You are on page 1of 14

i

30 M

PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900 TANJONG MALIM, PERAK

BMW3032 WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

KEPENTINGAN SAINS DAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


NURUL IZZATY BINTI AZHAR D20201094257
KUMPULAN KULIAH N
NAMA PENGAJAR PUAN NURUL AIN BINTI ALIZUDDIN

PENERANGAN MARKAH
KERANGKA 10
FORMAT 5
BAHASA 5
KUTIPAN 3
RUJUKAN 3
PENYUNTINGAN 4
JUMLAH KESELURUHAN 30m
ii

Muka Hadapan i
Kandungan ii
1.0 Pengenalan 1
2.0 Kepentingan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan Manusia di Malaysia 1
2.1 Mewujudkan nilai budaya masyarakat 2
2.2 Melestarikan alam sekitar 2
2.3 Menyemai dan memupuk minat dalam pembelajaran 3
2.4 Menyumbang perkembangan industri 4
3.0 Kesimpulan 5
Rujukan 6
1

1.0 Pengenalan

Sains ditakrifkan sebagai pengetahuan dan satu cabang ilmu yang mengkaji sesuatu

pernyataan. Manakala teknologi pula ialah rekaan sesuatu kemudahan atau

insfrastruktur yang disandarkan kemajuan dalam bidang sains dan kebolehan

seseorang untuk mencipta. Antara kepentingan sains dan teknologi adalah boleh

digunakan untuk mengatasi masalah teknik yang berdasarkan kajian saintifik termaju

seperti peralatan elektronik, proses kimia, pekilangan, dan pemesinan yang canggih.

Selain itu, teknologi juga boleh dikatakan sebagai ilmu yang dilahirkan oleh manusia

itu sendiri bagi meneruskan dan memudahkan kehidupan mereka. Dalam masa yang

sama, teknologi tersebut boleh berkembang dengan tersendiri serta mampu

menghasilkan kelompoknya sendiri (Kamarul Azmi Jasmi, 2016). Sains dan

teknologi merupakan dua perkara yang berbeza tetapi saling berhubung kait antara

satu sama lain kerana kedua-dua unsur ini saling memerlukan untuk menghasilkan

sesuatu ciptaan. Menurut Alias Azhar et al. (2018) “Secara umumnya, sains itu sendiri

berkembang dan berevolusi secara kondusif berasaskan faktor persekitaran yang ada”

(ms.155).

2.0 Kepentingan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan Manusia

Sains dan teknologi merupakan perkara yang sangat penting pada era ini kerana

semua orang menggunakan teknologi dalam kehidupan. Berikut merupakan

kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.

2.1 Mewujudkan nilai budaya terhadap masyarakat.

Mewujudkan nilai budaya terhadap masyarakat merupakan antara kepentingan sains

dan teknologi dalam kehidupan manusia. Sains dan teknologi juga mempengaruhi

nilai budaya kerana dapat menghasilkan kreativiti. Kreativiti yang ada pada sesuatu

budaya masyarakat juga dapat ditingkatkan melalui teknologi seperti inovasi


2

terhadap pembuatan makanan tradisional, penggunaan gajet untuk meluaskan

budaya-budaya masyarakat setempat dan lain-lain lagi. Kepentingan sains dan

teknologi dalam budaya juga dapat dilihat dari segi perubatan. Sains telah

menyumbang kepada teknologi dalam pembuatan perubatan untuk manusia.

Sebelum ini, masyarakat menggunakan daun-daun herba atau akar kayu untuk

merawat penyakit.

Oleh itu setelah berlakunya peredaran zaman yang semakin moden, teknologi

telah mengubah cara yang lama dengan menghasilkan ubat-ubatan yang lebih

praktikal untuk merawat penyakit. Menurut Yasraf Amir Palliang (2014), “Untuk

menciptakan nilai-nilai yang lebih seimbang, yang mendukung pengembangan

sistem ilmu teknologi dan sistem sosial-budaya, pengenalan serangkaian strategi

budaya sangat diperlukan: untuk membangun sebuah “budaya ketiga”, untuk

mengembangkan model berpikir yang seimbang, untuk menciptakan masyarakat

yang kreatif, untuk meningkatkan budaya produktif, dan untuk membangun ruang

representasi bagi komunikasi sains dan teknologi di masyarakat” (ms. 76). Oleh yang

demikian, sains dan teknologi dianggap sebagai mewujudkan nilai budaya terhadap

masyarakat kerana budaya dapat diinovasikan untuk menghasilkan masyarakat yang

kreatif dan dapat menggunakan teknologi sebagai satu kepentingan dalam

masyarakat.

2.2 Melestarikan alam sekitar

Melestarikan alam sekitar juga merupakan kepentingan sains dan teknologi dalam

kehidupan manusia. Melestarikan alam sekitar didefinisikan sebagai memelihara

alam sekitar supaya kekal sediakala. Oleh itu, kemajuan dalam bidang sains dan

teknologi dapat membantu alam sekitar terpelihara daripada bahan-bahan tercemar.

Antara kemajuan teknologi yang membantu melestarikan alam sekitar ialah


3

teknologi hijau. Teknologi hijau merupakan satu aplikasi, peralatan atau sistem yang

memiliki ciri-ciri mementingkan kelestarian alam sekitar dan bersifat mesra alam.

Teknologi hijau ialah satu inisiatif menggabungkan pelbagai kaedah dan bahan-

bahan tertentu daripada teknik penjanaan elektrik kepada produk mesra alam.

Teknologi hijau juga ialah satu bentuk inovasi tenaga yang terhasil daripada tenaga

hijau yang diterokai manusia. Bagi memastikan kelestarian alam sekitar ini

dipelihara, teknologi hijau diperkenalkan dan dijadikan sebagai satu sistem untuk

melindungi dan memulihkan alam sekitar. Gabungan sains alam sekitar dan

teknologi dapat dijadikan komponen utama untuk penghasilan produk berteknologi

yang bertujuan untuk mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar akibat

daripada aktiviti manusia.

Menurut Norizan Hassan et al. (2017), “Cadangan penambahbaikan juga perlu

difokuskan kepada kefahaman masyarakat tentang kepentingan aplikasi teknologi

hijau ini supaya masyarakat dapat menyokong dan membantu memelihara serta

memulihara alam sekitar dengan mengamalkan aplikasi teknologi hijau dalam

kehidupan harian mereka” (ms. 11). Melestarikan alam sekitar sangat memerlukan

teknologi yang dapat memastikan alam sekitar terjaga. Menggunakan teknologi hijau

dapat membendung pencemaran alam sekitar seperti pembebasan karbon dioksida

dan pembakaran terbuka. Oleh kerana itu, teknologi yang digunakan untuk

melestarikan alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia.

2.3 Menyemai dan memupuk minat dalam pelajaran

Perkembangan bidang teknologi maklumat komunikasi memberi impak yang besar

dalam kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Sains dan

teknologi merupakan perkara yang sangat penting bagi pelajaran di sekolah. Sains

dan teknologi digunapakai dalam pembelajaran supaya dapat meyemai dan


4

memupuk minat murid dalam sesuatu pelajaran. Terdapat empat kriteria kemahiran

abad ke-21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid iaitu literasi era digital,

pemikiran inventif, komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi.

Melalui teknologi maklumat, murid dapat meneroka dan mencari maklumat dengan

menggunakan sumber daripada internet serta dengan cara ini, murid tidak bergantung

sepenuhnya kepada buku teks sahaja.

Guru-guru di sekolah juga perlu menggunakan pedagogi abad ke-21 yang

mengaplikasikan pelbagai teknik dan strategi pengajaran serta pengetahuan yang

pelbagai untuk menyemai dan memupuk minat murid dalam pelajaran. Hal ini untuk

menarik minat murid untuk belajar dan murid tidak mudah berasa bosan dalam

mempelajari sesuatu subjek. Menurut Munirah Husna Baharuddin et al. (2015)

“Cabaran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini adalah tertumpu pada

penguasaan kemahiran menggunakan media dan teknologi maklumat terkini. Guru

abad ke-21 tidak boleh lari daripada menggunakan teknologi maklumat (ICT) dalam

proses pengajaran dan pembelajaran” (ms. 330). Oleh yang demikian,

pengintegrasian pembelajaran dengan penggunakan ICT dapat mewujudkan

pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.

2.4 Menyumbang perkembangan industri

Perkembangan indrustri juga merupakan salah satu kepentingan sains dan teknologi

dalam kehidupan manusia di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis bidang perindustrian

yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Malaysia ini. Oleh hal demikian

pelbagai teknologi digunapakai dalam bidang perindustrian seperti penggunaan

mesin, pengangkutan dan lain-lain lagi. Perindustrian di Malaysia mempunyai

pelbagai jenis seperti perindustrian berat yang meliputi jentera-jentera besar,


5

perindustrian ringan yang melibatkan proses pembuatan dan perindustrian

pelancongan yang melibatkan kawasan peranginan.

Teknologi yang semakin canggih telah menyumbang kepada perkembangan

industri yang melibatkan manusia atau penduduk di Malaysia. Menurut Siti

Nurhafizah Anual (2014) “Bidang industri adalah bidang yang mendapat

pertumbuhan yangs sangat positif seiring dengan perkembangan sains dan teknologi”

(ms.16). Dengan teknologi yang semakin canggih, bidang perindustrian dapat

dikembangkan. Sebagai contoh dalam industri makanan, mesin-mesin digunakan

untuk memproses sesuatu makanan dan ianya memudahkan urusan pekerja yang

tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk memproses makanan. Pekerja

hanya perlu memastikan sesuatu makanan tersebut diproses dalam keadaan baik dan

bersih.

3.0 Kesimpulan

Konklusinya, sains dan teknologi merupakan perkara yang sangat penting dan

mempunyai banyak kesan yang positif dalam kehidupan manusia. Dengan teknologi

yang ada ianya memudahkan sesuatu perkara dan dapat dijadikan sebagai daya tarikan

untuk seseorang manusia. Oleh itu, sains dan teknologi yang semakin berkembang

pada hari ini perlu dimanfaatkan dengan baik dan digunapakai untuk melakukan

sesuatu dengan betul. Hal ini kerana, terdapat juga kesan yang negatif jika

menggunakan teknologi secara berlebihan.


6

RUJUKAN

Alias Azhar, Mohammad Azam Hussain, Mohd Zakhiri Md. Nor, & Mohamad Khairi

Othman. (2018). Penyelidikan syariah dalam kerangka globalisasi. Jurnal Islam

dan Masyarakat Kontemporari, 19, 147-160.

https://www.proquest.com/scholarly-journals/penyelidikan-syariah-dalam-

kerangka-globalisasi/docview/2437115764/se-2

Kamrul Azmi Jasmi. (2016, Oktober 13-15). Pendidikan sebagai medium penerapan Islam

dalam sains dan teknologi [Sesi Persidangan]. Persidangan Islam dalam Sains dan

Teknologi 2016, Johor Bahru. https://core.ac.uk/download/pdf/78379073.pdf

Munirah Husna Baharuddin, Abdul Razaq Ahmad, & Noria Munirah Yakub. (2015,

November 5-7). Pengajaran dan pembelajaran sejarah abad ke-21: Isu dan

cabaran [Pembentangan kertas kerja]. 7th International Seminar of Regional

Education 2015, Bangi.

https://isre.prosiding.unri.ac.id/index.php/ISRE/article/view/3051/2979

Norizan Hassan, Hussin Salamon, & Hasimah Abdul Rahman. (2017). Peranan aplikasi

teknologi hijau dalam konteks melestarikan alam sekitar menurut perspektif

islam. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 4(1), 2-12.

http://rmc.kuis.edu.my/jpi/wp-content/uploads/2017/05/NORIZAN-HASSAN-

final-1-12.pdf

Siti Nurhafizah Anual. (2014). Persepsi pelajar terhadap perbezaan kemudahan

prasarana dalam membantu pembudayaan sains dan teknologi pelajar di kolej

vokasional zon selatan [Tesis sarjana]. Universiti Tun Hussein Onn.

http://eprints.uthm.edu.my/1686/1/24p%20SITI%20NURHAFIZAH%20ANUA

L.pdf
7

Yasraf Amir Piliang. (2014). Transformasi budaya sains dan teknologi: Membangun

daya kreativitas. Jurnal Sosioteknologi, 13(2), 76-83.

https://pdfs.semanticscholar.org/ca16/d51d5cb02c5f4ecdc781024d94772204fc9

c.pdf
8

Lampiran Penyuntingan
1.0 Pengenalan

Sains ditakrifkan sebagai pengetahuan dan satu cabang ilmu yang mengkaji sesuatu

pernyataan. Manakala teknologi pula ialah rekaan sesuatu kemudahan atau

insfrastruktur yang disandarkan kemajuan dalam bidang sains dan kebolehan

seseorang untuk mencipta. Antara kepentingan sains dan teknologi adalah boleh

digunakan untuk mengatasi masalah teknik yang berdasarkan kajian saintifik termaju

seperti peralatan elektronik, proses kimia, pekilangan, dan pemesinan yang canggih.

Selain itu, teknologi juga boleh dikatakan sebagai ilmu yang dilahirkan oleh manusia

itu sendiri bagi meneruskan dan memudahkan kehidupan mereka. Dalam masa yang

sama, teknologi tersebut boleh berkembang dengan tersendiri serta mampu

menghasilkan kelompoknya sendiri (Kamarul Azmi Jasmi, 2016). Sains dan

teknologi merupakan dua perkara yang berbeza tetapi saling berhubung kait antara

satu sama lain kerana kedua-dua unsur ini saling memerlukan untuk menghasilkan

sesuatu ciptaan. Menurut Alias Azhar et al. (2018) “Secara umumnya, sains itu sendiri

berkembang dan berevolusi secara kondusif berasaskan faktor persekitaran yang ada”

(ms.155).

2.0 Kepentingan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan Manusia

Sains dan teknologi merupakan perkara yang sangat penting pada era ini kerana

semua orang menggunakan teknologi dalam kehidupan. Berikut merupakan

kepentingan sains dan teknologi dalam kehidupan manusia.

2.1 Mewujudkan nilai budaya terhadap masyarakat.

Mewujudkan nilai budaya terhadap masyarakat merupakan antara kepentingan sains

dan teknologi dalam kehidupan manusia. Sains dan teknologi juga mempengaruhi

nilai budaya kerana dapat menghasilkan kreativiti. Kreativiti yang ada pada sesuatu

budaya masyarakat juga dapat ditingkatkan melalui teknologi seperti inovasi


9

terhadap pembuatan makanan tradisional, penggunaan gajet untuk meluaskan

budaya-budaya masyarakat setempat dan lain-lain lagi. Kepentingan sains dan

teknologi dalam budaya juga dapat dilihat dari segi perubatan. Sains telah

menyumbang dari permulaan kepada pemahaman fungsi manusia melalui perubatan

dan teknologi. Sebelum ini, masyarakat menggunakan daun-daun herba atau akar Commented [Z1]: Ayat kurang difahami
Sepatutnya: Sains telah menyumbang kepada teknologi
dalam pembuatan perubatan untuk manusia
kayu untuk merawat penyakit.

Oleh itu setelah berlakunya peredaran zaman yang semakin moden, teknologi

telah mengubah cara yang lama dengan menghasilkan ubat-ubatan yang lebih

praktikal untuk merawat penyakit. Menurut Yasraf Amir Palliang (2014), “Untuk

menciptakan nilai-nilai yang lebih seimbang, yang mendukung pengembangan

sistem ilmuteknologi dan sistem sosial-budaya, pengenalan serangkaian strategi Commented [Z2]: Dua perkataan yang berbeza dan perlu
diletakkan tanda sengkang.
Sepatutnya : ilmu teknologi
budaya sangat diperlukan: untuk membangun sebuah “budaya ketiga”, untuk

mengembangkan model berpikir yang seimbang, untuk menciptakan masyarakat

yang kreatif, untuk meningkatkan budaya produktif, dan untuk membangun ruang

representasi bagi komunikasi sains dan teknologi di masyarakat” (ms. 76). Oleh yang

demikian, sains dan teknologi dianggap sebagai mewujudkan nilai budaya terhadap

masyarakat kerana budaya dapat diinovasikan untuk menghasilkan masyarakat yang

kreatif dan dapat menggunakan teknologi sebagai satu kepentingan dalam

masyarakat.

2.2 Melestarikan alam sekitar

Melestarikan alam sekitara juga merupakan kepentingan sains dan teknologi dalam Commented [Z3]: Kesalahan ejaan
Sepatutnya: sekitar
kehidupan manusia. Melestarikan alam sekitar didefinisikan sebagai membiarkan

atau memelihara alam sekitar supaya kekal sediakala. Oleh itu, kemajuan dalam Commented [Z4]: Membiarkan atau memelihara ialah
perkataan yang membawa makna yang sama
bidang sains dan teknologi dapat membantu alam sekitar terpelihara daripada bahan- Sepatutnya menggunakan satu perkataan sahaja

bahan tercemar. Antara kemajuan teknologi yang membantu melestarikan alam


10

sekitar ialah teknologi hijau. Teknologi hijau merupakan satu aplikasi, peralatan atau

sistem yang memiliki ciri-ciri mementingkan kelestarian alam sekitar dan bersifat

mesra alam.

Teknologi hijau ialah satu inisiatif menggabungkan pelbagai kaedah dan bahan-

bahan tertentu, daripada teknik penjanaan elektrik kepada produk mesra alam. Commented [Z5]: Tidak perlu meletakkan tanda koma

Teknologi hijau juga ialah satu bentuk inovasi tenaga yang terhasil daripada tenaga

hijau yang diterokai manusia. Bagi memastikan kelestarian alam sekitar ini

dipelihara, teknologi hijau diperkenalkan dan dijadikan sebagai satu sistem untuk

melindungi dan memulihkan alam sekitar. Gabungan sains alam sekitar dan

teknologi dapat dijadikan komponen utama untuk penghasilan produk berteknologi

yang bertujuan untuk mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar akibat

daripada aktiviti manusia.

Menurut Norizan Hassan et al. (2017), “Cadangan penambahbaikan juga perlu

difokuskan kepada kefahaman masyarakat tentang kepentingan aplikasi teknologi

hijau ini supaya masyarakat dapat menyokong dan membantu memelihara serta

memulihara alam sekitar dengan mengamalkan aplikasi teknologi hijau dalam

kehidupan harian mereka” (ms. 11). Melestarikan alam sekitar sangat memerlukan

teknologi yang dapat memastikan alam sekitar terjaga. Menggunakan teknologi hijau

dapat membendung pencemaran alam sekitar seperti pembebasan karbon dioksida

dan pembakaran terbuka. Oleh kerana itu, teknologi yang digunakan untuk

melestarikan alam sekitar sangat penting dalam kehidupan manusia.

2.3 Menyemai dan memupuk minat dalam pelajaran

Perkembangan bidang teknologi maklumat komunikasi memberi impak yang besar

dalam kehidupan manusia termasuklah dalam bidang pendidikan. Sains dan

teknologi merupakan perkara yang sangat penting bagi pelajaran di sekolah. Sains
11

dan teknologi digunapakai dalam pembelajaran supaya dapat meyemai dan

memupuk minat murid dalam sesuatu pelajaran. Terdapat empat kriteria kemahiran

abad ke-21 yang perlu dikuasai oleh guru dan murid iaitu literasi era digital,

pemikiran inventif, komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi.

Melalui teknologi maklumat, murid dapat meneroka dan mencari maklumat dengan

menggunakan sumber daripada internet serta dengan cara ini, murid tidak bergantung

sepenuhnya kepada buku teks sahaja.

Guru-guru di sekolah juga perlu menggunakan pedagogi anad ke-21 yang Commented [Z6]: Kesalahan ejaan
Sepatutnya: abad
mengaplikasikan pelabagai teknik dan strategi pengajaran atau pengetahuan yang Commented [Z7]: Kesalahan ejaan
Sepatutnya: pelbagai
pelbagai untuk menyemai dan memupuk minat murid dalam pelajaran. Hal ini untuk Commented [Z8]: Kesalahan menggunakan kata hubung
Sepatutnya menggunakan: serta
menarik minat murid untuk belajar dan murid tidak mudah berasa bosan dalam

mempelajari sesuatu subjek. Menurut Munirah Husna Baharuddin et al. (2015)

“Cabaran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ini adalah tertumpu pada

penguasaan kemahiran menggunakan media dan teknologi maklumat terkini. Guru

abad ke-21 tidak boleh lari daripada menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan Commented [Z9]: Tidak menjelaskan penggunaan
perkataan ICT
pembelajaran” (ms. 330). Oleh yang demikian, pengintegrasian pembelajaran dengan

penggunakan ICT dapat mewujudkan pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.

2.4 Menyumbang perkembangan industri

Perkembangan indrustri juga merupakan salah satu kepentingan sains dan teknologi

dalam kehidupan manusia di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis bidang perindustrian

yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Malaysia ini. Oleh hal demikian

pelbagai teknologi digunapakai dalam bidang perindustrian seperti penggunaan

mesin, pengangkutan dan lain-lain lagi. Perindustrian di Malaysia mempunyai

pelbagai jenis seperti perindustrian berat yang meliputi jentera-jentera besar,


12

perindustrian ringan yang melibatkan proses pembuatan dan penrindustrian Commented [Z10]: Kesalahan ejaan
Sepatutnya: perindustrian
pelancongan yang melibatkan kawasan peranginan.

Teknologi yang semakin canggih telah menyumban kepada perkembangan Commented [Z11]: Kesalahan ejaan
Sepatutnya: menyumbang
industri yang melibatkan manusia atau penduduk di Malaysia. Menurut Siti

Nurhafizah Anual (2014) “Bidang industri adalah bidang yang mendapat

pertumbuhan yangs sangat positif seiring dengan perkembangan sains dan teknologi”

(ms.16). Dengan teknologi yang semakin canggih, bidang perindustrian dapat

dikembangkan. Sebagai contoh, dalam industri makanan, mesin-mesin digunakan Commented [Z12]: Kesalahan menggunakan tanda
bacaan
Sepatutnya: sebagai contoh dalam industri makanan, mesin-
untuk memproses sesuatu makanan dan ianya memudahkan urusan pekerja yang
mesin digunakan

tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk memperoses makanan. Pekerja Commented [Z13]: Kesalahan ejaan
Sepatutnya: memproses
hanya perlu memastikan sesuatu makanan tersebut diproses dalam keadaan baik dan

bersih.

3.0 Kesimpulan

Konklusinya, sains dan teknologi merupakan perkara yang sangat penting dan

mempunyai banyak kesan yang positif dalam kehidupan manusia. Dengan teknologi

yang ada ianya memudahkan sesuatu perkara dan dapat dijadikan sebagai daya tarikan

untuk seseorang manusia. Oleh itu, sains dan teknologi yang semakin berkembang

pada hari ini perlu dimanfaatkan dengan baik dan digunapakai untuk melakukan

sesuatu dengan betul. Hal ini kerana, terdapat juga kesan yang negati jika Commented [Z14]: Kesalahan ejaan
Sepatutnya: negatif
menggunakan teknologi secara berlebihan.

You might also like