Percubaan STPM Sem 1 Tahun 2021 - KTETF - MELAKA

You might also like

You are on page 1of 8

Nombor kad pengenalan: ...................................... Nama : .....................................................................

900/1 STPM 2021

PENGAJIAN AM

PERCUBAAN
KERTAS 1
(2 jam )

KOLEJ TINGKATAN ENAM TUN FATIMAH


MELAKA

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1


Sila koyakkan di sepanjang garis putus-putus ini.

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2021

Arahan kepada calon:


Untuk kegunaan pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA
Bahagian A
ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.
1-15
Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A, Bahagian B
Bahagian B, dan Bahagian C.
16
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam
Bahagian A 17
pada ruangan yang disediakan. 18
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam
Bahagian B pada ruangan yang disediakan. 19
Bahagian C
Calon dikehendaki menjawab dua soalan dalam Bahagian 20
C.
Mulakan setiap jawapan anda pada helaian kertas yang 21
baharu dan susun jawapan mengikut tertib berangka. Ikat 22
helaian jawapan anda bersama dengan kertas soalan ini.
Jumlah
Markah untuk tiap-tiap bahagian soalan dan soalan
diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7


halaman bercetak.

Disediakan oleh :- Disemak oleh:- Disahkan oleh :-

………………………… ………………………….. …………. ………….


ROZILAH BT KAMARUDIN ( EN. WEE JUANN NAM ) ( PN.NORFAZILA BT
Ketua Unit Pengajian Am GHAZALI )
Ketua Jabatan Bahasa

1
Bahagian A: [ 15 markah ]
Jawab semua soalan.
1 Yang manakah yang benar tentang ciri-ciri sebuah negara yang berdaulat?

I Memiliki sempadan negara yang jelas


II Mempunyai sistem pemerintahan yang sistematik
III Mempunyai ketua negara yang dilantik oleh rakyat
IV Membuat hubungan diplomatik dengan semua negara luar

A I dan II
B I dan III
C II dan lV
D III dan IV

2 Apakah faktor-faktor pembentukan Malaysia?

I Menghalang penyebaran ideologi komunis.


II Meningkatkan jumlah penduduk di Malaya.
III Mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak dan Singapura.
IV Membolehkan pilihan raya diadakan di Sabah, Sarawak dan Singapura.

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

3 Yang manakah berkaitan dengan agama dalam Perlembagaan Persekutuan?

I Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan.


II Kuasa menggubal undang-undang Islam merupakan kuasa Parlimen.
III Setiap orang boleh menyebarkan ajaran agamanya kepada penganut agama lain.
IV Setiap orang boleh menubuh dan menyelenggarakan yayasan bagi agamanya.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4 Yang manakah jawatan yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja?

I Ketua Pendaftar
II Hakim Mahkamah Rayuan
III Hakim Mahkamah Tinggi
IV Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang
A I dan II
B I dan IV

2
C II dan III
D III dan IV

5 Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?

I Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya.


II Membuat kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.
III Menjalankan urusan pendaftaran pemilih baru dan semakan daftar pemilih.
IV Menetapkan tarikh persidangan pertama Dewan Rakyat selepas pilihan raya.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampun
kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di

A Mahkamah Sesyen di Kelantan.


B Mahkamah Majistret di Kedah.
C Mahkamah Tinggi di Terengganu.
D Mahkamah Syariah di Melaka.

7 Yang manakah benar tentang keanggotaan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia?

A Dilantik setelah mendapat persetujuan kabinet


B Boleh dipecat melalui tribunal oleh Perdana Menteri
C Surat perletakan jawatan diserah kepada Perdana Menteri
D Boleh berkhidmat sehingga umur enam puluh enam tahun

8 Yang manakah benar tentang tugas Perdana Menteri?

I Mengetuai Jemaah Menteri


II Melantik Setiausaha Jemaah Menteri
III Memegang kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
IV Memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

3
9
Agensi Kerajaan Peranan
P Perbendaharaan I Menubuhkan dan menyusun semula
syarikat-syarikat milik Menteri Kewangan
Diperbadankan
Q Unit Penyelarasan II Menyediakan belanjawan bagi program dan
Pelaksanaan projek pembangunan
R Unit Perancang III Mengurus, melaksanakan dan memantau
Ekonomi peruntukan khas YB Ahli Dewan Rakyat

Yang manakah padanan yang betul antara agensi kerajaan dengan peranannya?

P Q R
A I III II
B II I III
C II III I
D III I II

10 Yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan
Negeri?

I Keluasan negeri
II Jumlah penduduk
III Jaringan jalan raya
IV Jumlah pendapatan Kerajaan Negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

11 Yang manakah merupakan agensi di bawah kawalan Kerajaan Negeri?

I Jabatan Imigresen Negeri


II Lembaga Hasil Dalam Negeri
III Unit Perancang Ekonomi Negeri
IV Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

4
12 Yang manakah amalan pengasingan kuasa di Malaysia?
I Parlimen berfungsi sebagai penggubal undang-undang.
II Pihak mahkamah menguatkuasakan undang-undang.
III Kabinet meluluskan penggubalan undang-undang negara.
IV Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai penguatkuasaan undang-undang.

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

13 Yang manakah benar tentang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan?


I Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang kotor
II Mendaftarkan dan mengeluarkan lesen syarikat perniagaan
III Mengenakan kompaun terhadap salah laku yang melibatkan papan iklan
perniagaan
IV Menggubal undang-undang kecil tentang tanah negeri untuk kegunaan
premis perniagaan

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

14 Yang manakah kepentingan tadbir urus yang baik?

A Memperkasa daya saing negara


B Mengekalkan kepimpinan sedia ada
C Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
D Menyusun semula agihan sumber tenaga kepada semua sektor.

15 Antara kemahiran untuk melahirkan modal insan berkualiti dalam tadbir urus baik ialah

A menguruskan fail
B meningkatkan motivasi bekerja
C menguasai ilmu pengetahuan
D mengamalkan konsep mesra pelanggan.

5
Jawapan Bahagian A

1 6 11

2 7 12

3 8 13

4 9 14

5 10 15

Bahagian B [15 markah]


Jawab semua soalan.
16. Jelaskan dua hak rakyat Malaysia yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan [4]

(i) ....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

(ii) ....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

17. Nyatakan tiga keadaan yang menyebabkan kekosongan luar jangka kerusi Dewan Rakyat atau
Dewan Undangan Negeri [3]

(i) ....................................................................................................................................................

(ii) ....................................................................................................................................................

(iii) ....................................................................................................................................................

6
18. Nyatakan empat peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) [4]

(i) ....................................................................................................................................................

(ii) ....................................................................................................................................................

(iii) ....................................................................................................................................................

(iv) ....................................................................................................................................................

19. Huraikan dua peranan Majlis Tanah Negara yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan [4]
(i) ....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

(ii) ....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

Bahagian C: [50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah
perkataan. Calon hendaklah mengemukakan lima idea atau isi sahaja bagi karangan yang dihasilkan .

20. Kurangnya integriti dalam kalangan penjawat awam telah menimbulkan pelbagai kesan terhadap
perkhidmatan awam. Beberapa kelemahan dalaman telah dikenal pasti sebagai faktor yang boleh menjadi
sebab kurangnya integriti dalam kalangan penjawat awam. Bincangkan

21. Kenaikan harga barangan telah menyusahkan masyarakat kerana terpaksa menanggung pelbagai kesulitan.
Jelaskan.

22. Pengangkutan awam dapat menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Namun, masyarakat kita
kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Huraikan.

SOALAN TAMAT
7
8

You might also like