You are on page 1of 1

AJARAN SESAT

DI MALAYSIA
Siti syazliana Binti Md Saad
AN220087
Seksyen 6

APA ITU AJARAN SESAT?


Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-
orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang
mendakwa bahawa ajaran dan amalan yang dibawa

berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan pada


hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu
bertentangan dengan aqidah dan syariat Islamiyyah,
bertentangan dengan mazhab yang muktabar dan
bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

CONTOH AJARAN SESAT YANG


WUJUD DI MALAYSIA
kerajaan langit yang ditubuhkan oleh Arifin Mohammed
atau lebih dikenali dengan nama Ayah Pin
Ditubuhkan pada tahun1979 dan berjaya mengumpul
sebanyak 22 000 pengikut.
Ajaran ini merupakan jenis ajaran baru yang direka
sendiri oleh Ayah Pin

AJARAN AYAH PIN KEPADA


MASYARAKAT KETIKA ITU.
Telah mendakwa bahawa beliau telah menerima
wahyudari langit untuk dikembangkan ajarannya di muka
bumi, bermula di kampung batu13, Hulu Besut, Terengganu.

beliau mengangap dirinya adalah wakil tuhan bagi


segala agama yang wujud di dunia seperti buddha,jesus
dan Nabi Muhammad SAW.
Ayah Pin membangunkan kawasan Kerajaan Langit
dengan teko, pasu dan beberapa lagi replika besar untuk
melambangkan kuasa Tuhan yang diamanahkan kepada
dirinya untuk melindungi dan memayungi umat manusia

KEJATUHAN AJARAN AYAH PIN


Selepas hampir 10 tahun giat dengan ajarannya di
Malaysia, akhirnya ajaran yang memesongkan orang
ramai itu telah dihidu oleh pihak berkuasa dan agama
tempatan. Dan akhirnya pengikut-pengikut Ayah Pin pula
ditahan dan disoal siasat serta didakwa di
mahkamah.Kawasan Kerajaan Langit juga telah
dimusnahkan. Ayah Pin pula
menyatakan dia tidak boleh
dianggap sesat kerana dia sudah mengistihar keluar dari
memeluk Islam semenjak 1998 lagi.
Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa-kuasa
yang diberi di bawah Seksyen 25, Enakmen Pentadbiran
Hal Ehwal Agama Islam 1986, Jawatankuasa Fatwa Majlis
Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dengan ini
membuat dan mengeluarkan fatwa bahawa ajaran ayah
pin adalah sesat dan perlu dihindarkan.

You might also like