You are on page 1of 2
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jalan Dato’ Hamzah, Karung Berkunci No. 6, 70990 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus Tel 06-7653100 Faks : 06-7639969 Laman Web : jpnns.moe.govmy Ruj. Kami : JPNS.SSM.PB.500-5/5( /) Tarikh : 1 Januari 2023 Semua Pengetua Semua Guru Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuan, PERAKUAN _KENAIKAN PANGKAT ~—sBAGI_— PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) YANG SEDANG MEMANGKU GRED DG42 SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) DI BAWAH URUSAN TAHUN 2021 (MEMANGKU PADA 31 DISEMBER 2021) Merujuk kepada surat Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM rujukan KPM.BPSM.S.500-4/7/7 JILID 12 (2) bertarikh 11 Januari 2023 mengenai perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP) telah memutuskan PPP yang telah diluluskan penempatan pemangkuan ke Gred DG42(KUP) boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat setelah genap setahun (12 bulan) memangku. Pegawai yang terlibat perlu menunjukkan prestasi dan pencapaian yang baik serta memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat yang ditetapkan. 3. Sehubungan itu, pihak tuan adalah dimohon untuk mengemukakan perakuan kenaikan pangkat PPP yang telah diluluskan pemangkuan ke Gred DG42(KUP) di bawah urusan tahun 2021 berkuat kuasa pada 31 Disember 2021. Perakuan hendaklah dibuat melalui Sistem ePangkat mengikut tempoh yang ditetapkan. Surat siaran serta jadual pelaksanaan bagi urusan ini boleh dirujuk melalui sistem ePangkat di link Attps://epangkat.moe.gov.my JPNS.SSM.PB.500-5/5( 19 ) 3. Bersama-sama ini disertakan surat siaran daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk tindakan pihak tuan selanjutnya. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pengurusan Bakat, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan di talian 06-765 5146. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ektor Pembelajaran b.p. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan RaPengesahan DG42/Surat Siaran2023

You might also like