You are on page 1of 1

Snoezelen Box

1. Guru meletakkan snoezelen box dan lampu LED di dalam bilik yang sunyi.
2. Guru memasang alunan muzik daripada snoezelen box serta memasang lampu LED
yang mempunyai pelbagai warna.
3. Guru akan meminta murid untuk baring di atas tilam dan melihat cahaya lampu LED
yang bertukar-tukar warna.
4. Murid akan diberikan glitter calm jar untuk dipegang supaya murid berasa tenteram.
Glitter calm jar merupakan cecair yang yang pelbagai warna dan corak yang
berkilauan.
5. Murid yang tantrum atau menghadapi masalah emosi yang tidak stabil akan berasa
tenang dan akhirnya akan tertidur.

Kesan daripada aktiviti


Murid berkeperluan khas yang sering mengalami masalah emosi atau tantrum akan berasa
lebih tenang apabila melakukan aktiviti Snoezelen box. Aktiviti ini juga dapat mengurangkan
kadar kekejangan bagi kanak-kanak serebral palsi. Menurut artikel yang dirujuk, satu kajian
yang dilakukan oleh Anas Pradana (2013), penggunaan terapi snoezelen mampu
menurunkan kadar kekejangan otot kanak-kanak serebral palsi kerana di dalam bilik terapi
snoezelen mampu memberikan efek ketenangan.

You might also like