You are on page 1of 3

ASAS SAINS KOMPUTER TINGKATAN 3

Keperluan Buku:
1. Buku teks
2. Buku Nota Panjang : 1
3. Buku rujukan Spotlight A + Asas Sains Komputer
4. Fail Sekolah: RM1 (untuk hantar kerja kursus ASK)

FORMAT PEPERIKSAAN PT3

KERJA KURSUS ASK


1. Calon perlu membina satu atur cara lengkap yang mempunyai makna, boleh digunakan dan
berfaedah untuk sekumpulan manusia.
2. Proses pembangunan atur cara ini akan melibatkan kajian kes, temu ramah, soal selidik dan akhir
sekali pendokumentasian jalan kerja pembangunan sistem.
3. Produk akhir kerja kursus ini ialah aturcara yang akan dihantar secara softcopy, dan folio .
4. Markah keseluruhan kerja kursus ini ialah 30.
Kriptografi
 Kajian tentang teknik kerahsiaan atau dikenali sebagai keselamatan komunikasi data.
 Kriptografi (cryptography) berasal daripada bahasa Yunani yang terdiri daripada dua suku kata, iaitu
“kriptos” dan “graphein”.
 “Kriptos” bermaksud sembunyi manakala “graphein” bermaksud untuk tulis.

Kepentingan kriptografi?
 Cara penyimpanan dalam bentuk digital ini telah membuka ruang untuk pencerobohan maklumat
berlaku.
 Kriptografi telah menjadi satu keperluan besar untuk melindungi kepentingan maklumat dalam
pengkomputeran.

Kepentingan perkhidmatan keselamatan data kriptografi

**************************************************************************************************************************
SOALAN:
1. Berikan definisi kriptografi.
2. Mengapakan kriptografi diperlukan di zaman sekarang?
3. Senaraikan serta huraikan kepentingan perkhidmatan keselamatan data kriptografi .
1. Dalam kriptografi, pasangan algoritma digunakan untuk melakukan penyulitan dan nyahsulit.
2. Sesuatu teks biasa (plaintext) akan melalui proses penyulitan (encryption) yang menyebabkan
data berubah menjadi bentuk yang tidak bermakna, iaitu teks sifer (ciphertext)
3. Hanya penerima yang berhak sahaja dapat melakukan proses nyahsulit (decryption), iaitu
menukarkan kembali teks sifer menjadi teks biasa.
4. Setiap proses penyulitan dan proses nyahsulit dapat dilengkapi dengan penggunaan kunci (key)
yang hanya diketahui oleh penghantar dan penerima.
5. Terdapat 2 jenis cipher

6. Sifer kunci simetri menggunakan satu kunci yang sama bagi kedua-dua proses penyulitan dan
nyahsulit manakala sifer kunci tidak simetri menggunakan dua kunci berbeza bagi proses
penyulitan dan nyahsulit.
*****************************************************************************************************************

SOALAN:

1. Terangkan proses penyulitan dan langkah - langkahnya. Lukiskan gambar rajah penyulitan.
2. Terangkan proses nyahsulit dan langkah – langkahnya. Lukiskan gambar rajah nyahsulit.

##(buku teks muka surat 33)

You might also like