You are on page 1of 6

PANDUAN PENULISAN KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 2/2021

MUKA DEPAN (1 MUKA SURAT)

Tajuk : KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 2 / 2021


Nama Murid :
Kelas : 2 ISOTIA & 2 ONCIDIUM
Nama Guru : EN. MUHAMMAD SYAUQI BIN HASHIFUDIN

JADUAL KERJA (1 MUKA SURAT)


BIL TARIKH ISI KANDUNGAN
1. 28.6.2021 Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran Sejarah berkaitan dengan
cara membuat kajian kes sejarah.
2. Membuat rujukan awal ke laman web yang berkaitan dengan tajuk yang
diberi sebagai persediaan awal.
3. Menulis objektif kajian dan kaedah kajian.
4. Membuat kajian literatur.
5. Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk tugasan menerusi internet
dan buku teks untuk mendapatkan bahan penulisan.
6. Menulis laporan lengkap.
7. Menulis rumusan, rujukan dan membuat lampiran.
8. 20.7.2021 Menghantar tugasan kepada guru matapelajaran Sejarah.

PERNYATAAN MASALAH
Anda dikehendaki membuat kajian tentang sistem pendidikan dalam kalangan masyarakat
kerajaan Alam Melayu. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 180
patah perkataan.
(salin sahaja)
KAJIAN LITERATUR
i) Buku Teks
a) Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak
bin Saidoo, 2017, Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Halaman 40-49.
b) …

(Mengenal pasti bahan rujukan dan kajian lepas yang berkaitan dengan pernyataan masalah dari
buku ilmiah, jurnal, majalah dan sebagainya)
(menyatakan sumber rujukan buku berserta halaman/muka surat, mengikut format rujukan buku,
hanya buku)

OBJEKTIF KAJIAN (1 MUKA SURAT)

Melalui kajian ini, saya dapat menerangkan ______________________________________


__________________________________________________________________________________
____________________________________.
Selain itu, saya dapat menjelaskan _______________________________________________
__________________________________________________________________________________
_______________________________________.
Disamping itu, saya dapat menghuraikan _________________________________________
__________________________________________________________________________________
________________________________________.
(masukkan mana-mana 3 objektif)

KAEDAH KAJIAN (1 MUKA SURAT)


i) Mendengar taklimat
- Saya mendengar taklimat tentang kajian kes yang bertajuk Sistem Pendidikan dalam
Kalangan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Banyak Memberi Manfaat kepada Masyarakat
Sehingga ke Hari Ini daripada Pn. Norhaliena di kelas 2 Brachtia / 2 Claderia / 2 Parisia melalui
Google Meet pada hari Selasa 28/6/2021 atau Rabu 29/6/2021.
ii) Menganalisis dokumen dan buku ilmiah
- Saya telah menganalisis dan merujuk kepada beberapa buah buku rujukan dan buku teks
untuk mendapatkan maklumat, iaitu :
a) Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak bin
Saidoo, 2017, Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
b) …(buku teks / buku rujukan lain)…
c) …(buku rujukan)…
(format : Nama Penulis, Tahun diterbitkan, Judul Buku. Tempat diterbitkan : Penerbit.)

iii) Melayari laman sesawang melalui Internet


- Saya telah melayari beberapa laman sesawang untuk mengumpulkan maklumat menerusi :
a) https://dokumen.tips/documents/cara-cara-untuk-memantapkan-sistem-
pendidikan.html
b) …
c) …
(tulis link URL berkaitan objektif kajian yang dikaji)

LAPORAN AKHIR (3 MUKA SURAT ATAU LEBIH)

Sistem Pendidikan dalam Kalangan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu


Banyak Memberi Manfaat kepada Masyarakat Sehingga ke Hari Ini.
Nama Penulis : (nama penuh murid)

i) Pengenalan
- Pada peringkat awal, pendidikan Alam Melayu bermula dengan kanak-kanak yang melibatkan
diri mereka dalam proses sosialisasi yang akan dilalui oleh kanak-kanak tersebut melalui
beberapa tahap sehinggalah mencapai umur yang sesuai untuk mendalami ilmu pendidikan
sesuai dengan situasi yang ada pada masa itu.
- Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan, ibu bapa dalam kerajaan Alam
Melayu menggunakan beberapa pendekatan atau kaedah bagi memperbaiki dan
memperbetulkan kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.
- Pendidikan berlaku dalam lingkungan keluarga dan diperluaskan skopnya, iaitu merangkumi
peraturan kemasyarakatan dan bersikap lebih bertanggungjawab.
ii) Ciri-ciri pendidikan Kerajaan Alam Melayu
- Pendidikan dalam masyarakat Alam Melayu dapat dibahagikan kepada pendidikan tidak
formal dan pendidikan formal.
- Seseorang kanak-kanak mempelajari segala pantang larang, adat istiadat dan adat sopan
daripada ibu bapa ataupun orang dewasa yang berpengalaman.
- Pendidikan ini berbentuk pendidikan tidak formal kerana dipelajari secara tidak langsung dan
disampaikan melalui cerita lisan, peribahasa, pantun dan teka-teki.
- Pendidikan ini berkesan terutama dalam kalangan kanak-kanak. Kemahiran pertukangan dan
ilmu perubatan tradisional juga diajar secara tidak formal.
- Kemahiran ini diajar dan diperoleh melalui pemerhatian kanak-kanak itu sendiri.
- Kemahiran ini biasanya akan diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain
seperti seni mempertahankan diri.
- Sistem pendidikan formal terus berkembang selepas kedatangan agam Islam. Masyarakat
mula mempelajari kitab muqaddam dan al-Quran, fardu ain, mengira, menulis jawi, tajwid,
rukun Islam dan rukun iman.
- Pendidikan agama Islam diajar di istana, masjid, pondok, madrasah, surau ataupun rumah
guru agama.
- Terdapat sebilangan masyarakat Melayu yang melanjutkan pelajaran agama ke Makkah.
- Pendidikan dalam masyarakat Melayu tradisional bertujuan melahirkan individu yang
berakhlak mulia, berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi.
- Pendidikan tidak formal pula diajar untuk membolehkan seseorang individu berdikari tanpa
mengharapkan bantuan orang lain.

iii) Perbezaan sistem pendidikan masyarakat mengikut kelas sosial


- Dalam masyarakat Alam Melayu, kelas sosial terbahagi kepada dua, iaitu golongan
pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada golongan raja,
bangsawan dan pembesar.
- Manakala golongan diperintah pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.
- Sistem pendidikan dalam kerajaan Alam Melayu berbeza mengikut kelas sosial.
- Golongan pemerintah mendapat pendidikan formal yang berlaku di istana. Golongan agama
akan dipanggil untuk mengajar anak-anak golongan pemerintah. Biasanya mereka mendapat
pendidikan agama.
- Manakala bagi golongan diperintah pula, mereka mendapat pendidikan awal secara tidak
formal di rumah bersam ibu bapa. Mereka tidak mempunyai peluang untuk belajar secara
formal. Mereka mendapat pendidikan hanya untuk kelangsungan seharian sahaja.

iv) Kepentingan sistem pendidikan formal dalam kehidupan manusia sepanjang zaman
- Membentuk masyarakat yang berilmu
- Membentuk insan yang produktif
- Membina akhlak insan
- Melahirkan masyarakat yang berkemahiran
- Melahirkan rakyat yang setia kepada negara
- Melahirkan pemimpin berwibawa
- Membentuk masyarakat yang kreatif dan inovatif

v) Langkah-langkah untuk memajukan sistem pendidikan negara


- Pihak kerajaan hendaklah memastikan pentadbiran dan pengurusan sekolah mantap.
- Pihak sekolah perlu menyediakan infrastruktur yang lengkap bagi membantu proses
pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih berkesan.
- Guru perlu menjadi ‘role model’ dan guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan penunjuk
cara.
(huraikan dalam bentuk karangan rencana yang lengkap, mengandungi 5 perenggan)
(panduan sahaja, boleh juga dapatkan bahan lain daripada buku/internet)

RUMUSAN (1 MUKA SURAT)


i) Pengetahuan
- Pendidikan penting kepada masyarakat dan negara.
- Melalui pendidikan, negara Malaysia akan berkembang maju dan dapat bersaing dengan
negara lain.
ii) Ikhtibar
- Kita haruslah menimba ilmu pengetahuan supaya menjadi insan yang cemerlang dalam
pelbagai bidang.
iii) Harapan
- Semoga masyarakat pada masa kini dapat meningkatkan mutu pendidikan supaya negara kita
terus maju.
(huraikan dalam 1 perenggan menggunakan penanda wacana yang sesuai)
SUMBER RUJUKAN (1 MUKA SURAT)
i) Buku Teks
a) Dr. Suffian bin Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salehee bin Abdul, Ishak
bin Saidoo, 2017, Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

b)…
(format : Nama Penulis, Tahun diterbitkan, Judul Buku. Tempat diterbitkan : Penerbit.)

b) Buku Rujukan
a)…
b)..
(format : Nama Penulis, Tahun diterbitkan, Judul Buku. Tempat diterbitkan : Penerbit.)

c) Internet
a) https://dokumen.tips/documents/cara-cara-untuk-memantapkan-sistem-
pendidikan.html
b)…
c)…
(tulis link URL berkaitan objektif kajian yang dikaji)

LAMPIRAN
- fotostat bahan yang diambil daripada buku teks / majalah / jurnal
- print bahan yang diambil daripada internet

You might also like