You are on page 1of 8

MAJLIS PERLANTIKAN

IMAM REMAJA & SAIYIDATUN NISA’


SMK DATO’ SYED ESA , BATU PAHAT
TAHUN 2020

“ 1 GURU 1 IMAM REMAJA “

TARIKH : 06 FEBRUARI 2020


MASA : 7.30 – 8.00 PG
TEMPAT : SURAU AT-TAQWA

Dirasmikan Oleh :

TN. HJ. MOHD. ATAN BIN MOHD. SALLEH


( GPK HEM SMK DATO’ SYED ESA )

BERIMAN * BERILMU * BERAMAL


PENGENALAN RINGKAS
PROGRAM IMAM REMAJA & SAIYIDATUN NISA’

PENDAHULUAN
Program Imam Remaja ini adalah cetusan idea daripada Tn. Hj. Maskor bin Abas , mantan Penolong
Pegawai PPD , Unit Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat yang bermula pada tahun 2012 . Manakala Daerah Batu
Pahat , khususnya SMK Dato’ Syed Esa adalah merupakan sekolah perintis kepada wujudnya program ini sehingga
ianya telah berjaya diperluaskan lagi ke daerah-daerah yang lain dalam negeri Johor .

KAEDAH PELAKSANAAN
Kaedah pelaksanaannya ialah , setiap guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Daerah Batu Pahat
diwajibkan memilih sekurang-kurangnya seorang pelajar yang diajar di sekolahnya untuk dibimbing , diasuh ,
dididik dan dilatih dalam masa setahun sehingga ia menjadi seorang pelajar yang berwatakkan imam sebagaimana
yang diharapkan .

OBJEKTIF / MATLAMAT

1. Melahirkan kelompok pelajar yang yang serba berketerampilan dalam amalan agama , berbudi pekerti tinggi dan
bersahsiah mulia .
2. Membentuk generasi pelapis dalam kepimpinan agama dalam aktiviti keagamaan di sekolah dan juga di
kalangan masyarakat .
3. Mewujudkan satu kumpulan pelajar yang boleh dijadikan contoh dan teladan kepada pelajar dan rakan sebaya
yang lain.

SYARAT PEMILIHAN IMAM REMAJA

1. Mempunyai sahsiah dan budi pekerti yang mulia .


2. Pelajar tingkatan 3 hingga 5 terutama dari Kelas Aliran Agama ( KAA ) .
3. Boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan fasih .
* Mana-mana pelajar Imam Remaja yang terlibat dengan masalah disiplin secara automatic akan dibuang dari
keahlian .

IDENTITI IMAM REMAJA

1. Berpakaian Baju Melayu , berkopiah putih dan berserban ( bagi lelaki ) dan berpakaian sopan , bertudung labuh
dan menutup aurat ( bagi Perempuan ) .
2. Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia dan terpuji sebagai role model kepada para pelajar yang lain .

BUKU MODUL IMAM REMAJA

1. Terdapat 2 modul utama program Imam Remaja .


a) Buku Panduan Imam Remaja
- Mengandungi 2 bahagian iaitu :
(i) Bahagian A ( Perkara wajib ) = Peserta wajib menguasai semua item dalam bahagian ini .
(ii) Bahagian B ( Perkara tambahan ) = Peserta digalakkan menguasai sebanyak mungkin bahagian ini untuk
mendapatkan pencapaian gred yang terbaik .
b) Buku Laporan Imam Remaja / Saiyidatun Nisa’ .
- Guru pembimbing akan mencatat segala markah atau pencapaian pelajar dalam ruangan buku laporan tersebut .
- Penilaian gred akan dibuat berdasarkan tahap penguasaan dan pencapaian pelajar dalam bahagian B .
– Pelajar yang tidak menguasai bahagian A dikira gagal ( rasib ) dan tidak layak untuk mendapatkan sijil
penganugerahan .
BAYARAN KEAHLIAN

1. Imam Remaja = RM 25
( Pembelian dua buah buku modul utama yang berharga RM 5 beserta dengan Kopiah dan serban yang berharga
RM20 )
b) Saiyidiatun Nisa’ = RM 5
( Pembelian dua buah buku modul sahaja iaitu RM 5 )

TUGASAN IMAM REMAJA

1. Menghayati ilmu dan beramal dengannya sebagaimana yang terkandung dalam Buku Panduan Imam Remaja
( Bahagian A ) .
2. Menghafal doa , zikir harian dan solawat sebagaimana yang terkandung dalam Buku Panduan Imam Remaja
( Bahagian A & B )
3. Mengadakan Tasmi’ bersama dengan Mentor ( Bekas Imam Remaja ) .
Sesi perjumpaan adalah pada masa Program Budaya Al-Quran , bertempat di surau Imam Hasan Al-Banna , Asrama
SMKDSE ( kecuali aktiviti secara berkumpulan spt Tadarus AL-Quran dan Usrah . Imam Remaja berperanan untuk
membantu guru-guru membimbing kedua-dua program tersebut ) .
4. Mengadakan Tasmi’ bersama dengan Guru Pembimbing ( GPI ) untuk Penilaian Anugerah Imam Remaja .

AKTIVITI IMAM REMAJA ( HARIAN / MINGGUAN )

1. Memimpin bacaan doa pada hari Perhimpunan Rasmi Sekolah dan program-program sekolah yang lain .
2. Menjadi pengerusi majlis dalam aktiviti keagamaan .
3. Mengendalikan aktiviti keagamaan seperti Bacaan Tahlil , Yaasinan , Zikir dan Ma’thurat , Tadarus dan Tadabur
Al-Quran , Usrah Kumpulan ( Sesi Program Budaya Al-Quran ) dan majlis-majlis keagamaan yang lain seperti
sambutan hari-hari kebesaran Islam .
4. Membantu dalam pengurusan jenazah jika berlaku kematian warga SMKDSE .
5. Melibatkan diri dalam aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan di kampung dan taman .

MAJLIS RASMI PROGRAM IMAM REMAJA


a) Majlis Perlantikan Imam Remaja &Saiyyidatun Nisa’
- Dilancarkan pada awal bulan Februari
b) Majlis Penganugerahan Imam Remaja & Saiyidatun Nisa’
- Dilaksanakan pada bulan Oktober

KESIMPULAN

Program 1 Guru 1 Imam Remaja ini adalah satu usaha yang murni ke arah pembentukan satu kumpulan generasi
pelajar yang berketerampilan dari segi watak , sahsiah , kemahiran membaca Al-Quran , kepimpinan , keunggulan
budi pekerti dan keteguhan iman dalam melahirkan pelajar yang bertaqwa serta menjadi contoh kepada rakan
sebaya dan memimpin mereka ke jalan yang sebaik-baiknya .

JADUAL AKTIVITI TAHUNAN IMAM REMAJA

BULAN AKTIVITI
JANUARI - Pra Pemilihan Imam Remaja – Sesi Tasmik bersama Bekas Imam Remaja

- Ujian Pemilihan Imam Remaja bersama para asatizah ( GPI )


- Majlis Perlantikan Imam Remaja ( Guru Pembimbing - Mentor – Mente )
FEBRUARI
- Menjadi Imam dan Bilal Surau At-Taqwa
- Mengendalikan Program Budaya Al-Quran
- Mengendalikan majlis / aktiviti keagamaan

MAC - Sesi Tahsin Al-Fatihah


- Hafazan & Tasmi’ bersama mentor bermula

- Tasmi’ harian bersama mentor sepanjang bulan Ramadhan


( masa : Program Budaya Al-Quran )
JUN
- Mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran
- Mukhayam Imam Remaja

SEPTEMBER - Lawatan Ilmiah ke Institusi Pengajian Pondok / Majlis Ta’lim dll

- Ujian Penilaian Imam Remaja Peringkat Sekolah


- Penghantaran wakil Imam Remaja yang terpilih ke Program Imam Remaja
OKTOBER
Peringkat Daerah
- Penghantaran wakil Imam Remaja yang terpilih ke Program Imam Remaja
Peringkat Negeri

SENARAI NAMA IMAM REMAJA SMK DATO’ SYED ESA TAHUN 2020

BIL IMAM REMAJA ( MENTEE ) MENTOR GURU PEMBIMBING


1 Muhammad Akmal Rusydan Yazid
( 5 Al-Jazzar )
2 Muhammad Zulhaziq Zulkifli Muhammad Syahid Ust. Nordin Mohammad
( 5 Al-Zahrawi ) Ahmad Kamal
( 5 Al-Zahrawi )
3 Mohamad Danish Azfar Mohamad Roysel
( 5 Al-Zahrawi )
4 M. Ifwad Hadzmi Irfan
( 4 Al-Jazzar ) Muhamad Nurudin Ust. Mohamad Amir
5 Muhammad Fahim Yazid Haikal Hamid Mohtaram
( 4 Al-Jazzar ) ( 4 Al-Jazzar )

6 Muhammad Arif Sh. Abu Bakar


( 4 Al-Jazzar )
7 Aminuddin Muizz Azman Muhammad Benny Ust. Norshamkamal
( 4 Al-Jazzar ) Muhd Long Abd. Razak
( 4 Al-Jazzar )
8 Suhail Abd. Razak
( 4 Al-Jazzar )
9 Muhammad Hazim Rusydi Taha
( 4 Al-Jazzar)
10 Muhammad Amirul Sufi Muhammad Akiff Ust. Mohamad Fauzi
( 4 Al-Zahrawi ) Mustajab Muadir @ M. Noor
( 4 Al-Jazzar )
11 Muhammad Aqib Mohd. Wahid
( 4 Al-Zahrawi )
12 Muhamad Syahmi Ishak
( 3 Al-Jazari )
13 Mohamad Nur Razin Azman Muhammad Faizul Pn. Hjh. Rubitah Razali
( 3 Al-Jazari ) Aqmar Zainuddin @ Ghazali
( 4 Al-Jazzar )
14 Muhamad Luqman Hakim Zainudin
( 3 Al-Zarqali )

SENARAI NAMA SAYYIDATUN NISA’ SMK DATO’ SYED ESA TAHUN 2020

BIL SAYYIDATUN NISA’ ( MENTEE ) MENTOR GURU PEMBIMBING


1 Nur Izzati Abdul Razak
( 5 Al-Jazzar ) Nur Izzatussolehah Pn. Hjh. Siti Noor Asiah
2 Raja Nur Aisyah bt. Raja Iskan Abdul Ghani Osman
( 4 Al-Zahrawi ) ( 5 Al-Zahrawi )

3 Nurina Syasha Mohd. Shahar


( 4 Al-Jazzar ) Norshamira Zulkifli Pn. Siti Khadijah
4 Nur Fatin Syakira bt. Suhaizal ( 4 Al-Jazzar ) Mohd. Shah
( 3 Al-Jazari )
5 Nur Hazirah bt. Jamaluddin
( 3 Al-Jazari ) Nurus Suhailina Jannah Pn. Nur Atifah Khalid
6 Nur Izatus Soufiyah bt. Nordin Mohamad
( 3 Al-Jazari ) ( 4 Al-Jazzar )
7 Nuur Syahmina Balqis bt. Yusri
( 3 Al-Jazari )
8 Nur Alya Nabilah Hasan Pn. Che Ku Shalihah
( 4 Al-Jazzar ) Che Ku Abdul Satar

Ketua Mentor Imam Remaja Ketua Mentor Saiyidatun Nisa’

Muhammad Faizul Aqmar Zainuddin ( 4 Al-Jazzar ) Nur Wajihah bt. Nazri ( 5 Al-Jazzar )
Ciri-Ciri Individu Mukmin Menurut Imam Hasan Al-Banna rhm

1. Akidah yang sejahtera ( Salimul aqidah )


Iaitu tidak menyekutukan Allah SWT . Hanya mengabdikan diri dan memohon pertolongan
kepada-Nya . Tidak mempercayai tangkal , jampi mentera , khurafat dan tahayul . Mengamalkan
aliran akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak terpengaruh dengan aliran akidah yang
menyeleweng . Mesti menepati ajaran Nabi SAW secara total , bukan berpaksikan ideologi dan
fahaman isme ciptaan manusia . Juga tidak boleh mengkafirkan seseorang atau sewenang-
wenangnya menuduh seseorang itu telah melakukan bidaah .

2. Ibadah yang sahih ( Sahihul ibadah )


Orang mukmin sentiasa melakukan ibadah yang wajib ( fardhu ain ) serta membiasakan diri
melaksanakan ibadah yang sunat seperti membaca Al-Quran , berzikir , berpuasa sunat ,
bersedekah , mengerjakan qiamul lail serta amalan-amalan ibadah yang lain berpandukan
syariat dan ajaran Islam yang sebenar .

3. Akhlak yang mantap ( Matinul akhlaq )


Seorang mukmin bukan sahaja menjaga moral , tetapi berakhlak mulia . Akhlak terbahagi
kepada tiga bahagian . Akhlak pertama ialah berakhlak pada Tuhan ( hablun minallah ) , kedua
ialah berakhlak sesama manusia ( hablun minannas ) dan ketiga akhlak dengan alam sekeliling .

4. Berpengetahuan Luas / Pemikiran yang Intelek ( Mutaqqaful Fikri )


Orang mukmin mestilah mempunyai ilmu agama ( ini yang lebih penting ) dan pengetahuan
dunia yang luas . Seorang mukmin yang berilmu akan menjadi seorang anggota masyarakat yang
berkualiti . Masyarakat yang berilmu akan lebih maju dan bertamadun .

5. Memiliki tubuh badan yang sihat ( Qawiyyul Jismi )


Tubuh badan yang kuat amat penting dalam melakukan aktiviti dakwah terutamanya yang
melibatkan jihad . Nabi SAW amat menitikberatkan soal kecergasan fizikal . Nabi SAW
menggemari sukan berkuda , berenang dan memanah , di mana ketiga-tiga kegemaran tersebut
menuntut kekuatan fizikal .

6. Bermujahadah melawan hawa nafsu ( Mujahadatul Linafsihi )


Setiap manusia dibekalkan dengan dua perkara iaitu akal dan nafsu . Akal memberikan
keupayaan untuk manusia berfikir . Manakala nafsu membuatkan manusia berkeinginan .
Malaikat adalah makhluk mulia kerana mempunyai akal tanpa nafsu . Manakala haiwan hanya
mempunyai nafsu menyebabkan kedudukannya lebih rendah daripada manusia .

Cabaran kepada setiap manusia ialah apabila setiap manusia dibekalkan dengan nafsu . Nafsu
inilah yang menyebabkan manusia menjadi lebih baik atau buruk . Kedudukan seseorang
mukmin akan berada di tahap yang lebih tinggi daripada malaikat jika dia mampu mengawal
nafsunya . Namun , jika nafsu yang menguasai manusia , kedudukannya akan menjadi lebih hina
daripada haiwan . Manusia tidak boleh membuang nafsunya . Tetapi sebagai seorang mukmin ,
nafsu hanya boleh dikawal dan dijinakkan menjadi baik .

Antara cara untuk melawan nafsu ialah : Mensyukuri apa yang kita ada ; Memandang pada
orang yang kurang bernasib baik berbanding kita ; Sentiasa mengingati mati ; Memenuhi masa
dengan beribadah dan Menyuburkan hati dengan berzikir .
7. Berdikari ( Qodirun Alal Kasbi )
Ertinya berdiri di atas kaki sendiri . Ia juga bermaksud kebolehan dan kesanggupan seseorang
melakukan sesuatu tanpa bergantung dengan orang lain . Sifat berdikari ini adalah hasil
gabungan pelbagai sifat gigih yang digarap dalam satu masa . Orang mukmin yang berdikari
memupuk fikiran positif dan tidak mengenal erti putus asa pada kala gagal . Mereka yakin
dengan apa yang bakal dicapai walaupun masih jauh daripada tanda-tanda kejayaan .

8. Tersusun di dalam urusan ( Munazzamun fi Syu’unihi )


Berkata Saiyidina Ali krm : “ Kebenaran yang tanpa strategi yang tersusun akan dikalahkan oleh
kebatilan yang tersusun berstrategi . “

Tidak hairanlah kalau dilihat pada zaman sekarang , banyak negara umat Islam hancur dan
porakperanda kerana berperang dan bertelingkah sesama sendiri hasil dari perancangan dan
strategi yang rapi dan tersusun oleh pihak Yahudi dan Kristian untuk menghancurkan umat Islam
, sedangkan negara-negara umat Islam kebanyakannya memiliki sumber kekayaan yang banyak
dan mempunyai populasi penduduk yang ramai . Tetapi kerana umat Islam tidak melakukan
perancangan yang rapi dan berada dalam satu barisan saf yang tersusun kuat menyebabkan
mereka begitu lemah di mata musuh Islam .

Begitulah kehidupan orang mukmin seharusnya berstrategi dan tersusun dalam semua perkara ,
sebagaimana Islam menyusun syariat yang sempurna untuk umatnya seperti solat fardhu
berjamaah , puasa sepanjang bulan ramadhan dsbnya .

9. Menepati masa ( Harisun Ala Waqtihi )


Islam adalah agama yang mendidik umatnya untuk menepati waktu . Masa juga diibaratkan
seperti emas yang sangat bernilai dan berharga . Untuk menjadi mukmin yang berkualiti ,
seseorang itu mesti mampu berkomunikasi dengan masa . Masa tidak boleh dikawal , tetapi
aktiviti untuk mengisi masa yang boleh dikawal . Tidak guna merancang masa , tetapi rancanglah
apa yang hendak diisi pada masa .

10. Bermanfaat untuk orang lain ( Nafi’un Lighairihi )


Allah SWT menciptakan semua makhluk dengan tujuannya yang tersendiri dan bukan sia-sia .
Allah SWT menjadikan bakteria , flora , fauna dan penciptaan-penciptaan lain dengan tujuan
memberi manfaat kepada manusia dan alam . Maka , tujuan manusia diciptakan adalah untuk
menghambakan diri kepada Allah SWT dan memberi manfaat kepada manusia yang lain . Antara
tujuannya adalah kerana untuk membezakan kehidupan antara manusia dan haiwan ; fitrah
manusia meletakkan manusia perlu hidup dalam keadaan bergantung harap antara satu sama
lain dan untuk dijadikan sebagai bekalan pada hari timbangan .
KATEGORI TAHAP PENCAPAIAN

PANDUAN PEMARKAHAN

Markah yang diperolehi ( Bah. B ) /


Markah Penuh ( 268 ) x 100 %

____ x 100 % = _____


268

GRED KRITERIA

Mumtaz ( Cemerlang ) Menguasai Bah. A dan mencapai markah 80 % ke atas dlm Bah. B

Jayyid Jiddan ( Kepujian ) Menguasai Bah. A dan mencapai markah 60% - 79% dlm Bah. B

Jayyid ( Baik ) Menguasai Bah. A dan mencapai markah 40% - 59% dlm Bah. B

Maqbul ( Lulus ) Menguasai Bah. A dan mencapai markah kurang dr 40% dlm Bah. B

Rasib ( Gagal ) Tidak menguasai Bahagian A

You might also like