput membahayakan
murid.

7. PENUTUP

Cadangan projek menaik taraf bilik komputer ini sudah tentu akan menghasilkan kesan
yang positif kepada warga sekolah dalam pembelajaran dan pemudahcaraan.

Bukan itu sahaja kemudahan yang baik ini akan membantu pihak pejabat pentadbiran
Pendidikan Daerah Gombak dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor amnya kerana bilik
komputer sekolah yang telah dipilih sebagai salah satu pusat Pentaksiran Kemasukan
Sekolah Khusus.
Disediakan oleh,

(Hisham Bin Hassan)

Penyelaras Bestari SK (2) Taman Keramat

Disahkan oleh,

(Zaiton Binti Ahmad)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat
8.0 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN PROJEK YANG DICADANGKAN

KEADAAN MAKMAL (MAKMAL KOMPUTER MAJU )

KEADAAN MAKMAL (MAKMAL KOMPUTER MAJU )

KEADAAN MAKMAL DARI LUAR (MAKMAL KOMPUTER JAYA)


SEBAHAGIAN KERUSI YANG TELAH ROSAK

You might also like