You are on page 1of 8

ASK : BAB 1

> Konsep Asas Pemikiran Komputasional


> Penerangan Tambahan = Pemikiran
Komputasional telah membantu kita dengan
menyelesaikan masalah seharian secara sistemetik . Ini
perlu diberi penekanan yang serius malah ilmu
pengaturcaraan juga perlu dikuasai dengan baik untuk
malahirkan generasi penciptaan yang lebih maju .

Senarai Jenis Jenis Pemikiran


Komputasional : (Teknik)
1.Leraian
2.Peniskalaan
3.Pengancaman
4.Pengitlakan

ASK : BAB 1
> Pembangunan Atur Cara
Analisis Masalah Reka Bentuk Atur Cara Pengekodan

Dokumentasi Pengujian dan Penyahpepijatan

Konsep Pembangunan Atur Cara :


Pembanguna atur cara terdiri daripada lima fasa iaitu fasa
analisis masalah , fasa reka bentuk atur cara , fasa
pengekodaan , fasa pengujian dan penyahpepijatan serta
fasa dokumentasi . Rajah diatas menunujukkan fasa fasa
pembangunan atur cara .

ASK : BAB 2
> Perwakilan Data
> Konsep :
Dalam era teknologi dan komunikasi , kebanyakan
maklumat dikongsi melalui internet dalam bentuk digital .
Penghantaran suatu dokumen tidak lagi bergantung
kepada penggunaan rangkaian komputer , contohnya
melalui e-mel atau media sosial .

> Pengenalan Tambahan :


Kritografi (cryptography) berasal daripada bahasa yunani
iaitu “kriptos” dan graphein”. “Kriptos” bermaksud
sembunyi manakala “graphein” bermaksud untuk tulis .
Oleh itu, kriptografi boleh dihuraikan sebagai kajian
tentang teknik kerahsiaan atau dikenali sebagai
keselamatan komunikasi data . Tujuan utama kriptografi
dicipta adalah untuk melindungi informasi daripada
terdedah dan dipintas oleh pihak lain.

Sifer Kunci Simetri


• Termasuk semua sifer klasik
• Menggunakan kunci yang sama untuk melakukan
penyulitan dan nyahsulit
• Kunci yang digunakan boleh dalam bentuk nombor,
huruf, perkataan atau simbol
• Penghantar dan penerima boleh menjana kunci rahsia
yang baharu

Sifer Kunci Tidak Simetri


• Digunakan dalam sifer moden
• Kompleks dan melibatkan pengiraan matematik
• Melibatkan dua kunci iaitu kunci awam dan kunci
persendirian
• Kunci awam boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk
penyulitan
• Nyahsulit memerlukan algoritma yang sepadan dan
dengan kunci persendirian

Kaedah Kaedah Sifer :


ASK : BAB 3
> Alogoritma

> Konsep :

Algoritma ialah satu siri langkah atau tindakan yang jelas


yang perlu dilaksanakan untuk menghasilkan output yang
dikehendaki. Dalam bidang pengkomputeran, pengatur
cara akan membina atur cara berpandukan algoritma yang
dibangunkan terlebih dahulu. Pembangunan algoritma
merupakan satu teknik pengitlakan yang melibatkan
pembinaan langkah-langkah penyelesaian masalah. Tugas
ahli-ahli dalam bidang sains komputer adalah mengkaji
dan membangunkan algoritma dengan tujuan untuk
menyelesaikan masalah-masalah pengaturcaraan.

Antara faedah yang diperoleh daripada kajian


serta pembangunan algoritma yang dilakukan
adalah seperti berikut:

1. Memahami bagaimana komputer memproses urutan


tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan.
2. Mempelajari cara menulis algoritma yang teratur,
mudah dibaca dan difahami.
3. Mempelajari cara menulis algoritma dengan cekap.
4. Mempelajari cara melakukan penambahbaikan pada
algoritma.

Contoh contoh Algoritma :


Nota Ringkasan :

You might also like