You are on page 1of 6

SET 1

Nombor kad pengenalan: ...................................... Nama :.............................................................

900/S2 STPM S2 2019


PENGAJIAN AM
KERTAS 2
(1 jam 30 minit)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:


Untuk
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA
Sila koyakkan di sepanjang garis putus-putus

kegunaan
ANDA DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN. pemeriksa
Bahagian A
Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tulis jawapan dalam
ruang yang disediakan. 1
2
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian B. Anda boleh
menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan 3
diperiksa . 4
Jawab satu soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh Bahagian B
menjawab semua soalan tetapi hanya jawapan pertama yang akan
diperiksa .
Bahagian C
Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan.
Mulakan setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu.
Jumlah
ini.

Koyakkan muka hadapan kertas soalan ini dan helaian


jawapan anda bagi Bahagian A dan ikatkan bersama-sama
dengan helaiann jawapan anda bagi Bahagian B dan Bahagian C.

Kertas soalan ini terdiri daripada 6 halaman bercetak


@ Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Bahagian A [15 markah]


2

Jawab semua soalan.

1. Nyatakan tiga dasar yang berkaitan dengan tadbir urus negara. [3m]

(a) ................................................................................................................................................
(b).................................................................................................................................................
(c)………………………………………………………………………………………………

2. Terangkan dua sebab penghayatan Rukun Negara dalam kalangan rakyat semakin terhakis.

[4m]
(a)................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................
(b).................................................................................................................................................

………………………………………………………………………………………………..

3. Nyatakan empat teras strategik yang telah dikenal pasti untuk pembangunan dan promosi
Malaysia sebagai hub halal. [ 4m ]

(a) ..........................................................................................................................................
(b) ..........................................................................................................................................
(c) ..........................................................................................................................................
(d) …………………………………………………………………………………………

4. Senaraikan empat aspirasi utama Pelan Pembangunan Pendidikan (2013-2025). [ 4m ]

(a) ...............................................................................................................................................
.
(b) ………………………………………………………………………………………………………….
(c) ………………………………………………………………………………………………………….
(d) ………………………………………………………………………………………………………….

2
3

Bahagian B [20 markah]

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang
sesuai bagi menunjukkan perbelanjaan pelancong antarabangsa mengikut jenis di Malaysia pada
tahun 2015 dan tahun 2016.

Pada tahun 2016, Malaysia telah menerima seramai 26.8 juta pelancong antarabangsa
berbanding tahun 2015 yang berjumlah 25.7 juta. Pelancong yang datang ini sudah pastinya
akan berbelanja di Malaysia. Perbelanjaan pelancong antarabangsa untuk tahun 2016 telah
meningkat sebanyak 18.8% kepada RM82.1 bilion berbanding RM69.1 bilion pada tahun 2015.

3
4

Sebahagian besar perbelanjaan pelancong antarabangsa ini untuk membeli-belah. Pada


tahun 2015 perbelanjaan pelancong antarabangsa adalah sebanyak RM21.6 bilion dan
perbelanjaan ini telah meningkat kepada 31.67% pada tahun 2016. Pelancong antarabangsa juga
telah membelanjakan sebanyak RM18.3 bilion untuk penginapan pada tahun 2015. Perbelanjaan
ini telah meningkat sebanyak RM2.1 bilion pada tahun 2016 menjadi RM20.4 bilion.

Pelancong antarabangsa begitu tertarik dengan makanan dan minuman di negara kita.
Mereka juga telah berbelanja sebanyak RM10.7 bilion pada tahun 2016. Keadaan ini
menunjukkan peningkatan sebanyak RM2.2 bilion berbanding tahun 2015. Perbelanjaan untuk
tahun 2015 hanyalah RM8.5 bilion. Pelancong antarabangsa telah menggunakan pengangkutan
tempatan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Mereka menggunakan
pengangkutan tempatan dengan perbelanjaan sebanyak RM5.0 bilion pada tahun 2015 dan
meningkat kepada RM5.4 bilion pada tahun 2016.

Pelancong antarabangsa juga telah menggunakan wangnya untuk lain-lain perbelanjaan


seperti mereka berbelanja untuk hiburan, perubatan dan kegiatan sukan. Pada tahun 2015,
pelancong ini telah berbelanja sebanyak RM15.7 bilion. Pada tahun 2016, perbelanjaan ini telah
menokok sebanyak 24.84% menjadi RM19.6 bilion.

Perbelanjaan pelancong antabangsa di negara kita ini adalah merupakan hasil pendapatan
negara. Oleh itu kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha bagi menarik minat warga asing
untuk melancong ke Malaysia.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Laporan


Tahunan Tourism Malaysia, Tahun 2016)

6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai
bagi menunjukkan keluasan bertanam dan aliran hasil pengeluaran tanaman herba mengikut
negeri-negeri terpilih di Semenanjung Malaysia dari tahun 2016 hingga jangkaan tahun 2018.

Pencapaian hasrat menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi memerlukan
sumbangan yang lebih signifikan daripada semua sektor ekonomi termasuk industri
agromakanan. Tanaman herba juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi dalam bidang industri agromakanan. Usaha ini akhirnya dapat
melahirkan lebih ramai usahawan tani yang berpendapatan tinggi.

Negeri Johor merupakan negeri yang paling luas mengusahakan tanaman herba. Pada
tahun 2016, tanaman heba di negeri ini seluas 260 hektar, terus meningkat kepada 395 hektar
pada tahun 2017. Pada tahun 2018, keluasan bertanam untuk tanaman herba dijangka kekal
sebagaimana tahun 2017. Kawasan bertanam di negeri Kedah adalah yang kedua tertinggi.

Jumlah = RM69.1 bilion


5

Kawasan bertanam herba pada tahun 2017 adalah seluas 170 hektar, keluasan ini merupakan satu
penurunan seluas 70 hektar berbanding tahun 2016. Pada tahun 2018, keluasannya dijangka
meningkat kepada 172 hektar.

Negeri Kelantan merupakan keluasan bertanam yang paling rendah. Pada tahun 2018,
keluasan bertanam dijangka tidak berubah sebagaimana tahun 2017 iaitu seluas 123 hektar.
Keluasan ini merupakan satu peningkatan, iaitu pada tahun 2016 keluasan bertanam hanyalah
83 hektar. Keluasan bertanam herba di negeri Perak adalah seluas 457 hektar pada tahun 2016.
Keluasan ini telah luak kepada 378 hektar pada tahun 2017 dan jangkaan tahun 2018.

Keluasan bertanam herba yang berbeza-beza ini juga telah menyebabkan pengeluarannya
juga berbeza. Pada tahun 2016 dan 2017, pengeluaran herba di negeri Johor masing-masing
sebanyak 1,624 tan metrik dan 2,316 tan metrik. Pengeluarannya dijangka meningkat walaupun
keluasan bertanam kekal, peningkatannya hanya sebanyak 7 tan metrik. Pengeluaran herba di
negeri Kelantan hanya 658 tan metrik pada tahun 2016 dan pengeluaran ini telah menurun
kepada 645 tan metrik pada tahun 2017. Penurunan ini berlaku kerana serangan serangga
perosak. Walau bagaimanapun, pengeluarannya dijangka meningkat pada tahun 2018 iaitu
sebanyak 2 tan metrik sahaja.

Pada tahun 2017, pengeluaran tanaman herba di Kedah sebanyak 563 tan metrik.
Keadaan ini menunjukkan penurunan yang agak ketara kerana pada tahun 2016 pengeluarannya
sebanyak 1,338 tan metrik. Dijangka pengeluarannya sebanyak 564 tan metrik pada tahun 2018.
Pengeluaran herba di negeri Perak berada dalam keadaan tidak menentu iaitu tahun 2016
sebanyak 1,419 tan metrik dan menurun kepada 1,040 tan metrik pada tahun 2017 dan dijangka
bertambah sebanyak 3 tan metrik pada tahun 2018.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Booklet


Statistik tanaman (Sub-sektor Tanaman
Makanan), Jabatan Pertanian. Tahun 2018)

Bahagian C [25 markah]


Pilih satu daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

7. Pelbagai kempen secara berterusan telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya di negara ini. Bincangkan kepentingan pelaksanaan kempen
tersebut dan cadangkan langkah lain untuk mengatasinya.

8. Objektif penggubalan Rukun Negara adalah untuk melahirkan masyarakat yang demokratik,
saintifik, progresif, bersatu padu dan bersikap terbuka terhadap cara hidup pelbagai keturunan.
Oleh itu rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk merealisasikan objektif tersebut.

Tahun
6

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like