Professional Documents
Culture Documents
Doktrin Pengasingan Kuasa
Doktrin Pengasingan Kuasa
net/publication/344862865
CITATIONS READS
0 74,400
1 author:
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
AZKA International Journal Of Zakat & Social Finance (AZJAF) View project
Zakat and Islamic Social Finance: The Way Forward View project
All content following this page was uploaded by Muhsin Nor Paizin on 24 October 2020.
Pengasingan kuasa adalah sebuah doktrin politik berbentuk dasar pentadbiran negara yang
menyarankan suatu penyusunan kuasa dalam sistem kerajaan supaya diasingkan mengikut fungsi
dan struktur masing-masing. Pembahagian Kuasa atau dalam bahasa Inggeris dipanggil
‘Separation of Powers’ amat popular dalam sistem pemerintahan demokrasi yang membahagikan
urusan negara kepada tiga cabang utama: Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
Kehakiman.
“Kebebasan politik dalam sesebuah masyarakat berasal dari ketenangan jiwa hanya setelah
masyakarat yakin dengan keselamatannya. Dalam usaha untuk mencapai kebebasan ini, adalah
mustahak bagi kerajaan untuk memastikan seseorang itu tidak merasa terancam daripada orang
lain. Apabila kuasa legislatif (membuat undang-undang) dan eksekutif (pelaksana) berada di
tangan orang yang sama atau sesebuah badan yang sama, maka tidak akan adanya kebebasan.
Ini kerana kegelisahan akan timbul, undang-undang zalim akan digubal malah akan tidak akan
dikuatkuasakan secara saksama.”2
Doktrin ini juga diperteguhkan lagi dengan elemen semak dan seimbang (check and
balance) iaitu setiap badan mempunyai kuasa yang terhad dan boleh memeriksa serta
menghadkan kuasa badan yang lain. Sistem semak dan seimbang merupakan satu elemen
demokrasi di mana setiap cabang kerajaan diberi kuasa untuk menghadkan cabang kerajaan yang
1 Bharuddin & Farizah. Sejarah Pengasingan Kuasa Dalam Sistem Pemerintahan Menurut Perspektif Barat Dan Islam, 23.
2 Petikan yang diterjemahkan sendiri oleh pengkaji diambil dari Montesquieu, Charles Louis de Secondat, The Spirits
of the Laws terjemahan Raymond Geuss & Quentin Skinner, 157
3 Sam J. Ervin, Separation Of Powers: Judicial Independence, 108
1
Muhsin Nor Paizin (2020)
lain. Secara teorinya melalui sistem ini, tiada suatu cabang boleh mempunyai kuasa yang mutlak
dalam pentadbiran sesebuah negara. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak” cabang-cabang
yang lain untuk memastikan kuasa diagihkan secara seimbang dan sama rata diantara ketiga-tiga
cabang iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.
Sebenarnya doktrin pengasingan kuasa sudah lama dibincangkan dan dapat dilihat dari dua
teori perspektif utama, iaitu perspektif klasik dan perspektif moden. Teori klasik dikenalpasti
berasal dari zaman Yunani (Greek kuno) yang diambil daripada penulisan-penulisan tokoh
pemikir terkenal seperti Plato (428 S.M – 348 S.M) dan Aristotle (384 S.M – 322 S.M). Teori
tersebut dikembangkan dalam pemerintahan empayar Rom oleh Cicero (106 S.M – 43 S.M) dan
Polybius (200 S.M – 118 S.M).4 Hasil penulisan dan pandangan falsafah lampau ini telah memberi
pengaruh besar dan menyumbang kepada tercetusnya doktrin pengasingan kuasa yang dihasilkan
oleh pemikir moden bermula pada abad ke-17. Seiring dengan peredaran masa dan zaman, teori
pengasingan kuasa telah dikembangkan lagi yang dipelopori oleh John Locke (1632 – 1704M)
melalui sebuah penulisannya yang dihasilkan pada hujung abad ke-17. Pada pertengahan abad ke-
18, idea serta pandangan Locke ditambahbaik dan diperkemaskan oleh Baron Montesquieu (1689
– 1755M), seorang sarjana Perancis yang berjaya mengketengahkan doktrin pengasingan kuasa,
iaitu sebagai sebuah doktrin yang penting dalam sistem demokrasi serta pemerintahan sesebuah
negara.5
Dalam karya utama Plato (428 S.M – 348 S.M) iaitu “The Republic”, padanya telah
dibahagikan sistem pemerintahan kepada lima jenis (five regime)6 iaitu; Demokrasi (pemerintahan
oleh rakyat), Oligarki (pemerintahan oleh kelompok elit), Timokrasi (pemerintahan oleh tuan
tanah), Monarki (pemerintahan oleh satu orang) dan Aristokrasi (pemerintahan oleh golongan
kelas tertinggi dalam masyarakat / aristokrat).7 Plato berpandangan idealnya bagi sesebuah negara
adalah diperintah oleh para aristokrat seperti cendiakawan, ini kerana mereka kebiasaannya
berkelayakan, bijaksana dan adil, yang membolehkan mereka untuk memerintah dengan saksama
dan sentiasa mendahului kepentingan bersama sehingga keadilan, kebajikan, dan kebaikan dapat
dinikmati oleh seluruh warga negara.8 Plato menganggap bahawa perkara yang paling penting
dalam sesebuah pemerintahan adalah untuk mencegah golongan pemimpin daripada melakukan
penyalahgunaan kuasa, justeru beliau merumuskan sebuah idea campuran sistem pemerintahan
4 John Ralph Alvey. The Separation Of Powers In Australia: Issues For The States, 25
5 Bharuddin & Farizah, Sejarah Pengasingan Kuasa Dalam Sistem Pemerintahan Menurut Perspektif Barat Dan Islam, 24
6 Richard Kraut, “Plato”, The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Spring 2015 Edition), Edward N. Zalta (ed.),
http://plato.stanford.edu/archives/spr2015/entries/plato/
7 W. J. Korab-Karpowicz, “Plato: Political Philosophy”, The Internet Encyclopedia of Philosophy,
http://www.iep.utm.edu/
8 Ibid.
2
Muhsin Nor Paizin (2020)
atau perlembagaan (Mixed Regime) yang seterusnya memberi pengaruh besar kepada tokoh
pemikir selepas beliau. Ringkasnya, Mixed Regime adalah gabungan antara elemen-elemen positif
dalam pemerintahan Monarki, Aristokrasi dan Demokrasi supaya dapat membentuk sebuah
pemerintahan terbaik.9
Aristotle (384 S.M – 322 S.M) pula mempunyai pandangan yang berbeza. Sungguhpun
Plato membawa pengaruh besar kepada Aristotle, namun beliau merasakan sistem pemerintahan
tidak seharusnya bergantung kepada kategori atau jenis golongan pemerintah semata-mata, ini
disebabkan keinginan setiap manusia selalunya berubah dan sukar untuk dibendung. Aristole
berpendapat, sesebuah negara sebaiknya diperintah oleh sistem perlembagaan dan bukannya
dibawah kepimpinan seseorang semata-mata, ini kerana perlembagaan bersifat rasional namun
manusia tidak semestinya begitu.10
Konsep pengagihan kuasa yang dikemukakan Aristotle telah diperluaskan lagi dalam
pemerintahan empayar Rom yang juga sebahagian daripada perlembagaan mereka. Tokoh utama
yang membangunkan teori pengagihan kuasa di zaman Rom adalah Cicero13 (106 S.M – 43 S.M)
yang mendapat banyak sokongan dan pengaruh daripada Polybius14 (200 S.M – 118 S.M). Kedua-
dua tokoh melihat sistem pemerintahan Rom sebagai manifestasi kepada teori Aristotle 15, ini
kerana kerajaan Rom telahpun memperkenalkan mekanisme campuran kerajaan yang menyekat
monopoli kuasa pemerintahan di mana mempunyai tiga buah fungsi serentak: Monarki (diwakili
9 Steven G. Calabresi et. al, The Rise And Fall Of The Separation Of Powers, 529
10 Law (nomos) should rule (or govern) (archein), because law is rational. Dipetik dari Iain Stewart, Men Of Class: Aristotle,
Montesquieu And Dicey On ‘Separation Of Powers’ And ‘The Rule Of Law’.
11 Tej Bahadur, Principle Of Separation Of Powers And Concentration Of Authority, 1
12 Suri Ratnapala, John Locke's Doctrine of the Separation of Powers: A Re-Evaluation, 219
13 Nama sebenar Marcus Tullius Cicero (106 S.M – 43 S.M), seorang ahli politik, falsafah, pemidato, peguam dan
seorang konsul dalam pemerintahan Republik Rom. Beliau terlibat menjuarai perjuangan mengembalikan kedudukan
sistem republik tradisional ke dalam sistem pemerintahan Rom.
14 Polybius sangat dikenali dengan idea-idea beliau tentang pengasingan kuasa dalam pentadbiran kerajaan, idea
beliau kemudian digunakan oleh Montesquieu melalui bukunya “The Spirits of the Laws” dan juga mempengaruhi
proses penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat.
15 Fergus Millar, The Roman Republic in political thought, 141
3
Muhsin Nor Paizin (2020)
ahli eksekutif yang dilantik iaitu konsul), Aristokrasi (diwakili oleh ahli senat), dan Demokrasi
(melalui undian suara dan perhimpunan).16 Polybius bagaimanapun menyatakan perlunya sistem
pengawalan dan penyeimbangan kuasa antara ketiga-tiga fungsi kuasa tersebut. Justeru setiap
salah satu fungsi membuat semak dan periksa (check and balance) kekuatan dan menyeimbangkan
kelemahan dari dua lainnya. Apabila kuasa mutlak tidak diletakkan dimana-mana pihak, maka
kuasa-kuasa tersebut akan dikongsi bersama semua pihak yang akhirnya mampu mengelakkan
salah guna kuasa yang boleh membawa kepada kezaliman dalam pemerintahan.
Idea yang diperkenalkan oleh Locke kemudiannya dikembangkan oleh sarjana Charles-
Louis de Secondat, baron de La Brède et de Montesquieu pada abad ke-18, iaitu seorang sarjana
dalam bidang falsafah sosial dan politik dari Perancis.
Jika kita bandingkan penggubalan Locke pemisahan kuasa kepada idea-idea kemudian
Montesquieu, kita lihat bahawa mereka tidak begitu berbeza kerana mereka pada mulanya akan
muncul. Walaupun Montesquieu memberikan bahagian yang lebih terkenal perundangan,
eksekutif dan kehakiman, kerana dia menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan istilah-istilah ini
beliau mengesahkan keunggulan kuasa perundangan dan menggambarkan kuasa eksekutif sebagai
mempunyai kaitan dengan hal ehwal antarabangsa (kuasa federatif Locke) dan kuasa kehakiman
sebagai berkenaan dengan pelaksanaan domestik undang-undang (kuasa eksekutif Locke). Ia
adalah lebih istilah daripada konsep-konsep yang telah berubah. Locke dianggap menangkap
seseorang, cuba seseorang, dan menghukum seseorang sebagai sebahagian daripada fungsi
melaksanakan undang-undang dan bukan sebagai fungsi yang berbeza.
16 Marshall Davies Lloyd, Polybius and the Founding Fathers: the separation of powers, Ch 1
17 Alex Tuckness, “Locke's Political Philosophy”, The Stanford Encyclopedia of Philosophy (Spring 2016 Edition), Edward
N. Zalta (ed.), forthcoming, http://plato.stanford.edu/archives/spr2016/entries/locke-political, 13
18 Suri Ratnapala. John Locke's Doctrine of the Separation of Powers: A Re-Evaluation, 2015
19 Ibrahim Ismail. Some Thoughts On Separation Of Powers: Westminster Model versus American Model, 194
4
Muhsin Nor Paizin (2020)
Umum diketahui, raja-raja dahulu merupakan raja-raja mutlak yang memerintah negeri
masing-masing berdasarkan dasar mereka sendiri, dibantu oleh pelbagai kategori pegawai.
Namun kedatangan British telah mengubah struktur pentadbiran kesultanan melayu dengan
memisahkan kuasa pentadbiran, kehakiman dan lain-lain kuasa daripada Sultan. Di samping itu
tetap mengekalkan kuasa agama dan adat istiadat Melayu di bawah Sultan.21 Sungguhpun pihak
British cuba mengekalkan kedaulatan Kesultanan Melayu, tetapi apa yang tinggal bagi raja-raja
Melayu, hanyalah tugas yang berkaitan dengan upacara adat istiadat dan hal-hal keagamaan
semata-mata. Malah hal-hal pentadbiran keagamaan seakan-akan dilupakan dan dibiarkan begitu
sahaja. Warisan peninggalan penjajah ini akhirnya berjaya membina konsep dualisme dalam
sistem pentadbiran dan undang-undang Malaysia di mana berlakunya pengasingan antara
pengurusan negara dan agama.
Konsep pengagihan kuasa di Malaysia sebenarnya diperkenalkan oleh pihak Inggeris yang
menjajah negara ini menerusi beberapa siri perjanjian yang ditandatangani dengan para Sultan
dan Raja negeri-negeri Melayu pada waktu dulu. Sebaik sahaja bertapak di Pulau Pinang pada
tahun 1786, pihak Inggeris telah memperkenalkan undang-undangnya yang tersendiri, dan pada
tahun 1807, berkuat kuasalah undang-undang yang dinamakan sebagai Piagam Keadilan bagi
mengetepikan undang-undang sedia ada di Pulau Pinang.22 Keadaan ini tidak terhenti di situ,
sekitar tahun 1826 penjajah Inggeris kemudiannya mula bertapak di Melaka dan Singapura dan
memperkenalkan Piagam Keadilan kedua bagi kedua-dua buah negeri tersebut.23 Pada tahun
1855, Piagam Keadilan ketiga diperkenalkan di mana undang-undang yang lebih menyeluruh
dikuatkuasakan bagi Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. 24 Sementara itu, pihak British telah
memperkuatkan cengkaman pengaruh mereka menerusi Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874.
Dengan helah, pihak British menyatakan sikap mereka yang menghormati kedudukan agama
Islam dan adat istiadat Melayu, namun pada hakikatnya telah mengetepikan urusan agama dalam
pengurusan kenegaraan.25 Dalam hal ini, sultan tidak lagi berkuasa dalam urusan pemerintahan
dan elemen sekularisme telah mula diterapkan bermakna fungsi kerajaan dan agama telah
dipisahkan.
20 Chamil Wariya, Kesinambungan dan Perubahan: Malaysia di Bawah Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, 6-7
21 Mohammad Tawfik bin Yaakub et. al, Keutuhan Sistem Monarki Berperlembagaan Manifestasi Kecemerlangan Tamadun
Melayu dalam Era Moden, 9
22 Auni Abdullah. Tradisi Pemerintahan Islam & Kolonialisme Dalam Sejarah Alam Melayu, 98
23 Ibid, 99
24 Ibid.
25 Ibid
5
Muhsin Nor Paizin (2020)
Tahun 1896 telah berlakunya pembentukan Persekutuan iaitu mewujudkan satu sistem
pemusatan kuasa yang keterlaluan di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur. Persekutuan
bermaksud satu sistem pemerintahan yang menggabungkan beberapa buah negeri bebas menjadi
satu unit politik yang baru di bawah pentadbiran kerajaan pusat. Menurut Perjanjian Persekutuan
yang ditandatangani pada 1896, Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan disatukan menjadi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) di bawah pemusatan kuasa di tangan residen jeneral,
iaitu residen persekutuan, menyebabkan kuasa raja-raja Melayu di NNMB semakin berkurangan.
Pada mulanya, sultan-sultan bersetuju menandatangani Perjanjian Persekutuan 1896 kerana
mereka berharap kuasa mereka yang diambil oleh residen akan dikembalikan. Namun, selepas
beberapa tahun Persekutuan dilaksanakan, barulah sultan-sultan sedar bahawa kuasa mereka
semakin terhakis. Sultan mesti menerima semua nasihat residen dalam hal ehwal pentadbiran
kecuali yang berkaitan dengan adat resam dan agama Islam. Dalam hal ini, Sultan tidak
mempunyai hak dalam pentadbiran kerajaan persekutuan lagi.
Kesimpulan
Doktrin pengasingan kuasa yang diperkenalkan oleh para pemikir politik barat sama ada
pemikir kuno mahu pun pemikir moden pada dasarnya tidaklah bercanggah dengan prinsip
Islam. Namun demikian pengasingan kuasa perundangan, kuasa pemerintahan dan kuasa
kehakiman Islam tetap telah memberikan kesan besar terhadap sistem pentadbiran Islam sedia
ada khususnya bagi Tanah Melayu.